assalamualaikum

atas

Anak Melayu Bugis@Facebook

bubble

Cursors

Proton Logo

Title blog bergerak

Monday, November 18, 2013

KISAH MISTERI BUDAK HILANG DI VILLA NABILA AKHIRNYA TERJAWAB



Kisah yang Hangat Ketika Ini Di Laman Facebook, Twitter, Blog



Kisah yang dikatakan benar dan seram tentang Villa Nabila apabila 23 orang hilang 7 selamat lebih kurang jam 3.30 pg tadi 18 Nov 2013 benar-benar mengemparkan Malaysia khususnya rakyat Johor, pagi ini.

Pelbagai spekulasi dan berita telah tersiar di laman-laman sosial sehingga menimbulkan bermacam-macan tanda tanya.

Mengikut maklumat terbaru, segala berita yang tersebar tidak benar. Pihak polis menafikan dakwaan 23 orang hilang manakala 7 terselamat. 


  Hakikatnya pihak polis hanya menerima satu laporan sahaja mengenai seorang remaja lelaki hilang. Remaja yang hilang dikenali sebagai Mohd Izzat Izzudin Hussin yang berusia 16 tahun.

Ibu mangsa mengatakan kali terakhir dia melihat anaknya masuk ke perkarangan Villa Nabila yang telah terbiar lama ini tetapi tidak diketahui dengan siapa.
Namun berita 23 orang hilang disahkan palsu oleh wartawan program 999 @Hazrey (Twitter) yang berada di lokasi. Banyak khabar angin dan tokok tambah dari cerita versi asal. Yang hilang hanya seorang budak lelaki sahaja. Ibu mangsa mengatakan kali terakhir dia melihat anaknya masuk ke perkarangan Villa Nabila yang telah terbiar lama ini tetapi tidak diketahui dengan siapa.


Polis Sahkan Berita 23 Remaja Hilang Di Villa Nabila Palsu

Kecoh dilaman sosial apabila 23 orang dilaporkan hilang daripada jumlah 30 orang. Manakala 7 lagi terselamat setelah memasuki Villa Nabila. Hakikatnya, pihak polis menerima satu saja laporan polis mengenai seorang remaja yang disahkan hilang di lokasi tersebut.

Sejak pagi lagi Villa Nabila dipenuhi oleh orang ramai berikutan tersebarkan khabar angin 23 remaja hilang di villa tersebut.


Ibu remaja berkenaan ada menghubungi rakan anaknya dan dimaklumkan remaja itu telah memasuki Villa Nabila. Usaha mencari remaja itu masih di jalankan di Villa Nabila berkenaan dan sama ada mangsa masuk dan hilang di dalamnya masih dalam siasatan polis.

p/s: Orang Melayu bab tokok tambah cerita memang hebat. Sampai bilalah asyik percaya dengan benda tahyol nie. Percaya Allah Maha Berkuasa itu lebih baik!


- Credit to goSsip RaKyaT



Monday, September 30, 2013

SEDIKIT MENGENAI BADAN KEBAJIKAN JEMAAH KHAUJAKAN JOHOR (PART 2)



Asal perkataan Khaujakan 

Perkataan Khaujakan adalah diambil daripada perkataan Farsi dalam bentuk jamak (plural), dan mufradnya (tunggalnya) ‘al khawajihu’ yang membawa maksud dalam bahasa Arab al-Syaikh dan dalam bahasa Melayu boleh dimaknakan dengan Sheikh Tasauf atau Guru.Tasauf. Dinamakan Khatam Khaujakan kerana Guru Tasauf apabila berhimpun dengan murid-muridnya dan bercadang hendak keluar dari majlis itu, mereka sudahi majlis itu dengan membaca zikir-zikirnya dengan adab-adab dan kaifiatnya. 

