Pages

Friday, April 25, 2014

KEMBARA KE TANAH BESAR CHINA (PART 1)

- KEMBARA KE TANAH BESAR CHINA (PART 1)-



MUKADDIMAH

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi penulis dapat meng'update' blog penulis yang agak bersawang ini. Cuti semester yang panjang selama lebih kurang 2 bulan membuatkan penulis berpeluang berceloteh sedikit sebanyak di dalam blog penulis.

CADANGAN BERCUTI KE BEIJING MENJADI KENYATAAN

Penulis bercadang untuk bercuti ke Beijing, China pada cuti semester yang panjang dan mengajak beberapa rakan penulis. Tambahan pula adik penulis sedang melanjutkan pelajaran di sana iaitu di Beijing Language and Culture University di Haidian, Beijing membuatkan kami lebih yakin lagi untuk ke sana untuk melancong. Kami menempah tiket 6 bulan awal sebelum tarikh perjalanan memandangkan harga tiket penerbangan agak murah jika tiketnya di beli lebih awal.

                                        Tempahan makanan di atas kapal terbang jika di tempah lebih awal, lebih murah


                                                                   Tempahan tiket penerbangan Air Asia X

Pada awalnya, 4 orang daripada kami bercadang untuk ke Beijing akan tetapi seorang daripada kami menarik diri di sebabkan hal tertentu membuatkan 3 orang saja yang benar-benar untuk ke Beijing. Tambahan pula, isu kehilangan MH370 masih hangat di perkatakan di seluruh dunia dan menjadi perbualan hangat di negara China membuatkan kami bertekad juga untuk meneruskan niat kami untuk menjejakkan kaki ke Beijing.

TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN, VISA DAN LAIN-LAIN

Setelah kami menempah tiket penerbangan dengan harga yang murah iaitu dengan menaiki Air Asia X pada 17 April hingga 23 April, kami memohon visa untuk masuk ke negara China di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur iaitu bangunan 'Bank Of China'. Bayaran di kenakan sebanyak lebih kurang RM90 untuk visa dan visa segara bayaran lebih mahal di kenakan. Pelancong yang ingin ke negara China di galakkan memohon visa lebih awal. Detail mengenai visa boleh rujuk Visa For China

                                                                  Permohonan visa pelancong ke negara China

                                                        Sim kad telefon di China (China Mobile)

Manakala urusan penginapan, sim kad telefon dan pengangkutan di Beijing di uruskan oleh adik penulis yang sedang belajar di sana.


Bersambung ke part 2.........

1 comment:

  1. alhamdulillah..sampai dah admin ke beijing..bukan senang nak keluar negara..nak2 yg dah beranak empat ni..hihi..kene kumpul duit bnyk2..baru bole oversea..hihi

    www.naturalhealthyandbeauty.blogspot.com

    ReplyDelete