assalamualaikum

atas

Anak Melayu Bugis@Facebook

bubble

Cursors

Proton Logo

Title blog bergerak

Sunday, December 16, 2012

Budaya dan Fahaman Hedonisme : Barah Pemikiran Masyarakat




Budaya dan Fahaman Hedonisme : Barah Pemikiran Masyarakat  



1.0       PRINSIP UTAMA ALIRAN SEKULARISME

Sekularisme bermaksud ideologi yang memisahkan agama dengan negara. Budaya ini meletakkan 5 prinsip utama sebagai neraca dalam amalannya, dan prinsip tersebut dengan jelasnya tidak mengakui tuhan sebagai kuasa Pencipta teragung. Dalam erti kata yang lainnya, manusia yang termasuk dalam dunia hedonisme ini bertuhankan nafsu semata-mata. Hari demi hari yang dilalui hanyalah untuk mengejar kekayaan dunia, bermegah dengan pangkat dan kuasa hingga lupa kepada hakikat kehidupan yang sebenar yakni sebagai hamba Allah yang amat kerdil, hina dan penuh kelemahan. 5 daripada prinsip tersebut ialah:

1.1       PRINSIP VETALISME

Prinsip Vetalisme menekankan apa-apa yang berbentuk kuat dan menguntungkan dari segi   kebenaran akan dianggap baik.

1.2       PRINSIP KREATIVITI 

Prinsip Kreativiti meletakkan sesuatu yang boleh mencetuskan daya kreativiti dan menghasilkan ciptaan baru akan dianggap sabagai baik dan bermutu.

1.3       PRINSIP RELATIVE 

Prinsip Relative pula menekankan tidak ada sesuatu konsep dan pemahaman terhadap sesuatu fakta atau teori yang bersifat mutlak dan kekal. Sebaliknya semuanya boleh berubah mengikut perubahan zaman dan perkembagan ilmu pengetahuan.

1.4       PRINSIP HEDONISME 

Prinsip Hedonisme pula menggariskan apa-apa sahaja yang boleh memuaskan hawa nafsu manusia akan dianggap baik , manakala apa-apa sahaja yang boleh membawa penderitaan nafsu akan dianggap buruk

1.5       MAJORITI RAKYAT (DEMOKRASI)

Prinsip terakhir pula menganggap majoriti masyarakat sebagai pemutus. Aliran ini menganggap pilihan majoriti adalah baik.

Antara yang amat sinonim dengan budaya ini ialah sambutan pesta tahun baru secara besar-besaran yang lebih kepada aktiviti konsert, penyalahgunaan dadah, sambutan ulang tahun yang membazir dengan tempahan itu ini dan mengundang artis untuk mengadakan persembahan, gejala sosial seperti pergaulan bebas, bidang seni dan perfileman yang seringkali disalahguna, korupsi atau rasuah yang berleluasa.                                                                                                           Ramai anak muda lebih suka menghadiri konsert dengan muzik hingar bingar yang membingitkan daripada mendengar alunan suci Al-Quran. Terkinja-kinja di bawah pentas hingga lupa 5 waktu solat fardhu yang berlalu begitu sahaja. Masa terbuang begitu sahaja di pusat-pusat karaoke, sehinggakan laungan azan yang berkumandang di masjid berdekatan terasa menyakitkan telinga. Artis luar negara dengan apa entah cara pemakaiannya dijemput dengan belanja beratus ribu malah berjuta, tapi belanja untuk perbaiki masjid berat untuk dikeluarkan. Belanja untuk mengadakan ceramah atau aktivti bercorak keagamaan terasa membazir. Ada yang lebih teruk, lebih suka berpegangan tangan atau lebih daripada itu, dengan teman wanita atau lelaki, padahal ibu ayah atau adik beradik sendiri jauh sekali.



2.0       PUNCA-PUNCA PENULARAN

Terdapat pelbagai punca budaya hidonisme ini menular dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Kita seharusnya tidak memandang remeh terhadap perkara ini kerana sememangnya budaya ini yang menjajah dan menghanyutkan pemikiran serta minda masyarakat kita terutamanya golongan remaja. Berikut merupakan beberapa punca penularan tersebut yang dapat di bincangkan:

2.1       PENGARUH MEDIA MASSA  

Melalui perkembangan media massa, pengaruh budaya hedonisme ini dapat menular ke negara ini dengan jayanya. Secara umumnya, hedonisme itu boleh dianggap neokolonialisme yang dikhususkan serangannya kepada generasi muda oleh Barat. Pelbagai konsep dan cara hidup seperti cara hidup ‘Happy Go Lucky’, melepak, mengunjungi pesta liburan, seks bebas dan sebagainya adalah termasuk dalam tabiat ini. Secara jelas, konsep yang dikemukakan itu hanya mementingkan kepuasan nafsu tanpa wujudnya sebarang panduan atau batasan tertentu terutamanya ajaran agama. Melihat kepada situasi masyarakat pada hari ini, dapat disimpulkan bahawa budaya ini telh berjaya mempengaruhi kehidupan masyarakat kini.

2.2       KEMUNCULAN PELBAGAI PUSAT HIBURAN 

Budaya hedonisme ini begitu cepat menular di kalangan remaja yang terpengaruh dengan keseronokan dan aktiviti yang dianggap dapat menghilangkan rasa bosan terutama remaja di bandar besar. Dengan kemunculan pelbagai pusat hiburan di seluruh pelusuk negara bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan telah menyebabkan hedonisme merebak dengan pantas tanpa disedari. Keadaan bertambah buruk apabila penyalahgunaan dadah begitu berleluasa. Ini termasuk penggunaan pil Eecstasy yang banyak digunakan oleh remaja kota.

2.3       KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

Keruntuhan institusi keluarga dan kepincangan rumahtangga yang berpunca daripada perceraian, poligami dan sebagainya juga memberi tekanan kepada jiwa remaja. Sekaligus menyebabkan mereka bertindak mencari ketenangan di luar rumah dengan menghabiskan masa bergaul dengan rakan-rakan yang memahami perasaan dan masalah mereka. Dengan cara itu, mereka dapat melupakan masalah yang mereka hadapi seterusnya lena dibuai keseronokan bersama kawan-kawan.

2.4       KURANG PENGAWASAN IBUBAPA

Sikap ibu bapa yang kurang memberikan pengawasan kepada anak-anak juga memberi peluang kepada remaja-remaja ini untuk keluar berpeleseran dan menghabiskan masa terluang dengan aktiviti yang tidak bermanfaat. Kebanyakan ibu bapa pada hari ini lebih mengejar kemewahan duniawi dan kepentingan materialistik semata-mata sehingga mengabaikan kebajikan anak-anak. Ekoran daripada sikap ibu bapa tersebut, anak-anak pastinya terbiar, tidak dapat perhatian dan kasih sayang. Malah, lebih teruk lagi terdapat juga anak-anak merasakan bahawa diri mereka tidak diperlukan lagi. Sehubungan dengan itu, mereka mencari ketenangan serta keseronokan di luar dan bercampur dengan rakan-rakan yang mengalami nasib yang sama.

2.5       PEGANGAN AGAMA YANG TIDAK TEGUH

Apabila pegangan agama masyarakat khususnya golongan muda tidak teguh, mereka tidak akan mendapat 'makanan jiwa' dan inilah menyebabkan mereka mudah berpaut pada nilai hedonisme ini. Kesan globalissasi dunia tanpa sempadan menjadi punca kepada 'cedukan' budaya keterlaluan hedonisme sehingga ada yang menghalalkan cara hidup barat yang sekali gus bertentangan dengan resam negara ini. Justeru elemen kesederhanaan perlu ada dalam diri setiap individu bagi menghalang hedonisme sebelum menjadi wabak.



3.0       KESAN-KESAN DAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Hedonisme menggariskan keseronokan sebagai tunjang utama kehidupan. Keseronokan ini diputuskan sendiri oleh akal manusia. Berikut merupakan kesan-kesan dan langkah pencegahan daripada dapatan kajian:

3.1        KESAN-KESAN HEDONISME

Hedonisme sedikit sebanyak bertepatan dengan matlamat sekularisme yang mahu memastikan manusia bebas dari unsur ketuhanan. Antara kesan-kesan penularan budaya Hedonisme ialah:

3.1.1     Sukakan Kebendaan (Skim Cepat Kaya)

Sejak akhir-akhir ini terlihat seolah-olah ada kecenderungan masyarakat untuk hidup mewah, bergaya dan berhibur secara berlebih-lebihan. Pengaruh budaya hidup serupa inilah yang menyebabkan masyarakat terus dibebani hutang. Keinginan untuk hidup mewah dan dipercayai menyumbang kepada peningkatan kes terlibat dengan Skim Cepat Kaya. Keinginan untuk mendapat keuntungan yang besar dengan kerja yang sedikit membuat ramai dikalangan remaja terlibat dalam skim ini tanpa memikirkan halal atau haram.

3.1.2   Pemerkosaan / Rogol

Jenayah yang tidak pernah lekang dari paparan Media Massa ini semakin hari semakin meruncing. Sebanyak 24,635 kes rogol direkod oleh negara ini dari tahun 2003 hingga 2011. Pada 2003, jenayah rogol mencatat 1,479 kes, 2004 (1,765),  2005 (1,931), 2006 (2,431), 2007 (2,098), 2008 (3,409), 2009 (3,626), 2010 (3,595) dan 2011 (3,301).

3.1.3   Wanita dan Seks

Berteraskan hak dan asasi manusia segelintir muda mudi kini seolah-olah agak susah untuk ditegur. Senario yang berlaku dalam negara ketika ini apabila kebanyakan remaja “hilang rasa malu apabila melakukan aktiviti seks bebas”. Kes anak luar nikah diburukkan lagi dengan laporan yang terbaru mengenai amalan seks bebas remaja hari ini boleh dianggap memasuki zon kritikal apabila data dikumpul daripada rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 hingga September 2009.

3.1.4   Hiburan

Generasi muda yang diharapkan menjadi barisan pelapis untuk menerajui dan mencorak pembangunan ummah dan negara, disibukkan dengan hiburan yang melampau-lampau. Mereka lebih bersemangat untuk berbicara tentang gosip sensasi para artis, filem-filem terbaru di pawagam, lagu-lagu yang sedang popular dan pelbagai topik lain yang berkaitan dengan hiburan. Penyakit ini bukan sahaja menimpa golongan muda mudi kurang berpendidikan, malah dukacita apabila ianya turut berjangkit kepada golongan mahasiswa mahasiswi di institut pengajian tinggi. Fenomena ini dapat dibuktikan melalui pengaruh penampilan fizikal, tutur kata, tindakan dan amalan majoriti para remaja zaman ini.

3.1.5   Gangterisme

Gangsterisme bermaksud kelakuan yang memusnahkan yang dilakukan secara berkumpulan. Kebiasaannya kegiatan gengsterisme ini meliputi; Merompak, menyeluk poket, terlibat dalam lumba haram (rempit), mencuri kereta, mengedar dadah, minum arak, terlibat dalam seks rambang, mengugut peniaga-peniaga kecil untuk memberi wang perlindungan bagi menjamin keselamatan mereka, bergaduh, buli dan sebagainya. Penglibatan golongan ini semakin hari semakin serius sehinggakan mereka mula menular ke sekolah-sekolah sehingga timbul kes-kes ugutan dan buli sesama pelajar.

3.2          LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Setiap penyakit pasti ada ubatnya melainkan sakit tua dan mati, cuma masa yang diambil untuk menyembuhkan sesuatu penyakit mungkin mengambil masa berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Demikian juga dengan penyakit Hedonisme. Berikut merupakan langkah-langkah mengatasi perkara ini:

3.2.1        Nilai-nilai Islam

Penanaman dan pengukuhan nilai-nilai Islam di dalam jati diri umat Islam. Hal ini adalah amat penting kerana didalam masyarakat Islam menongkah arus globalisasi pada masa kini. Jati diri dan pegangan umat Islam terhadap syariat Islam perlulah kuat dan mantap. Perkara ini perlulah dilaksanakan tatkala anak-anak masih lagi kecil bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah darirebungnya. Hal ini disebabkan merekalah pewaris agama yang suci dan perlu bagi mereka memahami dan mencintai Islam semenjak mereka masih lagi kecil.
3.2.2         Dakwah

Gerakan dakwah perlulah dipertingkatkan lagi. Para pendakwah perlulah meluaskan skop dakwah mereka supaya lebih ramai pihak akan menerima dakwah yang disampaikan. Mereka juga perlu mengubah cara mereka menyampaikan dakwah. Skop yang perlu dikaji: Mengapa agaknya belia Muslim sekarang agak luntur pegangan agamanya dan menganggap agama Islam itu terpisah dari kehidupan seharian? Mengapakah agama Islam itu dilihat sebagai membebankan dan hanya menyusahkan mereka? Sebaliknya mereka lebih gemar meniru budaya luar terutama budaya barat yang mereka anggap moden dan terkini.

3.2.3         Penerangan ilmu agama

Ilmu Islam pula harus diajar sedemikian rupa agar ia tidak kelihatan'kolot' oleh anak muda. Terangkan pada mereka jika mereka suka berfesyen, mereka boleh teruskan asalkan menutup aurat dan fahamkan pengertian aurat itu bagi lelaki dan perempuan. Terangkan juga agama Islam tidak melarang berkawan antara lelaki danperempuan namun hendaklah dijaga batas-batas pergaulannya. contohnya tidak boleh berdua-duan dengan yang bukan muhrim mahupun bersentuh-sentuhan.

4.0       KESIMPULAN

Hedonisme tidak hanya sebuah gaya hidup yang serba bebas, melainkan sebagai pemikiran dan kepercayaan yang tentunya berakhir pada kehancuran nilai-nilai agama. Kesenangan yang ditawarkan dalam budaya hedonism tidak lain bersifat fana dan menipu. Apa yang kini dianggap moden belum tentu berbuah baik bagi kehidupan manusia. Dadah, seks bebas, muzik, rasuah, dan sebagainya adalah sebahagian dari beberapa tindak tanduk yang dilakukan kerana hanya ingin mencari kenikmatan dan kesenangan.
Hedonisme selalu mengakibatkan keburukan bagi kehidupan manusia. Aspek aqidah, prilaku, system ekonomi, politik, sosial, dan kesihatan, akan menjadi hancur dan kacau akibat buruk dari gaya hidup yang ego ini.                                                                                                 

         Budaya hedonisme tidak boleh disesuaikan sama sekali dengan Islam lantaran akarnya tumbuh dari Sekularisme. Islam melihat hiburan dan keseronokan sebagai alat untuk menenangkan jiwa, bukan sebagai matlamat yang mesti dipenuhi setiap masa.                     

       Justeru, akar hedonism ini mesti dileburkan sehancur-hancurnya dalam jiwa masyarakat Islam. Semestinya wajib bermula daripada diri-diri pelajar-pelajar agama yang bertanggungjawab mendidik generasi ummah ini.Setiap perlakuan, tindakan dan perancangan mesti berpaksikan kepada nilai-nilai Islam.                                                                                Perkara ini wajib ditanamkan dalam jiwa 'keberadaan Allah' dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Hanya dengan menyuburkan Islam dan segala nilai-nilainya dalam jiwa, bangkai hedonism bakal tercampak jauh.


Monday, December 3, 2012

PROGRAM PERTAMA DI UNITEN – S.A.F.E CAMP



PROGRAM PERTAMA DI UNITEN – S.A.F.E CAMP

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi mengizinkan penulis berceloteh dan bercakna lagi di dalam AnakMelayuBugis. Sudah lebih 3 bulan rasanya penulis tidak menulis entri baru sejak penulis mula mendaftarkan diri di tempat pengajian penulis yang baru untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di UNITEN pada bulan September yang lalu. Masa yang begitu singkat penulis di pusat pengajian ini untuk membiasakan diri dengan keadaan persekitaran dan cara pembelajaran. Menuntut ilmu adalah wajib. Seperti yang dinyatakan Imam Al-Ghazali, ilmu merangkumi ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah.

                                                  D' Sungai Lepoh Chalet & Camp

ALLAH juga meninggikan martabat kepada orang yang berilmu sepertimana  firman ALLAH yang dinyatakan di dalam surah Mujadalah ayat 11 yang bermaksud,

"Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Menjejakkan kaki ke Lembah Pangsun lagi.

Jika sebelum ini penulis ada menulis entri  mengenai Program XPDC MAHASISWA’11 anjuran Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UTMKL dan penulis mendaki bukit bersama-sama sahabat penulis di Sg. Lepoh, Pangsun untuk melihat keindahan air terjun ciptaan ALLAH S.W.T yang begitu memukaukan kepada sesiapa yang melihatnya. Lihat entri tersebut sila klik LINK1

                                       Deruan bunyi air terjun mengalir yang menenangkan fikiran

Kali ini penulis berkunjung lagi ke lembah ini yang menyimpan 1001 rahsia keindahan khazanah alam yang mungkin belum kita terokai. Lembah Pangsun yang terletak di Hulu Langat berdekatan dengan Gunung Nuang menjadi lubuk kepada para pendaki bagi melepaskan ‘gian’ aktiviti berbentuk pendakian. Ada juga yang berkunjung di sini hanya untuk bermandi manda.

Super Awesome Fantabulous Excellent (S.A.F.E) Camp

Pada kali ini penulis menyertai program universiti bertempat di Lopo Blue River Chalet and Camp, Hulu Langat, Selangor. Program yang di beri nama S.A.F.E Camp ini di anjurkan oleh Persatuan Pelajar Islam (PPI) UNITEN merupakan program yang membentuk akhlak, sahsiah, membina keyakinan diri dan jati diri di samping pengisian rohani dan mentarbiyyah para peserta.

                                                    Poster S.A.F.E Camp anjuran PPI UNITEN

Program diadakan selama 3 hari 2 malam di hadiri lebih daripada 40 peserta terdiri daripada mahasiswa daripada kedua-dua cawangan UNITEN iaitu UNITEN Kampus Putrajaya dan UNITEN Kampus Muadzam Shah. Mahasiswa terdiri daripada mahasiswa asasi, ijazah sarjana muda dan master.

Pertama kali berprogram dengan pelajar antarabangsa

Sememangnya program di IPTA tidak sama dengan program di IPTS. Di IPTA, banyak program di sediakan akan tetapi  bilangan mahasiswa yang menyertainya agak mengecewakan lagi-lagi di dalam program berbentuk keagamaan walaupun tiada bayaran di kenakan. Berbeza dengan program berbentuk hiburan. Situasi di IPTS pula, banyak juga program yang dianjurkan dan persatuan-persatuan mahasiswa, bilangan penyertaan juga ramai.

                                       Latihan dalam kumpulan


                                   Sepanjang perjalanan program.

                                 

                             Berbincang di dalam kumpulan. Menyelesaikan sesuatu dalam berkumpulan
.
Pertama kali penulis menyertai program yang berbayar ini, di IPTA dahulu semuanya ‘free’ dan pengalaman penulis membantu mengendalikan program sebelum ini jika dana dari universiti tidak mencukupi, maka terpaksalah cari penajaan. Namun itu bukan masalah, yang penting ‘nawaitu’ masing-masing menyertai sesuatu program yang boleh member manfaat. Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya, setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan bagi setiap orang itu apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya hanya kerana Allah dan rasul-Nya, Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia atau perempuan yang ingin di kahwininya,maka hijrahnya adalah kerana apa yang di kehendaki.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Selain itu, apa yang lebih mengagumkan, di program ini (S.A.F.E Camp) adanya peserta antarabangsa yang terdiri daripada Negara Saudi Arabia, Somalia, Syria dan lain-lain. Pertama kali juga penulis berprogram bersama saudara islam di Negara lain. Bukan hendak menunjukkan mana lagi yang lebih baik, tetapi di IPTA dahulu bukannya tiada mahasiswa antarabangsa, tetapi kebanyakan aktiviti dan program hanya focus kepada mahasiswa dalam Negara. Mungkin juga, segala penerangan diadakan sesuatu program itu tidak sampai ke pengetahuan mahasiswa antarabangsa. Tambahan pula, menarik mahasiswa menyertai sesuatu program tidak kena caranya.

                                   Sukan air: tarik tali dalam air. Pertama kali main permainan ini.


                                     Berehat seketika setelah penat 'jungle trekking'




                                     Mengambil air di isi dalam buluh.


                                     Makanan sedang di masak di dalam buluh.

                                        Jungle trekking..



Aktiviti luar dan pengisian kerohanian yang seimbang

Seperti yang penulis nyatakan tadi, bagaimana solusi untuk menarik mahasiswa menyertai sesuatu program misalnya program kerohanian dan keagamaan jika tidak kena caranya. Antara tugas manusia di atas muka bumi ALLAH ini ialah untuk menjadi khalifah. Melalui program berbentuk tarbiyyah dapatlah saling ingat mengingati dan berdakwah kerana orang yang melakukan kebaikan akan mendapat keuntungan kelak. ALLAH telah berfirman di dalam surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud,

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar;merekalah orang-orang yang beruntung."

Di dalam program yang di anjurkan ini mempunyai aktiviti dan pengisian kerohanian yang seimbang, jadi tidak hairanlah bilangan penyertaannya yang ramai. Aktiviti luaran seperti ‘jungle trekking’, masak makanan dalam buluh, ‘explore race’, dan sukan air, manakala pengisian kerohanian seperti kuliah dasar dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK).


                                             Bersiap sedia untuk pulang



                                       Penulis bergambar bersama-sama peserta program




Secara konklusinya, menyertai program seumpama ini mengingat kembali semasa penulis mula-mula menyertai program universiti yang berbentuk kerohanian dan keagamaan semasa di UTM dahulu. Program XPDC Mahasiswa'09 anjuran PMI UTMKL di Nur Laman Bestari, Ulu Yam Selangor.

                                 Bersama-sama menghayati lagu tema: HambaMu - Mawi ft. Akhil Hayy

Saturday, September 15, 2012

ADUHAI SI PENCURI BUAH SAWIT…



HARI ini, 14/9 mungkin tamatlah kontrak penulis sebagai seorang mandor di kebun sawit milik keluarga bapa penulis. Penulis membuat keputusan untuk menyambung pengajian yang lebih tinggi. Berbulan-bulan juga lah penulis merasai pengalaman dan melihat sendiri tadbir urus daripada buah sawit di petik hinggalah buah sawit di timbang di pusat timbang. Rasanya kalau di suruh memetik buah sawit memang penulis tidak mampu, memerlukan kudrat yang kuat. Pekerja yang memetik buah sawit pun warga Indonesia yang di upah bapa penulis. Tetapi penulis kagum dengan semangat warga Indonesia tersebut, hanya seorang sahaja melakukan kerjanya.

                                                 Buah sawit yang dilonggokkan 

                                             Menunggu untuk di jual dan di bawa ke pusat timbangan

                                         Ni la kenderaan kerja penulis yang juga pondok bergerak, hehe

Kerja penulis hanyalah menjaga buah sawit sebelum lori datang menjemput untuk di bawa ke pusat timbang dan mengira tandan kelapa sawit yang telah di petik. Mungkin kerja-kerja berat yang penulis pernah lakukan di kebun sawit ialah membaja, meracun rumput dan anak-anak pokok serta menebas sahaja. Tidak berani juga rasanya penulis kalau hendak meracun atau menebas rumput yang terlalu semak dan tinggi. Sebab beberapa kali penulis terserempak dengan ular terutamanya ular tedung selar atau ‘mura’ semasa sedang syok meracun rumput. Tambahan pula penulis gemar memakai selipar sahaja, malas hendak memakai kasut getah.

BUAH SAWIT DI CURI

Harga buah sawit yang begitu stabil membuatkan buah sawit ini berharga selain harga getah. Tetapi bulan ini harga sawit turun iaitu kira-kira RM520/1 tan harga di selatan tanah air. Namun kes kecurian buah sawit masih lagi berleluasa. Mungkin sebelum ini banyaknya kes kecurian getah, kes kecurian buah sawit pula hangat diperkatakan selepas ramai yang menukarkan tanaman getah kepada tanaman kelapa sawit.

                                             Banyak tanaman getah ganti kepada tanaman kelapa sawit

Tidak terkecuali kebun milik adik beradik bapa penulis turut pernah menjadi target si pencuri buah sawit ini. Sejak daripada kes tersebut, penulis di tugaskan menjadi mandor tanpa tauliah selepas penulis berhenti bekerja di Restoran makanan segera di LCCT Airport. Mandor tu mandor juga, mandor di beri gaji juga oleh bapa penulis yang juga menguruskan tanaman kelapa sawit tersebut.

                                             Bosan-bosan, dok dalam 'pondok bergerak' ni..hehe

                               Penulis kena berada di sini selagi lori belom sampai..bosan2, tangkap gambarlah..

                                                   Tempat berteduh dok bawah pokok kelapa sawit..

Kes kecurian juga berlaku kepada bapa saudara penulis. Semua buah kelapa sawitnya yang sudah di petik hilang di curi. Kejadian berlaku semasa bulan Ramadhan yang lalu, bapa saudara penulis sendiri yang memetik buah sawit dalam keadaan hujan. Cuba bayangkan ia berlaku terhadap kita, mesti perasaan kita kecewa setelah penat lelah melakukan kerja. Puncanya kerana lori lambat datang mengambil buah sawit tersebut dan buah sawit yang di longgok di tepi jalan tidak di jaga.

                                              Buah sawit yang di longgokkan. penulis kena kira tandan.

                                              Hari ni penulis bawak motor masuk lanyak kebun sawit

                                             JLP556 penulis...banyak jasa tu :)

                                               1 tandan anggaran 10KG. 1000KG = 1 tan

TEKNIK MENCURI BUAH SAWIT  

Terdapat banyak cara orang yang mencuri buah sawit ini daripada hasil kajian penulis dan bertanyakan kepada orang yang memetik buah sawit warga Indonesia ternyata banyak mengetahui bagaimana kegiatan ini boleh berlaku tetapi tidak tahu membuat aduan dan hanya berdiam diri. Pekerja pemetik buah sawit itu atau di kenali sebagai nama panggilan ‘Wak’ menyatakan beberapa teknik mencuri dan cara mengatasi masalah tersebut.

1.      Pertama sekali jangan sesekali percaya kepada pemandu lori yang mengangkut buah sawit ke pusat timbangan.
2.      Pungut buah sawit dua kali, kali pertama ialah atas nama tuan kebun dan kali kedua atas nama sendiri atau nama tuan kebun yang tidak wujud.
3.      Pada mulanya buah sawit di pungut semua masuk ke dalam lori, tetapi dalam perjalanan ke pusat timbangan, sebahagian buah sawit di turunkan di tempat lain sebelum memungut semula untuk di jual atas nama orang lain.
4.      Mengambil sedikit atau sebahagian setiap longgok buah sawit yang sudah di petik.
5.      Kecurian yang berlaku pada waktu malam.
6.      Mungkin juga berlaku kepada si pemetik buah sawit yang bersekongkol dengan pemandu lori, si pemetik buah sawit memetik buah sawit pada waktu petang (pusat timbangan sudah tutup), memaksa lori mengambil buah sawit pada keesokan hari dan malam tersebut senanglah sesiapa melakukan kegiatan mencuri.
7.      Di lakukan juga oleh mat ganja dan sewaktu dengannya, bawa van atau dengan motorsikal dan mencuri buah sawit.
8.      Ada juga kes, lori masuk ke dalam kawasan tanaman sawit untuk mencuri sahaja (kebiasaannya waktu malam)
9.      Memperoleh duit tepi. Lori yang pada asalnya menghantar baja atau lain-lain, sewaktu dalam perjalanan memang ada barang yang hendak di hantar, bila pulang daripada destinasi, tiada muatan dalam lori. Membuatkan lori dengan sahaja mengambil buah sawit yang sudah di petik yang sudah di longgokkan.

                              Begitulah kerjaya sebagai mandor yang tidak bertauliah..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jata Johor

Jata Johor

youtube

Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan
'Nugrahkan Dia segala kehormatan

Sehat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami

Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan