Pages

Monday, September 30, 2013

SEDIKIT MENGENAI BADAN KEBAJIKAN JEMAAH KHAUJAKAN JOHOR (PART 2)



Asal perkataan Khaujakan 

Perkataan Khaujakan adalah diambil daripada perkataan Farsi dalam bentuk jamak (plural), dan mufradnya (tunggalnya) ‘al khawajihu’ yang membawa maksud dalam bahasa Arab al-Syaikh dan dalam bahasa Melayu boleh dimaknakan dengan Sheikh Tasauf atau Guru.Tasauf. Dinamakan Khatam Khaujakan kerana Guru Tasauf apabila berhimpun dengan murid-muridnya dan bercadang hendak keluar dari majlis itu, mereka sudahi majlis itu dengan membaca zikir-zikirnya dengan adab-adab dan kaifiatnya. 

Mengenali Wirid Khaujakan 

Wirid Khaujakan adalah merupakan satu ibadah yang diamalkan oleh ahli ahli Khaujakan. Wirid Khaujakan telah disusun oleh pegasasnya dengan lengkap menurut peraturan dan disiplin berwirid.mengandungi ayat-ayat Al-Qur’an, Zikir dan Selawat atas Nabi, Asma’ ul Husna dan Doa Doa pilihan yang amat mustajab.Adalah tujuannya utamanya ibadah wirid ini ialah untuk pembangunan kerohanian insan bagi mendekatkan diri kepada Allah (SWT) serta memohon kerahmatan dan keredhaanNya.di dunia dan akhirat. Wirid Khaujakan adalah antara amalan amalan yang terdapat di dalam Tarikat Naqshabandiah.  

Wirid Khaujakan amalan para solihin sejak di zaman silam

Wirid Khaujakan telah dikenali oleh masyarakat Islam pada zaman Sultan aulia’ as-Syaikh Abdul Kadir Jailani dan as-Syaid Muhammad Haqqi An-Nazali kira-kira lebih 1000 tahun yang lalu dan seterusnya di amalkan oleh masyarakat Islam hingga ke hari ini.

Wirid Khaujakan mula menjadi amalan umat Islam di Malaysia atau Malaya ketika itu pada awal tahun empat puluhan (1940-han), khususnya di negeri Johor.

Wirid ini telah perkenalkan ke Tanah Melayu oleh Allahyarham Kiayi Haji Fadhil bin Abu Bakar Al Bantani Nama Bantan atau Banten ialah sebuat tempat (daerah) di Jawa Barat, Indonesia. Setelah sekian lama menetap di Makkah. Beliau telah berhijrah ke Jawi atau Tanah Melayu pada tahun 1915 dan menetap di Lenga, Muar, Johor. Semasa menetap di Lenga beliau menubuhkan beberapa kumpulan bagi mengamalkan wirid khaujakan dari kalangan ahli-ahlinya qariahnya dan juga mereka yang datang dari daerah Muar dan sekitarnya. 

Semasa peperangan dunia kedua (1939-1940) Tanah Melayu diserang oleh tentera Jepun. Keadaan seluruh negara huru hara dan tidak selamat. Sultan Johor ketika itu DYMM Sultan Ibrahim ibnu Sultan Abu Bakar, menitahkan Kiayi Haji Fadhil Banten tinggal di istana dan beribadah dan berdoa pada Allah (SWT) memohon keselamatan dan perlindungan Baginda Sultan serta keluarganya dan seluruh rakyat negeri Johor. Ketika itu keadaan yang huru hara akhirnya menjadi selamat dan tenang Dengan peristiwa ini wirid khaujakan tersebar luas dan diamalkan di seluruh pelusuk negeri Johor, lebih-lebih lagi ketika kegiatan komunis bermaharajalela yang telah membunuh ramai orang Melayu iaitu sebaik sahaja Jepun menyerah kalah.  

Semenjak itu wirid Khaujakan menjadi amalan umat Islam di negeri Johor dan terus berkembang hingga ke hari ini. 

Penubuhan Badan Kebajikan Jemaah Khaujakan Johor  

Kumpulan wirid Khaujakan telah berkembang di seluruh negeri Johor. Pemimpin dan ahli-ahli wirid khaujakan merasakan sampai masanya kumpulan ini bergiat secara sah dan rasmi dan mendapat pengiktirafan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Maka permohonan telah dimajukan kepada Pendaftar Pertubuhan dan telah didaftarkan pada 8hb November, 1971, bilangan pendaftarannya 473 (Johor) sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai ‘Badan Kebajikan Jemaah Khaujakan Johor’ atau ringkasnya ‘Khaujakan’. 



Fadhilat mengamalakan wirid Khaujakan. 

Tujuan utama mengamalkan wirid khaujakan adalah memohon dan mencari keredhaan dan kasih sayang dari Allah S.W.T. serta mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. 

Disamping itu wirid Khaujakan mempunyai fadhilat atau kelebihan yang terbukti keberkesanannya antaranya yang dapat dinyatakan seperti berikut:- 

a. Satu amalan yang mustajab supaya hajat dimakbulkan Allah s.w.t.
b. Untuk menjauhkan bala’ dan waba’ dan malapetaka daripada menimpa diri, keluarga, masyarakat dan Negara kita.
c. Untuk menjauhkan gangguan syaitan dan makhluk halus.
d. Boleh menjadi satu cara untuk mengubati orang sakit dan menjadi penerang hati kepada orang/anak yang sedang belajar.

e. Untuk pelbagai tujuan atau maksud yang baik

YDP Khaujakan Johor, Ustaz Ahmad Tunggal

No comments:

Post a Comment