Tidak dapat di nafikan lagi, Malaysia tidak lagi ketinggalan dari aspek kemodenan. Kemajuan dapat di buktikan dengan infrastruktur-infrastruktur yang berkembang pesat. Teknologi permotoran juga tidak jauh ketinggalan yang menjadi antara penyumbang aset dalam negara. Kita harus berbangga dengan lahirnya MPV pertama Malaysia iaitu Proton Exora yang di lancarkan pada 20 April 2009 dengan kerjasama anak syarikat Lotus. Selang seketika iaitu pada 23 November 2009 selepas itu lahir pula model yang di keluarkan Perodua iaitu Perodua Alza yang tidak kurang hebatnya dan harga yang jauh lebih berpatutan dengan kerjasama syarikat dari Jepun,Daihatsu.
Perodua ALZA Telah Dilancarkan. Harga Dari RM55,990 hingga RM 63,990...
Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) keluaran Perodua telah dilancarkan selepas perlancaran model sulung MPV Proton Exora. Perlancaran dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur Convention Centre. Seperti yang telah digembar-gemburkan sebelum ini, nama MPV ini ialah ALZA yang bermaksud 'bangun' di dalam bahasa Spain. Jadi, apa yang menariknya dengan ALZA ?
Perodua ALZA merupakan pembinaan semula dari model asal Toyota Passo Sette (nampak nya jurutera kita masih tidak mampu mereka model sendiri,masih menciplak). Apa yang penting, ALZA bukan sekadar kosmetik semata-mata. Dengan kerjasama Perodua - Daihatsu, mereka telah membina sendiri rekaan bahagian atas model Perodua ALZA dengan mengunakan platform sama dengan Passo Sette. Strategi ini telah menjimat kos dari segi R&D. Walau bagaimanapun, Perodua dilaporkan telah membelanjakan sekitar RM300 juta untuk pembangunan model ALZA ini.
Sama seperti MyVi, Perodua ALZA dibina sepenuhnya di Malaysia. Malah, enjinnya juga dipasang 100% di negara kita. Tahukah anda bahawa Perodua juga menghasilkan kepala silinder untuk enjin Campro milik Proton ?
Apa lagi yang perlu tahu tentang ALZA ?
Enjin..
ALZA dikuasakan oleh enjin jenis Toyota 3SZVE berkapasiti 1.5L, enjin yang sama dengan Toyoto Avanza sekarang. Ia mempunyai 104hp dan mampu menghasilkan sehingga 136Nm torque. Namun begitu, kapasiti tangki minyak kereta ini hanyalah 42L sahaja berbanding 45L pada Avanza dan 55L pada Proton Exora.
Saiz..
Berat kereta ini ialah 1,150kg dengan panjang 4,205mm, lebar 1,695mm dan tinggi 1,620mm. Sebagai perbandingan, Toyota Avanza 1.5 mempunyai berat 1,120kg dengan panjang 4,150mm, lebar 1,630mm dan tinggi 1,695mm. Dari angka-angka ini, anda boleh membayangkan sendiri bahawa saiz ALZA tidak jauh bezanya dengan Toyota Avanza.
Transmisi..
Seperti kebiasaan yang 'mesti' ada pada pasaran automotif Malaysia, ALZA di datangkan dalam versti automatik dan manual. Menariknya tentang transmisi automatik ialah versi ini tidak mempunyai brek tangan, tetapi menggunakan brek kaki yang terletak kedudukan pedal klac seperti kereta manual. Pemegang gear automatik boleh didapati di bahagian dashboard. Lebih menarik lagi, ALZA menyediakan tempat letak lengan untuk bahagian tempat duduk di hadapan.
Berbeza dengan transmisi automatik, versi manual sama seperti kenderaan-kenderaan manual yang lain. Kedudukan brek tangan juga terletak pada kedudukan di antara tempat duduk di hadapan. Begitu juga dengan pemegang gear.
Penghawa Dingin..
