Asal perkataan Khaujakan
Perkataan Khaujakan adalah diambil daripada perkataan Farsi
dalam bentuk jamak (plural), dan mufradnya (tunggalnya) ‘al khawajihu’ yang
membawa maksud dalam bahasa Arab al-Syaikh dan dalam bahasa Melayu boleh
dimaknakan dengan Sheikh Tasauf atau Guru.Tasauf. Dinamakan Khatam Khaujakan
kerana Guru Tasauf apabila berhimpun dengan murid-muridnya dan bercadang hendak
keluar dari majlis itu, mereka sudahi majlis itu dengan membaca zikir-zikirnya
dengan adab-adab dan kaifiatnya.
Mengenali Wirid Khaujakan
Wirid Khaujakan adalah merupakan satu ibadah yang diamalkan
oleh ahli ahli Khaujakan. Wirid Khaujakan telah disusun oleh pegasasnya dengan
lengkap menurut peraturan dan disiplin berwirid.mengandungi ayat-ayat
Al-Qur’an, Zikir dan Selawat atas Nabi, Asma’ ul Husna dan Doa Doa pilihan yang
amat mustajab.Adalah tujuannya utamanya ibadah wirid ini ialah untuk
pembangunan kerohanian insan bagi mendekatkan diri kepada Allah (SWT) serta
memohon kerahmatan dan keredhaanNya.di dunia dan akhirat. Wirid Khaujakan
adalah antara amalan amalan yang terdapat di dalam Tarikat Naqshabandiah.
Wirid Khaujakan amalan para solihin sejak di zaman
silam
Wirid Khaujakan telah dikenali oleh masyarakat Islam pada
zaman Sultan aulia’ as-Syaikh Abdul Kadir Jailani dan as-Syaid Muhammad Haqqi
An-Nazali kira-kira lebih 1000 tahun yang lalu dan seterusnya di amalkan oleh
masyarakat Islam hingga ke hari ini.
Wirid Khaujakan mula menjadi amalan umat Islam di Malaysia
atau Malaya ketika itu pada awal tahun empat puluhan (1940-han), khususnya di
negeri Johor.
Wirid ini telah perkenalkan ke Tanah Melayu oleh Allahyarham
Kiayi Haji Fadhil bin Abu Bakar Al Bantani Nama Bantan atau Banten ialah sebuat
tempat (daerah) di Jawa Barat, Indonesia. Setelah sekian lama menetap di
Makkah. Beliau telah berhijrah ke Jawi atau Tanah Melayu pada tahun 1915 dan
menetap di Lenga, Muar, Johor. Semasa menetap di Lenga beliau menubuhkan
beberapa kumpulan bagi mengamalkan wirid khaujakan dari kalangan ahli-ahlinya
qariahnya dan juga mereka yang datang dari daerah Muar dan sekitarnya.
Semasa peperangan dunia kedua (1939-1940) Tanah Melayu
diserang oleh tentera Jepun. Keadaan seluruh negara huru hara dan tidak
selamat. Sultan Johor ketika itu DYMM Sultan Ibrahim ibnu Sultan Abu Bakar, menitahkan
Kiayi Haji Fadhil Banten tinggal di istana dan beribadah dan berdoa pada Allah
(SWT) memohon keselamatan dan perlindungan Baginda Sultan serta keluarganya dan
seluruh rakyat negeri Johor. Ketika itu keadaan yang huru hara akhirnya menjadi
selamat dan tenang Dengan peristiwa ini wirid khaujakan tersebar luas dan
diamalkan di seluruh pelusuk negeri Johor, lebih-lebih lagi ketika kegiatan
komunis bermaharajalela yang telah membunuh ramai orang Melayu iaitu sebaik
sahaja Jepun menyerah kalah.
Semenjak itu wirid Khaujakan menjadi amalan umat Islam di
negeri Johor dan terus berkembang hingga ke hari ini.
Penubuhan Badan Kebajikan Jemaah Khaujakan Johor
Kumpulan wirid Khaujakan telah berkembang di seluruh negeri
Johor. Pemimpin dan ahli-ahli wirid khaujakan merasakan sampai masanya kumpulan
ini bergiat secara sah dan rasmi dan mendapat pengiktirafan oleh pihak-pihak
yang berkenaan. Maka permohonan telah dimajukan kepada Pendaftar Pertubuhan dan
telah didaftarkan pada 8hb November, 1971, bilangan pendaftarannya 473 (Johor)
sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai ‘Badan
Kebajikan Jemaah Khaujakan Johor’ atau ringkasnya ‘Khaujakan’.
Fadhilat mengamalakan wirid Khaujakan.
Tujuan utama mengamalkan wirid khaujakan adalah memohon dan
mencari keredhaan dan kasih sayang dari Allah S.W.T. serta mendekatkan diri
dengan Allah S.W.T.
Disamping itu wirid Khaujakan mempunyai fadhilat atau
kelebihan yang terbukti keberkesanannya antaranya yang dapat dinyatakan seperti
berikut:-
a. Satu amalan yang mustajab supaya hajat dimakbulkan Allah
s.w.t.
b. Untuk menjauhkan bala’ dan waba’ dan malapetaka daripada
menimpa diri, keluarga, masyarakat dan Negara kita.
c. Untuk menjauhkan gangguan syaitan dan makhluk halus.
d. Boleh menjadi satu cara untuk mengubati orang sakit dan
menjadi penerang hati kepada orang/anak yang sedang belajar.
e. Untuk pelbagai tujuan atau maksud yang baik
YDP Khaujakan Johor, Ustaz Ahmad Tunggal
Credit kepada Badan Kebajikan Jemaah Khaujakan Johor
No comments:
Post a Comment