NUKILAN BEIJING BAHAGIAN 2 (PART 1)
PEMBUKA BICARA
ALHAMDULILLAH, syukur ke
hadrat illahi kerana memberi kita semua peluang untuk bernafas untuk menghirup
udara di atas muka bumi milikNya. Berkesempatan ini, penulis mengucapkan
selamat hari raya Aidilfitri kepada semua umat Islam memandangkan beberapa hari
lagi Ramadan Al-Mubarak bakal melabuhkan tirainya di ganti dengan Syawal.
Ramadan kali ini, penulis
sekali lagi berpeluang bertandang ke negara Tanah Besar China iaitu Beijing
sebuah ibu negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang begitu tinggi. Ini
merupakan kali kedua penulis ke sini, kali pertama penulis ke Beijing bersama
dengan rakan-rakan penulis dengan menggunakan teknik ‘bagpackers’, tapi kali ni
penulis berkunjung ke Beijing bersama dengan keluarga dan isteri penulis dengan
tujuan utama untuk menghadiri majlis konvokesyen adik penulis, alhamdulillah. Boleh RUJUK entri KEMBARA KE TANAH BESAR CHINA.
HARI PERTAMA: 27 JUN 2016 - ISNIN (BERTOLAK KE
BEIJING)
Memandangkan trip penulis
sekeluarga terkena pada hari bekerja (Isnin-Jumaat), penulis dan isteri penulis
siap-siap memohon cuti kepada majikan masing-masing. Syukur, cuti di terima
sehingga cuti raya (2 minggu penulis dapat cuti!!). Tengahari lagi penulis
sekeluarga bertolak ke KLIA 2 dari kampung halaman penulis di Muar Johor. Tiba awal
di lapangan terbang untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
Lapangan Terbang KLIA 2
Kadar bayaran tempat letak
kenderaan di KLIA 2 tidak ada beza sangat jika mahu meletakkan kenderaan di
tempat lain (TBS misalnya) kemudian naik bas/tren ke KLIA 2. Boleh penulis
membuat perbandingan kadar harga untuk rujukan pembaca sekalian memandangkan
trip pertama penulis ke Beijing, penulis parking kereta penulis di TBS
(Terminal Bersepadu Selatan) kemudian menaiki bas ke LCCT (sebelum adanya KLIA
2). RUJUK entri KEMBARA KE TANAH BESAR CHINA.
1. Parking KLIA 2
Kadar
bayaran parking (Isnin – Sabtu) = RM178.00
2. Parking di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) + ‘shuttle
bus’
Kadar
bayaran parking (Isnin – Sabtu) + 6 orang (pergi balik) =
(RM4
x 6) + ((RM10 x 6) x 2) = RM 144.00
*Cara kedua (2) sesuai
jika pengunjung ‘backpackers’ atau pelancong dalam kelompok sedikit dan cara pertama
(1) jika pengunjung tidak mahu membuang masa (memunggah bagasi sendiri) atau
pelancong dalam kelompok ramai (keluarga).
Keluarga penulis menunggu masa untuk check-in baggage
Laluan ke Gate sebelum pemeriksaan kastam Malaysia
Ruang menunggu yang cukup selesa sebelum masuk ke dalam flight
Seperti biasa, jika
pelancong mahu ke tanah besar China, pelancong perlu memohon sendiri visa (jika
tidak melalui agen pelancongan). Kadar harga masih seperti dahulu, cuma tambah
GST 6% sahaja J. Segala permohonan visa ke china HANYA boleh di buat
di Kuala Lumpur (Bangunan Bank of China Jalan Tun Razak). Boleh RUJUK entri lepas
untuk mengetahui butiran lanjut mengenai kadar harga, tempat dan lain-lain
mengenai permohonan visa. Mohon visa awal (saranan sebulan sebelum penerbangan)
untuk mengelakkan dikenakan kadar bayaran yang lebih mahal.
Selpie sebentar bersama isteri tersayang..hehe
Tepat jam 7.00 malam, kami
sekeluarga berlepas dari KLIA 2 dengan penerbangan Air Asia X D7 316 dan berbuka puasa di dalam ‘flight’
pada jam 7.40 malam (penulis tak pasti berada di ruang udara negara mana, yang
pasti bukan di Malaysia).
Entri post seterusnya, KLIK SINI
No comments:
Post a Comment