Sambungan daripada PART 5
HARI KELIMA (21 APRIL 2014 - ISNIN) : JELAJAH KE SELURUH BEIJING
1:15PM (YOUSUFU RESTAURANT) - Sudah lima hari penulis bersama rakan penulis merantau di negara orang. Pada hari kelima, kami keluar lewat sedikit di sebabkan keletihan semalam berkunjung ke Tianjin dan tunggu sehingga adik penulis habis kuliah sehingga tengahari. Kami tidak berani pergi sendiri ke mana-mana tanpa tour guide.
Pemanis mulut di hidangkan sebelum makanan di hidangkan
Buku Menu Yousufu restaurant
Tengahari itu, selepas solat zohor kami menuju ke sebuah restoran halal iaitu Yousufu Restaurant berhampiran dengan Huallian Mall. Bersebelahan dengan kedai makan tersebut, ada kedai menjual barang-barang runcit dari seluruh dunia. Jika rindukan makanan dari Malaysia dan ingin merasa makanan runcit dari negara lain, di sini ada di jual tetapi harganya memang agak mahal di sebabkan ia makanan yang di import.
Makanan yang menjadi pilihan kami untuk santapan tengahari
2:20PM (HAI LONG BULDING) - Berdekatan dengan Haidian, di Zhong Guan Chun ada terdapatnya mall yang menjual pelbagai jenis gadget. Mall yang sama seperti Low Yatt di Kuala Lumpur. Kami pergi ke sana dengan menaiki bas yang tambangnya 1 Yuan. Bahagian gadget yang terus kami serbu ialah bahagian kedai yang menjual power bank. Saudara Qayyum dan saudara Izwan memborong power bank.
Borong Power Bank
Rata-rata pengunjung yang berkunjung di sini memang ramai. Terdapat banyak gadget-gadget canggih di jual di sini. Adik penulis mengatakan untuk barang gadget yang tiruan tidak ada di jual di sini tetapi ada di jual di tempat lain. Beberapa jam kami menhabiskan masa di Hai Long building.
Teknologi lain yang di jual selain power bank
4:30PM (FORBIDEN CITY) - Seterusnya kami menuju ke Forbiden City dengan menaiki subway sehingga ke stesen Tian an'men. Forbiden City ialah sebuah kota lama China. Di dalam kota tersebut menempatkan rumah-rumah lama dan suasana zaman dahulu china. Keluasannya amat luas. Kami memutuskan tidak masuk ke dalam Forbiden City dan hanya masuk di bahagian luar sahaja.
Stesen subway China
Subway
Forbiden City
Sempat bergambar kenangan di pintu masuk Forbiden City
Untuk masuk ke bahagian dalam kota tesebut di kenakan bayaran, manakala tiada bayaran di kenakan jika pengunjung masuk di bahagaian luar sahaja.Walaupun bahagian luar, kami terpaksa berjalan jauh juga untuk ke pintu keluar di belakang melalui tasik dan melihat askar-askar China berkawad. Petang itu kami terus balik ke tempat penginapan.
Melepasi pintu pertama
Bergambar di dalm Forbiden City
Di dalam Forbiden City
Penulis bergambar di tepi tasik
8:15PM (XICHENG FANGUAN RESTAURANT) - Waktu siang melabuhkan tirainya dan tibalah waktu malam. Malam itu, kami di temani junior anak penulis saudara Afiq Che Lah dan seorang rakannya makan 'Hot Pot' di sebuah restoran makanan halal Xicheng Fanguan.
Hot Pot Sup Tulang Kambing
Hot Pot merupakan antara makan yang terkenal di Beijing selain Itik Peking (panggang). Hot Pot sama seperti seperti steam bot sup tulang. Akan tetapi pertama kali buat penulis makan sup tulang kambing. Rasanya begitu enak sekali dan kurang lemak berbanding tulang lembu. Di khabarkan daging kambing di sini murah berbanding daging lembu. Terima kasih kepada saudara Afiq Che Lah dan rakannya kerana sudi meluahkan masa bersama kami dan belanja makan Hot Pot.
Selepas makan, kami sempat ziarah ke hostel saudara Afiq Che Lah dan berborak dengan rakan sebiliknya yang berasal dari Melaka serta menyelesaikan urusan online penerbangan pulang kami pada esoknya.
Bersambung Ke PART 7
No comments:
Post a Comment