-KEMBARA KE TANAH BESAR CHINA (PART 7)-
Sambungan daripada PART 6
HARI KEENAM (22 APRIL 2014 - SELASA) : HARI TERAKHIR JELAJAH BEIJING
9:15AM (BEIJING BOTANICAL GARDEN) - Hari terakhir kami di Beijing. Agak rasa berat meninggalkan Beijing mungkin kami seronok di sini. Pagi ini, kami berhasrat untuk ke
taman botani Beijing yang di katakan saudara Izwan ada pokok
buah Peach berdasarkan daripada laman sesawang. Yang ada di taman botani Beijing hanyalah pokok-pokok bunga kerana sekarang ialah
musim bunga.
Tiket masuk ke Taman Botani Beijing
Dalam taman botani
Bunga Tulip Merah
Adik penulis ada kuliah pada waktu tu dan tidak dapat menemani kami ke sana.
Hanya driver van yang hanya berbahasa mandarin tersebut menghantar kami ke sana. Sepanjang perjalanan terlihat ladang buah
Strawberi. Taman botani tersebut terletak di Haidian juga. Sampai di sana, begitu ramai pengunjung sudah penuh di pintu masuk taman botani. Rata-rata pengunjung ialah pelajar sekolah di sini. Bayaran masuk yang di kenakan ialah
10 Yuan untuk dewasa dan pelajar ialah sebanyak
5 Yuan. Di sini tidak kelihatan langusung pelancong asing jadi kami bertiga kelihatan begitu asing sehingga
terngiang-ngiang perkataan 'Malaysia' daripada pengunjung tempatan di situ.
Bunga Tulip Putih
Bunga Tulip merah menyala
Bunga Tulip Merah Jambu
Di dalam taman botani, kelihatan banyak jenis pokok bunga yang cantik. Ia menjadi tempat jurugambar melempiaskan hobi masing-masing menangkap gambar dengan
'DSLR' di gantung di leher masing-masing. Kawasannya begitu luas untuk berjalan. Kami sempat ke taman
pokok bunga tulip sahaja. Di sini ada berbagai jenis pokok bunga termasuk
bunga ros tetapi bunga tulip juga yang nampak menarik. Berbagai-bagai jenis dan warna bunga tulip yang pastinya jika di lihat
seperti bunga plastik tapi ianya semulajadi!
Papan tanda ke taman-taman bunga
Bergambar kenangan di dalam Taman Botani Garden
Kami menghabiskan masa di sini sementara menunggu adik penulis habis kuliah dan
driver van menunggu kami di pintu masuk yang kami agak daripada gaya isyarat tangannya walaupun beliau bercakap mandarin yang sudah pasti kami memang tidak faham.
Bergambar di pintu masuk/keluar
Waktu urusan mengikut musim
Beratur membeli tiket
11:45AM (NUIJIE MUSLIM FOOD COURT) - Seterusnya kami menuju ke
Nuijie, sebuah kawasan orang Islam di Beijing selepas menjemput adik penulis dan rakannya di
BLACU. Di kawasan itu, sepanjang jalan penuh dengan kedai makanan halal Islam. Kami pergi ke sebuah
bangunan besar yang menempatkan gerai-gerai makanan halal di dalamnya.
Sekitar Nuijie
Jalanraya di Nuijie
Di tingkat bawah, terdapat gerai menjual kurma, manisan dan makanan ringan manakala di tingkat atas ialah
food court. Banyak gerai yang menjual makanan halal dengan
harga yang agak murah sedikit. Sebelum membeli makanan di situ, kami perlu menukar duit kepada kad di kaunter.
Mi Tarik
Nuijie Muslim Food Court
Jika membeli makanan di salah satu kedai, hanya berurusan dengan menggunakan kad itu.
Kad itu perlu di pulangkan kembali di kaunter dan nilai baki akan di pulangkan kembali dengan duit sesudah makan. Penulis hanya makan
mi tarik di situ kerana begitu teringin makan mi tarik original dari Beijing.
Seperti nasi campur
Pau
12:40PM (MASJID NUIJIE) - Masa untuk menunaikan solat Zohor. Kami menuju ke sebuah masjid berhampiran dengan Muslim Food Court. Bentuk masjid sama seperti sebuah tokong lama dan ianya
sama seperti di Tianjin, masjid kami lawati tempoh hari. Di pintu masuk masjid, terdapat ramai peminta sedekah yang pastinya penduduk di situ. Sememangnya orang Islam di Beijing di abaikan dari segi kebajikannya.
Ruang solat masjid
Di belakang masjid Nuijie
Di sebelah masjid
Selepas menunaikan solat, terlihat satu rombongan pelancong dari Malaysia dengan menaiki sebuah bas. Mungkin di bawah agensi pelancongan.
Bukan berfikiran negatif, tetapi memang sesetangah orang Malaysia lupa diri berada di negara orang dan sombong. Sepanjang lebih kurang seminggu kami di sini, belum pernah terserempak dengan pelancong dari Malaysia juga. Kami cuba menegur sekumpulan ahli rombongan tetapi seolah-olah tidak mengendahkan kami yang juga pelancong dari negara yang sama. Kami juga pelancong seperti mereka bukan peminta sedekah di jalanan!
Ruang solat dalam masjid
Pintu masuk ruang solat
Saudara Izwan bersalaman dengan tok 'ce tukar, ce ukar'
1:30PM (HONGQIAO MARKET) - Masa untuk menghabiskan duit dengan membeli
ole-ole dari Beijing. Kami seterusnya menuju ke sebuah mall market iaitu
Hongqiao Market. Di sana banyak menjual barang-barang tiruan yang di jual dengan harga yang sangat murah. Market ini terkenal dengan jualan mutiara sehingga di gelar
'Pearl Market'. Kelihatan begitu ramai
pelancong asing di dalam mall tersebut. Di tingkat bawah terdapat kedai menjual
gadget-gadget tiruan seperti telefon bimbit, kamera dan lain-lain.
Kedai-kedai di dalam Hongqiao Market
Di luar Hongqiao Market
Penulis sempat melihat sendiri
Samsung S5 tiruan yang aplikasinya sama seperti yang original. Mungkin ianya tiruan gred A tidak seperti yang di jual di Malaysia secara online. Pada permulaannya harga yang di jual ialah 800 Yuan dan turun kepada 600 Yuan dan penjual tanya penulis sendiri berapa harga yang penulis mahu. Rata-rata
penjual di sini pandai berbahasa Inggeris dan juga Melayu. Tetapi jika
nego dengan
berbahasa mandarin kemungkinan harga barang yang di jual dapat di jual dengan harga yang sangat murah.
Kedai menjual baju
Kedai menjual beg tangan berjenama
Di tingkat atas, ada
menjual beg tangan, baju-baju dan lain-lain. Baju-baju dan beg tangan di sini berjenama tetapi tiruan gred A dan berkualiti. Kami menghabiskan masa beberapa jam di sini dan sememangnya rambang mata untuk menghabiskan duit. Terlihat seorang makcik yang kami jumpa di masjid tadi kumpulan rombongan seperti meminta pertolongan kerana dia seperti di paksa membeli barangan di sini dan di marahi penjual.
Gambar internet: Hongqiao Pearl Market
4:00PM (YONGANLI SILK MARKET) - Ada sebuah lagi mall yang menjual pelbagai barangan murah seperti di Hongqiao Market iaitu
Yonganli Silk Market. Di sini juga menjual baranagn tiruan yang sangat berkualiti. Susunan kedai di sini agak tersusun dan di luar kedai tertera pernyataan tidak di benarkan tawar menawar. Tapi ia sebenarnya
boleh tawar menawar tidak seperti yang dijangkakan lagi-lagi dengan pelancong Malaysia yang terkenal dengan pandai tawar-menawar.
Luar bangunan Yonganli Silk Market
Di belakang bangunan Yonganli Silk Market
Salah seorang penjual mengatakan jika pelancong dari Malaysia,
mereka akan mengenakan harga yang murah dan boleh tawar menawar berbanding dengan pelancong lain seperti pelancong dari Amerika. Mereka suka berurusan dengan nilai duit matawang dolar dengan pelancong Amerika.
Kedai Pearl di Yonganli Silk Market
Terdapat juga kedai menjual baju berjenama berkualiti
Di sini, kami borong habis-habisan dengan membeli barangan termasuk
batu jed, key-chain, baju-baju, kain sutera dan lain-lain. Sesiapa yang minat bershopping, di sini lah tempatnya. Selepas itu, kami pulang ke tempat penginapan kami dan hanya tinggal beberapa jam lagi kami meninggalkan Beijing kerana tiket penerbangan pulang kami ke Malaysia di jadualkan pada jam 2:00 pagi nanti.
Bangunan Yonganli Silk Market
Kedai menjual kain silk
8:15PM (TONG LAI SHUN RESTAURANT) - Malam itu, kami di temani sekali lagi oleh junior adik penulis iaitu saudara Afiq Che Lah dan rakan-rakannya untuk makan makanan wajib sekiranya bertandang ke Beijing iaitu
itik peking atau itik panggang di sebuah restoran di
Restoran Tong Lai Shun di Huallian Mall. Sekiranya untuk makan
itik peking di sini, perlu menempah terlebih dahulu dengan pihak restoran.
Itik Peking yang begitu menyelerakan
Itik Peking di cicah dengan sos manis
Menjadi pengalaman kali pertama penulis makan itik dan makanan yang begitu terkenal di Beijing ini.
Dagingnya begitu lemak dan di makan dengen penkek, bawang dan sos manis. Ia di makan seperti makan
popia. Kami sempat
beramah mesra bersama mereka, menanyakan soal akademik mereka dan memberikan sedikit pengalaman kami. Yang muda di sayangi, yang tua di hormati. Terima kasih kepada saudara Afiq Che Lah dan rakan-rakannya kerana menemani dan meluahkan masa dengan kami pada malam itu.
Pelajar di sini mempunyai motosikal elektrik yang pastinya jimat
Kami sempat bergambar kenangan bersama di hadapan Huallian Mall. Setelah itu, kami pulang ke tempat penginapan kami untuk berkemas barang dan bersiap untuk
pulang ke Malaysia.
Bersambung ke PART 8 (AKHIR).............