Pages

Koperasi Siswa Jaya@Facebook





Koperasi telah di tubuhkan di Kediaman Siswa Jaya, Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur dan di rasmikan pada 3 Ogos 2011 di beri nama 'Koperasi Siswa Jaya' kerana ianya terletak di Kediaman Siswa Jaya untuk mengekalkan penjenamaan 'KSJ' bermaksud Kediaman Siswa Jaya. Idea penubuhan koperasi ini di cetuskan oleh oleh Y. Bhg Pengetua KSJ, En. Sharil Abdullah dan digerakkan usahanya oleh En. Radhir Sham (penasihat Jabatan Keusahawanan dan Koperasi JKMKSJ, Pn. Naimah (Felo Kediaman Siswa Jaya) dan Ahli-ahli Jabatan Keusahawanan dan Koperasi JKM KSJ. Motto 'Mahasiswa Berjiwa Keusahawanan' di pilih bagi menyemarakkan semangat berkeusahawanan dalam diri setiap mahasiswa supaya pada satu hari nanti mahasiswa akan bergelar 'usahawan muda' selain dengan menyertai perniagaan dalam bentuk koperasi yang lebih selamat dan menguntungkan.


1. Misi


Menerapkan nilai keusahawanan dalam jiwa mahasiswa khususnya mahasiswa di Kediaman Siswa Jaya, Universiti Teknologi Malaysia International Campus, Kuala Lumpur


2. Visi


Perancangan perniagaan berbentuk koperasi


3. Penubuhan Biro-biro 


Sebelum Koperasi Siswa Jaya di tubuhkan secara rasmi pada 3 Ogos 2011, beberapa pecahan biro-biro untuk Koperasi Siswa Jaya telah di rancang iaitu:


a- Biro 'Coffee and Snack'
b-Biro Jualan Runcit
c-Biro Cenderamata
d-Biro Teknikal
e-Biro Pendidikan dan Latihan
f-Biro Makanan/Katering
g-Biro Usahawantani
h-Biro Marketing
i-Biro Tugas-tugas khas


                                           Kiosk Coffee and Snack


4. Ahli Lembaga Pengarah (Pengasas Koperasi) 2011-2012


Terdiri daripada Felo-felo dan sebahagian mahasiswa Kediaman Siswa Jaya, UTMic Kuala Lumpur hasil daripada pemilihan Mesyuarat Agong yang Pertama iaitu:


-En Mohd Sharil Bin Abdullah
-En Radhir Sham Bin Mohamad
-Pn Naimah Bt Mohamed
-Dr. Aminuddin Bin Abu
-Dr. Mohamed Azlan Bin Suhot
-Pn. Raja Aida Bt Raja Shaharudin
-En Mohamad Shahid Bin Suhaimi
-En Wan Muhammad Idham Bin Wan Mahdi
-Cik Aimi Sara Bt Ismail


                                         Lembaga Pengarah Koperasi Siswa Jaya 2011/2012


5. Page Komuniti Facebook


Untuk memudahkan ahli-ahli Koperasi Siswa Jaya UTMic Kuala Lumpur Berhad berkomunikasi dan bertukar-tukar pandangan, Page Komuniti Facebook Koperasi Siswa Jaya.
Selain itu, ahli-ahli dan bukan ahli Koperasi boleh mengiklankan perniagaan atau lain-lain di dalam page ini. 


                    Page Komuniti Facebook Koperasi Siswa Jaya UTMic Kuala Lumpur Berhad




6. Aktiviti-aktiviti 


Antara aktiviti-aktiviti yang sudah di jalankan dan penglibatan Koperasi Siswa Jaya, UTMic Kuala Lumpur Berhad:


a) Menguruskan Gerai dan Jualan Hari Terbuka KSJ


                                          Poster Promosi Gerai dan Jualan


b) Majlis Berbuka Puasa


                                        Majlis Berbuka Puasa Koperasi
                                   
                                         Majlis Berbuka Puasa Koperasi


c) Penglibatan dalam gerai jualan Hari Terbuka KSJ


                                           Gerai Jualan Koperasi Siswa Jaya