Mengenali Wirid Khaujakan 

Wirid Khaujakan adalah merupakan satu ibadah yang diamalkan oleh ahli ahli Khaujakan. Wirid Khaujakan telah disusun oleh pegasasnya dengan lengkap menurut peraturan dan disiplin berwirid.mengandungi ayat-ayat Al-Qur’an, Zikir dan Selawat atas Nabi, Asma’ ul Husna dan Doa Doa pilihan yang amat mustajab.Adalah tujuannya utamanya ibadah wirid ini ialah untuk pembangunan kerohanian insan bagi mendekatkan diri kepada Allah (SWT) serta memohon kerahmatan dan keredhaanNya.di dunia dan akhirat. Wirid Khaujakan adalah antara amalan amalan yang terdapat di dalam Tarikat Naqshabandiah.  

Wirid Khaujakan amalan para solihin sejak di zaman silam

Wirid Khaujakan telah dikenali oleh masyarakat Islam pada zaman Sultan aulia’ as-Syaikh Abdul Kadir Jailani dan as-Syaid Muhammad Haqqi An-Nazali kira-kira lebih 1000 tahun yang lalu dan seterusnya di amalkan oleh masyarakat Islam hingga ke hari ini.

Wirid Khaujakan mula menjadi amalan umat Islam di Malaysia atau Malaya ketika itu pada awal tahun empat puluhan (1940-han), khususnya di negeri Johor.

Wirid ini telah perkenalkan ke Tanah Melayu oleh Allahyarham Kiayi Haji Fadhil bin Abu Bakar Al Bantani Nama Bantan atau Banten ialah sebuat tempat (daerah) di Jawa Barat, Indonesia. Setelah sekian lama menetap di Makkah. Beliau telah berhijrah ke Jawi atau Tanah Melayu pada tahun 1915 dan menetap di Lenga, Muar, Johor. Semasa menetap di Lenga beliau menubuhkan beberapa kumpulan bagi mengamalkan wirid khaujakan dari kalangan ahli-ahlinya qariahnya dan juga mereka yang datang dari daerah Muar dan sekitarnya. 

Semasa peperangan dunia kedua (1939-1940) Tanah Melayu diserang oleh tentera Jepun. Keadaan seluruh negara huru hara dan tidak selamat. Sultan Johor ketika itu DYMM Sultan Ibrahim ibnu Sultan Abu Bakar, menitahkan Kiayi Haji Fadhil Banten tinggal di istana dan beribadah dan berdoa pada Allah (SWT) memohon keselamatan dan perlindungan Baginda Sultan serta keluarganya dan seluruh rakyat negeri Johor. Ketika itu keadaan yang huru hara akhirnya menjadi selamat dan tenang Dengan peristiwa ini wirid khaujakan tersebar luas dan diamalkan di seluruh pelusuk negeri Johor, lebih-lebih lagi ketika kegiatan komunis bermaharajalela yang telah membunuh ramai orang Melayu iaitu sebaik sahaja Jepun menyerah kalah.  

Semenjak itu wirid Khaujakan menjadi amalan umat Islam di negeri Johor dan terus berkembang hingga ke hari ini. 

Penubuhan Badan Kebajikan Jemaah Khaujakan Johor  

Kumpulan wirid Khaujakan telah berkembang di seluruh negeri Johor. Pemimpin dan ahli-ahli wirid khaujakan merasakan sampai masanya kumpulan ini bergiat secara sah dan rasmi dan mendapat pengiktirafan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Maka permohonan telah dimajukan kepada Pendaftar Pertubuhan dan telah didaftarkan pada 8hb November, 1971, bilangan pendaftarannya 473 (Johor) sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai ‘Badan Kebajikan Jemaah Khaujakan Johor’ atau ringkasnya ‘Khaujakan’. 



Fadhilat mengamalakan wirid Khaujakan. 

Tujuan utama mengamalkan wirid khaujakan adalah memohon dan mencari keredhaan dan kasih sayang dari Allah S.W.T. serta mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. 

Disamping itu wirid Khaujakan mempunyai fadhilat atau kelebihan yang terbukti keberkesanannya antaranya yang dapat dinyatakan seperti berikut:- 

a. Satu amalan yang mustajab supaya hajat dimakbulkan Allah s.w.t.
b. Untuk menjauhkan bala’ dan waba’ dan malapetaka daripada menimpa diri, keluarga, masyarakat dan Negara kita.
c. Untuk menjauhkan gangguan syaitan dan makhluk halus.
d. Boleh menjadi satu cara untuk mengubati orang sakit dan menjadi penerang hati kepada orang/anak yang sedang belajar.

e. Untuk pelbagai tujuan atau maksud yang baik

YDP Khaujakan Johor, Ustaz Ahmad Tunggal

SEDIKIT MENGENAI BADAN KEBAJIKAN JEMAAH KHAUJAKAN JOHOR





PENGASAS

1) AL MARHUM KIYAI HJ FADIL BANTEN
     (1830 – 1952)





Nama penuh beliau ialah Hj Fadil Bin Abu Bakar, berasal dari Banten Jawa Barat. Dilahirkan pada tahun 1870 an, tarikh ini didasarkan bahawa beliau wafat pada tahun 1952 dan pada masa beliau wafat umurnya dianggarkan tujuh puluhan tahun. Ini hanyalah anggaran dari orang yang hampir kepadanya iaitu Ustaz Hj Othman Azhari yang telah meneruskan usaha usaha yang telah di pelopori oleh Kiyai Hj Fadil itu.Sejak dari kecil beliau telah terdidik dengan didikan agama disamping keluarganya adalah dari golongan yang sangat mementinkan syariat Islam, beliau juga telah mendalami didikan agama disebuah sekolah ( Pesantren ) yang ada dikampungnya, sehinggalah dewasa dan akhirnya beliau terkenal sebagai orang yang alim di Banten yang dikenali dengan gelaran “Kiyai”.

Dengan pengajian tasawwuf beliau telah mula cenderung dan mempelajarinya sejak berumur dua puluhan tahun dalam mempelajari tasawwuf itu beliau telah mempelajari banyak tarikat tarikat dan akhirnya beliau telah mengamalkan tariqat Naqshabandiyah sebagai tariqat yang menjadi pilihannya. Daripada tariqat Naqshabandiyah beliau mengetahui dan mengamalkan wirid Khaujakan, kerana wirid Khaujakan adalah satu dari amalan amalan yang terdapat di dalam tariqat Naqshabandiyah dan ianya diamalkan di majlis perpisahan antara murid dengan Sheikh Mursyid.

Semasa umurnya mencapai tiga puluhan tahun beliau telah pergi ke Makkah untuk tujuan menunaikan haji, setelah selesai menunaikan haji beliau telah menetap di Makkah untuk tujuan mendalami ilmu agamnya dari tokoh tokoh ulama’ yang ada di tanah suci Makkah.Beliau juga banyak bergaul dengan ahli tariqat Al Tijaniyah yang akhirnya beliau mengambil tariqat itu sebagai satu amalan tariqatnya di samping tariqat Naqshabandiyah yang telah dipegangnya sebelum pergi ke Makkah lagi.Pada sekitar tahun 1915 beliau telah berhijrah Malaya dan tinggal di Lenga Muar, semasa di Lenga beliau telah mengajar di masjid masjid dan surau surau dan mengembangkan wirid Khaujakan kepada murid murid nya, beliau kemudianya berpindah ke Jalan Bakri Muar dan berkahwin buat kali keduanya dengan seorang janda yang mempunyai dua orang anak .Salah saorang anak tirinya bernama Hj Othman Hj Azhari yang mempunyai latarbelakang didikan agama yang tinggi telah meneruskan usaha usahanya sehingga berkembang seperti sekarang. Pada zaman pemerintahan Jepun 1945 Kiyai Hj Fadil Banten telah dibawa Johor Bahru dan telah ditawarkan untuk berkhidmat dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang ketika itu Baginda Sultan mahukan saorang ulama’ yang berkebolehan untuk mendoakan keselamatan keluarga Baginda Sultan kerana ketika itu berlaku peperangan antara tentera British dengan askar Jepun di Johor .Kiyai Hj Fadil tinggal di Masjid Pasir Pelangi dan dengan perkenan Baginda Sultan beliau telah mengembangkan wirid Khaujakan dengan menubuhkan beberapa kumpulan wirid di seluruh Negeri Johor.Kiyai Saleh yang kemundian terkenal sebagai pahlawan menentang komunis merupakan salah saorang muridnya dan juga ketua kumpulan wirid Khaujakan bagi daerah Batu Pahat.

Setelah berkhidmat di Johor selama tiga tahun Kiyai Hj Fadil kemudiannya pulang ke Bakri Muar dan pada tahun 1952 beliau telah kembali ke rahmatullah pada usia tujuh puluhan tahun dan di kebumikan di kawasan perkuburan Masjid Jamek Lenga, Muar.


2) AL MARHUM TUAN GURU HJ OTHMAN HJ AZHARI P.I,S, SMJ
     (1915 – 1995)



Hj Othman Bin Hj Azhari di lahirkan di Jalan Bakri ,Muar pada bulan April tahun 1915. Beliau di besarkan oleh ibunya setelah bapanya meninggal dunia ketika usianya maseh kecil.Beliau mendapat didikan secara formal di bidang agama di sekolah agama di Muar dan pada tahun 1936 beliau telah melanjutkan pengajiannya di Kuliatul Al Attas di Johor Bahru..Selepas tamat pengajian beliau telah memberi khidmat mengajar di sekolah sekolah agama di Muar termasuk Madrasah Maharani al- Islamiah, Madrasah Loghatul Quran dan Madrasah Sa’diah..Kiyai Hj Fadil Banten yang juga ayah tirinya telah banyak memberi bimbingan dan latihan kepada beliau terutamanya di bidang kerohanian.

Setelah Kiyai Hj Fadil Banten wafat, Hj Othman Hj Azhari telah meneruskan usaha usaha mengembangkan wirid khaujakan yang telah di pelopori oleh Kiyai Hj Fadil Banten dengan mengamalkan wirid dikalangan ahli ibadah yang juga menjadi murid kepada Kiyai Hj Fadil Banten walaupun ketika itu kebanyakanya mengamalkan secara sendirian.

Mulai tahun 1967 perkembangan wirid khaujakan telah menampakan pesatnya apabila Tuan Guru Hj Othman Azhari telah berusaha mengumpulkan para ahli ibadah mengamalkan wirid khaujakan secara beramai ramai di masjid Jamek Muar tiap tiap malam Jumaat dari jam 12 malam hingga subuh.Pada mulanya ia disertai oleh beberapa orang dan kemudiannya telah meningkat kepada 600 orang yang datang dari berbagai bagai daerah..Kumpulan wirid telah galakan di tubuhkan di daerah daerah bagi memudahkan orang ramai menjalankan amalan ibadah ini di masjid dan surau di tempat dan daerah masing masing.Pada penghujung tahun 1969 ahli ahli wirid khaujakan telah meningkat kepada ribuan orang dan perlu di tadbirkan dengan berkesan supaya perkumpulan menjalankan wirid di lihat bebas dari fitnah maka Tuan Guru Hj Othman Azhari mengambil keputusan dan juga atas nasihat ahli wirid mendaftar secara sah dengan pendaftar pertubuhan di Johor. Maka urusan pendaftaran pun diusahakan dan pada 2 November 1971 kumpulan ini didaftarkan di bawah undang undang pertubuhan negeri Johor dengan nama Badan Kebajikan Jemaah Khaujakan Johor dengan No.Pendaftaran 473 ( Johor ).

Tuan Guru Hj Othman Azhari telah menyusun beberapa buah buku risalah wirid Khaujakan dan beberapa buah buku bagi memudahkan ahli ahli pertubuhan untuk membuat amalan wirid dan rujukan bacaan.

