4 HARI 3 MALAM DI SARAWAK BUMI KENYALANG (PART 1)
Entri kali ini penulis ingin berkongsi mengenai trip
penulis ke Sarawak Bumi Kenyalang. Lebih banyak tempat-tempat menarik di dalam
Malaysia yang mesti di lawati. Penulis sendiri pun belum menjejakkan kaki ke semua
negeri-negeri di dalam Malaysia iaitu Sabah dan Pulau Pinang.
Cuti Tahun Baru Cina yang lalu walaupun penulis sedang
belajar di semester pendek dan cuti yang di berikan sedikit memaksa penulis
berkorban untuk mengambil cuti tambahan untuk mengikut keluarga penulis bercuti
di Sarawak Bumi Kenyalang. Kebetulan sepupu penulis sedang mengambil Master di
UNIMAS, tak perlu lah trip ke Sarawak melalui pakej agen.
Mi Kolok
MEMULAKAN
PERJALANAN
Dengan menaiki pesawat MAS, penulis bersama keluarga
memulakan perjalanan dari KLIA pada jam 6.30 petang. Perjalanan mengambi masa
lebih kurang 1 jam 45 minit. Ia merupakan pengalaman kali pertama penulis
menaiki kapal terbang. Mungkin agak teruja melihat keindahan alam dan melihat
muka bumi dari tempat yang tinggi. Makanan dan minuman di sediakan bagi
perjalanan melebihi 30 minit.
Pemandangan dari dalam 'flight'
TIBA DI KUCHING
INTERNATIONAL AIRPORT
Setibanya penulis di Kuching International Airport.
Pelancong dari Semenanjung perlu memiliki ‘pass permit lawatan’ di kaunter
imigresen. Penulis di fahamkan sebelum ini pengunjung dari semenanjung perlu
memiliki passport untuk masuk ke Sabah dan Sarawak. Sekarang ianya diganti permit
lawatan yang bertahan selama 3 bulan.
Imigresen
Mujurlah penulis mempunyai kawan yang tinggal di Kuching,
Sarawak, kawan sewaktu penulis di UTMKL dahulu. Beliaulah yang menjemput
penulis sekeluarga di Airport dan menghantar ke tempat penginapan yang tidak
jauh dari Airport. Kereta sewa yang sepupu penulis tempah dapat keesokan
harinya. Kami sempat singgah di Kubah Ria untuk santapan malam. Rakan penulis,
saudara Hafiz mengatakan makanan yang special di negeri Sarawak ialah Mi Kolok
dan Laksa Sarawak.
Baru sampai Kuching Airport
JINHOLD APARTMENT
HOTEL SERVICE
Lokasi penginapan kami ialah Jinhold Apartment Hotel
Service tidak jauh dari Airport Kuching lebih kurang 10 minit perjalanan. Berhadapan
dengan Taman Sahabat. Jinhold Apartment mempunyai cawangan lain selain dari
Kuching iaitu di Bintulu dan Miri. Kami menyewa di Jinhold Apartment Kuching
yang mempunyai 3 bilik di dalamnya. Harganya juga berpatutan termasuk dengan
sarapan pagi.
Rujuk web: JINHOLD APARTMENT HOTEL SERVICE
Berposing lagi
Ruang tamu di Jinhold Apartment Hotel
JONG’S CROCODILE
FARM
Pagi esoknya, selepas menunggu sepupu penulis sampai di
apartment selepas pergi mengambil kereta sewa. Destinasi pertama kami ialah
Jong’s Crocodile Farm. Perjalanan lebih kurang 45 minit dari Jinhold Apartment.
Bayaran masuk yang di kenakan ialah:
Dewasa: RM16
(non-Sarawakian), RM10 (Sarawakian)
Kanak-Kanak: RM8
(non-Sarawakian)
Dalam fikiran penulis mungkin di dalam Jong’s Crocodile
Farm ini hanya menempatkan buaya, tetapi anggapan penulis meleset, di dalamnya
menempatkan banyak haiwan. Lebih kurang macam zoo. Tapi lebih banyak buaya.
Buaya-buaya yang di tempat di sini mungkin dari banyak dari Sungai Rajang,
melihat dari ganas dan liar buaya-buaya tersebut.
Buaya tembaga dari Sungai Rajang
Jong's Crocodile Farm
Buaya Julung-julung
Cuba cari berapa ekor buaya tersembunyi?
Kawasan Parkir Pengunjung
Tiket untuk di pakai semasa di dalam ladang
Buaya baru menetas tu...:)
P/s: Bersambung Ke
Part 2……
Nak tengok buaya nak gadoh? Jom layan...Sempat juga penulis rakam bunyi buaya bergadoh
Assalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.
Contact person :
RIKO ADRYANSYAH
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.co
Blog : http://kitaholidays.blogspot.co.id/
FB :https://www.facebook.com/riko.kitaholidays
Wassalam