NUKILAN BEIJING
BAHAGIAN 2 (PART 5)
HARI KELIMA: 1 JULAI 2016 - JUMAAT (HARI TERAKHIR DI BEIJING)
Alhamdulillah, sudah hari terakhir di Beijing, China. Hari terakhir di
Beijing kebiasaannya para pelancong akan membeli belah untuk membeli buah
tangan untuk di bawa balik ke Malaysia. Kami merancang membeli belah di Pearl
Market dan berkunjung ke pekan majoritinya Islam iaitu di Nuijie.
PEARL MARKET
(HONGQIAO)
Pagi itu, penulis sekeluarga bertolak menuju ke Hongqiao (Pearl Market)
dengan menaiki van sewa. ‘Shopping’ sakan di sini gamaknya. Rancang beli baju
raya sekali dan buah tangan untuk di bawa pulang ke Malaysia. Tak perlu lah
penulis cerita lebih lanjut apa yang ada di sini. Boleh RUJUK entri post yang lalu: KEMBARA KE TANAH BESAR CHINA - PART 7. Di sini terdapatnya jualan
barang elektronik, cenderahati, pakaian, mutiara, batu jed dan lain-lain.
Antara cenderamata yang di jual di sini
Borong bag tangan
Tingkat ini hanya menempatkan jualan mutiara
Mutiara China mengikut gred
Tips untuk pelancong ke sini ialah kena pandai membezakan harga di
Malaysia dan di sini. Di sebabkan matawang China lebih rendah daripada
Malaysia, berfikir dengan bijak barang-barang di sini jauh lebih murah. Ada
yang berkualiti dan ada juga yang kurang kualiti. Pelancong Malaysia memang terkenal
dengan tawar-menawar. Pastikan kita membeli sesuatu barang tersebut setelah
kita sudah melakukan urusan tawar menawar harga atau bertanyakan harga. Jika
tidak, peniaga di sini pasti akan berang dan ada yang memaki dengan selamba. Di
sini kuasa membeli adalah daripada pembeli sendiri. Kita letak harga, walaupun peniaga
yang letakkan harga yang tidak masuk akal pada awalnya. Elak di tipu, itu
sahaja nasihat penulis.
Mungkin terlalu penat menunggu
NUIJIE (PEKAN ISLAM)
Seterusnya, setelah lebih kurang 4-5 jam kami sekeluarga ber’shopping’
sakan di Pearl Market. Kami sekeluarga berkunjung ke pekan yang majoritinya
Islam. Destinasi pertama kami ke pekan ini ialah menunaikan solat Zohor dan Asar (Jama’ Ta’hir) di masjid tertua di Beijing iaitu Masjid Nuijie.
Bergambar dengan penduduk tempatan di sini
Bergambar kenangan di hadapan masjid Nuijie
Ruang solat Masjid Nuijie
Dewan solat
Jam matahari
Dua makam imam terdahulu
Alhamdulillah, ada sedikit perubahan di masjid ini. Ruang wudu’ dan
tandas juga di tambah. Di belakang masjid ini terdapat dua makam imam terdahulu
(di percayai tenaga pengajar dan pengasas masjid ini).
Setelah selesai solat, kami menuju ke market Islam. Di sini ada menjual
makanan halal. Boleh dikatakan ianya sebuah syurga makanan halal. Harga makanan
di sini juga berpatutan. Daripada makanan basah sehinggalah makanan ringan ada
di jual di sini.
***********************************************************************
BERBUKA PUASA (KHAN
BABA RESTAURANT)
Rindukan masakan Arab? Ya, di Beijing juga ada restoran makanan Arab,
sama seperti di Malaysia. Di restoran Khan Baba terletak sama bangunan dengan
tempat kami menginap. Hidangan di restoran ini secara buffet. Harga untuk
seorang lebih kurang RM40. Memang mahal, tapi agak berbaloi. Lagi-lagi waktu
perut tengah lapar.
Berbuka puasa makanan arab pakistan
Pelbagai lauk pauk di sediakan di sini. Majoriti yang makan di sini pun
ramai orang dari timur tengah. Selepas berbuka puasa, kami bersiap untuk pulang
ke Malaysia. Flight pada jam 2.15 pagi.
HARI KEENAM: 2 JULAI 2016 - SABTU (BERTOLAK PULANG KE
TANAHAIR)
Malam itu, jam 10 malam van sewa sudah menunggu kami di perkarangan
tempat penginapan kami. Barang-barang semua siap di kemas. Suasana suram
meninggalkan kota Beijing yang menyimpan 1001 kenangan.
Setibanya di lapangan terbang Terminal 2 Capital Beijing, terihat ramai
orang beratur masuk ke kaunter kastam. Ramai juga pelajar Malaysia dari
universiti lain untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Ternyata mereka
semua tidak sabar untuk pulang berhari raya.
Letih menunggu sehingga gate di buka
Untuk pengetahuan pembaca, pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang
China memang sangat ketat. Jangan terkejut. Penulis sarankan, jika ada barangan
terlarang eloklah di buang atau di tunjukkan kepada pegawai pemeriksa.
Pemeriksaan adalah seperti berikut:
1.
Pemeriksaan kastam China (Hanya tunjukkan passport)
2.
Pemeriksaan Imigresen (Clearance, tunjuk passport dan kad
perlepasan)
3.
Pemeriksaan keselamatan barangan (barangan terlarang
perlu di keluarkan, power bank dan bateri telefon bimbit perlu di keluarkan
dari dalam bagasi untuk mengelakkan di periksa berulang kali)
4.
Pemeriksaan keselamatan diri (pemeriksaan badan,
keluarkan semua peralatan di dalam pakaian, alat pengesan begitu sensitif
dengan logam dan lain-lain)
Penerbangan D7317 Air Asia X bertolak pada jam 2.15 pagi dan tiba awal
di KLIA 2 pada jam 8.05 pagi. Alhamdulillah, sempat bersahur di dalam flight
dan tidur nyenyak selepas solat subuh.
-TAMMAT-
Nukilan Beijing Bhg. 2
Mohamad Shahid Bin Suhaimi
1:32AM JULY, 5 2016
-TAMMAT-
Nukilan Beijing Bhg. 2
Mohamad Shahid Bin Suhaimi
1:32AM JULY, 5 2016