NUKILAN BEIJING
BAHAGIAN 2 (PART 2)
Entri post sebelumnya KLIK SINI part 1.
HARI KEDUA: 28 JUN 2016 - SELASA (TIBA DI BEIJING)
Tepat jam 1.30 pagi (waktu
Malaysia sama dengan waktu China) penulis sekeluarga selamat mendarat di
lapangan terbang Terminal 2 Capital Beijing dengan suhu 21˚C (musim panas).
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing mengambil masa lebih kurang 6 jam
penerbangan.
PENGALAMAN BERPUASA MENYAMBUT RAMADAN DI BEIJING
Untuk pengetahuan pembaca,
hanya waktu jam di China sahaja yang sama dengan Malaysia, tetapi waktu
berpuasa sangat berbeza. Memandangkan Ramadan kali ini di China terkena pada
musim panas (waktu siang lebih panjang), waktu subuh pada jam 3.10 pagi dan
waktu maghrib di sini ialah pada jam 7.48 malam. Siang yang panjang tambah pula
suhu yang agak panas. Beza panas di sini dengan di Malaysia ialah di sini panas
kering dan di Malaysia panas lembab.
Setibanya di lapangan
terbang, penulis sekeluarga menunggu adik penulis. Kami sempat bersahur di
dalam van semasa dalam perjalanan ke tempat penginapan (beli makanan siap-siap
di KLIA 2). Memandangkan masa perjalanan dari lapangan terbang ke tempat
penginapan lebih kurang 40 minit. Tempat penginapan kami di hotel Home Inn di
Haidian District, Beijing berdekatan dengan kampus adik penulis belajar
(Beijing Language and Culture University).
TIANANMEN (FORBIDEN CITY)
Pagi itu, penulis
sekeluarga memulakan destinasi pertama ke Tiananmen dengan menaiki van sewa. Cuaca
pada pagi itu lebih kurang 17˚C (cuaca mendung dan nak hujan). Merasa juga lah
cuaca sejuk ala-ala di Genting Highland pada waktu malam. Sama seperti
Putrajaya di Malaysia pusat pentadbiran negara, di Tiananmen juga sama. Di sini
menempatkan pusat pentadbiran & pemerintahan China. Rata-rata yang
berkunjung ke sini ramai rakyat China sendiri. ‘Forbiden City’ atau kota
larangan merupakan kawasan yang besar menempatkan kota-kota lama pemerintahan
China, bangunan-bangunan lama dinasti-dinasti terdahulu dan tempat bersemadinya
Mhou Zhi Thong (pengasas Komunis).
Berhadapan Forbiden City
Bergambar kenangan di depan Forbiden City
Dataran Tiananmen
Dataran Tiananmen
Cuaca sejuk dan hujan gerimis
Penulis bergambar di Tiananmen
QIANMEN STREET
Dari Tiananmen, kami terus
pergi ke Qianmen Street dengan berjalan
kaki. Jarak pun tidaklah jauh sangat. Tambah pula cuaca yang sejuk amat dengan
hujan gerimis. Boleh Baca entri lepas untuk butiran lanjut mengenai Qianmen
Street. Tiada apa-apa perubahan di sini sejak penulis berkunjung ke sini
beberapa tahun lepas. Kami pun tidak berjalan ke seluruh Qianmen Street kerana
cuaca yang tidak mengizinkan dan tiada apa-apa yang menarik disini (banyak kedai
makan – sedang berpuasa). RUJUK entri lepas KEMBARA KE TANAH BESAR CHINA - PART 4
Berjalan kaki menuju ke Qianmen Street
Stesen Subway Qianmen
Pintu masuk Qianmen Street
Bergambar di depan Qianmen Street
Menunggu van sewa di pintu belakang Qianmen Street
SUMMER PALACE
Seterusnya, kami
berkunjung ke Summer Palace sebuah istana lama berada di tasik yang cukup indah
sekali. Kami menaiki van sewa dari Qianmen Street memandangkan jaraknya
tidaklah terlalu dekat. Apa yang menariknya di sini ialah sebuah tasik yang
cukup indah dengan istana lama yang tersergam indah di atas bukit di sini.
Rata-rata ramai pelancong dari China sendiri di sini. Summer Palace mempunyai
ceritanya tersendiri. Kami hanya berjalan di sekitar tasik sahaja, tidak
mendaki bukit untuk melihat sendiri istana lama secara dekat.
Jalan-jalan di SUmmer Palace
Pintu masuk Summer Palace
Kaunter bayaran masuk Summer Palace
Pintu masuk Summer Palace
Peta di dalam Summer Palace
Perkhidmatan bot di tasik di sediakan
Bergambar di tasik Summer Palace
Summer Palace
Tasik di Summer Palace
Keunikan pokok di sini, berceloreng askar
Bot menyusuri tasik di sini
ANHEQIAO MOSQUE
Berdekatan dengan Summer
Palace terletaknya sebuah masjid. Memandangkan sudah masuk waktu Zohor di sini
(Zohor 12.30 pm dan Asar 5.30 pm). Kami ke sini dengan menaiki van sewa. Masuk
sahaja di pintu masuk masjid, kami di sapa oleh noja (penjaga masjid) di sini.
Tidak ada beza dengan masjid-masjid lain di China, rekabentuknya memang sama.
Pintu masuk Masjid Anheqiao
Setelah menunaikan solat
Zohor dan Asar (Jama’ Ta’hir), bapa penulis berhajat untuk menemuramah imam
masjid di sini dengan bantuan jurubahasa (adik penulis) memandangkan penduduk
di sini tidak fasih berbahasa selain daripada bahasa Mandarin. Kami sempat
bertanyakan penerimaan penduduk di sini dengan Islam dan lain-lain.
Ruang solat masjid di sini
BERBUKA PUASA (WESTERN MAHOUA)
Keinginan kami sekeluarga
merasa makanan China di sini, adik penulis membawa kami ke sebuah restoran halal
makanan China iaitu Western Mahoua. Restoran ini berdekatan dengan universiti
tempat pengajian adik penulis. Kami tiba di sini awal sekitar 6.00 petang,
walhal waktu berbuka ialah pada jam 7.48 malam.
Gerai jual buah peach segar berhadapan Western Mahuoa
Juadah berbuka puasa
Menunggu waktu berbuka puasa
Juadah berbuka puasa, masakan china
No comments:
Post a Comment