Pages

Tuesday, November 8, 2011

ISU HANGAT!! Seksualiti Merdeka dan Kebebasan Hak Asasi Manusia?



-ISU HANGAT!! Seksualiti Merdeka dan Kebebasan Hak Asasi Manusia-


Malaysia digemparkan lagi dengan satu program yang dikenali sebagai "Seksualiti Merdeka 2011" dengan temanya "Queer Without Fear" yang akan berlangsung pada 9 Nov 2011 hingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery.

Program ini kononnya berteraskan perjuangan "Human Right", menuntut hak dan kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual "LGBT" untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. Sekilas pandang, mereka sedang memperjuangkan hak dan kebebasan dengan gaya hidup pilihan mereka dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia. Justeru itu, mereka tidak lagi teragak-agak untuk mengiklan, memperjuang dan menganjurkan programnya secara terbuka.

Sudah terang-terang Pesta Seksualiti Merdeka 2011 ini amat bertentangan dengan norma budaya segenap lapisan masyarakat yang wujud di Malaysia. Tanyalah rakyat Malaysia yang beragama Islam, Buddha, Hindu bahkan Kristian sekalipun melarang hubungan sejenis mahupun ‘kemerdekaan gender’ yang penganjur Pesta Seksualiti Merdeka mahukan sekarang.

Islam adalah agama fitrah sementara fitrah manusia ialah hidup berpasang-pasangan lelaki dan perempuan. Justeru itu, perkahwinan yang sah di sisi Islam hanyalah perkahwinan yang melibatkan lelaki dengan pasanganya perempuan yang bukan mahramnya. Sementara perkahwinan atau hubungan sesama jenis adalah suatu noda yang dilarang oleh Islam ke atas penganutnya kerana ia jelas bertentangan dengan fitrah kejadian atau ciptaan manusia di atas muka bumi. Firman Allah yang bermaksud:

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah ar Ruum:21)

Asas larangan tersebut adalah untuk memelihara fitrah manusia sekaligus mempertahankan tamaddun ummah dari kepincangan sosial dan malapetaka yang bakal menimpa ekoran tercetusnya kemurkaan Allah S.W.T. sebagaimana murkanya Allah S.W.T. ke atas kaum Nabi Luth a.s. yang mengamalkan gaya hidup homoseksual. 

                                                Gambar: Seksualiti Merdeka

Budaya gay dan lesbian adalah budaya songsang yang tidak sewajarnya diperjuangkan dan diamalkan oleh ummat manusia amnya dan ummat Islam khasnya. Malah ia sangat bertentangan dengan nilai moral dan fitrah kemanusiaan serta tamaddunnya. Jika budaya ini menjadi amalan bagi manusia selaku penduduk di bumi ini, nescaya suatu ketika kelak akan pupuslah generasi ummat manusia. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

Kahwinilah olehmu akan perempuan yang penyayang dan mampu melahirkan anak kerana sesungguhnya aku sangat berbangga dengan ramainya ummatku diakhirat kelak. (Riwayat Imam Ahmad)

Kecenderungan mengamalkan kehidupan gay, lesbian dan biseksual ini adalah bertolak dari nafsu yang tidak dikawal. Sedang Islam telah menganjurkan ummat manusia supaya berkahwin secara normal dan menggariskan kaedah kawalan nafsu bagi mereka yang tidak mampu melakukannya. 

1. Halatuju Pesta Seksualiti Merdeka 2011

i-  Mengenegahkan  hak golongan homoseksual agar boleh diterima dalam kalangan      masyarakat negara sebagai suatu kebebasan dan hak peribadi.
ii- Menyokong dan memperkasa (empower) golongan lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT) kerana mereka mendakwa Malaysia mengamalkan diskriminasi ke atas golongan tersebut
iii- Program Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya Queer Without Fear yang berlangsung 1 November 2011 hingga 13 November 2011 di The Annaxe Gallery

2. Perkara yang tidak boleh menyelesaikan masalah dan konflik mereka

i- Perkahwinan sejenis yang mereka amalkan tidak boleh memenuhi kehendak mereka untuk memiliki seorang anak.
ii- Biarpun mereka boleh mendapatkan anak melalui proses ibu tumpang, mereka tetap tidak boleh memenuhi hasrat naluri mereka untuk memiliki anak kandung yang tentunya hadhir secara fitrah.

Dengan ini jelaslah, dua perkara inilah antara pelengkap kebahagiaan dan kasih sayang dalam kehidupan berumahtangga bersama pasangan hidup sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam. Rumahtangga yang dibina melalui perkahwinan sejenis ini hanya mungkin boleh mencapai kepuasan dari sudut melampiaskan nafsu seksual tetapi jiwa mereka meronta mencari sebuah ketenangan hakiki. Wallahualam.

Credit to: Pekida Malaysia, Harakahdaily, Berita Semasa
 

No comments:

Post a Comment