assalamualaikum

atas

Anak Melayu Bugis@Facebook

bubble

Cursors

Proton Logo

Title blog bergerak

Wednesday, August 22, 2012

RUMAH TERBUKA HARI RAYA TPM 2012


LEGA hati selepas mengharungi jalan yang sesak semasa untuk ke majlis yang di adakan di Pekembar Pagoh iaitu Majlis Rumah Terbuka Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Hj.  Mohd Yassin. Kali pertama penulis berkunjung ke majlis berkenaan sejak bertahun-tahun ia di adakan setiap kali menjelangnya hari raya Aidilfitri. Tahun ini ia di adakan pada hari raya kedua yang lalu.

                              Tetamu yang datang. Masih ramai lagi walupun TPM sudah pulang

                                 Pekena Nasi Beriyani Gam tengah-tengah panas memang best..

                                 Di dalam kawasan bangunan Pekembar ada lagi ruagan untuk tetamu..

                                   Satu keluarga bertandang..:)

                                   Macam-macam ada..:)

                                     TV3 pun siap-siap nak balik.

Hasrat penulis untuk berjumpa dengan pemimpin Negara tersebut tidak kesampaian , kerana sewaktu penulis sampai di bangunan Pekembar Pagoh, TPM baru sahaja pulang tetapi majlis masih lagi. berjalan seperti biasa. Masih ada lagi yang baru hadir dan ramai juga yang beransur pulang. Walau apa-apa pun, pertama kali penulis menjejakkan kaki ke Pekembar Pagoh sejak ia dibina. Bangunan Pekembar Pagoh menempatkan dewan orang ramai, pejabat ADUN dan pejabat kerajaan.

                                   Penulis di dalam dewan VIP..hehe J

                                  Psing kak oi…sempat bergambar..

                                     Amacam, saya dah bergambar ngn TPM..anda bila lagi?hehe

Penulis tidak pergi keseorangan, penulis di temani sepupu dan adik-adik penulis turut berkunjung ke sana dengan hasrat untuk berjumpa dengan pemimpin negara yang di segani. Walaubagaimanapun, majlis keramaian seperti rumah terbuka ini memang menjadi ‘trend’ masyarakat di Malaysia setiap kali tibanya musim perayaan.

                                       Duduk-duduk, hati banyak senang ke?hehe

Di kesempatan ini, penulis selaku blogger ‘Anak Melayu Bugis’ ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Minal Aidil Walfa’izin. Memohon maaf sekiranya selama ini penulisan penulis menyinggung mana-mana pihak. Sememangnya kita hanya manusia biasa dan yang baik datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk datangnya daripada saya sendiri.  


                                 Segak bergaya dengan baju Persatuan Bangsa Johor

*p/s: Y.A.B tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Hj Mohd Yasin merupakan ahli Parlimen Pagoh. Secara jujurnya post yang penulis siarkan ini tidak memihak dengan mana-mana parti politik dan tidak ada kena mengena dengan ketaksuban dalam kepartian. Penulis hanya berkongsi cerita dan pengalaman penulis yang dapat dikongsikan kepada semua. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jata Johor

Jata Johor

youtube

Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan
'Nugrahkan Dia segala kehormatan

Sehat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami

Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan