assalamualaikum

atas

Anak Melayu Bugis@Facebook

bubble

Cursors

Proton Logo

Title blog bergerak

Sunday, October 30, 2011

Persediaan Menghadapi Bah

Banjir merupakan bencana alam yang boleh mengancam kehidupan dan mengugat ekonomi penduduk Malaysia. Masalah banjir di negara kita disebabkan banjir musim tengkujuh dan banjir kilat akan berterusan walaupun pelbagai langkah struktur dan bukan struktur dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan kesannya. Kerajaan mengambil langkah drastik dengan pembentangan projek tambatan banjir di kawasan yang berisiko banjir dalam pembentangan Bajet 2012 yang lalu. Bangkok, Thailand sedang dilanda banjir besar yang membuatkan penduduk di negeri-negeri pantai Timur malaysia seperti Kelantan dan Terengganu bersedia menghadapi bah di samping musim tengkujuh yang melanda Malaysia setiap kali penghujung tahun. 


                           Gambar: Bangkok, Thailand di landa banjir


Penulis juga tidak ketinggalan pernah menghadapi situasi banjir di kediaman. Banjir besar yang melanda hampir keseluruhan negeri Johor menyebabkan banyak kerugian sama ada harta benda, tanaman dan lain-lain. Ia merupakan ujian tuhan kepada hamba-Nya supaya beringat kepada-Nya. Seperti dalam firman Allah bermaksud:


"demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." surah Al-Baqarah: ayat 155. 




                                            Gambar: Pekan Bukit Kepong, Muar di tenggelami banjir yang lalu

Daerah Segamat dan Muar merupakan daerah yang paling teruk dilanda banjir sebelum ini di dalam negeri Johor. Penulis sempat menyimpan gambar-gambar sewaktu berlakunya bencana banjir di kawasan kediaman.

                                               Gambar: Banjir di halaman rumah penulis



                                    Gambar: Menggunakan perahu mengalihkan barang-barang yang terselamat


Persediaan menghadapi banjir perlulah di ambil. Walaupun belum ada lagi tanda-tanda besar kehadiran banjir di kawasan kita, namun adalah lebik baik “Sediakan Payung Sebelum Hujan”. Berikut ialah langkah-langkah menghadapi sebelum banjir, semasa banjir dan selepas banjir:


1. Sebelum Banjir




  • Dapatkan maklumat tentang banjir.
  • Pastikan sistem amaran banjir, cara ianya disampaikan dan maklumat persediaan banjir tempatan.
  • Periksa lubang air samada longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak melimpah masuk melaluinya.
  • Pastikan pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana, buat pelan dan latihan pemindahan kecemasan.
  • Sediakan Peralatan Kecemasan.

2. Semasa Banjir



  • Dengar pengumuman dari radio.
  • Bersedia dengan peralatan kecemasan.
  • Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
  • Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat.
  • Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus yang deras boleh menghanyutkan.
  • Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir samada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
  • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.

3. Selepas Banjir



  • Dengar pengumuman radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
  • Periksa kediaman, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan ianya mungkin tidak selamat.
  • Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya-bahaya yang tersembunyi.
  • Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
  • Periksa wayar elektrik yang terendam dalam air.
  • Periksa bahan-bahan mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, disel dan sebagainya).
  • Buang bahan-bahan makanan yang terendam atau terkena air banjir termasuk makanan dalam tin.
  • Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak berkuasa.

Credit to: ahmadzuraimi.wordpress.com

Friday, October 28, 2011

Isu sosial di kalangan pelajar “melayu” kian menjadi-jadi aduhai..Salah siapa?






-Isu sosial di kalangan pelajar “melayu ” kian menjadi-jadi aduhai..Salah siapa?-

Isu ini seakan akan menjadi lumrah dalam negara kita. Setiap hari pasti ada isu gadis yang dirogol, lari dari rumah. Hal ini memberi petanda ,betapa teruknya kes sosial di negara kita ditambah dengan isu  pembuangan bayi semakin berlambak seperti 'Cendawan tumbuh selepas hujan'. Siapa yang terlibat? “bangsa kita sendiri”, Bangsa 'MELAYU' yang lagi memalukan bangsa Melayu yang beragama Islam. Buka mata, buka minda. Mahukah kita melihat bangsa kita sendiri jatuh dan terkenal dengan hal-hal sebegini. Tidak kiralah Jawa, Bugis, Banjar dan lain-lain, kerana kita 1 rumpun, rumpun MELAYU. Apakah puncanya? salah siapa?


                                          Sekadar Gambar Hiasan
1) Gadis melayu sekarang hilang maruah?
Adakah gadis melayu sekarang seakan – akan hilang maruah mereka ,sehingga berlakunya pelbagai isu sosial yang melibatkan gadis – gadis melayu di negara kita. Terbaru, video gambar budak sekolah lengkap beruniform dan berTUDUNG melakukan seks di tepi jalan di tempat terbuka tanpa rasa malu. Salah siapa?. Adakah kurang didikan agama dari sekolah ,atau kurangnya kasih sayang oleh ibu bapa?. Bukan semua berlaku disebabkan faktor keluarga. Ada juga kes dimana, anak ustaz sendiri ditangkap ketika berkhalwat. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Ungkapan ini boleh diguna:
“Dunia sekarang, jangan sangka pakai lebai dianggap alim, jangan nilai dari luaran sahaja” 


2) Kes Penceraian yang banyak
Semakin banyak kes-kes yang melibatkan penceraian berlaku di negara kita. Saban hari,mesti ade kes, isteri di tangkap khalwat dengan kekasih sepejabat, ataupun suami dengan kekasih rakan sekerja contohnya. Penggunaan laman Sosial seperi Facebook dan Twitter yang tidak di kawal juga mungkin menjadi punca berlakunya penceraian dan curangnya suami isteri. Aduhai abis punah institusi kekeluargaan kita. 


3) Pengaruh Media Massa
Akhbar pula hebat promosi cerita-cerita hangat macam ini, padahal semakin parahnya  isu ini di sebabkan oleh pengaruh media juga, wallahua'lam. Setiap hari di pertonton cerita yang sama secara terbuka, mesti ada yang terdetik dalam hati "nak cube ler". Cuba bayangkan si anak bertanyakan kepada si ibu atau bapa apa maksud '*&%$#', nak cakap apa? Apa pun tak boleh...


                                               Sekadar gambar hiasan


4) Nilai kesopanan
Yang lebih menyedihkan, kemanakah hilangnya nilai sopan pada diri gadis masa kini?. Jika di lihat keadaan zaman sekarang, tidak hairan kalau kita melihat seorang gadis melayu bertudung  sudah berani menghisap rokok di khalayak ramai mungkin. Mungkin juga ini alasan yang mereka boleh bagi :lelaki boleh ,takkan perempuan tak boleh pulak?dengan gaya dan tingkah laku yang tidak menunjukan kesopanan seorang gadis.
Astagfirullah....
Sekadar gambar hiasan

5) Lelaki punca rosaknya seorang gadis?
Memang kebanyakan yang berlaku berpunca dari sikap gadis itu sendiri kerana mempercayai lelaki yang tersayang. “Bak kata orang, cinta itu buta semua benda sanggup digadaikan termasuklah maruah diri”. Kajian juga menunjukkan 60% gadis melayu di malaysia sudah ROSAK? Wallahua'alam...Akibatnya, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Yang ternyatanya bukan semua lelaki bersikap sedemikian, namun kerana banyaknya punca gejala sosial disebabkan lelaki, makin ramai gadis zaman sekarang susah nak percaya kepada lelaki,betul kah?..Begitu juga sebaliknya ,ramai lelaki hari ini mengeluh ,“susah nak cari perempuan yang betul – betul boleh percaya dan tidak rosak.” Dimanakah silapnya?
lelaki seharusnya menjadi pembimbing wanita, bukan merosakkan mereka, kerana lelaki menjadi ketua dalam keluarga.


                                            Sekadar Gambar Hiasan

6) Politik lucah malaysia?
Sekarang giliran orang politik malaysia sendiri yang mencanang isu video lucah sebagai satu taktik politik. Isu video seks Anwar ibrahim kian hangat diperkatakan, tanpa mengetahui asal usul video tersebut betul atau tidak. Macam tiada stail lain nak berpolitik. Kenapa mesti video lucah? habis semua benda nak dikeberkan. Pasal tilam la, pasal *&^@ la, malu politik kita dicemari dengan isu-isu mcam ini. Aduhai, semuanya bangsa “melayu ” yang terlibat. Gelak habis bukan bangsa kita di sekeliling kita..Sedangkan isu kes liwat pun masih belum selesai dan lebih banyak lagi kes yang berprofil tinggi masih belum diselesaikan. WALLAHUALAM, hanya menyatakan pendapat. Tapi cukupla melayu dimalukan dengan “3gp melayu boleh ” tak payah nak tambah-tambah lagi. Search sahaja perkataan 'Melayu' di Google pasti akan terpampang yang bukan-bukan..MasyaALLAH

Gambar hiasan


Generasi muda mencorak masa depan.
Kami generasi muda tidak mahu bangsa kami dicemari  penuh dengan benda -benda “lucah”. Kalau macam ini keadaan negara kita sekarang, 
agak – agak, macam mana dengan cucu cicit kita masa hadapan?, tak dapat di bayangkan. Minta-minta di jauhkan. Ditambah dengan gejala sosial yang menjadi-jadi, bilangan anak luar nikah semakin bertambah. Fikir-fikirkan dan renungkanlah......


"Aku hanya penulis muda yang kerdil, yang ingin meluahkan perasaan hati terhadap kehancuran bangsa sendiri."


Surah Al-Asr :-
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan dengan kebenaran. Dan berpesan-pesan dengan jalan yang sabar”. 

Negara lain berperang inginkan keamanan di negara mereka, tapi di negara kita, semuanya bergaduh demi kepentingan masing – masing. Sedangkan, rakyat merana dengan pelbagai isu sosial dan ekonomi. 



credit to http://www.informasi.my

Tuesday, October 25, 2011

Pentas PATRIOT di Bukit Kepong



Sudah beberapa bulan penulis tidak pulang ke kampung halaman kerana sibuk dengan peperiksaan akhir semester. Pabila pulang ke kampung halaman sempena cuti semester yang baru sahaja bermula, penulis melalui di hadapan Balai Polis Bukit Kepong terlihat pekan Bukit Kepong bagai selepas ada majlis keramaian dengan Balai Polis Bukit Kepong yang terhias indah. Rupa-rupanya ada majlis yang di beri nama pentas PATRIOT telah pun berlangsung hari sebelumnya. 


    Pentas PATRIOT Semarakkan Perjuangan Dan Patriotisme Di Bukit Kepong Pada 21 Oktober 2011 yang lalu.


Ceramah umum jelajah Pentas Patriot di Bukit Kepong telah di dadakan yang bertempat di Dataran Gerai, Majlis Perbandaraan Muar, cawangan Bukit Kepong pada hari Jumaat yang lalu pada 21 Oktober 2011.

Penceramah Pentas Patriot pada malam tersebut terdiri daripada Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin dan turut sama Temengong Datuk Kanang Anak Langkau beliau adalah Wira Negara, Tn. Shafie bin Bakri yang merupakan Presiden Bekas polis Malaysia.

Pengisian yang merangkumi tayangan video atau multimedia, ceramah umum daripada Unit Pidato serta jemputan khas daripada bekas-bekas komando, askar, pasukan polis serta pakar-pakar sejarah tanah air.

Pentas Pemuda bukan sahaja dapat mengimbau kembali sejarah perjuangan lampau, bahkan meniup dan menyemarakkan roh perjuangan dan patriotisme dikalangan rakyat, terutama anak-anak muda.



p/s: penulis hanya bercerita mengenai program dan aktiviti kemasyarakatan yang telah di adakan di Bukit Kepong, Muar dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana parti Politik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jata Johor

Jata Johor

youtube

Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan
'Nugrahkan Dia segala kehormatan

Sehat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami

Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan