Gambar: Bangkok, Thailand di landa banjir
Penulis juga tidak ketinggalan pernah menghadapi situasi banjir di kediaman. Banjir besar yang melanda hampir keseluruhan negeri Johor menyebabkan banyak kerugian sama ada harta benda, tanaman dan lain-lain. Ia merupakan ujian tuhan kepada hamba-Nya supaya beringat kepada-Nya. Seperti dalam firman Allah bermaksud:
"demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." surah Al-Baqarah: ayat 155.
Gambar: Pekan Bukit Kepong, Muar di tenggelami banjir yang lalu
Daerah Segamat dan Muar merupakan daerah yang paling teruk dilanda banjir sebelum ini di dalam negeri Johor. Penulis sempat menyimpan gambar-gambar sewaktu berlakunya bencana banjir di kawasan kediaman.
Gambar: Banjir di halaman rumah penulis
Gambar: Menggunakan perahu mengalihkan barang-barang yang terselamat
Persediaan menghadapi banjir perlulah di ambil. Walaupun belum ada lagi tanda-tanda besar kehadiran banjir di kawasan kita, namun adalah lebik baik “Sediakan Payung Sebelum Hujan”. Berikut ialah langkah-langkah menghadapi sebelum banjir, semasa banjir dan selepas banjir:
1. Sebelum Banjir
- Dapatkan maklumat tentang banjir.
- Pastikan sistem amaran banjir, cara ianya disampaikan dan maklumat persediaan banjir tempatan.
- Periksa lubang air samada longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak melimpah masuk melaluinya.
- Pastikan pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana, buat pelan dan latihan pemindahan kecemasan.
- Sediakan Peralatan Kecemasan.
2. Semasa Banjir
- Dengar pengumuman dari radio.
- Bersedia dengan peralatan kecemasan.
- Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
- Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat.
- Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus yang deras boleh menghanyutkan.
- Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir samada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
- Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
3. Selepas Banjir
- Dengar pengumuman radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
- Periksa kediaman, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan ianya mungkin tidak selamat.
- Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya-bahaya yang tersembunyi.
- Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
- Periksa wayar elektrik yang terendam dalam air.
- Periksa bahan-bahan mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, disel dan sebagainya).
- Buang bahan-bahan makanan yang terendam atau terkena air banjir termasuk makanan dalam tin.
- Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak berkuasa.
Credit to: ahmadzuraimi.wordpress.com
No comments:
Post a Comment