Pages

Tuesday, November 30, 2010

Kisah: Lembing Awang Pulang Ke Dayang Berlaku Di Muar?

Lembing Awang terbang tikam mangsa

Tragedi Lembing Awang pulang ke Dayang membabitkan cinta tiga segi berlaku sekitar 1776 di Muar, apabila tunangan Awang dirampas anak penghulu, Bachuk.

CINTA sejati membawa ke mati..demi kasih, sanggup bergadai nyawa dan tidak berkahwin sampai ke mati.

Begitulah kisah benar 'Lembing Awang Pulang ke Dayang', yang berlaku kira-kira 232 tahun lalu dan sehingga kini masih popular bagi penduduk Johor, khususnya yang tinggal di Muar, tempat berlakunya peristiwa yang meragut 99 nyawa.

Peristiwa berdarah membabitkan cinta tiga segi itu berlaku sekitar 1776. Ia membabitkan seorang pemuda dikenali sebagai Awang dengan anak penghulu berketurunan Bugis iaitu Bachuk yang cuba merebut cinta seorang wanita, Dayang.

Kisah sedih itu bermula apabila dua keluarga bersaudara yang tinggal di Parit Raja dan Parit Besar masing-masing bersetuju menjodohkan anak mereka iaitu Awang dengan Dayang. Pasangan itu ditunangkan dalam satu majlis disaksikan penghulu dan pembesar kampung.

Adat resam kampung itu menetapkan, pemuda yang ingin berkahwin perlu merantau mencari pengalaman selama tiga tahun dan Awang juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Sepanjang peninggalan Awang, Dayang sering menjadi mangsa fitnah pemuda kampung yang cemburu termasuk Bachuk.

Persengketaan sejak kecil dengan Awang membuatkan Bachuk merancang membalas dendam, apatah lagi bunga pujaannya, Dayang juga sudah menjadi tunangan musuh sekampungnya itu.

Anak penghulu itu berpakat dengan nakhoda kapal yang membawa Awang belayar supaya menulis surat kepada keluarga Awang mengatakan pemuda itu mati dalam pertarungan di lautan negeri Bugis.

Sebaik saja berita itu diterima keluarga Dayang, penghulu mendesak supaya pertunangan mereka dibatalkan segera. Sudah adat kampung, anak dara berusia lebih 15 tahun dianggap anak dara tua.

Desakan dan ugutan membuatkan keluarga Dayang bersetuju menerima pinangan Bachuk dan terus menetapkan hari persandingan. Sedangkan ketika itu, Awang di perantauan bertungkus lumus mencari rezeki dan ilmu sebagai bekalan berumah tangga.

Sepanjang tempoh merantau, Awang juga menuntut ilmu persilatan sehingga menang dalam beberapa pertandingan. Awang juga dianugerahkan dua bilah lembing iaitu panjang dan pendek yang menjadi pusaka kerajaan Bugis serta bungkusan wang.



Tiba masanya, Awang kembali ke tanah air dan sepanjang perjalanan Awang banyak membantu nakhoda kapal yang dinaikinya menewaskan lanun dan dianugerahkan sebuah perahu untuk ke darat.

Sudah tentu kepulangannya menimbulkan tanda tanya kerana rakan dan keluarga dimaklumkan Awang mati di perantauan tetapi tiba-tiba muncul semula. Menariknya hari kepulangan Awang itu juga adalah hari persandingan Bachuk dengan Dayang.

Sesetengah sejarah berpendapat Awang pulang beberapa hari sebelum persandingan dan menunggu masa menyerang Bachuk. Ada pula yang mengatakan Awang pula tepat pada hari persandingan dan terus menuju ke majlis itu.

Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Kawasan Muar, Johor, Khamis Juned, berkata berdasarkan cerita lisan yang diwarisi generasi terdahulu, keluarga Dayang membuat keputusan mengahwinkan anak gadis mereka selepas Awang tidak pulang mengikut tempoh dijanjikan.

“Sebenarnya tempoh pertunangan itu masih kurang sehari daripada tempoh yang dijanjikan selama tiga tahun, sebab itu Awang belum pulang dan memang dia merancang mengotakan janjinya untuk pulang tepat pada masanya,” katanya.

Sebaik saja Awang mengetahui tunangannya dirampas Bachuk, beliau terus ke rumah pengantin dan melihat orang ramai memenuhi segenap ruang menyaksikan persandingan dua mempelai itu.

Ketibaan Awang mengejutkan banyak pihak terutama keluarga pengantin. Awang mencabar Bachuk bertarung di gelanggang dan belum sempat pengantin baru menyahut cabaran, lembing Awang terus menikam dadanya.

Bachuk sempat mencabut keris di dadanya dan membaling semula ke arah Awang tetapi terkena tetamu lain. Lembing itu dicabut mangsa kedua dan dibaling semula ke arah orang lain, seolah-olah lembing terbang untuk meragut nyawa sebahagian besar tetamu dan yang terakhir ialah bapa Dayang.

Bapa Dayang menyerahkannya kepada Dayang yang sedang menangis melihat tragedi berdarah tidak disangka berlaku di depan matanya.
 Anehnya, lembing itu seolah-olah mati sebaik saja berada di tangan Dayang. Antara yang terkorban ialah bapa Dayang, ibunya, ibu bapa Awang dan ibu bapa Bachuk.

Disebabkan lembing meragut 99 nyawa itu diserahkan kepada Dayang, pengkaji sejarah menamakan tragedi itu sebagai Lembing Awang Pulang ke Dayang.

“Semua mangsa dikebumikan dalam kubur besar di sebuah kebun di Parit Raja dan digelar Makam 99. Kubur itu tidak bertanda tetapi penduduk di situ percaya ia memang terletak di situ,” katanya.

Akhirnya, Awang lari membawa diri dan bertempur dengan pengikut Bachuk di pangkalan manakala Dayang tidak berkahwin hingga ke akhir hayat. Lembing itu disimpan Dayang dan diwarisi keluarganya.

INFO:
Kejadian berlaku di Padang Terbakar, Muar.
Semua mangsa korban dikebumikan di sebuah kebun di Parit Raja dan dikenali sebagai Makam 99.


Sumber:  Akhbar Berita Minggu, 25 Mei 2008
                http://www.perisai mahkota.blogspot.com
                http://www.mistik4u.blogspot.com

Saturday, November 27, 2010

Hari Keputeraan Sultan Johor dan Hari Hol Almarhum Dipinda







 Dengan hormatnya dimaklumkan kepada semua adalah pengumuman tarikh pindaan Cuti Umum bagi Negeri Johor. Berikut tarikh-tarikh pindaannya :

Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Johor dipinda dari 8 April kepada 22 November. Hari Hol Almarhum di pinda dari 6 Rejab 1431 (19 Jun 2010) kepada 6 Safar 1432.
Sehubungan dengan itu tarikh 8 April 2010 dan 19 Jun 2010 bukan lagi Cuti Umum.


Sultan Ibrahim yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor kelima pada 23 Jan lepas, iaitu sehari selepas kemangkatan ayahanda baginda, telah berkenan terhadap pindaan tarikh-tarikh itu.

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha

Alhamdulliah...Syukur kita ke hadrat illahi dapat juga kita menyambut Hari Raya Qurban atau di panggil Aidiladha yang penuh dengan keberkatan kepada umat Islam seluruhnya. Kita sebagai umat Islam perlulah menghayati erti sebuah pengorbanan. Aidiladha tiba tanpa pesta dan hiburan. Hanya Takbir, Solat di hening pagi yang indah serta ibadah korban yang didukung jiran tetangga. Semangat Ukhwah juga akan terjalin sesama jiran tetangga di dalam melaksanakan ibadah korban ini. 

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)



Saturday, November 13, 2010

Cerita Lagenda Si Tanggang Di Bukit Treh, Muar


Sepertimana ramai orang tahu akan kewujudan Kota A Famosa di Melaka, rasanya begitu juga ramai orang Melayu pernah mendengar cerita Si Tanggang, seorang anak derhaka yang disumpah oleh ibunya sehingga dia dan seisi kapal miliknya bertukar menjadi batu. Cerita lagenda Melayu ini sangat terkenal sehingga ada beberapa lokasi di Tanah Melayu dikaitkan dengannya, termasuk Batu Caves di pinggir bandaraya Kuala Lumpur yang sekarang terkenal dengan kuil Hindu serta patung dewa setinggi bangunan 14 tingkat di hadapannya.



Wilayah Indonesia juga memiliki cerita yang serupa, cuma nama wataknya berbeza iaitu Malim Kundang. Kesannya dikatakan masih ada di Sumatera, hingga kini masih kelihatan batu-batan berbentuk sauh, tali kapal, manusia dan sebagainya. Tetapi berapa ramai yang tahu cerita anak derhaka disumpah jadi batu ini juga dikatakan berlaku di Muar, lebih tepat lagi di Bukit Treh, satu-satunya bukit yang terletak dalam lingkungan 5 km daripada pusat bandar kedua terbesar di Johor itu.

Sekadar mengimbas kembali, Si Tanggang dilahirkan di kalangan keluarga miskin yang duduk di pinggir hutan, ada yang kata daripada keluarga orang asli. Apabila masuk remaja dia telah keluar merantau ke negeri orang, ada pula cerita yang menyebut dia telah ditangkap rombongan pendatang yang kemudian membawanya belayar ke negeri lain. Apapun, anak muda ini sangat rajin, pintar serta pandai menyesuaikan diri dengan keadaan. Maka dia berjaya menjadi saudagar kaya-raya dan turut menjadi nakhoda kapal, dapat berkahwin dengan beberapa orang isteri (menurut satu riwayat, tiga orang) dan isteri nombor tiga adalah seorang puteri raja.



Pada suatu hari Si Tanggang telah keluar belayar membawa ketiga-tiga isterinya berjalan. Kebetulan dan tanpa disedari dia telah singgah di kampung halaman tempat asal-usulnya. Dipendekkan cerita, ibu-bapanya yang telah lama tidak ditemui mendapat tahu tentang kedatangan seorang saudagar yang memiliki ciri-ciri anak mereka yang hilang lalu pergi menyiasat. Setelah pasti itulah Si Tanggang, mereka cuba merapatinya dengan membawa makanan hutan kegemarannya semasa kecil dahulu.

Sebenarnya Si Tanggang sedar bahawa orang yang datang itu adalah ibu-bapa kandung yang telah membesarkannya dahulu tetapi beliau terasa malu hendak mengaku di hadapan orang-ramai terutama para isterinya yang cantik rupawan lagi bangsawan. Apapun, menurut ceritanya, isteri ketiga yang merupakan seorang puteri raja telah menyuruhnya menerima kedua orang tua yang datang itu. Katanya, apa salah mengaku ibu bapa kandung sendiri tak kiralah seburuk mana pun rupa mereka.

Rupa-rupanya kata-kata ini telah membuat Si Tanggang terasa lebih malu dan tersinggung. Beliau mula mengeluarkan kata-kata kesat dan sumpah-seranah menyuruh orang tua itu pergi. Dalam keadaan hati hancur luluh dihina begitulah si ibu lalu menadah tangan kepada Ilahi seraya berdoa, kalau betullah pemuda di hadapannya adalah Si Tanggang yang pernah dikandungnya selama 9 bulan lebih, maka buktikanlah dengan menukarkan segalanya menjadi batu.
Oh baru teringat, ada satu sahaja perbezaan antara cerita Si Tanggang yang dikenali ramai dengan cerita serupa di Muar. Watak utama di Bukit Treh, Muar telah bertukar menjadi helang yang dikatakan sampai sekarang kadang-kala berlegar di kawasan itu, helang lagenda yang dikenali sebagai helang makku! Sebabnya, ia terlalu menyesal atas kesalahannya lalu sering keluar terbang sambil menjerit merintih memanggil ibunya,Makku!



Jelaslah kalau begitu, watak itu ceritanya serupa dengan cerita Si Tanggang tetapi orangnya lain. Yang pasti, memang ada sebuah bukit kecil yang kalau diteliti rupanya memang kelihatan seperti sebuah kapal yang terbalik. Dan ada kesan-kesan bentuk rupa batu-batan yang menandakan kawasan itu pernah menjadi laut suatu masa dahulu.

Mengikut cerita orang tua-tua, di situ juga pernah terdapat sebuah pintu gua di mana penduduk kampung boleh keluar-masuk dan meminjam pinggan-mangkuk daripada alam bunian untuk digunakan dalam majlis keramaian. Tetapi pintu gua itu telah lama terkambus, sejak seorang penduduk kampung melanggar syarat kerana tidak memulangkan pinggan-mangkuk yang dipinjam.

Wednesday, November 10, 2010

AnakJatiMuar is under maintenance


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera..

Kerja-kerja menaiktaraf AnakJatiMuar sedang dijalankan dalam beberapa ketika ini. Sementara memberi komitmen dalam peperiksaan akhir yang sedang dihadapi. Sesiapa yang mempunyai kemahiran dalam 'design' blog amat di alu-alukan memberi tunjuk ajar kerana saya sudah lama tidak update blog ini..Hubungi melalui email atau add skype, shahgt128@gmail.com(email) dan shah_headmuo(skype)..

Sekian..
Shah_headmuo

Apa yang Istimewanya Johor? part.1


Perkataan ‘Ekkk’… ‘Ekk’ ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal. Sebagai contoh, “Ni awak punyer ekk?”,” Nama awak saper ekk?”, “Kenapa kite kaler tak cantik ekk ?” dan macam-macam ekk lagi.

Johor Bahru-Johor-JB…..Orang Johor panggil Johor Bahru bukan JB, tapi Johor, jangan terkejut. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, ia sebenarnya Johor Bahru (JB), sebuah bandar (ibu negeri Johor) dan bukan Johor, negeri. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar Bandar Johor Bahru seperti di Masai, Kulaijaya, lain-lain. Sebagai contoh, “Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? “ Jadi, sekiranya anda sememangnya anak jati Johor, tak kira di daerah mana pun kalau kata nak pergi Johor, sebenarnya nak ke Johor Bahru la tu. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, ” Eh, lu kan dah ada kat Johor?”…

Loghat Muar…’pronounce’ Muar as MUOR (kena juih bibir sikit). Di akhir perkataan yang sepatutnya berakhir dengan “AR” ditukar kepada “OR”. Muar ni lain daripada yang lain. Lain pula dengan Melaka yang di tukar dengan “AU” bukan “OR”. Sebagai contoh, “Aku kena pakai seluor besor untuk main bola kat Bandor Muor besok (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Bandar Muar esok) - Muar..”Aku kena pakai seluau besau untuk main bola kat Bandau Muau sok” - Melaka...Aku sebagai anak jati Muar, kadang-kadang tu terkeluar gak bahasa Muar yang ramai tak paham…Tapi apa yang aku tahu bahasa Muar ni agak kasar sedikit jika nak di bandingkan dengan bahasa dari daerah lain di Johor..jangan terkejut..Bahasa Melaka lagi kasau kalau nak tahu..tak percaya, berborak la dengan orang Melaka, kalau anda jenis tak sakit hati..Aku cuma cakap macam tu bila berjumpa dengan ‘true blue Johorean’ aje. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.


Perkataan ‘Endut’..Diorang ada endut **. Kalau tak pernah berendut, mesti pernah ada endut tak pun busuk-busuk pun teringin nak ada endut, betol tak?. Contoh ayat, “Haa…kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut”.


Kenduri Kawin Ada Telur Pindang.. Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan rasa yang begitu sedap. Makan telur pun tak pe. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Kulit dan isi pun warna cokelat. Aku suka makan telur pindang ni sebab kenduri kahwin kat negeri Johor je ada..Lagipun beli kat kedai pun 1 biji telur pindang yang dah siap di masak ni menjangkau lebih kurang RM2.00.. Kebiasaannya, orang buat telur pindang ni untuk sesuatu majlis keramaian, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, selalunya orang kaya-kaya je buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam selain menggunakan kos yang tinggi.

Perkataan leca, gobok dengan gebor..Tidur atas leca**. Baju simpan dalam gerobok **@gobok. Tidur pakai gebor (selimut). Perkataan ini sangat biasa di gunakan oleh orang Johor. Jangan terkejut kalau bukan orang Johor pun tahu ataupun pakai perkataan ini..

Siaran TV Singapore dengan Indonesia…Orang Johor jarang tengok RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore ngan indonesia!!! Tapi, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. Kalau pegi tengok daerah lain macam Muar, Segamat, dan lain-lain, dapat dilihat aerial TV semua setinggi pokok kelapa – semata-mata nak dapatkan siaran dari Singapore ngan indonesia!…Tapi lagi senang pakai Astro, tak payah panjat-panjat nak ‘adjust’ aerial yang tinggi-tinggi tu.

Rujuk Kamus Johor :

Saing - pergi bersama-sama..”nanti kite saing ehh gi sekolah”
Bongok – bodoh Bigor – gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk
Endut – makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.
Berendut - berpasangan. Pergi berendut- dating.
Leca - tilam. Biasanya dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY – tak ada Vono, Slumberland ).
Gerobok, Gobok -Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke. Sajak sesuai @ tidak -bkn puisi tau!!…
roti perata – roti canai
semangka -tembikai
epok2 –karipap

Friday, May 14, 2010

Realiti Dunia sekarang...Islam dalam kehancuran??

Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita.. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.


Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapiditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'


Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad.. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..


Butir asal permohonan.. ....


Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina
Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.


Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'

Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.


Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu..


Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya..

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu.. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.


Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah
saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.
Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka
bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar
itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.


Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak?
Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak
nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.
Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka
tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbangkerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni.. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya
kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Ingatlah wahai umat manusia,sesungguhnya kita berada di akhir zanan.

Akhir sekali,nukilan ini hanya sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat. InsyaALLAH.....