assalamualaikum

atas

Anak Melayu Bugis@Facebook

bubble

Cursors

Proton Logo

Title blog bergerak

Monday, July 4, 2016

NUKILAN BEIJING BAHAGIAN 2 (PART 3)

NUKILAN BEIJING BAHAGIAN 2 (PART 3)

Entri post sebelumnya KLIK SINI part 2.



HARI KETIGA: 29 JUN 2016 - RABU (MAJLIS KONVOKESYEN)

Aktiviti hari kedua di Beijing ialah menghadiri Majlis Konvokesyen adik penulis di Beijing Language and Culture University (BLCU) bertempat di dewan gymnisium (kompleks sukan). Ini merupakan kelompok kedua pelajar Malaysia yang belajar di sini bergraduasi.

MAJLIS KONVOKESYEN

Pagi-pagi lagi penulis sekeluarga pergi ke BLCU (sebenarnya jam 4.30 pagi matahari dah terbit, 8.00 pagi dah panas terik). Perancangan kami ialah menaiki teksi dari tempat penginapan kami ke BLCU, akan tetapi pemandu teksi memang tidak faham apa yag kami katakan walaupun kami berbahasa Inggeris. Kami membuat keputusan berjalan kaki sahaja ke sana yang hanya mengambil masa kurang daripada 30 minit.


Nyayian lagu BLCU sebelum majlis bermula

Adik penulis. TAHNIAH!

Canselor/pengetua hanya duduk (bergambar) sehingga habis majlis

Hadirin yang hadir 

Majlis konvokesyen BLCU


Penulis sangkakan majlis konvokesyen di sini sama seperti di Malaysia, dengan protokolnya dan hanya dua orang sahaja di benarkan masuk ke dalam dewan. Akan tetapi sangkaan penulis meleset sama sekali. Hanya Malaysia yang punyai protokol yang sebegitu ketat. Majlis konvokesyen di sini tidak ubah seperti majlis penyampaian hadiah. Jika di Malaysia, canselor/sama taraf memberi skrol sijil kepada para graduan akan tetapi di sini graduan hanya bergambar dengan canselor/sama taraf dan skrol sijil di beri sebelum graduan naik ke pentas. Tidak hairanlah dalam hanya beberapa jam sahaja sudah tamat majlis konvokesyen dan di adakan hanya satu sesi sahaja dengan bilangan hampir beribu graduan.


Adik penulis bergambar bersama ibu bapa penulis

Tampak keriangan sudah habis belajar 5 tahun di sini

Adik penulis bersama dengan penulis dan isteri

MAjlis konvokesyen

Bergambar sekeluarga (tak cukup korum sorang takde)


Di fahamkan, adik penulis dan rakan-rakan sepejuangannya sudah membuat pengajian di BLCU selama 5 tahun dan selepas ini akan menyambung pengajian (KPLI) di Malaysia selama setahun setengah lagi. Penulis yang sebelum ini ambil jurusan kejuruteraan (diploma + ijazah) pun mengambil masa hanya 5  tahun setengah sahaja untuk tamat pengajian. Bertabahlah adik penulis, Norul Sahidah Bt Suhaimi J


Pelajar Malaysia yang bergraduasi

Bergambar kenangan bersama pengarah KPM Malaysia

Bakal-bakal guru di Malaysia


BERJALAN DI SEKITAR BEIJING LANGUAGE AND CULTURE UNIVERSITY (BLCU)

Majlis konvokesyen berakhir dalam tengahari. Cuaca di luar pula panas terik. Menjadi rutin sesiapa graduan pun selepas atau sebelum graduasi akan bergambar di sekitar universiti mereka. Gambar kenangan sebelum masing-masing pulang ke tanah air untuk berbakti kepada nusa dan bangsa. Kami di bawa berjalan di sekitar kampus termasuk bangunan kelas adik penulis belajar.


Sekitar kampus BLCU


Boleh penulis katakan, BLCU sememangnya sangat layak di gelar GREEN CAMPUS’  jika hendak di bandingkan universiti di Malaysia yang cuba mencapai gelaran tersebut. Kenderaan bermotor tidak di benarkan masuk ke dalam kampus. Pelajar di sini hampir semua berjalan kaki, jika ada pun yang berkenderaan mereka berbasikal dan menunggang motor skuter berkuasa elektrik. Semestinya tiada pencemaran bunyi dan asap di sini. Masalah parking pun tiada, tidak seperti di kamus di dalam Malaysia (ada pelajar bawa kenderaan lebih hebat dari pensyarah – mohon sentap).


Berhadapan dengan bangunan kelas adik penulis


Setelah penat berjalan di sekitar kampus BLCU. Kami pulang semula ke tempat penginapan sebelum ke BLCU semula untuk berbuka puasa maghrib nanti.

**********************************************************************

BERBUKA PUASA (KEDIAMAN PELAJAR BLCU)

Berbuka puasa kali ini, adik penulis sendiri masak juadah berbuka puasa. Semestinya masakan Malaysia, Tom Yam campur yang begitu menyelerakan. Walhal baru beberapa hari tidak dapat makan masakan Malaysia di sini.


Ceri segar antara juadah berbuka puasa


Selepas bersolat maghrib dan isyak (jama’ ta’hir) di dalam bilik penginapan adik penulis). Kami bersiap untuk bertarawih di masjid. Berhajat merasa bertarawih di negara asing. Cara pembawakan solat tarawih di sini juga di katakan berbeza dengan di Malaysia.

QINGHE MOSQUE (SOLAT TARAWIH)

Waktu solat tarawih di masjid ini bermula sekitar jam 9.20 malam dan membuat 21 rakaat (Solat Witr 3 rakaat 1 salam). Jarak perjalan dari kediaman pelajar BLCU ke masjid Qinghe mengambil masa lebih kurang 20 minit dengan menaiki motor. Merasa juga penulis menunggang sendiri motor skuter berkuasa elektrik di sini.


Jom merempit ke masjid


Di China, penduduk di sini menggunakan motorsikal berkuasa elektrik. Menunggang motor sebegini tidak memerlukan lesen memandu, no pendaftaran dan topi keledar (jangan pelik, semua tiada di sini). Trafik di sini juga agak bercelaru, lampu isyarat hanya sebagai panduan sahaja, langgar lampu isyarat tiada masalah. Bunyi hon di sini menandakan peringatan sahaja bukan di serta cacian dan makian seperti di ibukota Kuala Lumpur.


Sepanjang perjalanan


Setibanya di masjid, penulis melihat kebanyakan pelajar Malaysia yang memenuhi ruang solat. Alhamdulillah. Dapat solat tarawih sehingga witr. Imam hanya membacakan surah lazim sahaja. Memang laju dalam beberapa minit sudah banyak rakaat. Doa juga ‘simple’. Setelah habis solat tarawih, kami pulang semula ke kediaman pelajar BLCU dan pulang ke tempat penginapan kami di Home Inn Hotel.


Jalanraya di Beijing, lorong-lorong tikus


Esoknya, destinasi ke Great Wall atau tembok besar China (destinasi wajib jika berkunjung ke China).


Entri Post seterusnya, KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jata Johor

Jata Johor

youtube

Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan
'Nugrahkan Dia segala kehormatan

Sehat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami

Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan