Kisah yang Hangat
Ketika Ini Di Laman Facebook, Twitter, Blog
Kisah yang dikatakan benar dan seram tentang Villa Nabila
apabila 23 orang hilang 7 selamat lebih kurang jam 3.30 pg tadi 18 Nov 2013
benar-benar mengemparkan Malaysia khususnya rakyat Johor, pagi ini.
Pelbagai spekulasi dan berita telah tersiar di laman-laman sosial sehingga menimbulkan bermacam-macan tanda tanya.
Mengikut maklumat terbaru, segala berita yang tersebar tidak benar. Pihak polis menafikan dakwaan 23 orang hilang manakala 7 terselamat.

Hakikatnya pihak polis hanya menerima satu laporan sahaja mengenai seorang remaja lelaki hilang. Remaja yang hilang dikenali sebagai Mohd Izzat Izzudin Hussin yang berusia 16 tahun.
Ibu mangsa mengatakan kali terakhir dia melihat anaknya masuk ke perkarangan Villa Nabila yang telah terbiar lama ini tetapi tidak diketahui dengan siapa.
Namun berita 23 orang hilang disahkan palsu oleh wartawan
program 999 @Hazrey (Twitter) yang berada di lokasi. Banyak khabar angin dan
tokok tambah dari cerita versi asal. Yang hilang hanya seorang budak lelaki sahaja.
Ibu mangsa mengatakan kali terakhir dia melihat anaknya masuk ke perkarangan
Villa Nabila yang telah terbiar lama ini tetapi tidak diketahui dengan siapa.
Polis Sahkan Berita 23 Remaja Hilang Di
Villa Nabila Palsu
Kecoh dilaman sosial apabila 23 orang dilaporkan hilang daripada jumlah 30 orang. Manakala 7 lagi terselamat setelah memasuki Villa Nabila. Hakikatnya, pihak polis menerima satu saja laporan polis mengenai seorang remaja yang disahkan hilang di lokasi tersebut.
Sejak pagi lagi Villa Nabila dipenuhi oleh orang ramai berikutan tersebarkan khabar angin 23 remaja hilang di villa tersebut.

Ibu remaja berkenaan ada menghubungi rakan anaknya dan dimaklumkan remaja itu telah memasuki Villa Nabila. Usaha mencari remaja itu masih di jalankan di Villa Nabila berkenaan dan sama ada mangsa masuk dan hilang di dalamnya masih dalam siasatan polis.
p/s: Orang Melayu bab tokok tambah cerita
memang hebat. Sampai bilalah asyik percaya dengan benda tahyol nie. Percaya
Allah Maha Berkuasa itu lebih baik!
- Credit to goSsip RaKyaT