Pages

Tuesday, July 5, 2016

NUKILAN BEIJING BAHAGIAN 2 (PART 5)

NUKILAN BEIJING BAHAGIAN 2 (PART 5)

Entri post sebelumnya KLIK SINI part 4.



HARI KELIMA: 1  JULAI 2016 - JUMAAT (HARI TERAKHIR DI BEIJING)

Alhamdulillah, sudah hari terakhir di Beijing, China. Hari terakhir di Beijing kebiasaannya para pelancong akan membeli belah untuk membeli buah tangan untuk di bawa balik ke Malaysia. Kami merancang membeli belah di Pearl Market dan berkunjung ke pekan majoritinya Islam iaitu di Nuijie.

PEARL MARKET (HONGQIAO)

Pagi itu, penulis sekeluarga bertolak menuju ke Hongqiao (Pearl Market) dengan menaiki van sewa. ‘Shopping’ sakan di sini gamaknya. Rancang beli baju raya sekali dan buah tangan untuk di bawa pulang ke Malaysia. Tak perlu lah penulis cerita lebih lanjut apa yang ada di sini. Boleh RUJUK entri post yang lalu: KEMBARA KE TANAH BESAR CHINA - PART 7. Di sini terdapatnya jualan barang elektronik, cenderahati, pakaian, mutiara, batu jed dan lain-lain.

Antara cenderamata yang di jual di sini

Borong bag tangan

Tingkat ini hanya menempatkan jualan mutiara

Mutiara China mengikut gred

Tips untuk pelancong ke sini ialah kena pandai membezakan harga di Malaysia dan di sini. Di sebabkan matawang China lebih rendah daripada Malaysia, berfikir dengan bijak barang-barang di sini jauh lebih murah. Ada yang berkualiti dan ada juga yang kurang kualiti. Pelancong Malaysia memang terkenal dengan tawar-menawar. Pastikan kita membeli sesuatu barang tersebut setelah kita sudah melakukan urusan tawar menawar harga atau bertanyakan harga. Jika tidak, peniaga di sini pasti akan berang dan ada yang memaki dengan selamba. Di sini kuasa membeli adalah daripada pembeli sendiri. Kita letak harga, walaupun peniaga yang letakkan harga yang tidak masuk akal pada awalnya. Elak di tipu, itu sahaja nasihat penulis.

Mungkin terlalu penat menunggu


NUIJIE (PEKAN ISLAM)

Seterusnya, setelah lebih kurang 4-5 jam kami sekeluarga ber’shopping’ sakan di Pearl Market. Kami sekeluarga berkunjung ke pekan yang majoritinya Islam. Destinasi pertama kami ke pekan ini ialah menunaikan solat Zohor dan Asar (Jama’ Ta’hir) di masjid tertua di Beijing iaitu Masjid Nuijie.

Bergambar dengan penduduk tempatan di sini

Bergambar kenangan di hadapan masjid Nuijie

Ruang solat Masjid Nuijie

 Dewan solat 

Jam matahari

Dua makam imam terdahulu

Alhamdulillah, ada sedikit perubahan di masjid ini. Ruang wudu’ dan tandas juga di tambah. Di belakang masjid ini terdapat dua makam imam terdahulu (di percayai tenaga pengajar dan pengasas masjid ini).

Market di Nuijie

Sekitar Nuijie

Traffic jammed di petang jumaat di Beijing (Driver stress)

Setelah selesai solat, kami menuju ke market Islam. Di sini ada menjual makanan halal. Boleh dikatakan ianya sebuah syurga makanan halal. Harga makanan di sini juga berpatutan. Daripada makanan basah sehinggalah makanan ringan ada di jual di sini.

***********************************************************************

BERBUKA PUASA (KHAN BABA RESTAURANT)

Rindukan masakan Arab? Ya, di Beijing juga ada restoran makanan Arab, sama seperti di Malaysia. Di restoran Khan Baba terletak sama bangunan dengan tempat kami menginap. Hidangan di restoran ini secara buffet. Harga untuk seorang lebih kurang RM40. Memang mahal, tapi agak berbaloi. Lagi-lagi waktu perut tengah lapar.

Berbuka puasa makanan arab pakistan

Pelbagai lauk pauk di sediakan di sini. Majoriti yang makan di sini pun ramai orang dari timur tengah. Selepas berbuka puasa, kami bersiap untuk pulang ke Malaysia. Flight pada jam 2.15 pagi.

HARI KEENAM: 2  JULAI 2016 - SABTU (BERTOLAK PULANG KE TANAHAIR)

Malam itu, jam 10 malam van sewa sudah menunggu kami di perkarangan tempat penginapan kami. Barang-barang semua siap di kemas. Suasana suram meninggalkan kota Beijing yang menyimpan 1001 kenangan.

Setibanya di lapangan terbang Terminal 2 Capital Beijing, terihat ramai orang beratur masuk ke kaunter kastam. Ramai juga pelajar Malaysia dari universiti lain untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Ternyata mereka semua tidak sabar untuk pulang berhari raya.

Letih menunggu sehingga gate di buka

Untuk pengetahuan pembaca, pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang China memang sangat ketat. Jangan terkejut. Penulis sarankan, jika ada barangan terlarang eloklah di buang atau di tunjukkan kepada pegawai pemeriksa. Pemeriksaan adalah seperti berikut:

1.      Pemeriksaan kastam China (Hanya tunjukkan passport)
2.      Pemeriksaan Imigresen (Clearance, tunjuk passport dan kad perlepasan)
3.      Pemeriksaan keselamatan barangan (barangan terlarang perlu di keluarkan, power bank dan bateri telefon bimbit perlu di keluarkan dari dalam bagasi untuk mengelakkan di periksa berulang kali)
4.      Pemeriksaan keselamatan diri (pemeriksaan badan, keluarkan semua peralatan di dalam pakaian, alat pengesan begitu sensitif dengan logam dan lain-lain)


Penerbangan D7317 Air Asia X bertolak pada jam 2.15 pagi dan tiba awal di KLIA 2 pada jam 8.05 pagi. Alhamdulillah, sempat bersahur di dalam flight dan tidur nyenyak selepas solat subuh. 

-TAMMAT-

Nukilan Beijing Bhg. 2
Mohamad Shahid Bin Suhaimi
1:32AM JULY, 5 2016

Monday, July 4, 2016

NUKILAN BEIJING BAHAGIAN 2 (PART 4)

NUKILAN BEIJING BAHAGIAN 2 (PART 4)

Entri post sebelumnya KLIK SINI part 3.




HARI KEEMPAT: 30 JUN 2016 - KHAMIS (GREATWALL KEAJAIBAN DUNIA)

Aktiviti hari ketiga berada di Beijing di teruskan. Destinasi wajib sekiranya berkunjung ke Beijing, China ialah ‘GREAT WALL’ atau Tembok Besar China antara 7 keajaiban dunia. Selain itu, stadium sarang burung yang begitu unik juga destinasi yang perlu di kunjungi di Beijing. Lihat entri lepas: KEMBARA KE TANAH BESAR CHINA - PART 4

THE GREAT WALL (LAKESIDE) - PERJALANAN

Di fahamkan di China ada beberapa kawasan tumpuan tembok besar China bagi pelancong antaranya Mutianyu, Shui dan lain-lain. Kali pertama penulis menjejakkan kaki ke tembok besar China beberapa tahun lalu ialah di bahagian Mutianyu. RUJUK entri lepas:. Kawasan yang begitu tinggi untuk di daki,sudah pastu menjadi tempat kesukaan bagi pendaki jika di Mutianyu. Kali ini, kami bercadang ke bahagian lain iaitu di Shui (Lakeside) kerana kawasannya tidaklah tinggi sangat untuk di daki.


Perjalanan ke Great Wall

Pekan-pekan kecil


Pagi itu, penulis sekeluarga bertolak ke Shui (Lakeside Great Wall) dengan menaiki van sewa. Perjalanan mengambil masa 2 jam setengah dari Haidian District menyusuri lebuhraya dan jalan berbukit bukau tidak ubah seperti di kawasan peranginan tanah tinggi di Malaysia.

Tambah pula, masuk sahaja kawasan perkampungan dan berbukit bukau penuh dengan ladang-ladang buah-buahan. Banyak gerai-gerai kecil menjual buah-buahan segar di sepanjang jalan. Hanya melihat dari dalam tingkap van, pokok-pokok buah peach, aprikot dan ceri yang lebat buahnya. Ladang-ladang lain seperti ladang buah epal, strawberi dan lain-lain.


Laluan ke pintu masuk Great Wall

Kawasan berbukit bukau

Sebuah lembah berbukit bukau


Tidak seperti di Mutianyu, di Shui tidak menjadi tumpuan pelancong luar negara kerana kawasannya yang begitu pedalaman dan sangat jauh dari bandar. Pemandu van sewa kami naiki dan adik penulis sendiri pun belom pernah sampai  ke sini. Ia merupakan pengalaman kali pertama masing-masing menjejakan kaki ke sini.

Mengikut cerita orang ramai yang pernah berkunjung ke sini, anatara temboh besar yang paling cantik ialah di Shui. Walaupun jauh tapi pasti memberi kepuasan kepada pencinta alam. Antara temboh besar China yang pemandangannya berada dengan tasik yang cantik. Shui merupakan sebuah lembah yang mempunyai tasik yang cantik. Berdekatan kawasan ini juga menempatkan tempat persemadian Raja Dinasti Ming.

THE GREAT WALL (LAKESIDE) – MEMULAKAN PENDAKIAN

Tiba di tempat yang di tuju. Memang tak ramai pelancong di sini. Cuaca pun panas terik. Penulis sudah membayangkan nak mendaki bukit dalam cuaca yang panas dan sedang berpuasa. Ibu dan isteri penulis dah ‘surrender’ awal-awal tidak turut serta mendaki. Mereka hanya tunggu di bawah (pintu masuk).


Pintu masuk Great Wall

Kaunter jualan tiket masuk

Pintu gerbang masuk


Setelah membuat pembayaran tiket masuk. Kami berlima pun memulakan pendakian. Tangga batu begitu curam dan terus menuju ke tembok besar. Banyak kali juga lah kami berhenti berehat sepanjang pendakian. Akhirnya, kami tiba di tembok besar di puncak bukit. Dapat di lihat dengan jelas, kawasan bergunung-ganang, tasik yang di empang dan pekan kecil dari tembok besar ini.


Kaunter jualan tiket

Tiket masuk Greatwall

Peta Greatwall


Akan tetapi kami masih mencari ‘view’ yang di katakan menarik di sini. Kami terus berjalan di atas tembok besar, ada laluan mendaki dan landai. Kami tiba di check-point kedua terlihat pelancong Singapura dan Malaysia (berbangsa Cina). Mereka mengatakan di sini ‘view’ sangat cantik. Ternyata memang cantik permandangan di sini. Cuaca juga baik dan tidak berkabus (sekiranya musim sejuk dan hujan). Kami banyak menghabiskan masa di sini dengan bergambar sebelum meneruskan ke check-point seterusnya (laluan keluar).


Greatwall

Lakeside Greatwall

Laluan di atas Greatwall

Empangan takungan air tasik

Greatwall di puncak bukit

Pendakian ke Greatwall

Empangan

Greatwall

Laluan di atas Greatwall

Bergambar di atas Greatwall

Penulis bergambar di laluan Greatwall

Laluan Greatwall

Menuju ke check-point seterusnya

Nahhh..Nice View kan


THE GREAT WALL (LAKESIDE) – BERGERAK PULANG

Dalam perjalanan menuruni bukit, kami terjumpa dengan satu keluarga dari Malaysia yang juga menghadiri majlis konvokesyen di sini. Panas teriknya bukan kepalang. Rasa ingin berbuka puasa sahaja (walaupun dibenarkan tidak berpuasa – musafir). Di jalan laluan balik selepas pintu keluar, terdapat banyak gerai jualan makanan antaranya pelbagai jenis kacang-kacang yang sangat murah harganya.


Berborak dengan penduduk tempatan di sini bertanya mengenai Islam

Gerai jual buah-buahan segar dari kebun tepi jalan (sangat murah)


Kami meninggalkan Tembok Besar China di sini dengan 1001 kenangan yang paling indah dan kami ke destinasi seterusnya iaitu ke kompleks sukan Beijing yang adanya Stadium Sarang Burung yang begitu unik rekabentuknya.

BEIJING OLYMPIC PARK (BIRD NEST STADIUM)

Akibat keletihan yang teramat sangat, sepanjang perjalanan ke stadium sarang burung kami hanya tidur memandangkan jarak yang jauh. Dengan penghawa dingin van yang sangat sejuk membuatkan seperti tidur di buai mimpi.


Beijing Olympic Park

Bangunan di kompleks sukan

Berhadapan Stadium Sarang Burung


Setibanya di stadium sarang burung, cuaca amat panas terik sekali. Kami hanya berada beberapa minit di situ kerana cuaca sangat panas dan merancang untuk terus pulang ke tempat penginapan. Untuk pengetahuan, stadium sarang burung ini cantik pada waktu malam dengan cahaya nya yang pasti memukau para pengunjung. Boleh rujuk entri lepas: KEMBARA KE TANAH BESAR CHINA - PART 3 .

***********************************************************************

BERBUKA PUASA (HUALLIAN MALL – CHINESE HOT POT)

Berbuka puasa pada hari ini kami berhajat untuk makan itik peking (itik panggang). Makanan popular sekiranya berkunjung ke Beijing. Di sebabkan kami tidak membuat tempahan tempat duduk, kami merancang untuk pergi ke sini selepas maghrib (berbuka ringan sahaja di tempat penginapan).


Hot Pot Made in Beijing

Malangnya, setibanya kami di restoran tersebut, itik peking tidak dapat di sediakan kerana penyediaannya mengambil masa yang panjang memandangkan restoran pun dah nak tutup. Kehampaan dapat di rasai, lagi-lagi yang tak pernah makan itik sepanjang hidup J. Adik penulis menyarankan merasa makanan yang juga terkenal iaitu ‘Hot Pot’. Tidak jauh beza dengan ‘Steamboat’ di Malaysia. Cuma kuahnya ada rempah tersendiri. Harga pun boleh tahan menarik L. (mahal).  


Hot Pot yang menyelerakan

Sama seperti steamboat

Esoknya, merupakan hari terakhir kami di Beijing. Aktiviti wajib ialah membeli buah tangan sambil membeli baju raya.


Entri post seterusnya, KLIK SINI.