NUKILAN BEIJING
BAHAGIAN 2 (PART 4)
HARI KEEMPAT: 30 JUN
2016 - KHAMIS (GREATWALL KEAJAIBAN DUNIA)
Aktiviti hari ketiga berada di Beijing di teruskan. Destinasi wajib
sekiranya berkunjung ke Beijing, China ialah ‘GREAT WALL’ atau Tembok Besar
China antara 7 keajaiban dunia. Selain itu, stadium sarang burung yang begitu
unik juga destinasi yang perlu di kunjungi di Beijing. Lihat entri lepas: KEMBARA KE TANAH BESAR CHINA - PART 4
THE GREAT WALL
(LAKESIDE) - PERJALANAN
Di fahamkan di China ada beberapa kawasan tumpuan tembok besar China
bagi pelancong antaranya Mutianyu, Shui dan lain-lain. Kali pertama penulis
menjejakkan kaki ke tembok besar China beberapa tahun lalu ialah di bahagian
Mutianyu. RUJUK entri lepas:. Kawasan yang begitu tinggi untuk di daki,sudah
pastu menjadi tempat kesukaan bagi pendaki jika di Mutianyu. Kali ini, kami
bercadang ke bahagian lain iaitu di Shui (Lakeside) kerana kawasannya tidaklah
tinggi sangat untuk di daki.
Perjalanan ke Great Wall
Pekan-pekan kecil
Pagi itu, penulis sekeluarga bertolak ke Shui (Lakeside Great Wall)
dengan menaiki van sewa. Perjalanan mengambil masa 2 jam setengah dari Haidian
District menyusuri lebuhraya dan jalan berbukit bukau tidak ubah seperti di
kawasan peranginan tanah tinggi di Malaysia.
Tambah pula, masuk sahaja kawasan perkampungan dan berbukit bukau penuh
dengan ladang-ladang buah-buahan. Banyak gerai-gerai kecil menjual buah-buahan
segar di sepanjang jalan. Hanya melihat dari dalam tingkap van, pokok-pokok
buah peach, aprikot dan ceri yang lebat buahnya. Ladang-ladang lain seperti
ladang buah epal, strawberi dan lain-lain.
Laluan ke pintu masuk Great Wall
Kawasan berbukit bukau
Sebuah lembah berbukit bukau
Tidak seperti di Mutianyu, di Shui tidak menjadi tumpuan pelancong luar
negara kerana kawasannya yang begitu pedalaman dan sangat jauh dari bandar.
Pemandu van sewa kami naiki dan adik penulis sendiri pun belom pernah sampai ke sini. Ia merupakan pengalaman kali pertama
masing-masing menjejakan kaki ke sini.
Mengikut cerita orang ramai yang pernah berkunjung ke sini, anatara
temboh besar yang paling cantik ialah di Shui. Walaupun jauh tapi pasti memberi
kepuasan kepada pencinta alam. Antara temboh besar China yang pemandangannya
berada dengan tasik yang cantik. Shui merupakan sebuah lembah yang mempunyai
tasik yang cantik. Berdekatan kawasan ini juga menempatkan tempat persemadian
Raja Dinasti Ming.
THE GREAT WALL
(LAKESIDE) – MEMULAKAN PENDAKIAN
Tiba di tempat yang di tuju. Memang tak ramai pelancong di sini. Cuaca
pun panas terik. Penulis sudah membayangkan nak mendaki bukit dalam cuaca yang
panas dan sedang berpuasa. Ibu dan isteri penulis dah ‘surrender’ awal-awal
tidak turut serta mendaki. Mereka hanya tunggu di bawah (pintu masuk).
Pintu masuk Great Wall
Kaunter jualan tiket masuk
Pintu gerbang masuk
Setelah membuat pembayaran tiket masuk. Kami berlima pun memulakan
pendakian. Tangga batu begitu curam dan terus menuju ke tembok besar. Banyak
kali juga lah kami berhenti berehat sepanjang pendakian. Akhirnya, kami tiba di
tembok besar di puncak bukit. Dapat di lihat dengan jelas, kawasan bergunung-ganang,
tasik yang di empang dan pekan kecil dari tembok besar ini.
Kaunter jualan tiket
Tiket masuk Greatwall
Peta Greatwall
Akan tetapi kami masih mencari ‘view’ yang di katakan menarik di sini.
Kami terus berjalan di atas tembok besar, ada laluan mendaki dan landai. Kami
tiba di check-point kedua terlihat pelancong Singapura dan Malaysia (berbangsa
Cina). Mereka mengatakan di sini ‘view’ sangat cantik. Ternyata memang cantik
permandangan di sini. Cuaca juga baik dan tidak berkabus (sekiranya musim sejuk
dan hujan). Kami banyak menghabiskan masa di sini dengan bergambar sebelum
meneruskan ke check-point seterusnya (laluan keluar).
Greatwall
Lakeside Greatwall
Laluan di atas Greatwall
Empangan takungan air tasik
Greatwall di puncak bukit
Pendakian ke Greatwall
Empangan
Greatwall
Laluan di atas Greatwall
Bergambar di atas Greatwall
Penulis bergambar di laluan Greatwall
Laluan Greatwall
Menuju ke check-point seterusnya
Nahhh..Nice View kan
THE GREAT WALL
(LAKESIDE) – BERGERAK PULANG
Dalam perjalanan menuruni bukit, kami terjumpa dengan satu keluarga dari
Malaysia yang juga menghadiri majlis konvokesyen di sini. Panas teriknya bukan
kepalang. Rasa ingin berbuka puasa sahaja (walaupun dibenarkan tidak berpuasa –
musafir). Di jalan laluan balik selepas pintu keluar, terdapat banyak gerai
jualan makanan antaranya pelbagai jenis kacang-kacang yang sangat murah
harganya.
Berborak dengan penduduk tempatan di sini bertanya mengenai Islam
Gerai jual buah-buahan segar dari kebun tepi jalan (sangat murah)
Kami meninggalkan Tembok Besar China di sini dengan 1001 kenangan yang
paling indah dan kami ke destinasi seterusnya iaitu ke kompleks sukan Beijing
yang adanya Stadium Sarang Burung yang begitu unik rekabentuknya.
BEIJING OLYMPIC PARK
(BIRD NEST STADIUM)
Akibat keletihan yang teramat sangat, sepanjang perjalanan ke stadium
sarang burung kami hanya tidur memandangkan jarak yang jauh. Dengan penghawa
dingin van yang sangat sejuk membuatkan seperti tidur di buai mimpi.
Beijing Olympic Park
Bangunan di kompleks sukan
Berhadapan Stadium Sarang Burung
Setibanya di stadium sarang burung, cuaca amat panas terik sekali. Kami hanya
berada beberapa minit di situ kerana cuaca sangat panas dan merancang untuk
terus pulang ke tempat penginapan. Untuk pengetahuan, stadium sarang burung ini
cantik pada waktu malam dengan cahaya nya yang pasti memukau para pengunjung. Boleh rujuk entri lepas: KEMBARA KE TANAH BESAR CHINA - PART 3 .
***********************************************************************
BERBUKA PUASA
(HUALLIAN MALL – CHINESE HOT POT)
Berbuka puasa pada hari ini kami berhajat untuk makan itik peking (itik
panggang). Makanan popular sekiranya berkunjung ke Beijing. Di sebabkan kami
tidak membuat tempahan tempat duduk, kami merancang untuk pergi ke sini selepas
maghrib (berbuka ringan sahaja di tempat penginapan).
Hot Pot Made in Beijing
Malangnya, setibanya kami di restoran tersebut, itik peking tidak dapat
di sediakan kerana penyediaannya mengambil masa yang panjang memandangkan
restoran pun dah nak tutup. Kehampaan dapat di rasai, lagi-lagi yang tak pernah
makan itik sepanjang hidup J. Adik penulis
menyarankan merasa makanan yang juga terkenal iaitu ‘Hot Pot’. Tidak jauh beza
dengan ‘Steamboat’ di Malaysia. Cuma kuahnya ada rempah tersendiri. Harga pun
boleh tahan menarik L. (mahal).
Hot Pot yang menyelerakan
Sama seperti steamboat
Esoknya, merupakan hari terakhir kami di Beijing. Aktiviti wajib ialah
membeli buah tangan sambil membeli baju raya.
Entri post seterusnya, KLIK SINI.
No comments:
Post a Comment