Tuan Guru Hj Othman Azhari selaku Yang DiPertua di pertubuhan telah memimpin ahli ahli nya menjalankan aktibiti aktibiti ibadah dengan berkesan dimana di satu ketika jumlah ahlinya mencecah lebih 20,000 orang.Setelah memimpin pertubuhan ini selama 24 tahun Tuan Guru Hj Othman Azhari telah uzur dan beliau telah menyerahkan pimpinan pertubuhan ini kepada timbalannya.Pada tanggal 23 haribulan Jun 1995 beliau telah wafat pada usianya 80 tahun dan di kebumikan di tanah perkuburan Batu 2 Jalan Bakri, Muar Johor.


Buku Amalan Wirid Khaujakan dan huraian beserta terjemahan.



Sunday, July 7, 2013

Warisan Melayu Merentasi Sempadan Antarabangsa – Kelompok Amanah, UNITEN



ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat illahi, penulis sempat berceloteh di dalam blog penulis yang agak bersawang ini. Mood menulis itu kadang-kadang saja datang, mungkin juga di sebabkan bila sudah masuk semester, perkara yang menjadi kewajipan sebagai seorang pelajar universiti ialah test dan assignment yang bertubi-tubi.

#UNITENGUA

Semalam, 5 Jun 2013 juga telah berakhirnya program besar di UNITEN iaitu UNITENGUA bertempat di Dewan Seri Sarjana, UNITEN, Kampus Putrajaya. Program dengan membawa tema ‘Tribute kepada P.Ramlee’ ini mengembalikan nostalgia penghibur-penghibur veteran tanahair seterusnya mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan. Meskipun penulis tidak melibatkan diri dalam program mega ini dan juga hadir ke program ini. Biasalah study last minit, esok paginya test, malam baru ‘terkedek-kedek’ mahu study sehingga pagi.

Pelbagai program di UNITEN

Tidak sampai seminggu lagi, menjelangnya Ramadan Al-Mubarak yang pastinya di nantikan bagi semua umat Islam. Di dalamnya terdapat malam seribu bulan iaitu malam lailatul qadar dan merebut pahala berlipat ganda di dalam bulan yang mulia ini. Hal yang demikian, mungkin juga segala program banyak di adakan sebelum tibanya bulan Ramadan ini.

Di adakan juga Ihtifal UNITEN bertempat di Masjid UNITEN. Program yang bercorak kerohanian. Pelbagai aktiviti di sediakan. Begitu hampa penulis tidak sempat mengunjunginya juga gara-gara test (linear algebra) pada waktu pagi sehingga tengahari dan selepas test melibatkan diri dengan program yang dipertanggungjawabkan kepada penulis meskipun sebagai seorang krew biasa. Tidak hairanlah, selepas program tamat selepas waktu maghrib, penulis terus di buai mimpi sehingga larut malam ini.

Esoknya pula, akan diadakan Karnival Kelompok Ilmu. Kelompok yang majoritinya menempatkan pelajar perempuan (mahasiswi).



Program Kelompok (Warisan Melayu Merentasi Sempadan Antarabangsa)

Program yang berlangsung di Kelompok Amanah pula ialah program yang di beri nama ‘Warisan Melayu Merentasi Sempadan Antarabangsa’ atas kelolaan ahli jawatankuasa Persatuan Pelajar Kelompok Amanah (PPKA) dan penasihat PPKA, Dr. Mardian Shah Omar yang melibatkan pelajar antarabangsa dan tempatan. Penulis di fahamkan program ini khusus kepada pelajar antarabangsa yang majoritinya pelajar dari timur tengah seperti Palestin, Arab Saudi dan lain-lain sebagai pelengkap salah satu matapelajaran di UNITEN.

Program bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir sebelum waktu maghrib selepas jamuan dengan hidangan masakan Melayu. Di tempatkan juga, booth-booth  permainan tradisional Melayu iaitu Kompang, Gasing, Sepak Raga (Takraw), layang-layang dan ketupat.



Pelajar-pelajar antarabangsa di terangkan mengenai segala permainan tradisional masyarakat Melayu yang mungkin juga generasi sekarang pun tidak tahu mengenainya. Dalam masa yang sama, kita dapat mempromosi antara budaya di Malaysia di mata dunia. Ternyata mereka menunjukkan reaksi positif terhadap permainan tradisional di sini.



Tahniah Kepada Persatuan Pelajar Kelompok Amanah (PPKA)


Sekalung penghargaan terutamanya kepada penasihat PPKA, Dr. Mardian Shah Omar dan juga Persatuan Pelajar Kelompok Amanah (PPKA) yang memberi peluang kepada penulis untuk turut serta melibatkan diri dalam program ini. Program ini juga merupakan aktiviti pelajar untuk program pertama penulis di Kelompok Amanah dan kedua di UNITEN selepas menjadi fasilitator SAFE CAMP anjuran PPI UNITEN yang di adakan baru-baru ini di Kem Lambaiana, Sg. Gabai, Hulu Langat Selangor.




p/s: Apa-apa pun, penulis masih merindukan segala aktiviti universiti semasa penulis menuntut di UTM dahulu daripada krew sehingga program sendiri. Apa-apa pun UNITEN memang terbaik. Sememangnya pengalaman itu seperti emas dan begitu berharga.

Saturday, April 13, 2013

4 HARI 3 MALAM DI SARAWAK BUMI KENYALANG (PART 2)




4 HARI 3 MALAM DI SARAWAK BUMI KENYALANG (PART 2)

Sambungan dari Part1….


SARAWAK RIVER CRUISE

Satu pengalaman yang tidak dapat di lupakan ialah menaiki Sarawak River Cruise yang menyusuri Sungai di Bandar Kuching di waktu senja. Cruise ini beroperasi sekali sahaja dalam sehari iaitu pada jam 5.00 petang sehingga senja. Bagi yang menempah tiket awal, diskaun akan di berikan. Pakej termasuk dengan di jamu dengan kek lapis Sarawak dan tarian kebudayaan negeri Sarawak semasa di atas cruise.

Sememangnya Sarawak Cruise berbeza dengan cruise yang pernah penulis naiki sebelum ini di tempat lain. Ia mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Di atas cruise, pengunjung di hidangkan dengan makanan dan minuman iaitu Kek Lapis Sarawak sambil melihat panorama di tebing Sungai di Bandar Kuching.

                                            Bergambar bersama bapa penulis dan sepupu

                                    Kemungkinan bot kepunyaan Ketua Menteri Sarawak 

                                                      Penari kebudayaan Sarawak

                                                      Ada yang sempat bergambar

                                                             Sarawak River Cruise

                                               Jeti dan kaunter tiket Sarawak River Cruise

                                                       Di atas Sarawak River Cruise

                                                      Keindahan senja ciptaan Allah 

Dapat di lihat juga bangunan DUN Sarawak yang tersergam indah di seberang sungai serta kampung-kampung. Perkhidmatan bot penambang masih lagi digunakan lagi sehingga kini untuk ke seberang sungai meskipun sudah ada jambatan untuk laluan kenderaan.Sungai di Bandar Kuching menjadi nadi kepada eko pelancongan serta ekonomi di sini. 

Lebih menggambitkan lagi suasana di atas cruise, pihak Sarawak Cruise menyediakan persembahan tarian kaum-kaum utama di Sarawak. Ke semua tarian berlangsung lebih dari 15 minit semasa cruise berpatah balik ke jeti semula dari kediaman rasmi Ketua Menteri Sarawak. Rata-rata pengunjung berpuas hati.

                                                   Kek Lapis Sarawak yang di hidangkan

                                                   Masjid Bandar Kuching dari cruise

                                                Kampung-kampung seberang sungai

                                          'like father, like son'...penulis dengan bapa penulis

                                             Kediaman Rasmi Ketua Menteri Sarawak                                        

                                              Kediaman Rasmi Ketua Menteri Sarawak

                                                      Sarawak River Cruise di jeti                                        

KAMPUNG BUDAYA DAN KAKI BUKIT GUNUNG SANTUBONG

Kampung Budaya merupakan salah satu tempat pelancongan yang wajib di kunjungi jika bertandang ke negeri Bumi Kenyalang ini. Tempatnya mirip seperti di mini Malaysia di Melaka di mana menempatkan rumah-rumah di dalam Malaysia. Di Kampung Budaya ini terdapatnya rumah-rumah setiap kaum di Sarawak. Kawasannya memang luas, jikalau berjalan di dalam kawasan Kampung Budaya mahu lebih dari 2-3 jam. Penulis dan keluarga tidak sempat untuk masuk ke dalam di sebabkan banyak lagi tempat yang belom di lawati. Mungkin lain hari.

Manakala untuk bayaran masuk yang di kenakan ialah:

Dewasa: RM60 (non-Sarawakian)
Kanak-kanak: RM30 (non-Sarawakian)
Pelajar IPT (Bukan sekolah): RM10*

Bayaran masuknya memang agak mahal, terutamanya bagi kepada pelancong luar Sarawak. Akan tetapi, keistimewaan di berikan kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kerana ada diskaun untuk kadar bayaran tiket. Hanya perlu menunjukkan kad ID pelajar sebagi bukti seseorang itu masih menuntut di IPT.  Rujuk web: SARAWAK CULTURE VILLAGE

                                     Awan menghalang daripada melihat Gunung Santubong

                                                   Resort berhampran Gunung Santubong

Selamat Datang Ke Damai

                                                     Permai Rainforest Resort

                                            Pintu masuk dan kaunter tiket Kampung Budaya 

                                         Beratur menunggu giliran bayaran masuk parking


                                                       Peta Kawasan Kampung Budaya

                                                  Rainforest World Music Festival

                                                                    Damai Beach

Berhampiran dengan Kampung Budaya juga ada kompleks pelancongan di tepi pantai. Dapat melihat keindahan pantai bersama dengan Gunung Santubong yang begitu memukau bagi siapa yang melihatnya. Semuanya keindahan ciptaan Allah SWT.

                                                                  Damai Beach

                                        Penulis bergambar berlatarkan Gunung Santubong

                                            Laluan dari Kampung Budaya ke Pantai Damai

                                                                Damai Beach


                                               Replika Burung Kenyalang di Pantai Damai

TAMAN SAHABAT

Taman Sahabat terletak di Jalan Song, Kuching betul-betul berhadapan dengan apartment yang kami sewa (Jinhold Apartment Hotel). Taman Sahabat ialah merupakan tempat simbolik persahabatan antara Republik China dengan Malaysia. Di mana di dalam Taman Sahabat ini terdapatnya kolam-kolam ikan yang besar dan binaan replika kapal Laksamana Cheng Ho di atas kolam ini simbolik kepada pelayaran Laksamana Cheng Ho sehingga ke Melaka pada zaman dahulu.

Melihat binaan-binaan di dalam taman sahabat seperti berada di negeri China dahulu kala dengan kolam-kolam yang di penuhi ikan dan binaan seperti tokong dan bangunan negeri China dahulu. Trek-trek juga tersedia di dalam kawasan ini untuk pengunjung yang berjoging di sini. Tiada bayaran masuk yang di kenakan.

                               Persahabatan Antara Malaysia Dengan Republik Rakyat China


                                                    Peta kawasan Taman Sahabat

Binaan di Taman Sahabat

 Replika patung Laksamana Cheng Ho 

     Menunjukkan replika kapal Laksamana Cheng Ho 

                                       Batu yang tertulis mengenai setiap negeri dalam Malaysia

                                                            Suasana di Taman Sahabat

                                               Mungkin Ribuan ikan menghuni di kolam ini

                                                     Waktu senja di Taman Sahabat

Bersambung ke Part 3………..


                                   Rakaman tarian kebudayaan di atas Sarawak River Cruise
                                                      yang sempat penulis rakamkan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jata Johor

Jata Johor

youtube

Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan
'Nugrahkan Dia segala kehormatan

Sehat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami

Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan