assalamualaikum

atas

Anak Melayu Bugis@Facebook

bubble

Cursors

Proton Logo

Title blog bergerak

Monday, September 30, 2013

SEDIKIT MENGENAI BADAN KEBAJIKAN JEMAAH KHAUJAKAN JOHOR





PENGASAS

1) AL MARHUM KIYAI HJ FADIL BANTEN
     (1830 – 1952)





Nama penuh beliau ialah Hj Fadil Bin Abu Bakar, berasal dari Banten Jawa Barat. Dilahirkan pada tahun 1870 an, tarikh ini didasarkan bahawa beliau wafat pada tahun 1952 dan pada masa beliau wafat umurnya dianggarkan tujuh puluhan tahun. Ini hanyalah anggaran dari orang yang hampir kepadanya iaitu Ustaz Hj Othman Azhari yang telah meneruskan usaha usaha yang telah di pelopori oleh Kiyai Hj Fadil itu.Sejak dari kecil beliau telah terdidik dengan didikan agama disamping keluarganya adalah dari golongan yang sangat mementinkan syariat Islam, beliau juga telah mendalami didikan agama disebuah sekolah ( Pesantren ) yang ada dikampungnya, sehinggalah dewasa dan akhirnya beliau terkenal sebagai orang yang alim di Banten yang dikenali dengan gelaran “Kiyai”.

Dengan pengajian tasawwuf beliau telah mula cenderung dan mempelajarinya sejak berumur dua puluhan tahun dalam mempelajari tasawwuf itu beliau telah mempelajari banyak tarikat tarikat dan akhirnya beliau telah mengamalkan tariqat Naqshabandiyah sebagai tariqat yang menjadi pilihannya. Daripada tariqat Naqshabandiyah beliau mengetahui dan mengamalkan wirid Khaujakan, kerana wirid Khaujakan adalah satu dari amalan amalan yang terdapat di dalam tariqat Naqshabandiyah dan ianya diamalkan di majlis perpisahan antara murid dengan Sheikh Mursyid.

Semasa umurnya mencapai tiga puluhan tahun beliau telah pergi ke Makkah untuk tujuan menunaikan haji, setelah selesai menunaikan haji beliau telah menetap di Makkah untuk tujuan mendalami ilmu agamnya dari tokoh tokoh ulama’ yang ada di tanah suci Makkah.Beliau juga banyak bergaul dengan ahli tariqat Al Tijaniyah yang akhirnya beliau mengambil tariqat itu sebagai satu amalan tariqatnya di samping tariqat Naqshabandiyah yang telah dipegangnya sebelum pergi ke Makkah lagi.Pada sekitar tahun 1915 beliau telah berhijrah Malaya dan tinggal di Lenga Muar, semasa di Lenga beliau telah mengajar di masjid masjid dan surau surau dan mengembangkan wirid Khaujakan kepada murid murid nya, beliau kemudianya berpindah ke Jalan Bakri Muar dan berkahwin buat kali keduanya dengan seorang janda yang mempunyai dua orang anak .Salah saorang anak tirinya bernama Hj Othman Hj Azhari yang mempunyai latarbelakang didikan agama yang tinggi telah meneruskan usaha usahanya sehingga berkembang seperti sekarang. Pada zaman pemerintahan Jepun 1945 Kiyai Hj Fadil Banten telah dibawa Johor Bahru dan telah ditawarkan untuk berkhidmat dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang ketika itu Baginda Sultan mahukan saorang ulama’ yang berkebolehan untuk mendoakan keselamatan keluarga Baginda Sultan kerana ketika itu berlaku peperangan antara tentera British dengan askar Jepun di Johor .Kiyai Hj Fadil tinggal di Masjid Pasir Pelangi dan dengan perkenan Baginda Sultan beliau telah mengembangkan wirid Khaujakan dengan menubuhkan beberapa kumpulan wirid di seluruh Negeri Johor.Kiyai Saleh yang kemundian terkenal sebagai pahlawan menentang komunis merupakan salah saorang muridnya dan juga ketua kumpulan wirid Khaujakan bagi daerah Batu Pahat.

Setelah berkhidmat di Johor selama tiga tahun Kiyai Hj Fadil kemudiannya pulang ke Bakri Muar dan pada tahun 1952 beliau telah kembali ke rahmatullah pada usia tujuh puluhan tahun dan di kebumikan di kawasan perkuburan Masjid Jamek Lenga, Muar.


2) AL MARHUM TUAN GURU HJ OTHMAN HJ AZHARI P.I,S, SMJ
     (1915 – 1995)



Hj Othman Bin Hj Azhari di lahirkan di Jalan Bakri ,Muar pada bulan April tahun 1915. Beliau di besarkan oleh ibunya setelah bapanya meninggal dunia ketika usianya maseh kecil.Beliau mendapat didikan secara formal di bidang agama di sekolah agama di Muar dan pada tahun 1936 beliau telah melanjutkan pengajiannya di Kuliatul Al Attas di Johor Bahru..Selepas tamat pengajian beliau telah memberi khidmat mengajar di sekolah sekolah agama di Muar termasuk Madrasah Maharani al- Islamiah, Madrasah Loghatul Quran dan Madrasah Sa’diah..Kiyai Hj Fadil Banten yang juga ayah tirinya telah banyak memberi bimbingan dan latihan kepada beliau terutamanya di bidang kerohanian.

Setelah Kiyai Hj Fadil Banten wafat, Hj Othman Hj Azhari telah meneruskan usaha usaha mengembangkan wirid khaujakan yang telah di pelopori oleh Kiyai Hj Fadil Banten dengan mengamalkan wirid dikalangan ahli ibadah yang juga menjadi murid kepada Kiyai Hj Fadil Banten walaupun ketika itu kebanyakanya mengamalkan secara sendirian.

Mulai tahun 1967 perkembangan wirid khaujakan telah menampakan pesatnya apabila Tuan Guru Hj Othman Azhari telah berusaha mengumpulkan para ahli ibadah mengamalkan wirid khaujakan secara beramai ramai di masjid Jamek Muar tiap tiap malam Jumaat dari jam 12 malam hingga subuh.Pada mulanya ia disertai oleh beberapa orang dan kemudiannya telah meningkat kepada 600 orang yang datang dari berbagai bagai daerah..Kumpulan wirid telah galakan di tubuhkan di daerah daerah bagi memudahkan orang ramai menjalankan amalan ibadah ini di masjid dan surau di tempat dan daerah masing masing.Pada penghujung tahun 1969 ahli ahli wirid khaujakan telah meningkat kepada ribuan orang dan perlu di tadbirkan dengan berkesan supaya perkumpulan menjalankan wirid di lihat bebas dari fitnah maka Tuan Guru Hj Othman Azhari mengambil keputusan dan juga atas nasihat ahli wirid mendaftar secara sah dengan pendaftar pertubuhan di Johor. Maka urusan pendaftaran pun diusahakan dan pada 2 November 1971 kumpulan ini didaftarkan di bawah undang undang pertubuhan negeri Johor dengan nama Badan Kebajikan Jemaah Khaujakan Johor dengan No.Pendaftaran 473 ( Johor ).

Tuan Guru Hj Othman Azhari telah menyusun beberapa buah buku risalah wirid Khaujakan dan beberapa buah buku bagi memudahkan ahli ahli pertubuhan untuk membuat amalan wirid dan rujukan bacaan.

Tuan Guru Hj Othman Azhari selaku Yang DiPertua di pertubuhan telah memimpin ahli ahli nya menjalankan aktibiti aktibiti ibadah dengan berkesan dimana di satu ketika jumlah ahlinya mencecah lebih 20,000 orang.Setelah memimpin pertubuhan ini selama 24 tahun Tuan Guru Hj Othman Azhari telah uzur dan beliau telah menyerahkan pimpinan pertubuhan ini kepada timbalannya.Pada tanggal 23 haribulan Jun 1995 beliau telah wafat pada usianya 80 tahun dan di kebumikan di tanah perkuburan Batu 2 Jalan Bakri, Muar Johor.


Buku Amalan Wirid Khaujakan dan huraian beserta terjemahan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jata Johor

Jata Johor

youtube

Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan
'Nugrahkan Dia segala kehormatan

Sehat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami

Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan