assalamualaikum

atas

Anak Melayu Bugis@Facebook

bubble

Cursors

Proton Logo

Title blog bergerak

Thursday, December 8, 2011

Air Terjun Sg Lepoh...Sesuai Bagi Para Pendaki.

-Air Terjun Sg Lepoh, Hulu Langat...Sesuai Bagi Para Pendaki.-




TANGGAL 4 Disember 2011, penulis berkesempatan pergi ke program anjuran Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur (PMIUTMKL) di Idaman Nurani Camp and Training Center, Hulu Langat Selangor. Program yang di beri nama Ekspedisi Mahasiswa’11 mendapat sambutan yang amat menggalakkan oleh mahasiswa yang terdiri daripada kebanyakan jurusan di UTM International Campus Kuala Lumpur. Program ini di adakan dari 4-6 Disember yang lalu. Program ini sememangnya dapat membentuk akhlak dan sahsiah setiap peserta sama ada dari fizikal dan mental di samping pengisian rohani.

                                                     Gambar: Poster Ekspedisi Mahasiswa'11

Idaman Nurani Camp and Training Center, Hulu Langat terletak di Pangsun Hulu Langat. Jika hendak ke sini, sila ambil jalan Hulu Langat hingga ke Pekan Batu 18. Penulis bertolak daripada kediaman di Setapak Kuala Lumpur, melalui Jalan Ampang menuju ke Ampang Jaya (Bukit Ampang). Bukit Ampang sememangnya terkenal dengan panorama melihat Bandaraya Kuala Lumpur daripada atas bukit. 

                                      Gambar: Idaman Nurani Kem and Training Center, Hulu Langat

Kebanyakan lokasi pengambaran filem di lakukan di Bukit Ampang. Seterusnya menuju ke persimpangan jalan Hulu Langat. Kemudian penulis meneruskan perjalanan ke Pangsun menghala ke Kawasan Rekreasi Sungai Congkak. Lebih kurang 500m dari persimpangan ke Sg. Congkak, ambil jalan kecil sebelah kiri. Penghujung jalan ini anda akan menjumpai Empangan Sg Pangsun dan kaki bukit Gunung Nuang.

                                             Gambar: Air terjun Sg. Lepoh (sumber: Google)

Hulu Langat sememangnya terkenal dengan sungai dan air terjun yang menarik ramai pengunjung daripada ibu kota. Setiap hujung minggu sahaja pasti Jalan Hulu Langat menjadi sesak kenderaan yang berpusu-pusu menuju ke kawasan rekreasi yang menjadi pilihan seperti Sg. Congkak , Air Terjun Gabai dan lain-lain. Bagi yang meminati aktiviti mendaki, pengunjung boleh melakukan pendakian di Gunung Nuang. Pangsun mempunyai air terjun yang cantik iaitu Air Terjun Sg Lepoh.  

Mendengar cerita terdapat air terjun yang begitu cantik di kawasan program yang penulis hadiri ini membuatkan penulis ingin melihat sendiri kecantikan keindahan alam ciptaan Allah S.W.T. Sahabat penulis yang juga mantan kepimpinan Persatuan Mahasiswa Islam juga ingin melihat apa yang di ceritakan. Penulis yang hanya berseluar ‘jeans’ dan berselipar memulakan pendakian yang pada awalnya tidak mengetahui rintangan yang bakal di lalui dan jarak perjalanan.

                                   Gambar: Idaman Nurani Kem and Training Center, Hulu Langat

Jarak perjalanan ke Air Terjun Sg. Lepoh lebih kurang 4km dan memakan masa 1 jam 15 minit. Peringkat awal trekking melalui kebun buah-buahan terutamanya durian. Penulis agak tanah rezab orang kampong teroka secara haram, wallahualam. Majoriti penduduk kampong ini terdiri daripada masyarakat orang Asli. Makin jauh memasuki hutan, baru terasa berada di dalam hutan sebenar dengan bunyi burung-burung hutan berkicauan, cengkerik menyanyi, deruan angin dan bunyi air terjun sayup kedengaran entah dari mana. 

Laluan trekking juga semakin mencabar selepas melepasi kebun buah-buahan. Kawasan curam dan melalui lereng-lereng bukit. Penulis dan sahabat-sahabat terpaksa berhati-hati melalui denai kerana struktur tanah yang licin. Tambahan pula penulis dan sahabat-sahabat yang terdiri daripada 6 orang semuanya, 4 lelaki dan 2 perempuan mendaki tanpa sebarang kelengkapan yang hanya berselipar dan tidak membawa bekalan keselamatan tanpa penunjuk arah.


                                                      Gambar: Penulis di Air terjun Sg Lepoh

Kerisauan dapat di hilangkan apabila terlihat ramai juga pendaki yang melakukan pendakian di sini. Sedang dalam perjalanan, selisih pula dengan kumpulan mahasiswa daripada UiTM Shah Alam yang terdiri kira-kira 70 orang termasuk penunjuk arah. 

                                              Gambar: Curam Air terjun Sg Lepoh

                                                 Gambar: Air terjun Sg Lepoh

                                                        Gambar: Panorama Air terjun Sg Lepoh

Akhirnya, penulis sampai di Air Terjun Sg. Lepoh yang di katakan cantik itu walaupun kecewa tidak sampai ke puncak kerana laluan yang sangat curam dan licin. Sekurang-kurangnya dapatlah penulis melihat air terjun yang di katakan cantik oleh penduduk setempat, Air Terjun Sg. Lepoh. Apa yang penting ialah kepuasan mendaki bukit yang begitu mencabar.

                                                           Gambar: Air terjun Sg Lepoh

                                                        Gambar: Sahabat penulis 

                                              Gambar: Sahabat penulis

Apa yang penulis tahu rupa-rupanya Air Terjun Sg Lepoh ini terdapat di dalam website Waterfall Of Malaysia yang diklafikasikan ‘moderate’ tahap kesukaran ke sini. Air Terjun Sg Lepoh ini boleh tahan tahap kecantikannya. Cuma terdengar cerita pengunjung yang pernah mendaki pada musim kemarau mengatakan tiada air yang mengalir di air terjun ini. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jata Johor

Jata Johor

youtube

Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan
'Nugrahkan Dia segala kehormatan

Sehat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami

Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan