assalamualaikum

atas

Anak Melayu Bugis@Facebook

bubble

Cursors

Proton Logo

Title blog bergerak

Saturday, September 15, 2012

ADUHAI SI PENCURI BUAH SAWIT…



HARI ini, 14/9 mungkin tamatlah kontrak penulis sebagai seorang mandor di kebun sawit milik keluarga bapa penulis. Penulis membuat keputusan untuk menyambung pengajian yang lebih tinggi. Berbulan-bulan juga lah penulis merasai pengalaman dan melihat sendiri tadbir urus daripada buah sawit di petik hinggalah buah sawit di timbang di pusat timbang. Rasanya kalau di suruh memetik buah sawit memang penulis tidak mampu, memerlukan kudrat yang kuat. Pekerja yang memetik buah sawit pun warga Indonesia yang di upah bapa penulis. Tetapi penulis kagum dengan semangat warga Indonesia tersebut, hanya seorang sahaja melakukan kerjanya.

                                                 Buah sawit yang dilonggokkan 

                                             Menunggu untuk di jual dan di bawa ke pusat timbangan

                                         Ni la kenderaan kerja penulis yang juga pondok bergerak, hehe

Kerja penulis hanyalah menjaga buah sawit sebelum lori datang menjemput untuk di bawa ke pusat timbang dan mengira tandan kelapa sawit yang telah di petik. Mungkin kerja-kerja berat yang penulis pernah lakukan di kebun sawit ialah membaja, meracun rumput dan anak-anak pokok serta menebas sahaja. Tidak berani juga rasanya penulis kalau hendak meracun atau menebas rumput yang terlalu semak dan tinggi. Sebab beberapa kali penulis terserempak dengan ular terutamanya ular tedung selar atau ‘mura’ semasa sedang syok meracun rumput. Tambahan pula penulis gemar memakai selipar sahaja, malas hendak memakai kasut getah.

BUAH SAWIT DI CURI

Harga buah sawit yang begitu stabil membuatkan buah sawit ini berharga selain harga getah. Tetapi bulan ini harga sawit turun iaitu kira-kira RM520/1 tan harga di selatan tanah air. Namun kes kecurian buah sawit masih lagi berleluasa. Mungkin sebelum ini banyaknya kes kecurian getah, kes kecurian buah sawit pula hangat diperkatakan selepas ramai yang menukarkan tanaman getah kepada tanaman kelapa sawit.

                                             Banyak tanaman getah ganti kepada tanaman kelapa sawit

Tidak terkecuali kebun milik adik beradik bapa penulis turut pernah menjadi target si pencuri buah sawit ini. Sejak daripada kes tersebut, penulis di tugaskan menjadi mandor tanpa tauliah selepas penulis berhenti bekerja di Restoran makanan segera di LCCT Airport. Mandor tu mandor juga, mandor di beri gaji juga oleh bapa penulis yang juga menguruskan tanaman kelapa sawit tersebut.

                                             Bosan-bosan, dok dalam 'pondok bergerak' ni..hehe

                               Penulis kena berada di sini selagi lori belom sampai..bosan2, tangkap gambarlah..

                                                   Tempat berteduh dok bawah pokok kelapa sawit..

Kes kecurian juga berlaku kepada bapa saudara penulis. Semua buah kelapa sawitnya yang sudah di petik hilang di curi. Kejadian berlaku semasa bulan Ramadhan yang lalu, bapa saudara penulis sendiri yang memetik buah sawit dalam keadaan hujan. Cuba bayangkan ia berlaku terhadap kita, mesti perasaan kita kecewa setelah penat lelah melakukan kerja. Puncanya kerana lori lambat datang mengambil buah sawit tersebut dan buah sawit yang di longgok di tepi jalan tidak di jaga.

                                              Buah sawit yang di longgokkan. penulis kena kira tandan.

                                              Hari ni penulis bawak motor masuk lanyak kebun sawit

                                             JLP556 penulis...banyak jasa tu :)

                                               1 tandan anggaran 10KG. 1000KG = 1 tan

TEKNIK MENCURI BUAH SAWIT  

Terdapat banyak cara orang yang mencuri buah sawit ini daripada hasil kajian penulis dan bertanyakan kepada orang yang memetik buah sawit warga Indonesia ternyata banyak mengetahui bagaimana kegiatan ini boleh berlaku tetapi tidak tahu membuat aduan dan hanya berdiam diri. Pekerja pemetik buah sawit itu atau di kenali sebagai nama panggilan ‘Wak’ menyatakan beberapa teknik mencuri dan cara mengatasi masalah tersebut.

1.      Pertama sekali jangan sesekali percaya kepada pemandu lori yang mengangkut buah sawit ke pusat timbangan.
2.      Pungut buah sawit dua kali, kali pertama ialah atas nama tuan kebun dan kali kedua atas nama sendiri atau nama tuan kebun yang tidak wujud.
3.      Pada mulanya buah sawit di pungut semua masuk ke dalam lori, tetapi dalam perjalanan ke pusat timbangan, sebahagian buah sawit di turunkan di tempat lain sebelum memungut semula untuk di jual atas nama orang lain.
4.      Mengambil sedikit atau sebahagian setiap longgok buah sawit yang sudah di petik.
5.      Kecurian yang berlaku pada waktu malam.
6.      Mungkin juga berlaku kepada si pemetik buah sawit yang bersekongkol dengan pemandu lori, si pemetik buah sawit memetik buah sawit pada waktu petang (pusat timbangan sudah tutup), memaksa lori mengambil buah sawit pada keesokan hari dan malam tersebut senanglah sesiapa melakukan kegiatan mencuri.
7.      Di lakukan juga oleh mat ganja dan sewaktu dengannya, bawa van atau dengan motorsikal dan mencuri buah sawit.
8.      Ada juga kes, lori masuk ke dalam kawasan tanaman sawit untuk mencuri sahaja (kebiasaannya waktu malam)
9.      Memperoleh duit tepi. Lori yang pada asalnya menghantar baja atau lain-lain, sewaktu dalam perjalanan memang ada barang yang hendak di hantar, bila pulang daripada destinasi, tiada muatan dalam lori. Membuatkan lori dengan sahaja mengambil buah sawit yang sudah di petik yang sudah di longgokkan.

                              Begitulah kerjaya sebagai mandor yang tidak bertauliah..:)

Wednesday, September 12, 2012

‘TUTUP BUKU LAMA, BUKA BUKU BARU’



HATI mana yang tidak gembira sekiranya mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke IPTA tidak kiralah lepasan SPM/setaraf dan STPM/setaraf. Penulis juga pernah berasa perasaan sedemikan setelah berpeluang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPTA selepas SPM beberapa tahun lepas. Walaupun di tawarkan untuk peringkat diploma. Kelayakan lepasan SPM hanyalah diploma, matrikulasi, asasi dan STPM sahaja. Untuk terus ke peringkat Ijazah Sarjana Muda jauh sekali bagi IPTA.

                                                Penulis semasa berada di semester 1 diploma UTM

                                   Dalam Lab Workshop Elektrik..bersama partner buat lab, hafiz..Beliau memang expert orangnya.

Namun, tidak semudah itu sekiranya kita sudah ada diploma untuk sambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti yang sama untuk sesetengah IPTA. Penulis mengambil diploma di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik (Mekatronik). Program diploma UTM di tawarkan di Kuala Lumpur iaitu di Jalan Semarak dan program ijazah sarjana muda hanya berada di kampus utama UTM iaitu di Skudai, Johor Bahru tetapi ada juga jurusan ijazah sarjana muda di tawarkan di UTM Kuala Lumpur.

                                         Rakan satu kos sewaktu penulis berada di semester 3

SEDIKIT RASA KECEWA

Awal September yang lalu merupakan hari pendaftaran bagi pelajar baru di IPTA seluruh negara untuk menyambung ke peringkat ijazah sarjana muda masing-masing. Sedikit rasa kecewa dan sebak di hati penulis kerana tidak berpeluang bersama kawan-kawan penulis sejak diploma mendaftar sama. Penulis berfikir mungkinkah penulis tidak layak sedangkan syarat kemasukan untuk kejuruteraan ialah 3.00 bagi sarjana muda Fakulti Kejuruteraan Elektrik.

                                            Jalan-jalan satu kos yang terakhir. Ke Port Dickson (Corus Paradise)

                                           BBQ di Pantai Port Dickson bersama geng mekatronik DDB

Menjadi persoalan juga ada rakan penulis yang sama-sama mengambil diploma sebelum ini mendapat pointer sama dan ada yang kurang daripada pointer penulis mendapat tawaran sambung ijazah di universiti yang sama. Penulis bersangka baik, mungkin bukan rezeki penulis di UTM Skudai. Menurut rakan penulis, Fakulti Kejuruteraan Elektrik memang penuh untuk menerima kemasukan bukan dari lepasan diploma UTM sahaja tetapi matrikulasi, STPM dan diploma IPTA lain. Ia menjadi persaingan yang hebat. Mungkin di sebabkan kuota kemasukan menyebabkan lepasan diploma UTM ada yang kurang bernasib baik seperti penulis.

                                            Jalan-jalan di I-City, Shah Alam bersama rakan kos penulis 

                                             Suatu ketika dahulu....Jalan-jalan di Genting Highland..

                                                   Jom @Genting DDB Mekatronik..:)

                                             BBQ dan mandi2 Sg Kanching, Rawang DDB Mekatronik.

Apa-apa pun LA TAHZAN..Jangan bersedih..Mungkin bukan rezeki penulis dan kita hanya manusia biasa mampu merancang, yang menentukan ALLAH S.W.T.

KURANG BERNASIB BAIK

Berbeza pula dengan fakulti lain seperti Fakulti Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan lain-lain. Mungkin ada jurusan tertentu yang khas daripada lepasan diploma UTM sendiri atau kuota lepasan diploma UTM lebih besar. Dapat di buktikan ada yang bukan dari jurusan yang sama dengan penulis mendapat pointer yang bawah daripada 3.00 di terima masuk ke UTM Skudai. Mungkin juga di sebabkan ramai yang genius dan bijak belaka lepasan Matrikulasi, diploma dan STPM berbanding penulis yang kurang pandai dan tidak menepati kriteria universiti walaupun aktif setiap aktiviti universiti.

                                  Lawatan Penyelidikan UTM-PROTON semester terakhir DDB Mekatronik

                                                Malam Pra Graduan Mahasiswa Diploma UTM

Meskipun penulis mendapat pointer atas daripada 3.00 tetapi tidaklah sampai mendapat kelas pertama atas 3.50. Jikalau keputusan semester 1 baik seperti semester selepasnya mungkin berpeluang rasanya. Memang betul ramai yang mengatakan keputusan semester 1 mempengaruhi keputusan semester lain. Mengingat kembali keputusan semester 1 penulis amatlah rendah, hanya mendapat bawah 2.30. Mungkin di sebabkan khayal dan tidak serius dalam pelajaran. Alhamdulillah, naik semester ke 2 keputusan penulis meningkat dan di anugerahkan dekan atas 3.50, penulis sendiri tidak menyangka. Sehinggalah berada di semester terakhir penulis berjaya mengekalkan pointer atas 3.00 di setiap semester. Apa-apa pun ia menjadi kenangan dan pengalaman penulis yang bergelar mahasiswa diploma sebelum ini di UTM..hahaha   

PENGAMBILAN MELALUI UPU

Pengambilan pelajar baru IPTA di uruskan oleh UPU kecuali Universiti Sains Malaysia (USM). Penulis sendiri tidak tahu sebelum ini dan tidak memohon terus kepada USM melalui permohonan online USM. Akan tetapi tidak semua IPTA yang mengambil lagi pelajar baru dalam semester kedua melalui IPTA itu sendiri bukan melalui UPU seperti UiTM, UIAM, UTHM dan lain-lain. Biasanya permohonan online akan di buka sebelum masuk semester kedua.



HERE I COME UNITEN!



Niat di hati penulis nak bekerja, tengok kawan-kawan dan saudara mara yang sudah bekerja lepas habis diploma. Memang kelayakan lepasan diploma kejuruteraan untuk bekerja hanya sebagai juruteknik atau pembantu jurutera. Nak jadi jurutera kenalah ada ijazah sarjana muda. Kalau silap tolong betul kan ye.. Tu pun kena tengok bertauliah atau tidak. Di sebabkan ramai yang sarankan terutamanya keluarga penulis sendiri untuk sambung lagi pengajian sebab usia masih muda kononnya membuatkan penulis nak sambung belajar setelah kecewa dengan UPU. Nak tunggu pengambilan seterusnya terus daripada IPTA mungkin awal tahun depan kemasukannya.

                                              Kereta solar UNITEN

                                              Bangunan Administration UNITEN, Kampus Putrajaya

                                               Sekitar UNITEN, Kampus Putrajaya

Penulis membuat langkah drastic dengan memilih IPTS sebagai tempat penulis menyambung ijazah. Penulis telah memohon dan mendapat tawaran daripada IPTS seperti MMU, UNITEN, UNISEL dan UNIKL (MFI). Last-last, penulis fikir-fikir balik memilih ke UNITEN sebab ianya milik syarikat TNB sendiri dan pembelajarannya seperti IPTA cuma ia swasta. Lagi-lagi penulis mendapat tawaran kejuruteraan elektrik sememangnya ada kena mengena dengan TNB.

                Program yang diwarnakan hijau program yang diiktiraf oleh badan profesional bidang berkaitan seperti Lembaga Jurutera Malaysia, Majlis Optik Malaysia, Lembaga Jururawat Malaysia dan sebagainya. (MQA)

Mesti ramai mengatakan masuk IPTS untuk orang kaya sahaja. Habis golongan sederhana dan kurang kemampuan tak boleh masuk? Mungkin di sebabkan yuran pengajian yang agak mahal rasanya. Tapi penulis lihat UNITEN banyak menyediakan pinjaman dan biasiswa khas untuk pelajar UNITEN sahaja. Banyak juga syarikat-syarikat swasta menaja pelajar UNITEN. Sebelum ini pun penulis sudah meminjam PTPTN untuk pengajian diploma di UTM. Lepas ni tak tahu pulak.

                             Bahagian pinjaman/biasiswa UNITEN. Sentiasa update laman webnya kepada pelajar UNITEN

Berminggu-minggu jugaklah penulis membuat ‘research’ mengenai UNITEN di blog-blog, laman web dan tanya senior-senior UNITEN rata-ratanya komen positif dan berpuas hati. Tidak seperti IPTS lain yang penuh dengan masalah sosial dan yuran pengajuan sangat mahal. Tetapi tak tahu IPTS mana. Nak kata yuran mahal pinjaman confirm boleh dapat. Last choice mesti PTPTN atau MARA. Cuma nak menanggungnya di kemudian hari kelak..hehe Klik sini antara komen-komen: Life in UNITEN

MECHANICAL -> MECHATRONICS -> ELECTRONICS

Teringat pulak di zaman sekolah menengah teknik dulu penulis ambil jurusan kejuruteraan Mekanikal, ingatkan selepas itu penulis nak sambung pengajian dalam bidang yang sama iaitu Mekanikal. ‘Tup-tup’ penulis dapat tawaran diploma dalam jurusan Kejuruteraan Mekatronik, mungkin tiada bezanya dengan Mekanikal cuma penulis kena belajar Mekanikal dan Elektronik sekali. Memang ianya agak pening. Tapi best bila kedua-duanya bergabung, hehe..

                          Penulis dalam jurusan Mekanikal di sekolah teknik Kuala Lumpur suatu ketika dahulu

Sekali lagi penulis juga berharap dapat menyambung ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang yang sama semasa diploma iaitu Mekatronik. Mungkin tiada rezeki, tetapi penulis mendapat tawaran di UNITEN iaitu Bachelor Electrical and Electronics. Maka hilanglah segala yang berkaitan dengan Mekanikal.

                                               Penulis sewaktu di tingkatan 5 di SMTKL

                                               Mengisi waktu kekosongan dgn lepak2

                                                   Antara bebudak kelas penulis, 5 Mekanikal 2

                             Ada geng botak di situ..hehe :) (penulis belakang member bersongkok kalau x cam)

                                              Bebudak Study group KBS.

Kira-kira 3 tahun lagi sama seperti tempoh menyambung ijazah sarjana muda di UTM dan IPTA lain, penulis akan meneruskan kehidupan sebagai pelajar ijazah sarjana muda pula selepas di ‘transfer’ jam kredit. Cuma penulis berharap penulis terus istiqamah dan menjadikan pengalaman lepas-lepas sebagai pengajaran. InsyaALLAH, tiada aral melintang pada 24 September 2012 merupakan hari pertama penulis menjejakkan kaki ke UNITEN…….InsyaALLAH…

p/s: Pengalaman yang berharga ketika penulis dalam pengajian diploma di Universiti Teknologi Malaysia International Campus, Kuala Lumpur. Belajar menjadi manusia yang berguna dan mengenal erti hidup sebenar. Alhamdulillah. Mudah-mudahan terus istiqamah. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan DDB Mekatronik (2009-2012): Hafiz, Ridhwan, Fakhrul, Ikhwan, Asyraf, Amir, Azmi, Azmeer, Chong, Firdhaus, Abidi, Theben, Murtadha, Tan, Adrian, Garmanus, Faez, Izar, Megat, Ain, Syakila dan lain-lain. Pengalaman berharga bersama kalian, moga maju jaya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jata Johor

Jata Johor

youtube

Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan
'Nugrahkan Dia segala kehormatan

Sehat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami

Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan