Pages

Thursday, December 8, 2011

Larangan Meminang Wanita Yang Telah Bertunang

-Larangan Meminang Wanita Yang Telah Bertunang-




Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminang merupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan. Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja.


                                                         Sekadar Gambar Hiasan



i- Hadis Rasulullah berkenaan kebenaran untuk merisik(melihat tunang) dan meminang:

“Daripada Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: “Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak (kata lelaki itu kepada Rasulullah). Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan.” (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)

                                                       Sekadar Gambar Hiasan

ii- Hadis Rasulullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang:

“Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia (membuat ketetapan untuk) memutuskannya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim (Asy-Syaikhan)


Sudah terang lagi bersuluh Rasulullah sudah bersabda berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang. Situasi ini dapat kita lihat pada zaman sekarang yang mana wanita sudah bersuami pun ada yang kena ‘mengorat’ akhirnya kecundang. Kes yang sudah bertunang pun sama, bertunang sudah lama ada yang hingga 5 tahun akhirnya tidak kesampaian menjadi suami isteri di sebabkan ORANG KETIGA. Tapi sejauh mana kebenaran kes penceraian di Negara ini di sebabkan adanya orang ketiga? Salah siapa? Si lelaki yang suka ambil kesempatan walhal sudah tahu si perempuannya sudah berpunya? Atau si perempuan yang memang ada sikap cepat bosan dengan pasangannya, yang gemar bertukar-tukar pasangan..MasyaAllah, minta-minta dijauhkan.

                  Mengapa perempuan bertudung pink ini di tangkap? Baca Entri: Suami orang, isteri orang di cekup

                                       Gambar: Lagi kes isteri orang di cekup dengan 'kekasih gelap'

Sudah terang lagi bersuluh Rasulullah sudah bersabda berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang. Situasi ini dapat kita lihat pada zaman sekarang yang mana wanita sudah bersuami pun ada yang kena ‘mengorat’ akhirnya kecundang. Kes yang sudah bertunang pun sama, bertunang sudah lama ada yang hingga 5 tahun akhirnya tidak kesampaian menjadi suami isteri di sebabkan ORANG KETIGA. Tapi sejauh mana kebenaran kes penceraian di Negara ini di sebabkan adanya orang ketiga? Salah siapa? Si lelaki yang suka ambil kesempatan walhal sudah tahu si perempuannya sudah berpunya? Atau si perempuan yang memang ada sikap cepat bosan dengan pasangannya, yang gemar bertukar-tukar pasangan..MasyaAllah, minta-minta dijauhkan.

                                                            Sekadar Gambar Hiasan

Selain itu, dalam adat Melayu adanya merisik dan bertunang. Ia sama erti dengan mengenal pasangan sebelum berkahwin. Melihat bakal suami atau bakal isteri adalah sunat supaya perkahwinan terjamin berkekalan.

p/s: Entri ini hanyalah pendapat penulis, info untuk di kongsikan. Tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu atau pihak. Sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Credit to: duniacacamarbaohsyok

No comments:

Post a Comment