assalamualaikum

atas

Anak Melayu Bugis@Facebook

bubble

Cursors

Proton Logo

Title blog bergerak

Monday, December 3, 2012

PROGRAM PERTAMA DI UNITEN – S.A.F.E CAMP



PROGRAM PERTAMA DI UNITEN – S.A.F.E CAMP

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi mengizinkan penulis berceloteh dan bercakna lagi di dalam AnakMelayuBugis. Sudah lebih 3 bulan rasanya penulis tidak menulis entri baru sejak penulis mula mendaftarkan diri di tempat pengajian penulis yang baru untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di UNITEN pada bulan September yang lalu. Masa yang begitu singkat penulis di pusat pengajian ini untuk membiasakan diri dengan keadaan persekitaran dan cara pembelajaran. Menuntut ilmu adalah wajib. Seperti yang dinyatakan Imam Al-Ghazali, ilmu merangkumi ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah.

                                                  D' Sungai Lepoh Chalet & Camp

ALLAH juga meninggikan martabat kepada orang yang berilmu sepertimana  firman ALLAH yang dinyatakan di dalam surah Mujadalah ayat 11 yang bermaksud,

"Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Menjejakkan kaki ke Lembah Pangsun lagi.

Jika sebelum ini penulis ada menulis entri  mengenai Program XPDC MAHASISWA’11 anjuran Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UTMKL dan penulis mendaki bukit bersama-sama sahabat penulis di Sg. Lepoh, Pangsun untuk melihat keindahan air terjun ciptaan ALLAH S.W.T yang begitu memukaukan kepada sesiapa yang melihatnya. Lihat entri tersebut sila klik LINK1

                                       Deruan bunyi air terjun mengalir yang menenangkan fikiran

Kali ini penulis berkunjung lagi ke lembah ini yang menyimpan 1001 rahsia keindahan khazanah alam yang mungkin belum kita terokai. Lembah Pangsun yang terletak di Hulu Langat berdekatan dengan Gunung Nuang menjadi lubuk kepada para pendaki bagi melepaskan ‘gian’ aktiviti berbentuk pendakian. Ada juga yang berkunjung di sini hanya untuk bermandi manda.

Super Awesome Fantabulous Excellent (S.A.F.E) Camp

Pada kali ini penulis menyertai program universiti bertempat di Lopo Blue River Chalet and Camp, Hulu Langat, Selangor. Program yang di beri nama S.A.F.E Camp ini di anjurkan oleh Persatuan Pelajar Islam (PPI) UNITEN merupakan program yang membentuk akhlak, sahsiah, membina keyakinan diri dan jati diri di samping pengisian rohani dan mentarbiyyah para peserta.

                                                    Poster S.A.F.E Camp anjuran PPI UNITEN

Program diadakan selama 3 hari 2 malam di hadiri lebih daripada 40 peserta terdiri daripada mahasiswa daripada kedua-dua cawangan UNITEN iaitu UNITEN Kampus Putrajaya dan UNITEN Kampus Muadzam Shah. Mahasiswa terdiri daripada mahasiswa asasi, ijazah sarjana muda dan master.

Pertama kali berprogram dengan pelajar antarabangsa

Sememangnya program di IPTA tidak sama dengan program di IPTS. Di IPTA, banyak program di sediakan akan tetapi  bilangan mahasiswa yang menyertainya agak mengecewakan lagi-lagi di dalam program berbentuk keagamaan walaupun tiada bayaran di kenakan. Berbeza dengan program berbentuk hiburan. Situasi di IPTS pula, banyak juga program yang dianjurkan dan persatuan-persatuan mahasiswa, bilangan penyertaan juga ramai.

                                       Latihan dalam kumpulan


                                   Sepanjang perjalanan program.

                                 

                             Berbincang di dalam kumpulan. Menyelesaikan sesuatu dalam berkumpulan
.
Pertama kali penulis menyertai program yang berbayar ini, di IPTA dahulu semuanya ‘free’ dan pengalaman penulis membantu mengendalikan program sebelum ini jika dana dari universiti tidak mencukupi, maka terpaksalah cari penajaan. Namun itu bukan masalah, yang penting ‘nawaitu’ masing-masing menyertai sesuatu program yang boleh member manfaat. Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya, setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan bagi setiap orang itu apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya hanya kerana Allah dan rasul-Nya, Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia atau perempuan yang ingin di kahwininya,maka hijrahnya adalah kerana apa yang di kehendaki.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Selain itu, apa yang lebih mengagumkan, di program ini (S.A.F.E Camp) adanya peserta antarabangsa yang terdiri daripada Negara Saudi Arabia, Somalia, Syria dan lain-lain. Pertama kali juga penulis berprogram bersama saudara islam di Negara lain. Bukan hendak menunjukkan mana lagi yang lebih baik, tetapi di IPTA dahulu bukannya tiada mahasiswa antarabangsa, tetapi kebanyakan aktiviti dan program hanya focus kepada mahasiswa dalam Negara. Mungkin juga, segala penerangan diadakan sesuatu program itu tidak sampai ke pengetahuan mahasiswa antarabangsa. Tambahan pula, menarik mahasiswa menyertai sesuatu program tidak kena caranya.

                                   Sukan air: tarik tali dalam air. Pertama kali main permainan ini.


                                     Berehat seketika setelah penat 'jungle trekking'




                                     Mengambil air di isi dalam buluh.


                                     Makanan sedang di masak di dalam buluh.

                                        Jungle trekking..



Aktiviti luar dan pengisian kerohanian yang seimbang

Seperti yang penulis nyatakan tadi, bagaimana solusi untuk menarik mahasiswa menyertai sesuatu program misalnya program kerohanian dan keagamaan jika tidak kena caranya. Antara tugas manusia di atas muka bumi ALLAH ini ialah untuk menjadi khalifah. Melalui program berbentuk tarbiyyah dapatlah saling ingat mengingati dan berdakwah kerana orang yang melakukan kebaikan akan mendapat keuntungan kelak. ALLAH telah berfirman di dalam surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud,

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar;merekalah orang-orang yang beruntung."

Di dalam program yang di anjurkan ini mempunyai aktiviti dan pengisian kerohanian yang seimbang, jadi tidak hairanlah bilangan penyertaannya yang ramai. Aktiviti luaran seperti ‘jungle trekking’, masak makanan dalam buluh, ‘explore race’, dan sukan air, manakala pengisian kerohanian seperti kuliah dasar dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK).


                                             Bersiap sedia untuk pulang



                                       Penulis bergambar bersama-sama peserta program




Secara konklusinya, menyertai program seumpama ini mengingat kembali semasa penulis mula-mula menyertai program universiti yang berbentuk kerohanian dan keagamaan semasa di UTM dahulu. Program XPDC Mahasiswa'09 anjuran PMI UTMKL di Nur Laman Bestari, Ulu Yam Selangor.

                                 Bersama-sama menghayati lagu tema: HambaMu - Mawi ft. Akhil Hayy

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jata Johor

Jata Johor

youtube

Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan
'Nugrahkan Dia segala kehormatan

Sehat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami

Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan