Kapal Selam SMD Ouessant | Agosta 70 di Klebang, Melaka
Alhamdulillah, syukur kepada rahmat ALLAH….berkesempatan
juga penulis menulis entri baru. Walaupun tatkala kadang-kadang berasa malas
dan kebuntuan idea menulis. Minat menulis pun kadang-kadang sahaja datang.
Mungkin juga kekangan masa penulis membuatkan penulis tiada masa menulis.
Sekarang penulis sedang bercuti semester selama lebih kurang 2 bulan. (dalam hati, bila lah nak habis belajar
degree)
BERKUNJUNG KE MAJLIS PERKAHWINAN
Baru-baru ini penulis berkesempatan bertandang ke negeri
Melaka Bandaraya Bersejarah untuk ke majis perkahwinan di Masjid Tanah, Melaka.
Boleh dikatakan majlis perkahwinan yang unik, terutamanya penulis pertama kali
melihat pasukan kompang berirama (kompang + joget). Mungkin juga ia adat negeri
Melaka yang tidak di tinggalkan, tidak lapok di telan zaman. Malangnya penulis
tidak sempat menangkap gambar, merakam video jauh sekali.
Terdengar mengenai adanya muzium kapal selam di Melaka,
membuatkan penulis menuju ke Dataran 1 Malaysia di Klebang Melaka. Perjalanan
mengambil masa lebih kurang 20 minit dari Masjid Tanah. Di katakan Dataran 1
Malaysia Klebang yang dulunya tempat rekreasi seperti Tanjung Emas, Muar bakal
berubah wajah menjadi tempat kompleks muzium-muzium dan pameran maritim termasuk
kapal selam.
Muzium yang di rasmikan Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk
Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam berada di lokasi yang strategi iaitu di
Klebang, Melaka. Pada ketika ini kawasan sempadan Muzium Kapal Selam dipagari
dengan dinding ‘zink’. Kerja-kerja pembangunan infrastruktur dan dalaman masih
lagi pada tahap sedang di bangunkan. Sewaktu penulis sampai pun di sana, jalan
menuju ke muzium kapal selam masih belum berturap, penuis hanya berpandukan papan
tanda dan kesan-kesan jalan kerap di lalui oleh pelawat dan lori-lori
pembinaan.
Kompleks Muzium Maritim, Klebang Melaka
WAKTU DAN BAYARAN MASUK
Muzium kapal selam ini di buka setiap hari dari jam 9.00
pagi hingga 6.00 petang. Manakala bayaran masuk untuk setakat ini RM1.00 untuk
dewasa dan RM0.50 kanak-kanak. Mungkin apabila kompleks ini siap sepenuhnya
harga tiket masuk akan dinaikan (Rujuk Perbadanan muzium Melaka).
KAPAL SELAM SMD OUESSANT (AGOSTA 70)
Kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta adalah buatan
Perancis yang telah siap di bina pada 1979. Dimiliki oleh Tentera Laut Diraja
Malaysia (TLDM) dan kemudiannya diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk
dijadikan satu lagi mercu tanda pelancongan di negeri Melaka.
Pengunjung dalam melihat apa yang berada di dalam kapal
selam ini. Membuatkan kita yang berada di dalam berasa seperti berada di dalam
kapal selam yang masih di gunakan meskipun ianya sudah menjadi muzium. Dapat
penulis kongsikan gambar-gambar yang penulis sempat tangkap;
Pintu masuk muzium
Panjang 67.57 meter, tinggi 11.75 meter. Lebar 6.5 meter
Papan informasi
Papan tanda perasmian Muzium
Muzium kapal selam seluruh negara
Ruangan senjata 'torpedo'
'Risiko kemalangan tangunggjawab sendiri'
Ruangan senjata meriam 'torpedo'
Ruangan dalam kapal selam
Bilik motor elektrik
Ruangan kawalan kapal selam
Ruangan pemandu/ jurumudi
Ruangan bilik tidur
Bilik Mesyuarat
Kronologi Kapal Selam SMD Ouessant di tempatkan
Kronologi Kapal Selam SMD Ouessant di tempatkan
Ruangan memasak/ dapur
Kompleks Muzium Maritim yang masih dalam pembinaan
Dari tepi kapal selam
COCONUT SHAKE MELAKA
Sebelum meneruskan perjalanan ke bandaraya Melaka untuk
melawat lebih banyak tempat bersejarah. Penulis sempat singgah di gerai makanan
western berhampiran dengan Shah Beach Resort, Melaka merasa menu yang begitu
special iaitu coconut shake.
coconu shake yg sedap...nt pg lg,rse coconut shake tmpt len plak ea...hehehe :)
ReplyDeleteKita boleh dapatkan senarai homestay Melaka yang murah di Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang sila lawati;
ReplyDeletehttp://www.homestaymelaka.com.my atau http://homestaymelaka.worldheritage.com.my
Bagi penginapan apartment dan hostel murah untuk rombongan ke Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang boleh lawati http://www.indahkembara.com