assalamualaikum

atas

Anak Melayu Bugis@Facebook

bubble

Cursors

Proton Logo

Title blog bergerak

Monday, December 26, 2011

Banjir Segamat, Disember 2011

-Banjir Segamat, Disember 2011-

                                              Gambar: Banjir di Segamat awal tahun 2011

Musim tengkujuh melanda lagi. Apabila tibanya musim tengkujuh pasti akan berkaitnya dengan banjir. Sebelum ini juga penulis pernah berkongsi entri mengenai banjir iaitu ‘Persediaan Menghadapi Bah’. Banjir yang pada awalnya melanda Bangkok, Thailand kemudiannya ke Kelantan, seterusnya ke Terengganu dan Pahang. Kini Johor tidak ketinggalan menghadapi bencana alam ini.

                                               Gambar: Dari Akhbar, banjir di Segamat awal tahun 2011 yang lalu

Banjir di Johor misalnya, daerah Segamat mempunyai ranking tertinggi bencana banjir dan pusat pemindahan mangsa banjir yang kian bertambah. Daerah Segamat merupakan kawasan yang bertanah rendah dan mudah untuk banjir. Sudah menjadi satu kemestian, sungai yang terdapat di Bandar Segamat ialah Sungai Muar. Kebiasaannya, banjir akan melanda daerah Segamat sebelum air yang mengalir di Sungai Muar menghala ke hulu daerah Muar dan melimpah dan seterusnya menyebabkan berlakunya banjir seperti yang terjadi di Bukit Kepong, Muar (rumah penulis), Lenga dan Pagoh.  Tambahan pula, air sungai Muar di belakang rumah penulis sudah melimpah yang membuatkan penduduk sekitar tidak senang duduk yang sentiasa melihat kedudukan paras air yang kian meningkat.

                                               Gambar: Merah-Kedudukan bandar Muar, Biru-Kedudukan bandar Segamat

Kedudukan Bandar Muar di muara sungai dan laut Selat Melaka menyebabkan Bandar Muar tidak mudah banjir berbanding di kawasan-kawasan hulu Sungai Muar. Walau apa pun segala bencana yang berlaku ini seperti banjir semuanya kuasa daripada tuhan Yang Maha Berkuasa. Ia merupakan satu peringatan kepada manusia supaya sentiasa beringat kepada Allah S.W.T dengan ujian yang mendatang.

                                                  Gambar: Banjir di Labis awal tahun 2011 yang lalu

Penulis sempat merakam video banjir yang berlaku di sekitar Pogoh, Segamat dan sempat meng’upload’ video tersebut di youtube. Kampung halaman penulis berdekatan dengan Bandar Segamat, jadi tidak hairanlah dengan kehadiran banjir.


Video: Penulis merakamnya sewaktu pulang daripada bandar Segamat untuk membeli tiket bas pulang ke Kuala Lumpur. Rakaman sekitar Jalan Pagoh, Segamat - Bukit Kepong jam 6.30 petang, 25 Disember 2011

Duit Baru Ringgit Malaysia

-Duit Baru Ringgit Malaysia-



Entri kali ini penulis ingin berkongsi sedikit gambar duit baru Ringgit Malaysia. Menurut sumber, duit baru ini akan mula di gunakan pada pertengahan tahun depan, tahun 2012. Duit Ringgit Malaysia merangkumi not RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100 ini kelihatan begitu menarik dengan warnanya dan rekaannya. Apa yang menariknya kembalinya not RM20. 


Seingat penulis, sebelum ini sekeping wang RM20 pernah di gunakan. Duit syiling juga berwajah baru sama dengan wang kertas Ringgit Malaysia..Jadi, cepat-cepatlah simpan dan kumpul wang kertas dan syiling sekarang untuk di jadikan koleksi dan muzium anda sendiri.


                                               Gambar: Wang kertas baru RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100


                                              Gambar: Wang kertas RM20



Saturday, December 24, 2011

Ujian Mengesan Jin Dalam Badan



Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.

Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita? Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..

Langkah 1
Play RUQYAH SYARIAH di bawah ini dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.


Langkah 2
Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

Langkah 3
Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN


Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk. Di bawah ini ada sebuah video khas penerangan oleh ustaz Sharhan Shafie tentang cara-cara mengetahui adakah kita mewarisi saka.



SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.
Apa Itu Santau? Artikel tentang Santau boleh di baca di sini: Santau Itu Sihir!



Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

Credit to: http://zakizakirin.wordpress.com

PULAU PANGKOR: DESTINASI PERCUTIAN PILIHAN

- PULAU PANGKOR: Destinasi Percutian Pilihan -



RASANYA sudah lama penulis tidak meng’update’ Anak Melayu Bugis. Kekangan masa dan penulis yang masih menuntut menyebabkan penulis berhenti seketika untuk berkongsi entri, tambahan lagi penulis yang sudah berada di semester terakhir. Entri kali ini penulis ingin berkongsi cerita mengenai trip penulis dan rakan-rakan seperjuangan ke Pulau Pangkor, Perak.

                                          Gambar: Pesta Hari Terbuka Kediaman Siswa Jaya (TEMMASYA'11)

Program yang di beri nama KEMBARA’11 anjuran Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa (JKM) Kediaman Siswa Jaya, Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur adalah program yang di sertai krew kanan semasa Pesta Hari Terbuka Kediaman Siswa Jaya (TEMMASYA’11) yang lalu. Ia sebagai membalas jasa kepada krew yang bertungkus lumus menjayakan pesta hari terbuka kata Pengarah TEMMASYA’11, Wan Mohd Idham Mahdi.

                                                 Gambar: Bazar Lumut

Tanggal 16 Disember 2011, kami memulakan perjalanan daripada Kediaman Siswa Jaya, UTMic KL pada jam 11.30 malam bertolak ke Lumut, Perak dengan menaiki bas UTM. Memang awal kami bertolak ke Lumut sedangkan feri pada jam 9.00 pagi keesokan harinya. Perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Lumut lebih kurang 4 jam dengan melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menuju ke persimpangan Sungkai dan seterusnya ke Lumut. Lebih kurang jam 3.30 pagi kami sampai ke jeti Lumut, Perak. Masa terluang sebelum waktu Subuh kami tidur di dalam bas, penulis sempat meronda-ronda sekeliling jeti Lumut dan menge’teh di kedai mamak berhampiran sementara menunggu azan Subuh berkumandang.

                                             Gambar: Jeti Lumut, Perak

                                             Gambar: Sekitar Jeti Lumut, Perak

                                               Gambar: Wajah keriangan di Jeti Lumut

Jam 9.00 pagi, kami yang diiringi 2 pemandu bas UTM dan pembantu felo bersiap sedia untuk menaiki feri. Tiket feri adalah untuk perjalanan pergi dan balik. Perjalanan daripada jeti Lumut ke jeti Pangkor mengambil masa lebih kurang hanya setengah jam sahaja. Dari dalam feri terlihat pengkalan TLDM di Lumut dan tempat menyelenggara kapal-kapal laut. Terpegun penulis melihat panorama pulau-pulau kecil berhampiran Lumut dan Pulau Pangkor.

                                                Gambar: Pengkalan TLDM, Lumut dari dalam feri

                                              Gambar: Jeti Lumut, Perak

                                             Gambar: Lumut, Perak

Akhirnya, kami sampai di Pulau Pangkor. Pertama kalinya penulis menjejakkan kaki ke Pulau Pangkor.  Sama seperti di Pulau Langkawi, teksi di sana adalah sebuah van! Teksi van di Pulau Pangkor berwarna merah jambu berbanding teksi van di Pulau Langkawi berwarna biru. Dengan menaiki teksi, kami terus menuju ke tempat penginapan di Raudhah Camp di Teluk Batik, Pangkor. Tempat penginapan kami agak jauh daripada persisiran pantai. Penulis sarankan kepada sesiapa yang hendak berkunjung ke sini, bolehlah menyewa basikal atau motorsikal untuk senang ke sana dan ke mari. Tak da lah penat berjalan kaki nanti nak pusing-pusing pulau.
                                                  
                                             Gambar: Jeti Pulau Pangkor

                                                Gambar: Jeti Pulau Pangkor

Makanan pagi, tengahari dan malam di sediakan pihak pengurusan Raudhah Camp. Jadi tidak susahlah kami mencari makanan, tambahan lagi makanan  yang di jual di sana mahal-mahal belaka. Pemandu bas yang juga staf UTM menasihati agar jangan membeli makanan-makanan hasil laut di Pulau Pangkor, sebaiknya beli di Lumut.

                                             Gambar: Kem Raudhah

Aktiviti pertama kami bermula dengan ‘jungle trekking’  di Hutan Simpan Sungai Pinang selepas makan tengahari dan solat Zohor dan Asar (jama’ takdim). Kami memulakan perjalanan dengan sedikit taklimat penunjuk arah oleh En. Syawal. Pengembaraan kami menyusuri hutan simpan Sungai Pinang pun bermula. Trek yang pada awal kurang mencabar dan semakin mencabar di tambah lagi amaran penunjuk arah mengenai banyak pacat di kawasan itu.

                                              Gambar: Melalui trek

Gambar: Hutan Simpan Sungai Pinang

                                                Gambar: Mengharungi rintangan trek

Setelah lebih kurang 2 jam menempuh segala rintangan trek di Hutan Simpan Sungai Pinang, kami terus menuju ke pantai Teluk Batik untuk aktiviti seterusnya. Banyak pakej permainan pantai yang di sediakan di pantai tersebut. Antaranya Banana Boat, Kayak, Jet ski, Snorkeling dan lain-lain. Penulis sempat mencuba apa yang di panggil Snorkeling. Pengunjung yang ingin mencuba permainan snorkeling ini di bawa ke pulau kecil seberang dengan menaiki bot. Di pulau kecil pengunjung di tinggalkan untuk mencuba aktiviti snorkeling di sana. Jika pengunjung bernasib baik, pengunjung dapat melihat ikan-ikan di dasar laut yang cantik dan berpeluang melihat sendiri timun laut.

                                                Gambar: Pantai Teluk Batik

                                               Gambar: Bersiap sedia snorkeling

                                             Gambar: Pantai Teluk Batik

                                               Gambar: Pantai Teluk Batik

Kami terus pulang ke tempat penginapan selepas aktiviti snorkeling, memandangkan sudah masuk waktu Maghrib. Waktu malam ialah aktiviti bebas bagi kami. Penulis dan beberapa rakan mengambil peluang ‘round’ sekeliling pantai Teluk Batik pada waktu malam dengan menaiki basikal yang di sewa. Siang hari Pantai Teluk Batik di penuhi pengunjung untuk bermandi manda dan mencuba aktiviti air, manakala malam hari pula pengunjung tertumpu ke kedai-kedai cenderamata yang menjual baju dan lain-lain. Ada juga yang berbaque di tepi pantai.  

                                                  Gambar: Bersiap sedia untuk pulang

                                             Gambar: Di kolam inilah terdapatnya ikan 'Naga' yang besar


                                                           Gambar: Mereka yang bergembira

                                                Gambar: Replika Tembok Besar China

                                               Gambar: Penulis bergambar di replika Tembok Besar China

Hari terakhir di Pulau Pangkor, kami mengambil peluang bermandi manda dan mencuba lebih banyak aktiviti sukan air. Ada juga yang tidur termasuk penulis sebelum kami bertolak pulang selepas solat Zohor. Selepas solat Zohor dan makan tengahari, kami bersiap sedia untuk aktiviti yang terakhir iaitu ‘Island Tour’ dan terus berangkat pulang. Kami sempat singgah di kilang memproses makanan daripada hasil laut seperti ikan, sotong dan lain-lain. Seterusnya kami menuju ke tempat adanya replika ‘Tembok Besar China’. Di sana kami membeli sedikit cenderamata. Apa yang menariknya di sana, kami berpeluang melihat ikan ‘Naga’ yang bersaiz besar yang menarik perhatian pengunjung yang melihatnya.

                                                          Gambar: Kilang memproses makanan hasil laut

                                                             Gambar: Island Tour Pulau Pangkor

                                                Gambar: Jeti Pulau Pangkor yang sesak pengunjung yang ingin pulang

Kami menuju ke jeti Pulau Pangkor dan meninggalkan Pulau Pangkor dengan 1001 kenangan dan pengalaman yang pastinya di ingati sampai bila-bila. Setibanya di Lumut, kami membeli makanan berunsurkan ikan dan terus menuju ke Teluk Intan untuk makan malam sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

Thursday, December 8, 2011

Larangan Meminang Wanita Yang Telah Bertunang

-Larangan Meminang Wanita Yang Telah Bertunang-




Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminang merupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan. Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja.


                                                         Sekadar Gambar Hiasan



i- Hadis Rasulullah berkenaan kebenaran untuk merisik(melihat tunang) dan meminang:

“Daripada Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: “Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak (kata lelaki itu kepada Rasulullah). Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan.” (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)

                                                       Sekadar Gambar Hiasan

ii- Hadis Rasulullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang:

“Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia (membuat ketetapan untuk) memutuskannya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim (Asy-Syaikhan)


Sudah terang lagi bersuluh Rasulullah sudah bersabda berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang. Situasi ini dapat kita lihat pada zaman sekarang yang mana wanita sudah bersuami pun ada yang kena ‘mengorat’ akhirnya kecundang. Kes yang sudah bertunang pun sama, bertunang sudah lama ada yang hingga 5 tahun akhirnya tidak kesampaian menjadi suami isteri di sebabkan ORANG KETIGA. Tapi sejauh mana kebenaran kes penceraian di Negara ini di sebabkan adanya orang ketiga? Salah siapa? Si lelaki yang suka ambil kesempatan walhal sudah tahu si perempuannya sudah berpunya? Atau si perempuan yang memang ada sikap cepat bosan dengan pasangannya, yang gemar bertukar-tukar pasangan..MasyaAllah, minta-minta dijauhkan.

                  Mengapa perempuan bertudung pink ini di tangkap? Baca Entri: Suami orang, isteri orang di cekup

                                       Gambar: Lagi kes isteri orang di cekup dengan 'kekasih gelap'

Sudah terang lagi bersuluh Rasulullah sudah bersabda berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang. Situasi ini dapat kita lihat pada zaman sekarang yang mana wanita sudah bersuami pun ada yang kena ‘mengorat’ akhirnya kecundang. Kes yang sudah bertunang pun sama, bertunang sudah lama ada yang hingga 5 tahun akhirnya tidak kesampaian menjadi suami isteri di sebabkan ORANG KETIGA. Tapi sejauh mana kebenaran kes penceraian di Negara ini di sebabkan adanya orang ketiga? Salah siapa? Si lelaki yang suka ambil kesempatan walhal sudah tahu si perempuannya sudah berpunya? Atau si perempuan yang memang ada sikap cepat bosan dengan pasangannya, yang gemar bertukar-tukar pasangan..MasyaAllah, minta-minta dijauhkan.

                                                            Sekadar Gambar Hiasan

Selain itu, dalam adat Melayu adanya merisik dan bertunang. Ia sama erti dengan mengenal pasangan sebelum berkahwin. Melihat bakal suami atau bakal isteri adalah sunat supaya perkahwinan terjamin berkekalan.

p/s: Entri ini hanyalah pendapat penulis, info untuk di kongsikan. Tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu atau pihak. Sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Credit to: duniacacamarbaohsyok

Air Terjun Sg Lepoh...Sesuai Bagi Para Pendaki.

-Air Terjun Sg Lepoh, Hulu Langat...Sesuai Bagi Para Pendaki.-




TANGGAL 4 Disember 2011, penulis berkesempatan pergi ke program anjuran Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur (PMIUTMKL) di Idaman Nurani Camp and Training Center, Hulu Langat Selangor. Program yang di beri nama Ekspedisi Mahasiswa’11 mendapat sambutan yang amat menggalakkan oleh mahasiswa yang terdiri daripada kebanyakan jurusan di UTM International Campus Kuala Lumpur. Program ini di adakan dari 4-6 Disember yang lalu. Program ini sememangnya dapat membentuk akhlak dan sahsiah setiap peserta sama ada dari fizikal dan mental di samping pengisian rohani.

                                                     Gambar: Poster Ekspedisi Mahasiswa'11

Idaman Nurani Camp and Training Center, Hulu Langat terletak di Pangsun Hulu Langat. Jika hendak ke sini, sila ambil jalan Hulu Langat hingga ke Pekan Batu 18. Penulis bertolak daripada kediaman di Setapak Kuala Lumpur, melalui Jalan Ampang menuju ke Ampang Jaya (Bukit Ampang). Bukit Ampang sememangnya terkenal dengan panorama melihat Bandaraya Kuala Lumpur daripada atas bukit. 

                                      Gambar: Idaman Nurani Kem and Training Center, Hulu Langat

Kebanyakan lokasi pengambaran filem di lakukan di Bukit Ampang. Seterusnya menuju ke persimpangan jalan Hulu Langat. Kemudian penulis meneruskan perjalanan ke Pangsun menghala ke Kawasan Rekreasi Sungai Congkak. Lebih kurang 500m dari persimpangan ke Sg. Congkak, ambil jalan kecil sebelah kiri. Penghujung jalan ini anda akan menjumpai Empangan Sg Pangsun dan kaki bukit Gunung Nuang.

                                             Gambar: Air terjun Sg. Lepoh (sumber: Google)

Hulu Langat sememangnya terkenal dengan sungai dan air terjun yang menarik ramai pengunjung daripada ibu kota. Setiap hujung minggu sahaja pasti Jalan Hulu Langat menjadi sesak kenderaan yang berpusu-pusu menuju ke kawasan rekreasi yang menjadi pilihan seperti Sg. Congkak , Air Terjun Gabai dan lain-lain. Bagi yang meminati aktiviti mendaki, pengunjung boleh melakukan pendakian di Gunung Nuang. Pangsun mempunyai air terjun yang cantik iaitu Air Terjun Sg Lepoh.  

Mendengar cerita terdapat air terjun yang begitu cantik di kawasan program yang penulis hadiri ini membuatkan penulis ingin melihat sendiri kecantikan keindahan alam ciptaan Allah S.W.T. Sahabat penulis yang juga mantan kepimpinan Persatuan Mahasiswa Islam juga ingin melihat apa yang di ceritakan. Penulis yang hanya berseluar ‘jeans’ dan berselipar memulakan pendakian yang pada awalnya tidak mengetahui rintangan yang bakal di lalui dan jarak perjalanan.

                                   Gambar: Idaman Nurani Kem and Training Center, Hulu Langat

Jarak perjalanan ke Air Terjun Sg. Lepoh lebih kurang 4km dan memakan masa 1 jam 15 minit. Peringkat awal trekking melalui kebun buah-buahan terutamanya durian. Penulis agak tanah rezab orang kampong teroka secara haram, wallahualam. Majoriti penduduk kampong ini terdiri daripada masyarakat orang Asli. Makin jauh memasuki hutan, baru terasa berada di dalam hutan sebenar dengan bunyi burung-burung hutan berkicauan, cengkerik menyanyi, deruan angin dan bunyi air terjun sayup kedengaran entah dari mana. 

Laluan trekking juga semakin mencabar selepas melepasi kebun buah-buahan. Kawasan curam dan melalui lereng-lereng bukit. Penulis dan sahabat-sahabat terpaksa berhati-hati melalui denai kerana struktur tanah yang licin. Tambahan pula penulis dan sahabat-sahabat yang terdiri daripada 6 orang semuanya, 4 lelaki dan 2 perempuan mendaki tanpa sebarang kelengkapan yang hanya berselipar dan tidak membawa bekalan keselamatan tanpa penunjuk arah.


                                                      Gambar: Penulis di Air terjun Sg Lepoh

Kerisauan dapat di hilangkan apabila terlihat ramai juga pendaki yang melakukan pendakian di sini. Sedang dalam perjalanan, selisih pula dengan kumpulan mahasiswa daripada UiTM Shah Alam yang terdiri kira-kira 70 orang termasuk penunjuk arah. 

                                              Gambar: Curam Air terjun Sg Lepoh

                                                 Gambar: Air terjun Sg Lepoh

                                                        Gambar: Panorama Air terjun Sg Lepoh

Akhirnya, penulis sampai di Air Terjun Sg. Lepoh yang di katakan cantik itu walaupun kecewa tidak sampai ke puncak kerana laluan yang sangat curam dan licin. Sekurang-kurangnya dapatlah penulis melihat air terjun yang di katakan cantik oleh penduduk setempat, Air Terjun Sg. Lepoh. Apa yang penting ialah kepuasan mendaki bukit yang begitu mencabar.

                                                           Gambar: Air terjun Sg Lepoh

                                                        Gambar: Sahabat penulis 

                                              Gambar: Sahabat penulis

Apa yang penulis tahu rupa-rupanya Air Terjun Sg Lepoh ini terdapat di dalam website Waterfall Of Malaysia yang diklafikasikan ‘moderate’ tahap kesukaran ke sini. Air Terjun Sg Lepoh ini boleh tahan tahap kecantikannya. Cuma terdengar cerita pengunjung yang pernah mendaki pada musim kemarau mengatakan tiada air yang mengalir di air terjun ini. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jata Johor

Jata Johor

youtube

Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan
'Nugrahkan Dia segala kehormatan

Sehat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami

Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan