4 HARI 3 MALAM DI SARAWAK BUMI KENYALANG (PART 2)
Sambungan dari Part1….
SARAWAK RIVER
CRUISE
Satu pengalaman yang tidak dapat di lupakan ialah menaiki
Sarawak River Cruise yang menyusuri Sungai di Bandar Kuching di waktu senja.
Cruise ini beroperasi sekali sahaja dalam sehari iaitu pada jam 5.00 petang
sehingga senja. Bagi yang menempah tiket awal, diskaun akan di berikan. Pakej
termasuk dengan di jamu dengan kek lapis Sarawak dan tarian kebudayaan negeri Sarawak
semasa di atas cruise.
Sememangnya Sarawak Cruise berbeza dengan cruise yang
pernah penulis naiki sebelum ini di tempat lain. Ia mempunyai keistimewaannya
yang tersendiri. Di atas cruise, pengunjung di hidangkan dengan makanan dan
minuman iaitu Kek Lapis Sarawak sambil melihat panorama di tebing Sungai di
Bandar Kuching.
Kemungkinan bot kepunyaan Ketua Menteri Sarawak
Penari kebudayaan Sarawak
Ada yang sempat bergambar
Sarawak River Cruise
Jeti dan kaunter tiket Sarawak River Cruise
Di atas Sarawak River Cruise
Keindahan senja ciptaan Allah
Dapat di lihat juga bangunan DUN Sarawak yang tersergam
indah di seberang sungai serta kampung-kampung. Perkhidmatan bot penambang
masih lagi digunakan lagi sehingga kini untuk ke seberang sungai meskipun sudah
ada jambatan untuk laluan kenderaan.Sungai di Bandar Kuching menjadi nadi
kepada eko pelancongan serta ekonomi di sini.
Lebih menggambitkan lagi suasana di atas cruise, pihak
Sarawak Cruise menyediakan persembahan tarian kaum-kaum utama di Sarawak. Ke
semua tarian berlangsung lebih dari 15 minit semasa cruise berpatah balik ke
jeti semula dari kediaman rasmi Ketua Menteri Sarawak. Rata-rata pengunjung
berpuas hati.
Kek Lapis Sarawak yang di hidangkan
Masjid Bandar Kuching dari cruise
Kampung-kampung seberang sungai
'like father, like son'...penulis dengan bapa penulis
Kediaman Rasmi Ketua Menteri Sarawak
Kediaman Rasmi Ketua Menteri Sarawak
Sarawak River Cruise di jeti
Masjid Bandar Kuching dari cruise
Kampung-kampung seberang sungai
'like father, like son'...penulis dengan bapa penulis
Kediaman Rasmi Ketua Menteri Sarawak
Kediaman Rasmi Ketua Menteri Sarawak
Sarawak River Cruise di jeti
KAMPUNG BUDAYA DAN
KAKI BUKIT GUNUNG SANTUBONG
Kampung Budaya merupakan salah satu tempat pelancongan
yang wajib di kunjungi jika bertandang ke negeri Bumi Kenyalang ini. Tempatnya
mirip seperti di mini Malaysia di Melaka di mana menempatkan rumah-rumah di
dalam Malaysia. Di Kampung Budaya ini terdapatnya rumah-rumah setiap kaum di
Sarawak. Kawasannya memang luas, jikalau berjalan di dalam kawasan Kampung
Budaya mahu lebih dari 2-3 jam. Penulis dan keluarga tidak sempat untuk masuk
ke dalam di sebabkan banyak lagi tempat yang belom di lawati. Mungkin lain
hari.
Manakala untuk bayaran masuk yang di kenakan ialah:
Dewasa: RM60
(non-Sarawakian)
Kanak-kanak: RM30
(non-Sarawakian)
Pelajar IPT (Bukan
sekolah): RM10*
Bayaran masuknya memang agak mahal, terutamanya bagi
kepada pelancong luar Sarawak. Akan tetapi, keistimewaan di berikan kepada
pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kerana ada diskaun untuk kadar bayaran
tiket. Hanya perlu menunjukkan kad ID pelajar sebagi bukti seseorang itu masih
menuntut di IPT. Rujuk web: SARAWAK CULTURE VILLAGE
Awan menghalang daripada melihat Gunung Santubong
Resort berhampran Gunung Santubong
Selamat Datang Ke Damai
Pintu masuk dan kaunter tiket Kampung Budaya
Beratur menunggu giliran bayaran masuk parking
Peta Kawasan Kampung Budaya
Rainforest World Music Festival
Damai Beach
Berhampiran dengan Kampung Budaya juga ada kompleks
pelancongan di tepi pantai. Dapat melihat keindahan pantai bersama dengan
Gunung Santubong yang begitu memukau bagi siapa yang melihatnya. Semuanya
keindahan ciptaan Allah SWT.
Damai Beach
Penulis bergambar berlatarkan Gunung Santubong
Laluan dari Kampung Budaya ke Pantai Damai
Damai Beach
Replika Burung Kenyalang di Pantai Damai
Damai Beach
Penulis bergambar berlatarkan Gunung Santubong
Laluan dari Kampung Budaya ke Pantai Damai
Damai Beach
Replika Burung Kenyalang di Pantai Damai
TAMAN SAHABAT
Taman Sahabat terletak di Jalan Song, Kuching betul-betul
berhadapan dengan apartment yang kami sewa (Jinhold Apartment Hotel). Taman
Sahabat ialah merupakan tempat simbolik persahabatan antara Republik China dengan
Malaysia. Di mana di dalam Taman Sahabat ini terdapatnya kolam-kolam ikan yang
besar dan binaan replika kapal Laksamana Cheng Ho di atas kolam ini simbolik kepada
pelayaran Laksamana Cheng Ho sehingga ke Melaka pada zaman dahulu.
Melihat binaan-binaan di dalam taman sahabat seperti
berada di negeri China dahulu kala dengan kolam-kolam yang di penuhi ikan dan
binaan seperti tokong dan bangunan negeri China dahulu. Trek-trek juga tersedia
di dalam kawasan ini untuk pengunjung yang berjoging di sini. Tiada bayaran masuk
yang di kenakan.
Persahabatan Antara Malaysia Dengan Republik Rakyat China
Peta kawasan Taman Sahabat
Batu yang tertulis mengenai setiap negeri dalam Malaysia
Suasana di Taman Sahabat
Mungkin Ribuan ikan menghuni di kolam ini
Waktu senja di Taman Sahabat
Persahabatan Antara Malaysia Dengan Republik Rakyat China
Peta kawasan Taman Sahabat
Binaan di Taman Sahabat
Replika patung Laksamana Cheng Ho
Menunjukkan replika kapal Laksamana Cheng Ho
Batu yang tertulis mengenai setiap negeri dalam Malaysia
Suasana di Taman Sahabat
Mungkin Ribuan ikan menghuni di kolam ini
Waktu senja di Taman Sahabat
Bersambung ke Part
3………..
Rakaman tarian kebudayaan di atas Sarawak River Cruise
yang sempat penulis rakamkan
yang sempat penulis rakamkan