assalamualaikum

atas

Anak Melayu Bugis@Facebook

bubble

Cursors

Proton Logo

Title blog bergerak

Monday, July 4, 2016

NUKILAN BEIJING BAHAGIAN 2 (PART 2)

NUKILAN BEIJING BAHAGIAN 2 (PART 2)

Entri post sebelumnya KLIK SINI part 1.



HARI KEDUA: 28 JUN 2016 - SELASA (TIBA DI BEIJING)

Tepat jam 1.30 pagi (waktu Malaysia sama dengan waktu China) penulis sekeluarga selamat mendarat di lapangan terbang Terminal 2 Capital Beijing dengan suhu 21˚C (musim panas). Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing mengambil masa lebih kurang 6 jam penerbangan.

PENGALAMAN BERPUASA MENYAMBUT RAMADAN DI BEIJING

Untuk pengetahuan pembaca, hanya waktu jam di China sahaja yang sama dengan Malaysia, tetapi waktu berpuasa sangat berbeza. Memandangkan Ramadan kali ini di China terkena pada musim panas (waktu siang lebih panjang), waktu subuh pada jam 3.10 pagi dan waktu maghrib di sini ialah pada jam 7.48 malam. Siang yang panjang tambah pula suhu yang agak panas. Beza panas di sini dengan di Malaysia ialah di sini panas kering dan di Malaysia panas lembab.

Setibanya di lapangan terbang, penulis sekeluarga menunggu adik penulis. Kami sempat bersahur di dalam van semasa dalam perjalanan ke tempat penginapan (beli makanan siap-siap di KLIA 2). Memandangkan masa perjalanan dari lapangan terbang ke tempat penginapan lebih kurang 40 minit. Tempat penginapan kami di hotel Home Inn di Haidian District, Beijing berdekatan dengan kampus adik penulis belajar (Beijing Language and Culture University).

TIANANMEN (FORBIDEN CITY)

Pagi itu, penulis sekeluarga memulakan destinasi pertama ke Tiananmen dengan menaiki van sewa. Cuaca pada pagi itu lebih kurang 17˚C (cuaca mendung dan nak hujan). Merasa juga lah cuaca sejuk ala-ala di Genting Highland pada waktu malam. Sama seperti Putrajaya di Malaysia pusat pentadbiran negara, di Tiananmen juga sama. Di sini menempatkan pusat pentadbiran & pemerintahan China. Rata-rata yang berkunjung ke sini ramai rakyat China sendiri. ‘Forbiden City’ atau kota larangan merupakan kawasan yang besar menempatkan kota-kota lama pemerintahan China, bangunan-bangunan lama dinasti-dinasti terdahulu dan tempat bersemadinya Mhou Zhi Thong (pengasas Komunis).

Berhadapan Forbiden City

Bergambar kenangan di depan Forbiden City

Dataran Tiananmen

Dataran Tiananmen

Cuaca sejuk dan hujan gerimis

Penulis bergambar di Tiananmen


QIANMEN STREET

Dari Tiananmen, kami terus pergi ke Qianmen Street dengan  berjalan kaki. Jarak pun tidaklah jauh sangat. Tambah pula cuaca yang sejuk amat dengan hujan gerimis. Boleh Baca entri lepas untuk butiran lanjut mengenai Qianmen Street. Tiada apa-apa perubahan di sini sejak penulis berkunjung ke sini beberapa tahun lepas. Kami pun tidak berjalan ke seluruh Qianmen Street kerana cuaca yang tidak mengizinkan dan tiada apa-apa yang menarik disini (banyak kedai makan – sedang berpuasa). RUJUK entri lepas KEMBARA KE TANAH BESAR CHINA - PART 4 

Berjalan kaki menuju ke Qianmen Street

Stesen Subway Qianmen 

Pintu masuk Qianmen Street

Bergambar di depan Qianmen Street

Menunggu van sewa di pintu belakang Qianmen Street


SUMMER PALACE

Seterusnya, kami berkunjung ke Summer Palace sebuah istana lama berada di tasik yang cukup indah sekali. Kami menaiki van sewa dari Qianmen Street memandangkan jaraknya tidaklah terlalu dekat. Apa yang menariknya di sini ialah sebuah tasik yang cukup indah dengan istana lama yang tersergam indah di atas bukit di sini. Rata-rata ramai pelancong dari China sendiri di sini. Summer Palace mempunyai ceritanya tersendiri. Kami hanya berjalan di sekitar tasik sahaja, tidak mendaki bukit untuk melihat sendiri istana lama secara dekat.

Jalan-jalan di SUmmer Palace

Pintu masuk Summer Palace

Kaunter bayaran masuk Summer Palace

Pintu masuk Summer Palace

Peta di dalam Summer Palace

Perkhidmatan bot di tasik di sediakan

Bergambar di tasik Summer Palace

Summer Palace

Tasik di Summer Palace

Keunikan pokok di sini, berceloreng askar

Bot menyusuri tasik di sini


ANHEQIAO MOSQUE

Berdekatan dengan Summer Palace terletaknya sebuah masjid. Memandangkan sudah masuk waktu Zohor di sini (Zohor 12.30 pm dan Asar 5.30 pm). Kami ke sini dengan menaiki van sewa. Masuk sahaja di pintu masuk masjid, kami di sapa oleh noja (penjaga masjid) di sini. Tidak ada beza dengan masjid-masjid lain di China, rekabentuknya memang sama.

Pintu masuk Masjid Anheqiao


Setelah menunaikan solat Zohor dan Asar (Jama’ Ta’hir), bapa penulis berhajat untuk menemuramah imam masjid di sini dengan bantuan jurubahasa (adik penulis) memandangkan penduduk di sini tidak fasih berbahasa selain daripada bahasa Mandarin. Kami sempat bertanyakan penerimaan penduduk di sini dengan Islam dan lain-lain.

Ruang solat masjid di sini


BERBUKA PUASA (WESTERN MAHOUA)

Keinginan kami sekeluarga merasa makanan China di sini, adik penulis membawa kami ke sebuah restoran halal makanan China iaitu Western Mahoua. Restoran ini berdekatan dengan universiti tempat pengajian adik penulis. Kami tiba di sini awal sekitar 6.00 petang, walhal waktu berbuka ialah pada jam 7.48 malam.

Gerai jual buah peach segar berhadapan Western Mahuoa


Juadah berbuka puasa

Menunggu waktu berbuka puasa

Juadah berbuka puasa, masakan china

Alhamdulillah, selepas berbuka puasa, kami bergerak pulang ke tempat penginapan dengan menaiki van sewa. Esok merupakan hari majlis konvokesyen adik penulis di BLCU.

Entri seterusnya, KLIK SINI 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jata Johor

Jata Johor

youtube

Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan
'Nugrahkan Dia segala kehormatan

Sehat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami

Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan