Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi penulis dapat terus berceloteh di dalam Anak Melayu Bugis. Sebenarnya post kali ini sudah lama di tulis tetapi baru sekarang untuk di ‘publish’ dalam blog di sebabkan kekangan masa. Semester terakhir di university begitu menyibukkan, dengan final projek dan final examnya. Pejam celik penulis sudah pun habis pengajian di Universiti Teknologi Malaysia International Campus, KL (UTMic). Penulis ingin berkongsi sedikit cerita pengalaman sebelum penulis menamatkan pengajian yang lepas.
Di R&R Tapah, sesak.....
Pada 20 hingga 23 Januari yang lalu, sedang semua berehat menghabiskan cuti pertengahan semester, penulis berkesempatan pergi ke Kem Pembentukan Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa, Kediaman Siswa Jaya (JKM KSJ) di Pulau Pendidikan, Hulu Perak iaitu di sebuah pulau buatan manusia di Tasik Temengor, Perak dengan sebagai fasilitator. Peserta yang terlibat ialah mahasiswa tahun 1 dan 2. Tidak lama selepas penulis berkunjung di tempat ini, TV3 ada menyiarkan mengenai Tasik ini dan Pulau Banding di dalam rancangan Majalah 3.
Hentian lebuhraya yang sesak. Bas parking tepi jalan..
Perjalanan kami bermula dari Kediaman Siswa Jaya, UTMic Kuala Lumpur pada jam lebih kurang 7.00 pagi dengan menaiki sebuah bas UTM. Perjalanan pada awalnya lancar bertukar menjadi seperti ‘siput yang sedang bergerak’ selepas kami berada selepas Lebuhraya DUKE menuju ke utara selepas Plaza Tol Jalan Duta. Perjalanan kearah Utara yang begitu sibuk.
Siap ada brek emergency lagi..:)
Setelah beberapa jam perjananan, kami singgah sebentar di R&R Tapah, Perak untuk bersarapan dan juga makan tengahari. Suasana di R&R Tapah sungguh padat, dengan tempat parkir kenderaan yang penuh dan sesak. Bas kami parking di tepi highway sahaja. Mungkin di sebabkan ramai yang pulang ke kampung halaman sempena cuti Tahun Baru Cina dan mungkin juga untuk bercuti makan angin.
Jangan silap, naik lori dah la...ke mana nanti..
Kami tiba di pekan Gerik, Perak kira-kira selepas waktu zohor dalam pukul 3, penulis sendiri tidak pasti, sebab tidur sahaja di sepanjang perjalanan, memandangkan perjalanan kami yang jauh. Kami di beritahu selepas ini kami akan sampai di Pengkalan Trojen, Gerik Perak yang terletak di atas empangan Temengor dan sepanjang perjalanan selepas ini sehingga ke destinasi, tiada servis rangkaian untuk telefon bimbit dan apa-apa yang menghubungkan dunia luar.
Berehat..Peserta kem pembetukan JKM
Kami di fahamkan kami akan menuju ke antara puncak di Banjaran Titiwangsa. Memang patut pun tiada apa-apa yang boleh menghubungkan dengan dunia luar. Bas yang kami naiki dan konvoi dengan kereta-kereta pensyarah yang terlibat dengan kem ini menyusuri lereng-lereng bukit dan tasik buatan manusia. Jalan yang di lalui hanya cukup-cukup untuk sebuah kenderaan besar dan jalannya berturap sehingga ke pengkalan Trojan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dari jalan besar di luar.
Memikirkan apa yang bakal berlaku nanti semasa program.
Terlihat banyak pencawang-pencawang elektrik sepanjang perjalanan kami. Empangan Temengor ialah empangan hidroelektrik yang menghasilkan tenaga kuasa elektrik untuk di bekalkan kepada pengguna setempat. Kami sampai di atas empangan Temengor yang menempatkan Pengkalan Trojen untuk menaiki bot ke Pulau Pendidikan. Kami di bahagikan beberapa kumpulan untuk menaiki bot memandangkan bot yang di sediakan kecil dan sedikit. Kami di beri sedikit taklimat sementara menunggu giliran menaiki bot.
Pemandangan 1: Tasik Temengor
Pemandangan 2: Tasik Temengor dan mantan presiden JKM
Nantikan sambungan di bahagian kedua pengembaraan penulis berada di Pulau Pendidikan, Tasik Temengor, Gerik Perak…Penulis akan berkongsi cerita, menaiki bot ke kampung orang asli Pulau Chueh untuk Mini University Social Responsibility (USR) dan Jungle Trekking di Pulau Bomba...................J
No comments:
Post a Comment