HATI mana yang tidak gembira sekiranya mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke IPTA tidak kiralah lepasan SPM/setaraf dan STPM/setaraf. Penulis juga pernah berasa perasaan sedemikan setelah berpeluang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPTA selepas SPM beberapa tahun lepas. Walaupun di tawarkan untuk peringkat diploma. Kelayakan lepasan SPM hanyalah diploma, matrikulasi, asasi dan STPM sahaja. Untuk terus ke peringkat Ijazah Sarjana Muda jauh sekali bagi IPTA.
Dalam Lab Workshop Elektrik..bersama partner buat lab, hafiz..Beliau memang expert orangnya.
Namun, tidak semudah itu sekiranya kita sudah ada diploma untuk sambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti yang sama untuk sesetengah IPTA. Penulis mengambil diploma di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik (Mekatronik). Program diploma UTM di tawarkan di Kuala Lumpur iaitu di Jalan Semarak dan program ijazah sarjana muda hanya berada di kampus utama UTM iaitu di Skudai, Johor Bahru tetapi ada juga jurusan ijazah sarjana muda di tawarkan di UTM Kuala Lumpur.
Rakan satu kos sewaktu penulis berada di semester 3
SEDIKIT RASA KECEWA
Awal September yang lalu merupakan hari pendaftaran bagi pelajar baru di IPTA seluruh negara untuk menyambung ke peringkat ijazah sarjana muda masing-masing. Sedikit rasa kecewa dan sebak di hati penulis kerana tidak berpeluang bersama kawan-kawan penulis sejak diploma mendaftar sama. Penulis berfikir mungkinkah penulis tidak layak sedangkan syarat kemasukan untuk kejuruteraan ialah 3.00 bagi sarjana muda Fakulti Kejuruteraan Elektrik.
BBQ di Pantai Port Dickson bersama geng mekatronik DDB
Menjadi persoalan juga ada rakan penulis yang sama-sama mengambil diploma sebelum ini mendapat pointer sama dan ada yang kurang daripada pointer penulis mendapat tawaran sambung ijazah di universiti yang sama. Penulis bersangka baik, mungkin bukan rezeki penulis di UTM Skudai. Menurut rakan penulis, Fakulti Kejuruteraan Elektrik memang penuh untuk menerima kemasukan bukan dari lepasan diploma UTM sahaja tetapi matrikulasi, STPM dan diploma IPTA lain. Ia menjadi persaingan yang hebat. Mungkin di sebabkan kuota kemasukan menyebabkan lepasan diploma UTM ada yang kurang bernasib baik seperti penulis.
Suatu ketika dahulu....Jalan-jalan di Genting Highland..
Jom @Genting DDB Mekatronik..:)
BBQ dan mandi2 Sg Kanching, Rawang DDB Mekatronik.
KURANG BERNASIB BAIK
Berbeza pula dengan fakulti lain seperti Fakulti Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan lain-lain. Mungkin ada jurusan tertentu yang khas daripada lepasan diploma UTM sendiri atau kuota lepasan diploma UTM lebih besar. Dapat di buktikan ada yang bukan dari jurusan yang sama dengan penulis mendapat pointer yang bawah daripada 3.00 di terima masuk ke UTM Skudai. Mungkin juga di sebabkan ramai yang genius dan bijak belaka lepasan Matrikulasi, diploma dan STPM berbanding penulis yang kurang pandai dan tidak menepati kriteria universiti walaupun aktif setiap aktiviti universiti.
Malam Pra Graduan Mahasiswa Diploma UTM
Meskipun penulis mendapat pointer atas daripada 3.00 tetapi tidaklah sampai mendapat kelas pertama atas 3.50. Jikalau keputusan semester 1 baik seperti semester selepasnya mungkin berpeluang rasanya. Memang betul ramai yang mengatakan keputusan semester 1 mempengaruhi keputusan semester lain. Mengingat kembali keputusan semester 1 penulis amatlah rendah, hanya mendapat bawah 2.30. Mungkin di sebabkan khayal dan tidak serius dalam pelajaran. Alhamdulillah, naik semester ke 2 keputusan penulis meningkat dan di anugerahkan dekan atas 3.50, penulis sendiri tidak menyangka. Sehinggalah berada di semester terakhir penulis berjaya mengekalkan pointer atas 3.00 di setiap semester. Apa-apa pun ia menjadi kenangan dan pengalaman penulis yang bergelar mahasiswa diploma sebelum ini di UTM..hahaha
PENGAMBILAN MELALUI UPU
Pengambilan pelajar baru IPTA di uruskan oleh UPU kecuali Universiti Sains Malaysia (USM). Penulis sendiri tidak tahu sebelum ini dan tidak memohon terus kepada USM melalui permohonan online USM. Akan tetapi tidak semua IPTA yang mengambil lagi pelajar baru dalam semester kedua melalui IPTA itu sendiri bukan melalui UPU seperti UiTM, UIAM, UTHM dan lain-lain. Biasanya permohonan online akan di buka sebelum masuk semester kedua.
HERE I COME UNITEN!
Niat di hati penulis nak bekerja, tengok kawan-kawan dan saudara mara yang sudah bekerja lepas habis diploma. Memang kelayakan lepasan diploma kejuruteraan untuk bekerja hanya sebagai juruteknik atau pembantu jurutera. Nak jadi jurutera kenalah ada ijazah sarjana muda. Kalau silap tolong betul kan ye.. Tu pun kena tengok bertauliah atau tidak. Di sebabkan ramai yang sarankan terutamanya keluarga penulis sendiri untuk sambung lagi pengajian sebab usia masih muda kononnya membuatkan penulis nak sambung belajar setelah kecewa dengan UPU. Nak tunggu pengambilan seterusnya terus daripada IPTA mungkin awal tahun depan kemasukannya.
Bangunan Administration UNITEN, Kampus Putrajaya
Sekitar UNITEN, Kampus Putrajaya
Penulis membuat langkah drastic dengan memilih IPTS sebagai tempat penulis menyambung ijazah. Penulis telah memohon dan mendapat tawaran daripada IPTS seperti MMU, UNITEN, UNISEL dan UNIKL (MFI). Last-last, penulis fikir-fikir balik memilih ke UNITEN sebab ianya milik syarikat TNB sendiri dan pembelajarannya seperti IPTA cuma ia swasta. Lagi-lagi penulis mendapat tawaran kejuruteraan elektrik sememangnya ada kena mengena dengan TNB.
Program yang diwarnakan hijau program yang diiktiraf oleh badan profesional bidang berkaitan seperti Lembaga Jurutera Malaysia, Majlis Optik Malaysia, Lembaga Jururawat Malaysia dan sebagainya. (MQA)
Mesti ramai mengatakan masuk IPTS untuk orang kaya sahaja. Habis golongan sederhana dan kurang kemampuan tak boleh masuk? Mungkin di sebabkan yuran pengajian yang agak mahal rasanya. Tapi penulis lihat UNITEN banyak menyediakan pinjaman dan biasiswa khas untuk pelajar UNITEN sahaja. Banyak juga syarikat-syarikat swasta menaja pelajar UNITEN. Sebelum ini pun penulis sudah meminjam PTPTN untuk pengajian diploma di UTM. Lepas ni tak tahu pulak.
Bahagian pinjaman/biasiswa UNITEN. Sentiasa update laman webnya kepada pelajar UNITEN
Berminggu-minggu jugaklah penulis membuat ‘research’ mengenai UNITEN di blog-blog, laman web dan tanya senior-senior UNITEN rata-ratanya komen positif dan berpuas hati. Tidak seperti IPTS lain yang penuh dengan masalah sosial dan yuran pengajuan sangat mahal. Tetapi tak tahu IPTS mana. Nak kata yuran mahal pinjaman confirm boleh dapat. Last choice mesti PTPTN atau MARA. Cuma nak menanggungnya di kemudian hari kelak..hehe Klik sini antara komen-komen: Life in UNITEN
MECHANICAL -> MECHATRONICS -> ELECTRONICS
Teringat pulak di zaman sekolah menengah teknik dulu penulis ambil jurusan kejuruteraan Mekanikal, ingatkan selepas itu penulis nak sambung pengajian dalam bidang yang sama iaitu Mekanikal. ‘Tup-tup’ penulis dapat tawaran diploma dalam jurusan Kejuruteraan Mekatronik, mungkin tiada bezanya dengan Mekanikal cuma penulis kena belajar Mekanikal dan Elektronik sekali. Memang ianya agak pening. Tapi best bila kedua-duanya bergabung, hehe..
Penulis dalam jurusan Mekanikal di sekolah teknik Kuala Lumpur suatu ketika dahulu
Sekali lagi penulis juga berharap dapat menyambung ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang yang sama semasa diploma iaitu Mekatronik. Mungkin tiada rezeki, tetapi penulis mendapat tawaran di UNITEN iaitu Bachelor Electrical and Electronics. Maka hilanglah segala yang berkaitan dengan Mekanikal.
Mengisi waktu kekosongan dgn lepak2
Antara bebudak kelas penulis, 5 Mekanikal 2
Ada geng botak di situ..hehe :) (penulis belakang member bersongkok kalau x cam)
Bebudak Study group KBS.
Kira-kira 3 tahun lagi sama seperti tempoh menyambung ijazah sarjana muda di UTM dan IPTA lain, penulis akan meneruskan kehidupan sebagai pelajar ijazah sarjana muda pula selepas di ‘transfer’ jam kredit. Cuma penulis berharap penulis terus istiqamah dan menjadikan pengalaman lepas-lepas sebagai pengajaran. InsyaALLAH, tiada aral melintang pada 24 September 2012 merupakan hari pertama penulis menjejakkan kaki ke UNITEN…….InsyaALLAH…
p/s: Pengalaman yang berharga ketika penulis dalam pengajian diploma di Universiti Teknologi Malaysia International Campus, Kuala Lumpur. Belajar menjadi manusia yang berguna dan mengenal erti hidup sebenar. Alhamdulillah. Mudah-mudahan terus istiqamah. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan DDB Mekatronik (2009-2012): Hafiz, Ridhwan, Fakhrul, Ikhwan, Asyraf, Amir, Azmi, Azmeer, Chong, Firdhaus, Abidi, Theben, Murtadha, Tan, Adrian, Garmanus, Faez, Izar, Megat, Ain, Syakila dan lain-lain. Pengalaman berharga bersama kalian, moga maju jaya.
p/s: Pengalaman yang berharga ketika penulis dalam pengajian diploma di Universiti Teknologi Malaysia International Campus, Kuala Lumpur. Belajar menjadi manusia yang berguna dan mengenal erti hidup sebenar. Alhamdulillah. Mudah-mudahan terus istiqamah. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan DDB Mekatronik (2009-2012): Hafiz, Ridhwan, Fakhrul, Ikhwan, Asyraf, Amir, Azmi, Azmeer, Chong, Firdhaus, Abidi, Theben, Murtadha, Tan, Adrian, Garmanus, Faez, Izar, Megat, Ain, Syakila dan lain-lain. Pengalaman berharga bersama kalian, moga maju jaya.
No comments:
Post a Comment