Penghawa dingin merupakan komponen yang amat penting terutamanya memandu di negara kita yang panas dan lembab ini. Amat mengejutkan bahawa pada saiz kenderaan sebesar MPV, ia hanya mempunyai satu unit penghawa dingin iaitu di bahagian depan sahaja. Tiada penghawa dingin untuk barisan kedua dan ketiga. Anda pasti mengatakan, confirm panas!.
Nanti dulu. Menurut Perodua, sistem penghawa dingin sangat berkesan menyejukkan kereta sama seperti kenderaan yang dilengkapi dengan sistem penghawa dingin 2 atau 3 unit. Ini dibantu oleh rekaan kereta yang canggih membantu mengaliran udara dengan berkesan sehingga ke ruang tempat duduk ke-3.
- Harga dijangka sekitar Harga Dari RM55,990 hingga RM 63,990.
- Merupakan binaan semula berdasarkan model Toyota Passo Sette dan menggunakan enjin Toyota 3SZVE 1.5.
- Versi automatik tidak mempunyai brek tangan, tetapi menggunakan brek kaki yang terletak kedudukan pedal klac seperti kereta manual.
- MPV ini hanya mempunyai satu unit penghawa dingin iaitu di bahagian depan sahaja.
- Meskipun direka untuk membawa 7 penumpang, hakikatnya ia hanya mampu membawa 5 dewasa + 2 kanak-kanak atau pun 6 orang dewasa sahaja.
Adakah MPV ini sesuai untuk anda..
Senang kami mengatakan bahawa ALZA sesuai untuk mereka yang mempunyai keluarga yang tidak terlalu besar atau pun mereka yang mencari kenderaan yang lebih besar dari sedan tetapi tidak terlalu besar seperti Naza RIA. Meskipun direka untuk membawa 7 penumpang, hakikatnya ia hanya mampu membawa 5 dewasa + 2 kanak-kanak atau pun 6 orang dewasa sahaja. Ia juga tidak sesuai dibandingkan dengan Proton Exora yang boleh membawa 7 orang dewasa berdasarkan saiznya yang lebih besar.
Sistem Keselamatan..
Perodua ALZA di datangkan dengan sistem keselamatan seperti ABS, beg udara dual SRS dan EBD, tetapi, ia hanya untuk versi Premium sahaja. Satu lagi, ia juga tidak didatangkan dengan soket ISOFIX untuk kegunaan tempat duduk bayi. Mungkin Perodua merasakan penggunaan tempat duduk bayi yang dilengkapi dengan plug ISOFIX masih tidak popular seperti di negara-negara maju.
Penggunaan Minyak..
Pertama sekali, penggunaan minyak sudah tentu lebih tinggi dari kenderaan sedan. Perodua mendakwa ALZA mampu pergi sejauh 12.7km bagi setiap liter dengan transmisi automatik dan 15.5km bagi setia liter untuk transmisi manual.
Dan yang paling penting sekali, berapa harganya ?
Perodua Alza 1.5L Standard M/T
Solid – RM55,490
Metallic – RM55,990
S. Metallic – RM56,190
Perodua Alza 1.5L Premium M/T
Solid – RM60,490
Metallic – RM60,990
S. Metallic – RM61,190
Perodua Alza 1.5L Standard A/T
Solid – RM58,490
Metallic – RM58,990
S. Metallic – RM59,190
Perodua Alza 1.5L Premium A/T
Solid – RM63,490
Metallic – RM63,990
S. Metallic – RM64,190
Menurut Perodua, versi lebih sporty dilengkapi dengan bodykit dan GPS akan dilancarkan pada tahun 2010. Mungkinkah ini versi edisi khas (SE) seperti MyVi SE dan juga ViVa SE. Sama-sama kita nantikan
Kerusi baris ke-3 boleh dilipat dan diturunkan yang berbeza dengan model Proton MPV Exora
Brek kaki yang berfungsi sama seperti brek tangan. Hanya pada transmisi auto
Dashboard versi Automatik
No comments:
Post a Comment