PEMBUKA BICARA
Alhamdulillah...syukur ke hadrat ALLAH, penulis berkesempatan berceloteh di blog yang tak seberapa ini, sekadar menjadi pengubat duka dan lara. Mungkin sesetengah orang meluahkan sesuatu perkara melalui percakapannya dengan orang yang ingin berkongsi cerita dan ada juga yang hanya menulis dan terus menulis. Tiba-tiba mood penulis datang untuk menulis, terus jari jemari mencapai keyboard di laptop penulis untuk menulis.
Di pagi jumaat ini, penghulu segala hari, hari yang indah cuaca pun sayup-sayup mendungnya dan burung-burung tidak berhenti berkicau yang tidak berhenti mengingati kepada-Nya menunjukkan kebesaran yang Maha Esa. SubhanaALLAH..
PENYAKIT HATI PEMBUAT MAKSIAT
Kadang-kadang penulis memikirkan banyak perkara yang membataskan perbuatan kita untuk melakukan kebaikan. Apa yang penulis maksudkan? Ya, Penyakit hati. Itulah antara salah satu faktornya.
Bagai kereta api bergerak tanpa landasannya, bagai kapal laut bergerak tanpa navigasinya. Itu yang dapat penulis gambarkan jika kita melakukan sesuatu perkara tanpa hala tujuan. Terus menerus melakukan maksiat sebagai contoh walaupun hanya perkara yang hanya mendekati perkara maksiat seperti zina. Zina pula banyak, bukan hanya zina yang kita semua ketahui, antara yang lain zina hati dan juga zina mata.
Sesungguhnya hati memang tidak akan tenang sekiranya perkara yang di sebut tadi terus menerus di lakukan walhal perkara wajib suruhan-Nya tidak pernah di tinggalkan lagi-lagi selalu solat berjemaah di masjid atau surau. Perkara ini amat memalukan sedangkan solat ini selain sebagai tiang agama ia juga mencegah daripada melakukan perkara yang buruk.
DILEMA ANAK MUDA AKHIR ZAMAN
Dilema anak muda sekarang di samping akhir zaman yang penuh pancaroba ini, fitnah-fitnah memang begitu banyak dan tersebar dengan pantasnya. Anak-anak muda sekarang memang terdedah dengan pelbagai anasir bagi menjatuhkan maruah agama Islam itu sendiri. Kita lihat sekarang, statistik pembuangan bayi di negara ini di dominasi oleh agama mana? bangsa apa? memalukan bukan?. Persoalannya mengapa? salah siapa?
Ya. Memang tidak penulis tidak nafikan mungkin perkara ini berlaku kerana kurangnya pendekatan anak muda ini dengan ilmu agama dan mudahnya mendekati perkara yang merosakkan akhlak ini. Akan tetapi, apa yang lebih mengecewakan dan menyedihkan perkara ini juga menular di kalangan anak muda yang berpelajaran tinggi dan bersekolah agama yang tahu akan hukum hakam, halal haram dan baik dan buruk. Tiada guna ambil jurusan kejuruteraan, perubatan, akautan, syariah Islam dan lain-lain tapi bab akhlak ke laut.
Dari kecil di asuh dengan ibu bapa dengan pendekatan agama, belajar mengaji al-quran, di hantar ke sekolah agama akan tetapi apabila sudah besar begini pula jadinya. Berbalik kepada isu yang penulis ingin cakna kali ini mungkin juga ia berkaitan dengan kisah penulis sendiri. Hati sememangnya tidak akan tenang selagi masih bergelumang dengan dosa walaupun terus menerus melakukan kebaikan. Apa gunanya terus melakukan kebaikan, ikut suruhan-Nya akan tetapi terus menerus melakukan dosa.
CABARAN HIDUP BERJAUHAN DENGAN KELUARGA DI PERANTAUAN
Anak muda yang tinggal berjauhan dengan ibu bapa memang sangat mencabar lagi-lagi tinggal di kota metropolitan. Berbagai cabaran. Penulis sendir berasal dari kampung, dan sejak tingkatan 4 lagi penulis sudah berjauhan dengan keluarga di kampung dan bersekolah di ibu kota Kuala Lumpur seterusnya menyambung diploma di ibu kota dan sekarang menyambung ijazah juga di ibu kota Kuala Lumpur, kota metropolitan. Berbagai cabaran pernah di hadapi lebih-lebih lagi zaman sekolah dahulu. Itu tidak mengapa, perkara yang lepas biar lepas, biasalah budak sekolah, nakal tak lari dari masalah disiplin hanya langgar peraturan sekolah paling di gantung atau di buang asrama yang lagi teruk boleh di buang sekolah.
MAHUKAN YANG HALAL
Kini apabila terus meningkat remaja ke alam dewasa lebih banyak cabaran yang harus di lalui. Ada yang mahu pasangan hidup, itu norma kehidupan sebagai manusia bukan sebagai sebuah robot yang telah di programkan. Perkara biasa kita dengar, masa zaman sekolah yang sedang ber'couple' ni di suruh belajar rajin-rajin agar dapat semua A dalam SPM dan boleh masuk universiti, nanti di universiti lagi ramai anak dara menanti, kahwinlah. Bila sudah masuk universiti,
Di programkan pula suruh belajar sehingga dapat ijazah, tiada ijazah tiada kahwin. Itu perkara biasa kita dengar. Bagaimana pula jika sepasang 'couple' ini ber'couple' sejak habis belajar di sekolah, berapa banyak dosa terkumpul. Hajat hendak berkahwin. Yang belajar dari diploma anggaran 3 tahun pengajian dan ijazah pula 3-4 tahun pengajian bagi jurusan kejuruteraan sebagaimana penulis. Dosa terkumpul? nyawa pula bila-bila masa sahaja, tak sempat bertaubat bagaimana pula? nak tunggu habis belajarkan ijazah seperti yang telah diprogramkan, baru nak bertaubat panggil malaikat cabut nyawa?
Mesti ramai yang tidak bersetuju dengan apa yang penulis katakan ini. Mesti ada yang menjawab, kalau dah macam itu tak payah 'couple' kan berdosa, fokus belajar, ibu bapa hantar belajar pergi belajar bukan sibuk bercintan cintun. Pernyataan paling 'famous' ialah masih belajar macam mana nak tanggung anak dara orang, nak bagi makan pasir?..
Jawapan yang boleh di beri sedikit sebanyak menjawab pernyataan tersebut ialah sebagai anak muda memang tidak lari fitrah sebagai seorang manusia yang mahu hidup berpasang-pasangan. Haiwan dan tumbuhan juga begitu, ia hukum alam. Manusia bukan robot. Kita lihat kesannya pula, bagaimana sepasang kekasih yang sudah ber'couple' lebih dari 5-6 tahun masing-masing berjanji akan berkahwin, saham dosa yang terkumpul semestinya tinggi bukan?
Sesetengah anak muda yang masih belajar ini menjadikan pasangannya sebagai 'catalyst' atau pemangkin bagi semangat untuk berlumba-lumba untuk berjaya dalam pelajarannya selain bernekad berusaha untuk berjaya dalam pelajaran untuk membalas jasa ibu bapanya yang menjaganya sejak kecil lagi. Bukan tujuan untuk membangga-banggakan diri apabila sudah berjaya kelak.
Bersambung...
saya mencari lokasi orang bugis di malaysia, ramai yang berkata orang bugis masih ada di melaka, tapi saya ingin tahu lokasi berikut, somebody help me please
ReplyDeletesaya mencari lokasi orang bugis yang berada di melaka pada masa sekarang, please help me
ReplyDeleteNice entry
ReplyDelete