assalamualaikum

atas

Anak Melayu Bugis@Facebook

bubble

Cursors

Proton Logo

Title blog bergerak

Friday, December 25, 2009

Haramkah Couple???

Sedar tidak sedar kita sudah melangkah ke tahun baru islam,1431 hijrah dan tahun 2010 masihi. Realitinya isu hangat seperti hukum couple dalam islam tidak harus di ketepikan kerana pada zaman alaf baru ini yang serba canggih ini, saya dapat melihat anak-anak muda sekarang yang sibuk berpacaran di sana-sini. Saya mula memikirkan hukum berpacaran ini atau lebih glamour di sebut ber'couple' oleh golongan anak muda sekarang. Ada juga saya bertanya pendapat ustaz-ustaz. Kebanyakan daripada mereka menyatakan riaksi negatif terhadap orang yang berpacaran ini. Tetapi ada yang mengatakan tidak salah jika bergantung kepada niat seseorang itu.

Ok la. Saya akan memberi contoh yang agak simple. Rezeki tidak akan datang bergolek kepada kita kalau kita tidak berusaha atau mencari. Kita berusaha, ALLAH yang menentukan segalanya. Sama juga dalam perkara mencari calon untuk menjadi pasangan hidup. Dalam Islam pun, menganjurkan bertaaruf iaitu berkenal-kenalan antara kaum adam dan juga hawa dengan syarat menjaga adab dan syariat.

Islam menganjurkan lelaki dan wanita bertaaruf iaitu berkenal-kenalan sebelum mengikat pertunangan. Cara bertaaruf menjaga adab dan syariat. Pasangan tidak berdua-duaan tetapi ditemani oleh orang tengah mahupun ibu bapa sendiri.
Bercinta pula perlu punya tujuan. Apa tujuan cinta monyet? Sekadar suka-suka atau untuk mencari pengalaman? Jika benar, bukankah itu alasan-alasan yang menyedihkan?
Bercinta adalah berkasih sayang. Mampukah untuk kita berkasih sayang dengan seseorang yang asing jika kita belum mampu menyayangi ahli keluarga sendiri? Maka jika benar, kita berkasih sayang dengan orang luar perlu sama seperti berkasih sayang dengan ahli keluarga sendiri. Tetapi adakah perkara ini benar-benar berlaku di antara pasangan yang menyatakan diri mereka bercinta?

Bagi saya, untuk memahami istilah cinta, saya perlu memahami erti mencintai diri sendiri, mencintai ahli keluarga, mencintai rakan-rakan dan yang lebih utama mencintai Allah dan RasulNya. Saya perlu menguasai erti cinta ini sebelum mencintai seseorang yang asing . Terlalu teoritikal? Pandai-pandailah mencari cara untuk amalinya.

Islam juga adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah Rasulullah S.A.W menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadith: Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Tanamkan dalam diri anak-anak kamu rasa cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al Quran” (el Hadith) Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi S.A.W bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.

Remaja bercinta bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata. Remaja mesti ada rasa tanggungjawab. Manakala dalam hal lain dan bukti dimana cinta dibolehkan mengikut panduan kisah Nabi Yusuf a.s dan Zulaikha boleh dijadikan panduan. Allah Taala menyebut dalam Al Quran: Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu, kalaulah dia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu)” Yusuf (12:24)
Nabi Yusuf a.s berjaya mengawal diri dari terjerumus dalam cinta yang membawa jenayah zina. Islam menggariskan beberapa panduan dalam menjaga tatasusila masyarakat terutama hubungan antara lelaki dan perempuan, antaranya:

(1) tidak dibenarkan pergaulan bebas.
(2) tidak duduk berdua-duaan tanpa mahram.
(3) menjaga adab pertuturan dan berpakaian.
(4) menjaga pandangan mata.
(5) ikhlas untuk mengambil sebagai isteri.

Kisah pasangan berdua-duaan yang saya fikirkan semasa kecil, bukanlah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam. Bahkan, Islam sebagai cara hidup menggariskan cara yang cukup indah dan sempurna untuk mengikat pertalian antara adam dan hawa. Kisah cinta monyet yang membingungkan semasa di zaman sekolah juga dapat saya cari jawapannya.

Buku Tentang Cinta karangan Ustaz Pahrol banyak membantu saya untuk memahami isu ini. Tambahan pula,buku ini di beri 'pinjam' kepada saya oleh hamba ALLAH yang jauh di perantauan dan ia amat bermakna kepada saya,terima kasih kepada hamba ALLAH itu.



Di sini dapat la saya rumuskan tentang isu ini bahawa terdapat beberapa pandangan iaitu:

Pandangan pertama:
Bercinta merupakan antara fitrah insani penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada ber-couple dan bercinta walaupun cara dan kaedah mereka nampak Islamik (menjaga hawa nafsu dari maksiat), termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum Ijab dan Qabul. Jika bercinta dianggap sebagai mukaddimah pada perkahwinan, maka ber-couple (kaedah Islamik) pula dianggap sebagai mukaddimah pada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain, kecuali bagi mereka berkahwin atas pilihan keluarga. Ber-couple yang penulis maksudkan ialah bukan berdua-duaan sehingga timbul fitnah antara lelaki dan perempuan bukan mahram, tetapi hanya sekadar ingin menyatakan luahan hati dan bersedia mengambil pasangan masing-masing sebagai calon suami dan isteri. Jangan salah andaian. Bercinta dianggap berguna jika dapat membawa pada kebaikan kepada kedua-dua pasangan. Sebagai contoh ber-couple dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumahtangga adalah berguna kerana membawa kebaikan. Maka sini terbentuk pula keluarga, dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.

Pandangan Kedua:
Namun dari sudut lain, bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Ber-couple dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukaddimah pada perkahwinan sebaliknya mukaddimah pada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang. Bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu ber-couple dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk ber-couple dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal. Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah Taala iaitu perzinaan.

Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggungjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubungkait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan. Jawapannya ada dalam diri anda dengan menggunakan pertimbangan akal yang sihat, kaji selidik dan pertimbangan Iman yang mana bertepatan dengan ajaran Islam. Manusia yang diamanahkan Allah Taala sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival dan kemandiriannya sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak bercinta (tidak semua), kita akan pupus di dunia dan sudah tentu menyalahi amanah Allah Taala itu. Tetapi jika bercinta itu membawa ke arah kebinasaan, maka menjauhinya adalah sebaik-baik tindakan. Kebiasaan mengundang kebinasaan.

Renung-renungkan lah, tepuk dada tanya lah iman.

Saturday, December 19, 2009

Jangan Pandang Rendah Kehebatan Jentera Motosikal Jenama Malaysia

Kita mungkin tidak sedar sememangnya anak-anak muda di luar sana mempunyai minat yang mendalam tentang gadjet permotoran termasuk motosikal. Akan tetapi, saya merasa kesal dan sedih kerana segelintir pihak yang tidak menyokong motosikal buatan Malaysia. Kebolehan dan keistimewaan motosikal jenama Malaysia sering di persoalkan.
Dengan itu, syarikat motosikal terulung di Malaysia, MODENAS mengambil langkah inesiatif dengan menjalinkan kerjasama dengan syarikat motosikal dari Jepun iaitu KAWASAKI. Sama seperti syarikat PROTON dan PERODUA yang masing-masing menjalinkan kerjasama dengan syarikat luar bagi menarik minat rakyat Malaysia menyokong produk buatan Malaysia.
Kebanyakan orang memilih sesuatu barang itu atas jenamanya, misalnya anak-anak remaja lebih cenderung memilih motosikal keluaran syarikat luar seperti YAMAHA, SUZUKI dan lain-lain. Bagi pendapat saya, memilih untuk membeli motosikal buatan Malaysia lebih berbaloi dan harga yang jauh berbeza. Harga bagi motosikal YAMAHA 135LC lebih kurang RM7000 berbanding dengan motosikal MODENAS GT128 yang berharga RM4800. Perbezaan yang begitu ketara, padahal antara kedua-kedua motosikal ini mempunyai lebih kurang sama dalm aspek ketahanan dan kelasakannya. Walaupun motosikal MODENAS GT128 tidak dilengkapi dengan sistem penyenjuk enjin bendalir atau ' liquid cooling'.
Bukan lah nak memarketkan motosikal keluaran ini tetapi anda sendiri boleh menilai. Saya sendiri menggunakan motosikal buatan Malaysia ini,MODENAS GT128 dan ternyata motosikal ini setanding dengan motosikal keluaran luar negara. Dari aspek ketahanan dan kelasakannya mang saya tidak nafikan. Saya sudah menggunakan motosikal ini selama 6 bulan. Saya berulang-alik dari Johor ke Kuala Lumpur(tempat pengajian saya) dengan motosikal. Pemanduannya begitu selesa. Laju pn laju juga. masa yang pernah saya catatkan lebih kurang selama 2 jam setengah perjalanan dengan 2 kali persinggahan di R&R Ayer Keroh,Melaka dan Seremban dengan kelajuan maksimum 170KM/H. Jangan Tak percaya.(Di atas Highway)

Pada 14 Januari akan datang filem melayu yang heronya motosikal MODENAS GT128 akan ditayangkan di pawagam iaitu Adnan semp_it. Bangga lah saya juga nak juga produksi filem tempatan menggunakan motosikal jenama tempatan. Jadi ramai-ramai lah menonton filem ini. Promote la plak...


MODENAS GT128 nampak elegan.






Pandangan hadapan GT128






video


GT128 masuk wayang.


Untuk keterangan lanjut tentang Motosikal MODENAS GT128 dan filem terbaru ini sila berkunjung ke laman web www.gt128riders.com.

Tuesday, December 15, 2009

Perodua Alza, 'kereta juga MPV'


Tidak dapat di nafikan lagi, Malaysia tidak lagi ketinggalan dari aspek kemodenan. Kemajuan dapat di buktikan dengan infrastruktur-infrastruktur yang berkembang pesat. Teknologi permotoran juga tidak jauh ketinggalan yang menjadi antara penyumbang aset dalam negara. Kita harus berbangga dengan lahirnya MPV pertama Malaysia iaitu Proton Exora yang di lancarkan pada 20 April 2009 dengan kerjasama anak syarikat Lotus. Selang seketika iaitu pada 23 November 2009 selepas itu lahir pula model yang di keluarkan Perodua iaitu Perodua Alza yang tidak kurang hebatnya dan harga yang jauh lebih berpatutan dengan kerjasama syarikat dari Jepun,Daihatsu.


Perodua ALZA Telah Dilancarkan. Harga Dari RM55,990 hingga RM 63,990...

Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) keluaran Perodua telah dilancarkan selepas perlancaran model sulung MPV Proton Exora. Perlancaran dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur Convention Centre. Seperti yang telah digembar-gemburkan sebelum ini, nama MPV ini ialah ALZA yang bermaksud 'bangun' di dalam bahasa Spain. Jadi, apa yang menariknya dengan ALZA ?

Perodua ALZA merupakan pembinaan semula dari model asal Toyota Passo Sette (nampak nya jurutera kita masih tidak mampu mereka model sendiri,masih menciplak). Apa yang penting, ALZA bukan sekadar kosmetik semata-mata. Dengan kerjasama Perodua - Daihatsu, mereka telah membina sendiri rekaan bahagian atas model Perodua ALZA dengan mengunakan platform sama dengan Passo Sette. Strategi ini telah menjimat kos dari segi R&D. Walau bagaimanapun, Perodua dilaporkan telah membelanjakan sekitar RM300 juta untuk pembangunan model ALZA ini.

Sama seperti MyVi, Perodua ALZA dibina sepenuhnya di Malaysia. Malah, enjinnya juga dipasang 100% di negara kita. Tahukah anda bahawa Perodua juga menghasilkan kepala silinder untuk enjin Campro milik Proton ?

Apa lagi yang perlu tahu tentang ALZA ?

Enjin..

ALZA dikuasakan oleh enjin jenis Toyota 3SZVE berkapasiti 1.5L, enjin yang sama dengan Toyoto Avanza sekarang. Ia mempunyai 104hp dan mampu menghasilkan sehingga 136Nm torque. Namun begitu, kapasiti tangki minyak kereta ini hanyalah 42L sahaja berbanding 45L pada Avanza dan 55L pada Proton Exora.

Saiz..

Berat kereta ini ialah 1,150kg dengan panjang 4,205mm, lebar 1,695mm dan tinggi 1,620mm. Sebagai perbandingan, Toyota Avanza 1.5 mempunyai berat 1,120kg dengan panjang 4,150mm, lebar 1,630mm dan tinggi 1,695mm. Dari angka-angka ini, anda boleh membayangkan sendiri bahawa saiz ALZA tidak jauh bezanya dengan Toyota Avanza.

Transmisi..

Seperti kebiasaan yang 'mesti' ada pada pasaran automotif Malaysia, ALZA di datangkan dalam versti automatik dan manual. Menariknya tentang transmisi automatik ialah versi ini tidak mempunyai brek tangan, tetapi menggunakan brek kaki yang terletak kedudukan pedal klac seperti kereta manual. Pemegang gear automatik boleh didapati di bahagian dashboard. Lebih menarik lagi, ALZA menyediakan tempat letak lengan untuk bahagian tempat duduk di hadapan.

Berbeza dengan transmisi automatik, versi manual sama seperti kenderaan-kenderaan manual yang lain. Kedudukan brek tangan juga terletak pada kedudukan di antara tempat duduk di hadapan. Begitu juga dengan pemegang gear.

Penghawa Dingin..

Penghawa dingin merupakan komponen yang amat penting terutamanya memandu di negara kita yang panas dan lembab ini. Amat mengejutkan bahawa pada saiz kenderaan sebesar MPV, ia hanya mempunyai satu unit penghawa dingin iaitu di bahagian depan sahaja. Tiada penghawa dingin untuk barisan kedua dan ketiga. Anda pasti mengatakan, confirm panas!.

Nanti dulu. Menurut Perodua, sistem penghawa dingin sangat berkesan menyejukkan kereta sama seperti kenderaan yang dilengkapi dengan sistem penghawa dingin 2 atau 3 unit. Ini dibantu oleh rekaan kereta yang canggih membantu mengaliran udara dengan berkesan sehingga ke ruang tempat duduk ke-3.


  • Harga dijangka sekitar Harga Dari RM55,990 hingga RM 63,990.
  • Merupakan binaan semula berdasarkan model Toyota Passo Sette dan menggunakan enjin Toyota 3SZVE 1.5.
  • Versi automatik tidak mempunyai brek tangan, tetapi menggunakan brek kaki yang terletak kedudukan pedal klac seperti kereta manual.
  • MPV ini hanya mempunyai satu unit penghawa dingin iaitu di bahagian depan sahaja.
  • Meskipun direka untuk membawa 7 penumpang, hakikatnya ia hanya mampu membawa 5 dewasa + 2 kanak-kanak atau pun 6 orang dewasa sahaja.

Adakah MPV ini sesuai untuk anda..

Senang kami mengatakan bahawa ALZA sesuai untuk mereka yang mempunyai keluarga yang tidak terlalu besar atau pun mereka yang mencari kenderaan yang lebih besar dari sedan tetapi tidak terlalu besar seperti Naza RIA. Meskipun direka untuk membawa 7 penumpang, hakikatnya ia hanya mampu membawa 5 dewasa + 2 kanak-kanak atau pun 6 orang dewasa sahaja. Ia juga tidak sesuai dibandingkan dengan Proton Exora yang boleh membawa 7 orang dewasa berdasarkan saiznya yang lebih besar.

Sistem Keselamatan..

Perodua ALZA di datangkan dengan sistem keselamatan seperti ABS, beg udara dual SRS dan EBD, tetapi, ia hanya untuk versi Premium sahaja. Satu lagi, ia juga tidak didatangkan dengan soket ISOFIX untuk kegunaan tempat duduk bayi. Mungkin Perodua merasakan penggunaan tempat duduk bayi yang dilengkapi dengan plug ISOFIX masih tidak popular seperti di negara-negara maju.

Penggunaan Minyak..

Pertama sekali, penggunaan minyak sudah tentu lebih tinggi dari kenderaan sedan. Perodua mendakwa ALZA mampu pergi sejauh 12.7km bagi setiap liter dengan transmisi automatik dan 15.5km bagi setia liter untuk transmisi manual.

Dan yang paling penting sekali, berapa harganya ?

Perodua Alza 1.5L Standard M/T
Solid – RM55,490
Metallic – RM55,990
S. Metallic – RM56,190

Perodua Alza 1.5L Premium M/T
Solid – RM60,490
Metallic – RM60,990
S. Metallic – RM61,190

Perodua Alza 1.5L Standard A/T
Solid – RM58,490
Metallic – RM58,990
S. Metallic – RM59,190

Perodua Alza 1.5L Premium A/T
Solid – RM63,490
Metallic – RM63,990
S. Metallic – RM64,190

Menurut Perodua, versi lebih sporty dilengkapi dengan bodykit dan GPS akan dilancarkan pada tahun 2010. Mungkinkah ini versi edisi khas (SE) seperti MyVi SE dan juga ViVa SE. Sama-sama kita nantikan

Kerusi baris ke-3 boleh dilipat dan diturunkan yang berbeza dengan model Proton MPV Exora

Brek kaki yang berfungsi sama seperti brek tangan. Hanya pada transmisi auto


Dashboard versi Automatik


Dashboard versi Manual


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jata Johor

Jata Johor

youtube

Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan
'Nugrahkan Dia segala kehormatan

Sehat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami

Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan