PROGRAM PERTAMA DI UNITEN – S.A.F.E
CAMP
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi mengizinkan
penulis berceloteh dan bercakna lagi di dalam AnakMelayuBugis. Sudah lebih 3
bulan rasanya penulis tidak menulis entri baru sejak penulis mula mendaftarkan
diri di tempat pengajian penulis yang baru untuk menyambung pelajaran ke
peringkat ijazah di UNITEN pada bulan September yang lalu. Masa yang begitu
singkat penulis di pusat pengajian ini untuk membiasakan diri dengan keadaan
persekitaran dan cara pembelajaran. Menuntut ilmu adalah wajib. Seperti yang
dinyatakan Imam Al-Ghazali, ilmu merangkumi ilmu fardu ain dan ilmu fardu
kifayah.
D' Sungai Lepoh Chalet & Camp
ALLAH juga meninggikan martabat kepada orang yang berilmu
sepertimana firman ALLAH yang dinyatakan
di dalam surah Mujadalah ayat 11 yang bermaksud,
"Hai orang-orang beriman apabila
dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka
lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila
dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan
orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu
pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
Menjejakkan kaki ke Lembah Pangsun lagi.
Jika sebelum ini penulis ada menulis entri mengenai Program XPDC MAHASISWA’11 anjuran
Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UTMKL dan penulis mendaki bukit bersama-sama
sahabat penulis di Sg. Lepoh, Pangsun untuk melihat keindahan air terjun
ciptaan ALLAH S.W.T yang begitu memukaukan kepada sesiapa yang melihatnya.
Lihat entri tersebut sila klik LINK1
Deruan bunyi air terjun mengalir yang menenangkan fikiran
Kali ini penulis berkunjung lagi ke lembah ini yang
menyimpan 1001 rahsia keindahan khazanah alam yang mungkin belum kita terokai. Lembah
Pangsun yang terletak di Hulu Langat berdekatan dengan Gunung Nuang menjadi
lubuk kepada para pendaki bagi melepaskan ‘gian’ aktiviti berbentuk pendakian.
Ada juga yang berkunjung di sini hanya untuk bermandi manda.
Super Awesome Fantabulous Excellent (S.A.F.E) Camp
Pada kali ini penulis menyertai program universiti bertempat
di Lopo Blue River Chalet and Camp, Hulu Langat, Selangor. Program yang di beri nama S.A.F.E Camp ini di anjurkan oleh Persatuan Pelajar
Islam (PPI) UNITEN merupakan program yang membentuk akhlak, sahsiah, membina
keyakinan diri dan jati diri di samping pengisian rohani dan mentarbiyyah para
peserta.
Poster S.A.F.E Camp anjuran PPI UNITEN
Program diadakan selama 3 hari 2 malam di hadiri lebih
daripada 40 peserta terdiri daripada mahasiswa daripada kedua-dua cawangan
UNITEN iaitu UNITEN Kampus Putrajaya dan UNITEN Kampus Muadzam Shah. Mahasiswa
terdiri daripada mahasiswa asasi, ijazah sarjana muda dan master.
Pertama kali berprogram dengan pelajar antarabangsa
Sememangnya program di IPTA tidak sama dengan program di
IPTS. Di IPTA, banyak program di sediakan akan tetapi bilangan mahasiswa yang menyertainya agak mengecewakan
lagi-lagi di dalam program berbentuk keagamaan walaupun tiada bayaran di
kenakan. Berbeza dengan program berbentuk hiburan. Situasi di IPTS pula, banyak
juga program yang dianjurkan dan persatuan-persatuan mahasiswa, bilangan
penyertaan juga ramai.
Sepanjang perjalanan program.
Berbincang di dalam kumpulan. Menyelesaikan sesuatu dalam berkumpulan
.
.
Pertama kali penulis menyertai program yang berbayar ini,
di IPTA dahulu semuanya ‘free’ dan pengalaman penulis membantu mengendalikan
program sebelum ini jika dana dari universiti tidak mencukupi, maka terpaksalah
cari penajaan. Namun itu bukan masalah, yang penting ‘nawaitu’ masing-masing
menyertai sesuatu program yang boleh member manfaat. Rasulullah
SAW telah bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya, setiap
amalan itu bermula dengan niat. Dan bagi setiap orang itu apa yang dia niatkan.
Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya
hanya kerana Allah dan rasul-Nya, Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia
atau perempuan yang ingin di kahwininya,maka hijrahnya adalah kerana apa yang
di kehendaki.”
(HR Bukhari dan Muslim)
Selain itu, apa yang lebih
mengagumkan, di program ini (S.A.F.E Camp) adanya peserta antarabangsa yang
terdiri daripada Negara Saudi Arabia, Somalia, Syria dan lain-lain. Pertama
kali juga penulis berprogram bersama saudara islam di Negara lain. Bukan hendak
menunjukkan mana lagi yang lebih baik, tetapi di IPTA dahulu bukannya tiada
mahasiswa antarabangsa, tetapi kebanyakan aktiviti dan program hanya focus kepada
mahasiswa dalam Negara. Mungkin juga, segala penerangan diadakan sesuatu
program itu tidak sampai ke pengetahuan mahasiswa antarabangsa. Tambahan pula,
menarik mahasiswa menyertai sesuatu program tidak kena caranya.
Sukan air: tarik tali dalam air. Pertama kali main permainan ini.
Berehat seketika setelah penat 'jungle trekking'
Mengambil air di isi dalam buluh.
Makanan sedang di masak di dalam buluh.
Jungle trekking..
Sukan air: tarik tali dalam air. Pertama kali main permainan ini.
Berehat seketika setelah penat 'jungle trekking'
Mengambil air di isi dalam buluh.
Makanan sedang di masak di dalam buluh.
Jungle trekking..
Aktiviti luar dan pengisian kerohanian yang
seimbang
Seperti yang penulis
nyatakan tadi, bagaimana solusi untuk menarik mahasiswa menyertai sesuatu
program misalnya program kerohanian dan keagamaan jika tidak kena caranya. Antara tugas manusia di atas muka bumi ALLAH ini ialah untuk menjadi khalifah. Melalui program berbentuk tarbiyyah dapatlah saling ingat mengingati dan berdakwah kerana orang yang melakukan kebaikan akan mendapat keuntungan kelak. ALLAH telah berfirman di dalam surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud,
"Dan hendaklah ada di antara
kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf
dan mencegah dari yang mungkar;merekalah orang-orang yang beruntung."
Di dalam program yang di
anjurkan ini mempunyai aktiviti dan pengisian kerohanian yang seimbang, jadi
tidak hairanlah bilangan penyertaannya yang ramai. Aktiviti luaran seperti ‘jungle
trekking’, masak makanan dalam buluh, ‘explore race’, dan sukan air, manakala
pengisian kerohanian seperti kuliah dasar dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK).
Bersiap sedia untuk pulang
Penulis bergambar bersama-sama peserta program
Bersiap sedia untuk pulang
Penulis bergambar bersama-sama peserta program
Secara konklusinya, menyertai program seumpama ini mengingat kembali semasa penulis mula-mula menyertai program universiti yang berbentuk kerohanian dan keagamaan semasa di UTM dahulu. Program XPDC Mahasiswa'09 anjuran PMI UTMKL di Nur Laman Bestari, Ulu Yam Selangor.
Bersama-sama menghayati lagu tema: HambaMu - Mawi ft. Akhil Hayy
No comments:
Post a Comment