Sambungan daripada PART 1
PERSEDIAAN DAN MEMULAKAN PERJALANAN
Hari yang di tunggu-tunggu telah pun tiba, setelah hampir setengah tahun menunggu. Permohonan visa juga sudah di luluskan. Bekalan makanan untuk seminggu di sana juga sudah di beli memandangkan susah untuk mencari makanan halal di Beijing, kalau ada pun harganya memang mahal.
Penulis dan rakan-rakan me'rezab'kan satu beg buggage khas untuk bekalan makanan sahaja. Apabila pulang ke tanah air nanti beg itu juga untuk memuatkan ole-ole dari China.
HARI PERTAMA (17 APRIL 2014 - KHAMIS) : MEMULAKAN PERJALANAN
2:00PM - Penulis dan rakan-rakan memulakan perjalanan ke LCCT dengan menaiki shuttle bus yang harga tiketnya RM8 sahaja dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Penulis parking kereta penulis di TBS memandangkan parking di TBS lebih murah daripada parking di lapangan terbang. Harga parking kereta di TBS RM3 sehari.
Penulis parking kereta di Terminal Bersepadu Selatan
3:00PM - Tiba di LCCT setelah sekian lama penulis tidak menjejakkan kaki di sini.Kali terakhir penulis berada di sini beberapa tahun yang lalu kerana penulis bekerja di sini. Tiada perubahan, tiada kata lain lapangan terbang seperti stesen bas. Sebenarnya LCCT hanyalah lapangan terbang sementara sebelum semua operasinya berpindah ke KLIA 2 yang terletak tidak jauh dari LCCT.
Menunggu penerbangan di LCCT
6:00PM - Penulis berasa teruja kerana pertama kali pergi ke luar negara. Melihat pemeriksaan kastam, pasport, imigresen dan berbagai-bagai. Pemeriksaan juga begitu teliti di lakukan oleh petugas sehingga masuk ke dalam gate ruang menungu untuk pelepasan. Ibarat seperti di kuarantin di dalam ruang bilik pelepasan, tidak boleh ke mana-mana menunggu flight jam 7.15 malam nanti.
Tiket Air Asia X untuk ke Beijing
6:50PM - Masuk ke dalam flight Air Asia X. Kapal terbang agak besar berbanding kapal terbang yang penulis naiki ke Sarawak sebelum ini. Rujuk entri penulis sebelum ini bertajuk 4 HARI 3 MALAM DI SARAWAK. Pada jam 7:15 malam, kapal terbang memulakan penerbangan selama 6 jam untuk sampai ke Beijing dan meninggalkan Malaysia.
Bersambung ke PART 3...
No comments:
Post a Comment