Pages

Sunday, July 7, 2013

Warisan Melayu Merentasi Sempadan Antarabangsa – Kelompok Amanah, UNITEN



ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat illahi, penulis sempat berceloteh di dalam blog penulis yang agak bersawang ini. Mood menulis itu kadang-kadang saja datang, mungkin juga di sebabkan bila sudah masuk semester, perkara yang menjadi kewajipan sebagai seorang pelajar universiti ialah test dan assignment yang bertubi-tubi.

#UNITENGUA

Semalam, 5 Jun 2013 juga telah berakhirnya program besar di UNITEN iaitu UNITENGUA bertempat di Dewan Seri Sarjana, UNITEN, Kampus Putrajaya. Program dengan membawa tema ‘Tribute kepada P.Ramlee’ ini mengembalikan nostalgia penghibur-penghibur veteran tanahair seterusnya mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan. Meskipun penulis tidak melibatkan diri dalam program mega ini dan juga hadir ke program ini. Biasalah study last minit, esok paginya test, malam baru ‘terkedek-kedek’ mahu study sehingga pagi.

Pelbagai program di UNITEN

Tidak sampai seminggu lagi, menjelangnya Ramadan Al-Mubarak yang pastinya di nantikan bagi semua umat Islam. Di dalamnya terdapat malam seribu bulan iaitu malam lailatul qadar dan merebut pahala berlipat ganda di dalam bulan yang mulia ini. Hal yang demikian, mungkin juga segala program banyak di adakan sebelum tibanya bulan Ramadan ini.

Di adakan juga Ihtifal UNITEN bertempat di Masjid UNITEN. Program yang bercorak kerohanian. Pelbagai aktiviti di sediakan. Begitu hampa penulis tidak sempat mengunjunginya juga gara-gara test (linear algebra) pada waktu pagi sehingga tengahari dan selepas test melibatkan diri dengan program yang dipertanggungjawabkan kepada penulis meskipun sebagai seorang krew biasa. Tidak hairanlah, selepas program tamat selepas waktu maghrib, penulis terus di buai mimpi sehingga larut malam ini.

Esoknya pula, akan diadakan Karnival Kelompok Ilmu. Kelompok yang majoritinya menempatkan pelajar perempuan (mahasiswi).



Program Kelompok (Warisan Melayu Merentasi Sempadan Antarabangsa)

Program yang berlangsung di Kelompok Amanah pula ialah program yang di beri nama ‘Warisan Melayu Merentasi Sempadan Antarabangsa’ atas kelolaan ahli jawatankuasa Persatuan Pelajar Kelompok Amanah (PPKA) dan penasihat PPKA, Dr. Mardian Shah Omar yang melibatkan pelajar antarabangsa dan tempatan. Penulis di fahamkan program ini khusus kepada pelajar antarabangsa yang majoritinya pelajar dari timur tengah seperti Palestin, Arab Saudi dan lain-lain sebagai pelengkap salah satu matapelajaran di UNITEN.

Program bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir sebelum waktu maghrib selepas jamuan dengan hidangan masakan Melayu. Di tempatkan juga, booth-booth  permainan tradisional Melayu iaitu Kompang, Gasing, Sepak Raga (Takraw), layang-layang dan ketupat.



Pelajar-pelajar antarabangsa di terangkan mengenai segala permainan tradisional masyarakat Melayu yang mungkin juga generasi sekarang pun tidak tahu mengenainya. Dalam masa yang sama, kita dapat mempromosi antara budaya di Malaysia di mata dunia. Ternyata mereka menunjukkan reaksi positif terhadap permainan tradisional di sini.



Tahniah Kepada Persatuan Pelajar Kelompok Amanah (PPKA)


Sekalung penghargaan terutamanya kepada penasihat PPKA, Dr. Mardian Shah Omar dan juga Persatuan Pelajar Kelompok Amanah (PPKA) yang memberi peluang kepada penulis untuk turut serta melibatkan diri dalam program ini. Program ini juga merupakan aktiviti pelajar untuk program pertama penulis di Kelompok Amanah dan kedua di UNITEN selepas menjadi fasilitator SAFE CAMP anjuran PPI UNITEN yang di adakan baru-baru ini di Kem Lambaiana, Sg. Gabai, Hulu Langat Selangor.




p/s: Apa-apa pun, penulis masih merindukan segala aktiviti universiti semasa penulis menuntut di UTM dahulu daripada krew sehingga program sendiri. Apa-apa pun UNITEN memang terbaik. Sememangnya pengalaman itu seperti emas dan begitu berharga.

No comments:

Post a Comment