- PULAU PANGKOR: Destinasi Percutian Pilihan -
RASANYA sudah lama penulis tidak meng’update’ Anak Melayu Bugis. Kekangan masa dan penulis yang masih menuntut menyebabkan penulis berhenti seketika untuk berkongsi entri, tambahan lagi penulis yang sudah berada di semester terakhir. Entri kali ini penulis ingin berkongsi cerita mengenai trip penulis dan rakan-rakan seperjuangan ke Pulau Pangkor, Perak.
Gambar: Pesta Hari Terbuka Kediaman Siswa Jaya (TEMMASYA'11)
Program yang di beri nama KEMBARA’11 anjuran Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa (JKM) Kediaman Siswa Jaya, Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur adalah program yang di sertai krew kanan semasa Pesta Hari Terbuka Kediaman Siswa Jaya (TEMMASYA’11) yang lalu. Ia sebagai membalas jasa kepada krew yang bertungkus lumus menjayakan pesta hari terbuka kata Pengarah TEMMASYA’11, Wan Mohd Idham Mahdi.
Gambar: Bazar Lumut
Tanggal 16 Disember 2011, kami memulakan perjalanan daripada Kediaman Siswa Jaya, UTMic KL pada jam 11.30 malam bertolak ke Lumut, Perak dengan menaiki bas UTM. Memang awal kami bertolak ke Lumut sedangkan feri pada jam 9.00 pagi keesokan harinya. Perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Lumut lebih kurang 4 jam dengan melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menuju ke persimpangan Sungkai dan seterusnya ke Lumut. Lebih kurang jam 3.30 pagi kami sampai ke jeti Lumut, Perak. Masa terluang sebelum waktu Subuh kami tidur di dalam bas, penulis sempat meronda-ronda sekeliling jeti Lumut dan menge’teh di kedai mamak berhampiran sementara menunggu azan Subuh berkumandang.
Gambar: Sekitar Jeti Lumut, Perak
Gambar: Wajah keriangan di Jeti Lumut
Jam 9.00 pagi, kami yang diiringi 2 pemandu bas UTM dan pembantu felo bersiap sedia untuk menaiki feri. Tiket feri adalah untuk perjalanan pergi dan balik. Perjalanan daripada jeti Lumut ke jeti Pangkor mengambil masa lebih kurang hanya setengah jam sahaja. Dari dalam feri terlihat pengkalan TLDM di Lumut dan tempat menyelenggara kapal-kapal laut. Terpegun penulis melihat panorama pulau-pulau kecil berhampiran Lumut dan Pulau Pangkor.
Gambar: Jeti Lumut, Perak
Gambar: Lumut, Perak
Akhirnya, kami sampai di Pulau Pangkor. Pertama kalinya penulis menjejakkan kaki ke Pulau Pangkor. Sama seperti di Pulau Langkawi, teksi di sana adalah sebuah van! Teksi van di Pulau Pangkor berwarna merah jambu berbanding teksi van di Pulau Langkawi berwarna biru. Dengan menaiki teksi, kami terus menuju ke tempat penginapan di Raudhah Camp di Teluk Batik, Pangkor. Tempat penginapan kami agak jauh daripada persisiran pantai. Penulis sarankan kepada sesiapa yang hendak berkunjung ke sini, bolehlah menyewa basikal atau motorsikal untuk senang ke sana dan ke mari. Tak da lah penat berjalan kaki nanti nak pusing-pusing pulau.
Gambar: Jeti Pulau Pangkor
Makanan pagi, tengahari dan malam di sediakan pihak pengurusan Raudhah Camp. Jadi tidak susahlah kami mencari makanan, tambahan lagi makanan yang di jual di sana mahal-mahal belaka. Pemandu bas yang juga staf UTM menasihati agar jangan membeli makanan-makanan hasil laut di Pulau Pangkor, sebaiknya beli di Lumut.
Gambar: Kem Raudhah
Aktiviti pertama kami bermula dengan ‘jungle trekking’ di Hutan Simpan Sungai Pinang selepas makan tengahari dan solat Zohor dan Asar (jama’ takdim). Kami memulakan perjalanan dengan sedikit taklimat penunjuk arah oleh En. Syawal. Pengembaraan kami menyusuri hutan simpan Sungai Pinang pun bermula. Trek yang pada awal kurang mencabar dan semakin mencabar di tambah lagi amaran penunjuk arah mengenai banyak pacat di kawasan itu.
Gambar: Hutan Simpan Sungai Pinang
Setelah lebih kurang 2 jam menempuh segala rintangan trek di Hutan Simpan Sungai Pinang, kami terus menuju ke pantai Teluk Batik untuk aktiviti seterusnya. Banyak pakej permainan pantai yang di sediakan di pantai tersebut. Antaranya Banana Boat, Kayak, Jet ski, Snorkeling dan lain-lain. Penulis sempat mencuba apa yang di panggil Snorkeling. Pengunjung yang ingin mencuba permainan snorkeling ini di bawa ke pulau kecil seberang dengan menaiki bot. Di pulau kecil pengunjung di tinggalkan untuk mencuba aktiviti snorkeling di sana. Jika pengunjung bernasib baik, pengunjung dapat melihat ikan-ikan di dasar laut yang cantik dan berpeluang melihat sendiri timun laut.
Gambar: Bersiap sedia snorkeling
Gambar: Pantai Teluk Batik
Gambar: Pantai Teluk Batik
Kami terus pulang ke tempat penginapan selepas aktiviti snorkeling, memandangkan sudah masuk waktu Maghrib. Waktu malam ialah aktiviti bebas bagi kami. Penulis dan beberapa rakan mengambil peluang ‘round’ sekeliling pantai Teluk Batik pada waktu malam dengan menaiki basikal yang di sewa. Siang hari Pantai Teluk Batik di penuhi pengunjung untuk bermandi manda dan mencuba aktiviti air, manakala malam hari pula pengunjung tertumpu ke kedai-kedai cenderamata yang menjual baju dan lain-lain. Ada juga yang berbaque di tepi pantai.
Gambar: Di kolam inilah terdapatnya ikan 'Naga' yang besar
Gambar: Mereka yang bergembira
Gambar: Replika Tembok Besar China
Gambar: Penulis bergambar di replika Tembok Besar China
Hari terakhir di Pulau Pangkor, kami mengambil peluang bermandi manda dan mencuba lebih banyak aktiviti sukan air. Ada juga yang tidur termasuk penulis sebelum kami bertolak pulang selepas solat Zohor. Selepas solat Zohor dan makan tengahari, kami bersiap sedia untuk aktiviti yang terakhir iaitu ‘Island Tour’ dan terus berangkat pulang. Kami sempat singgah di kilang memproses makanan daripada hasil laut seperti ikan, sotong dan lain-lain. Seterusnya kami menuju ke tempat adanya replika ‘Tembok Besar China’. Di sana kami membeli sedikit cenderamata. Apa yang menariknya di sana, kami berpeluang melihat ikan ‘Naga’ yang bersaiz besar yang menarik perhatian pengunjung yang melihatnya.
Gambar: Island Tour Pulau Pangkor
Gambar: Jeti Pulau Pangkor yang sesak pengunjung yang ingin pulang
Kami menuju ke jeti Pulau Pangkor dan meninggalkan Pulau Pangkor dengan 1001 kenangan dan pengalaman yang pastinya di ingati sampai bila-bila. Setibanya di Lumut, kami membeli makanan berunsurkan ikan dan terus menuju ke Teluk Intan untuk makan malam sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.
Another world's wonders in the making.. Gallery BiGDee House of Magic Potions world's first nano microfungus potions- Taman Royal Lily, Tanah Rata. Come and experience the wonders!
ReplyDeletesalam dekat pangkor pantai yang popular adalah pantai teluk nipah manakala di lumut baru di panggil pantai teluk batik..
ReplyDelete