ALHAMDULILLAH, syukur ke
hadrat illahi, penulis sempat berceloteh di dalam blog penulis yang agak
bersawang ini. Mood menulis itu kadang-kadang saja datang, mungkin juga di
sebabkan bila sudah masuk semester, perkara yang menjadi kewajipan sebagai
seorang pelajar universiti ialah test
dan assignment yang bertubi-tubi.
#UNITENGUA
Semalam, 5 Jun 2013 juga
telah berakhirnya program besar di UNITEN iaitu UNITENGUA bertempat di Dewan
Seri Sarjana, UNITEN, Kampus Putrajaya. Program dengan membawa tema ‘Tribute kepada P.Ramlee’ ini
mengembalikan nostalgia penghibur-penghibur veteran tanahair seterusnya
mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan. Meskipun penulis tidak
melibatkan diri dalam program mega ini dan juga hadir ke program ini. Biasalah study last minit, esok paginya test, malam baru ‘terkedek-kedek’ mahu study sehingga pagi.
Pelbagai program di UNITEN
Tidak sampai seminggu
lagi, menjelangnya Ramadan Al-Mubarak yang pastinya di nantikan bagi semua umat
Islam. Di dalamnya terdapat malam seribu bulan iaitu malam lailatul qadar dan
merebut pahala berlipat ganda di dalam bulan yang mulia ini. Hal yang demikian,
mungkin juga segala program banyak di adakan sebelum tibanya bulan Ramadan ini.
Di adakan juga Ihtifal
UNITEN bertempat di Masjid UNITEN. Program yang bercorak kerohanian. Pelbagai
aktiviti di sediakan. Begitu hampa penulis tidak sempat mengunjunginya juga
gara-gara test (linear algebra) pada
waktu pagi sehingga tengahari dan selepas test
melibatkan diri dengan program yang dipertanggungjawabkan kepada penulis
meskipun sebagai seorang krew biasa. Tidak hairanlah, selepas program tamat
selepas waktu maghrib, penulis terus di buai mimpi sehingga larut malam ini.
Esoknya pula, akan
diadakan Karnival Kelompok Ilmu. Kelompok yang majoritinya menempatkan pelajar
perempuan (mahasiswi).
Program Kelompok (Warisan Melayu Merentasi Sempadan
Antarabangsa)
Program yang berlangsung
di Kelompok Amanah pula ialah program yang di beri nama ‘Warisan Melayu Merentasi Sempadan Antarabangsa’ atas kelolaan ahli
jawatankuasa Persatuan Pelajar Kelompok Amanah (PPKA) dan penasihat PPKA, Dr.
Mardian Shah Omar yang melibatkan pelajar antarabangsa dan tempatan. Penulis di
fahamkan program ini khusus kepada pelajar antarabangsa yang majoritinya pelajar
dari timur tengah seperti Palestin, Arab Saudi dan lain-lain sebagai pelengkap
salah satu matapelajaran di UNITEN.
Program bermula pada jam 2.30
petang dan berakhir sebelum waktu maghrib selepas jamuan dengan hidangan
masakan Melayu. Di tempatkan juga, booth-booth
permainan tradisional Melayu iaitu
Kompang, Gasing, Sepak Raga (Takraw), layang-layang dan ketupat.
Pelajar-pelajar
antarabangsa di terangkan mengenai segala permainan tradisional masyarakat
Melayu yang mungkin juga generasi sekarang pun tidak tahu mengenainya. Dalam
masa yang sama, kita dapat mempromosi antara budaya di Malaysia di mata dunia.
Ternyata mereka menunjukkan reaksi positif terhadap permainan tradisional di
sini.
Tahniah Kepada Persatuan Pelajar Kelompok Amanah (PPKA)
Sekalung penghargaan
terutamanya kepada penasihat PPKA, Dr. Mardian Shah Omar dan juga Persatuan
Pelajar Kelompok Amanah (PPKA) yang memberi peluang kepada penulis untuk turut
serta melibatkan diri dalam program ini. Program ini juga merupakan aktiviti pelajar
untuk program pertama penulis di Kelompok Amanah dan kedua di UNITEN selepas
menjadi fasilitator SAFE CAMP anjuran PPI UNITEN yang di adakan baru-baru ini
di Kem Lambaiana, Sg. Gabai, Hulu Langat Selangor.
p/s: Apa-apa pun, penulis masih merindukan segala aktiviti universiti semasa penulis menuntut di UTM dahulu daripada krew sehingga program sendiri. Apa-apa pun UNITEN memang terbaik. Sememangnya pengalaman itu seperti emas dan begitu berharga.
No comments:
Post a Comment