assalamualaikum

atas

Anak Melayu Bugis@Facebook

bubble

Cursors

Proton Logo

Title blog bergerak

Wednesday, June 20, 2012

Perjalanan Di UTM KL – Program Yang Di Sertai (PART 1)



Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi, penulis dapat berceloteh setelah sekian lama menyepi dengan post-post di Anak Melayu Bugis. Walaupun penulis sudah menamatkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia International Campus, KL pada akhir bulan April yang lalu, tetapi penulis sibuk dengan hal peribadi sementara menunggu panggilan menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda insyaALLAH akan di ketahui awal bulan Julai ini. InsyaALLAH di izinkan tuhan.

Penulis mencari sedikit pengalaman sementara cuti yang agak panjang dengan bekerja di sebuah restoran makanan segera di LCCT, Airport lebih kurang sebulan dan melibatkan diri dengan program universiti baru-baru ini iaitu UTM-University Social Responsibility (USR) @Kluang Johor meskipun penulis sudah bergelar alumni.

                                                LCCT Airport

Teringat penulis sepanjang berada di UTM International Campus, Kuala Lumpur atau di kenali dengan UTM Jalan Semarak KL, penulis terlibat dengan banyak aktiviti yang di anjurkan terutamanya aktiviti-aktiviti Kolej Kediaman. Tidak hairanlah universiti boleh membentuk sahsiah mahasiswanya menjadi insan yang berguna dengan setiap aktiviti yang di anjurkan.

Program pertama (MAHABBAH’09)

Pembuka tirai semasa penulis berada di tahun 1 di UTM, penulis melibatkan diri dengan Hari Terbuka Kolej (MAHABBAH’09) sebagai krew biasa pertunjukan motorsikal klasik. Penulis dan rakan-rakan berpakat menyertai program tersebut untuk tujuan suka-suka sahaja. Program Hari Terbuka Kolej tersebut di adakan pada pertengahan semester 1 penulis.

                                      Penulis sebagai krew Pertunjukan Motorsikal Klasik (MAHABBAH'09)

Menjadi sebahagian keluarga JKM

 Semasa di semester 2, penulis di panggil untuk menyertai Kursus Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa (JKM) yang diadakan di Nube Training, Port Dickson dan seterusnya di lantik menjadi Timbalan Ketua Blok B Kediaman Siswa Jaya, UTM selama 2 semester perkhidmatan. Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa penulis anggap seperti pengawas asrama semasa di asrama sekolah dahulu. Segala aktiviti di kolej kediaman di rancang dan di jalankan oleh Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa (JKM) yang di pantau oleh pengetua kolej kediaman dan felo-felo. 

                                                       Lokasi: NUBE Training, Port Dickson


                                                              Kenangan: Group penulis mula-mula menyertai JKM


                                             Jawatankuasa Blok B, Kediaman Siswa Jaya UTM

Dari situ, penulis belajar cara bekerja dalam organisasi dan merancang aktiviti. Jika di sekolah dahulu, mungkin segala program di rancang oleh guru, tetapi di peringkat universiti ia perkara yang berlainan. Mahasiwa yang merancang, mengira bajet kos dan menyediakan kertas kerja untuk sesuatu program.

Hari Terbuka Kolej (TEMMASYA’10)

Sudah menjadi tradisi, program mega yang di anjurkan oleh Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa (JKM) pada setiap tahun ialah mengadakan Hari Terbuka Kolej. Penulis terpilih menjadi salah seorang ketua aktiviti untuk Hari Terbuka Kolej yang di beri nama TEMMASYA’10. Jika sebelum ini penulis menjadi krew biasa sahaja dalam MAHABBAH’09, penulis di beri tugas menjadi Ketua Aktiviti Pertunjukan Api TEMMASYA’10. Walaupun Pertunjukan Api tidak sesusah aktiviti lain yang di anjurkan, tetapi penulis masih ternganga lagi mencari langkah untuk aktiviti tersebut.

                                                     Wayang Pacak yang di sediakan Kementerian Penerangan Malaysia


                                                                                     Si kecil bermain dengan api.


                                       Skuad Pertunjukan Api TEMMASYA'10 (penulis pakai jaket hitam)

Aktiviti lain seperti kempen derma darah, pertunjukan motorsikal, TEMMASYA Kids, Explore race dan lain-lain yang di adakan selama 3 hari. Walhal, aktiviti penulis hanya di adakan pada malam perasmian. Penulis dan rakan-rakan yang terlibat terpaksa mengorbankan cuti semester untuk gerak kerja Hari Terbuka Kolej. Dimana, penulis belajar mencari penajaan berupa kewangan dan berhubung dengan orang luar seperti Kementerian pelajaran, Kementerian Penerangan dan lain-lain untuk kerjasama program yang bakal di adakan.

                                                                 Pameran Kuda Tunggang TEMMASYA'10


                                                 Maggie....Jemput Rasa..:)

Setelah semua yang terlibat bersusah payah sehingga program berjalan lancar, satu program Family Day TEMMASYA’10 di adakan di Sungai Congkak khas untuk yang terlibat dengan Hari Terbuka Kolej. Menikmati barbeku di Sungai Congkak selepas puas bermandi manda dan sukaneka memang suatu yang menarik.

                                           Muka-muka nak pergi konvoi Sg Congkak

Meneruskan perjuangan dalam JKM

Penulis menyambung ‘kontrak’ dalam Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa buat kali yang kedua setelah di ajak oleh rakan penulis, sdr Wan Muhammad Idham Wan Mahdi yang juga rakan seperjuangan penulis sejak di zaman persekolahan iaitu semasa di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan Presiden JKM 2011/2012.
                                                 Mendengar taklimat JKM

                                                Muka-muka keriangan

Hanya beberapa rakan penulis yang masih meneruskan perjuangan dalam JKM iaitu penulis, sdr Wan Muhammad Idham, sdr Ahmad Faiz dan sdri Hafizah. Kursus JKM kali ini di adakan di Pusat Latihan LKIM, Bagan Lalang Banting Selangor. Peserta Kursus menginap di chalet yang di sediakan. Penulis di lantik menjadi Pengerusi bagi Jabatan keusahawanan JKM oleh pengetua kolej kediaman pada masa itu, En Mohd Noh Adlan bin Mohd Noh.

                                                  Pusat Latihan, LKIM Bagan Lalang


                                                            Geng-geng terbaeekk....

Jabatan Keusahawanan dan Koperasi & Koperasi Siswa Jaya UTMIC KL Berhad di tubuhkan

Jabatan Keusahawanan JKM di naiktaraf menjadi Jabatan Keusahawanan dan Koperasi setelah sebuah koperasi di tubuhkan hasil perbincangan pihak universiti. Melalui Mesyuarat Agung pertama Koperasi, Lembaga Pengarah yang pertama di lantik dan Koperasi Siswa Jaya UTMiC KL berhad di tubuhkan secara rasmi. Koperasi Siswa Jaya UTMic KL Berhad di pengerusikan oleh En Mohd Sharil Bin Abdullah.


Antara aktiviti yang di anjurkan koperasi ialah Jamuan Buka Puasa Koperasi, Kiosk Coffee & Snack, Mini Cinema dan gerai jualan.

Hari Terbuka Kolej (TEMMASYA’11)

Hari Terbuka Kolej TEMMASYA’11 di adakan dalam bulan Syawal iaitu pada bulan orang ramai masih sibuk beraya dan bertandang ke rumah terbuka. Penulis terlibat sebagai Ketua Aktiviti untuk Gerai dan Jualan. Sebelum ini (TEMMASYA’10) penulis menjadi Ketua Aktiviti Pertunjukan Api yang hanya di adakan pada waktu perasmian, di dalam TEMMASYA’11 cabaran semakin besar kerana  aktiviti penulis di adakan sepanjang Hari Terbuka Kolej di adakan iaitu selama 3 hari berturut-turut.


                                        Muka-muka penggerak TEMMASYA'11. Lokasi: Wangsa Walk

                                    Gerai Jualan Koperasi Siswa Jaya UTMic KL Berhad (TEMMASYA'11)


                                                        Pengalaman menjadi penjual..


                                        Aktiviti yang di jalankan (TEMMASYA'11)


                                         Berdiri gah Gerai dan Jualan di sebalik nama Coffee & Snack

Cabaran kali ini agak berbeza, penulis terpaksa mencari para peniaga atau yang hendak berniaga dengan menyewa tapak yang di sediakan lebih kurang 22 tapak. Daripada itu, penulis dapat berhubung dengan peniaga-peniaga di sekitar Kuala Lumpur. Penulis masih ingat lagi sewaktu bulan Ramadhan, penulis dan sahabat penulis, sdr Mohd Hatta bin Zoidin (Mantan Lujnah Ekonomi Persatuan Mahasiswa Islam UTMKL) pergi ke setiap Bazar Ramadhan untuk mengedarkan flyers dan mencari peniaga yang berminat untuk menyewa tapak gerai jualan. Sememangnya menjadi pengalaman manis, mencari penajaan dan berhubung dengan orang luar memang tidak dapat penulis lupakan sehinggalah program Hari Terbuka Kolej ini berjaya di jalankan.

                                       Nama UTM di Pulau Pangkor


                                     Jeti Pulau Pangkor, Perak

Setelah program TEMMASYA’11 berjaya di jalankan. Masa untuk makan angin dan meraikan kejayaan Hari Terbuka Kolej yang telah di adakan. Program Family Day TEMMASYA’11 di adakan di Pulau Pangkor bagi yang terlibat dan yang terpilih. Post mengenai Family Day ke Pulau Pangkor telah penulis siarkan sebelum ini. Rujuk:Pulau Pangkor Destinasi Percutian

                                                    Family Day TEMMASYA'11 @Pangkor

Bersambung ke PART 2…….

Note: Penulis bercerita mengenai pengalaman penulis dalam JKM dalam PART 1 dan dalam PART 2 adalah selebihnya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jata Johor

Jata Johor

youtube

Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan
'Nugrahkan Dia segala kehormatan

Sehat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami

Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan