CSR GEBENG: MAHASISWA UNITEN MENDEKATI MASYARAKAT
PEMBUKA BICARA
Alhamdulillah, syukur
kehadrat illahi penulis sempat berceloteh sedikit sebanyak di dalam blog
penulis yang kadangkala ‘update’ dan kadangkala sunyi sepi bak bunyi cengkerik
di malam hari. Di kesempatan ini, penulis mengucapkan selamat menyambut Ramadan
Al-Mubarak, bulan yang penuh dengan keberkatan. Pastikan kita sebagai umat
Islam merebut pahala yang pastinya berlipat kali ganda di bulan Ramadan ini.
Sekolah Tinggi Kluang di nobatkan sekolah kluster kecemerlangan
USR VS CSR
‘Bagai aur dengan tebing’
begitulah yang dapat di gambarkan hubungan mahasiswa dengan masyarakat luar. Di
setiap Institut Pengajian Tinggi (IPT) sememangnya tidak lari dengan aktiviti
kemasyakatan iaitu khidmat masyarakat selain aktiviti dalaman universiti. Suatu
pengalaman yang manis dan amat bermakna bagi penulis menyertai program sebegini
dan juga mahasiswa lain yang menyertainya. Pedulikan dengan pro dan kontra
sesuatu program yang penting input yang mahasiswa dapat.
Pelajar-pelajar sekolah STK
Aktiviti-aktiviti USR
Semasa penulis di zaman
diploma di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), penulis hanya dapat merasai
beberapa program khidmat masyarakat iaitu USR Kampung Orang Asli Pulau Carey Banting (bulan Ramadan), USR
Membantu Mangsa Banjir Johor, USR Sagil (sebagai orang kampung) dan USR Kluang
(sertai selepas penulis bergelar alumni). Di UTM, program khidmat masyarakat
ini di panggil University Social Responsibility (USR) berbeza pula dengan
program khidmat masyarakat di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) yang di
panggil Corporate Service Responsibility (CSR). Namun ia memberi maksud
yang sama iaitu khidmat masyarakat mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat
luar.
Taklimat mengenai balai polis Bukit Kepong oleh Sarjan Jamil
CORPORATE SERVICE RESPONSIBILITY (CSR) DI GEBENG,
KUANTAN PAHANG
Penulis mula melibatkan
diri dengan program khidmat masyarakat di UNITEN setelah melihat tawaran untuk
menyertai CSR di Kuala Perlis anjuran Kelompok Murni UNITEN dan Center of
Forensics Engineering (CeFe) dan R&D UNITEN. Namun, CSR Kuala Perlis tiada
kekosongan. Kekecewaan terubat apabila penulis di tawarkan untuk menyertai CSR
di Gebeng, Kuantan oleh Dr. Zuraidah, pensyarah di UNITEN. Penulis mengajak
beberapa rakan penulis yang juga rakan serumah penulis iaitu saudara Izwan dan
saudara Zulfadhli kerana mereka juga agak meminati program seperti ini.
Bergambar dengan banner CSR Gebeng
Mungkin tidak semua, tapi
segelintir mahasiswa di UNITEN berebut-rebut untuk menyertai sesebuah program
universiti kerana untuk menambah ‘scoran’ atau sistem merit. Mahasiswa perlu
mempunyai mata ‘scoran’ yang cukup untuk bergraduasi selain menjaga pointer
CGPA dan CPA. Tapi yang hanya penulis mahukan ialah pengalaman memandangkan
‘scoran’ ini tidak ‘valid’ untuk
mahasiwa ‘Transfer Credit (TC)’.
Kerana sesuatu pengalaman itu bukan senang untuk di beli, tetapi ianya perlu di
rasai. Tambahan pula, program ini tidak dikenakan sebarang bayaran seperti
program-program lain.
Para peserta CSR Gebeng bersama Dr. Zue bergambar sebelum bertolak ke destinasi
MEMULAKAN PERJALANAN
27 Jun 2014 (Jumaat)
Lebih kurang jam 3.00
petang iaitu selepas solat Jumaat, kami bertolak dari Kelompok Murni UNITEN
dengan menaiki bas sewa khas daripada syarikat Khiffah. Bas yang agak berkelas
pertama dan selesa. Kami menuju ke Kuantan dengan melalui Lebuhraya Karak dan
Lebuhraya Pantai Timur (LPT 1).
Bergambar di dalam bas
Makan malam di restoran Sri Baging
Perjalanan yang agak lama
kerana kesesakan lalu lintas di ibu kota. Kami seterusnya singgah seketika di
hentian Genting Sempah, Pahang untuk menunaikan solat Asar sebelum meneruskan
lagi perjalanan.
Sekitar Mermaid Inn Chalet
Berhampiran dengan
destinasi yang di tuju, kami singgah di sebuah kedai makan di Sri Baging
memandangkan perut pun sudah lapar dan sudah waktu malam. Ketika itu, hujan
sungguh lebat, hujan rahmat.
Mermaid Inn Chalet di tepi pantai
TIBA KE DESTINASI
Setelah bersantapan, kami
tiba ke destinasi dan tempat penginapan kami iaitu di Memaid Inn Chalet yang
tidak jauh dari tempat kami berhenti untuk makan malam. Lokasinya di tepi
pantai membuatkan kami amat teruja. Tambahan pula, angin pantai pada waktu
malam sungguh nyaman.
Sekitar Mermaid Inn
PERBINCANGAN PERSIAPAN AKTIVITI
Malam itu, kami di
bahagikan beberapa kumpulan untuk aktiviti keesokan hari iaitu aktiviti melukis
mural, ‘english camp’ dan gotong-royong. Aktiviti gotong-royong di adakan di
Balai serbaguna dan balairaya (KEMAS) dan dua aktiviti lain diadakan di dalam
sekolah. Penulis dan rakan penulis di tugaskan oleh Dr. Zuraidah untuk
menyertai aktiviti gotong-royong. Kami yang bergotong-royong juga di tugaskan
untuk menemuramah masyarakat.
Saudara Izzat, staf dari CeFe UNITEN
Saudara Aliff begitu khusyuk dengan perbincangan melukis mural
Dari kiri: Izwan, Zulfadhli, Dr. Zue, penulis, Syuk dan Dzul Farhan,
HARI PROGRAM
28 Jun 2014 (Sabtu)
Hari yang di nanti-nantikan
sudah tiba. Pagi-pagi lagi kami menuju ke Sekolah Kebangsaan Sungai Ular,
Kuantan Pahang untuk aktiviti kemasyarakatan. Masyakat yang terdiri daripada
murid-murid sekolah dan masyakat kampung. Kami menuju ke tempat program dari
tempat penginapan dengan menaiki kereta sahabat Cefe UNITEN.
Sekolah Kebangsaan Sungai Ular, Kuantan Pahang
Sampai di tempat program,
kami bersarapan pagi di kantin sekolah sebelum kami di perkenalkan dengan ketua
kampung dan staf-staf UNITEN yang hadir.
Bersarapan pagi di kantin sekolah
Bergambar bersama ketua kampung, Prof Zainal, Dr Zue dan Dr Rohayu
PROGRAM BERMULA
Masing-masing memulakan
aktiviti seperti yang sudah di rancang. Kumpulan melukis mural di tembok bangunan
sekolah dan kumpulan ‘English Camp’
di dalam bangunan sekolah. Manakala kumpulan gotong-royong di balai serbaguna
dan balairaya yang terletak tidak jauh dari SK Sungai Ular.
Bergambar di hadapan lukisan mural
Mengambil peluang bergambar dengan lukisan mural
Terlihat kawasan balai
serbaguna dan balairaya yang semak samun. Kami di tugaskan untuk memotong
rumput dan membersihkan persekitaran balai serbaguna dan balai raya. Apa yang
menariknya, sebahagian orang kampung juga turut sama menyertai aktiviti
gotong-royong ini!
Saudara Izwan yang rajin bergotong-royong
Membersihkan sekitar balai serbaguna
Menanam pokok dan membersihkan sekitar balai raya
Antara peserta gotong-royong
Setelah selesai
bergotong-royong, kami sempat menemuramah seorang penduduk kampung yang juga
JKKK Kampung Sungai Ular. Encik Ramli yang berusia dalam lingkungan 70-an
mengatakan penglibatan golongan belia yang amat membimbangkan dewasa ini. Sama
seperti di kampung-kampung lain, kebanyakan golongan belia berhijrah ke bandar
untuk mencari pekerjaan menyebabkan kurangnya belia melakukan aktiviti di
kampung.
Aktiviti untuk English Camp
Murid-muris khusyuk mendengar saudara Meor 'speaking'
Pembangunan dan
infrastruktur di kampung ini juga tidak di abaikan dengan pembinaan masjid baru
di sini hasil sumbangan kerajaan pusat. Kami sempat juga menanyakan asal-usul
kampung ini di beri nama ‘sungai ular’. Beliau mengatakan Kampung Sungai Ular
di beri nama kerana keadaan sungai yang melingkar dan berbengkang-bengkok oleh
peneroka terdahulu. Tambahan pula, kampung Sungai Ular merupakan sebuah kampung
nelayan dan berdekatan dengan pelabuhan.
Encik Ramli merangkap JKKK Kg. Sungai Ular
Sesudah itu, penduduk
kampung bersama guru-guru sekolah di jemput makan tengahari bersama. Kebetulan
pada hari itu, pihak sekolah mengadakan sebuah majlis PIBG yang di hadiri oleh
ibu bapa yang juga penduduk kampung di sini. Gotong-royong berakhir tengahari
sebelum aktiviti sukan rakyat bersambung selepas solat Zohor.
Makan tengahari bersama penduduk kampung
SUKANEKA DAN SUKAN RAKYAT
Aktiviti seterusnya bersambung
dengan aktiviti sukaneka dan sukan rakyat yang terdiri dengan pelbagai
permainan seperti tarik upih, boling padang, dam aji dan ‘treasure hunt’.
Permainan tradisional tarik upih ini yang di sertai oleh murid-murid SK Sungai
Ular sememangnya menarik dan Berjaya memikat hati murid-murid ini. Tidak dapat
di nafikan, zaman moden ini kanak-kanak leka dengan permainan moden seperti
permainan video game sehinggakan
permainan tradisional ini semakin di lupakan.
Saudara Izwan yang menggayakan permainan boling padang
Permainan boling padang
seperti permainan boling biasa. Cuma ia di lakukan di atas adang, bola boling
sebenar di gantikan dengan buah kelapa dan
pin di gantikan dengan botol. Cara permainannya sama dengan boling sebenar.
Permainan ini di sertai oleh murid-murid SK Sungai Ular, penduduk kampung dan
UNITEN. Daripada situ, dapat di lihat penglibatan penduduk kampung yang member sokongan
padu dan kerjasama yang baik dengan aktiviti yang diadakan.
Permainan tradisional tarik upih
Taklimat untuk murid-murid mengenai sukan rakyat yang diadakan
Permainan ‘treasure hunt’ di dominasi oleh murid-murid
SK Sungai Ular. Hampir semua murid menyertai aktiviti ini. Permainan berbentuk
aktiviti ‘explore race’ ini juga
sesuatu permainan yang agak menarik kerana ia dapat menguji kekuatan fizikal
dan mental bagi yang menyertainya. Penyampaian hadiah dan
majlis penutup di adakan lebih kurang jam 5.00 petang.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah
BERGERAK PULANG KE TEMPAT PENGINAPAN
Petang itu, kami bergerak
pulang ke tempat penginapan di Mermaid Inn Chalet. Penulis merasa sendiri
berjalan kaki di kawasan kampung ini bersama peserta lain sementara menunggu
giliran menaiki kereta. Jarak daripada SK Sungai Ular ke tempat penginapan
lebih kurang 3 kilometer.
Sempat bergambar sambil berjalan pulang
Sampai di tempat
penginapan, aktiviti seterusnya untuk peserta program ialah bermain futsal
pantai dan bola tampar pantai. Ada juga yang mengambil peluang berjalan-jalan
di persisiran pantai menunggu waktu siang melabuhkan tirainya.
Pantai di waktu senja
SOLAT TERAWIH BERJEMAAH
Memandangkan esoknya
merupakan hari pertama berpuasa, malam itu sudah masuk Ramadan. Kami bersolat Terawih
secara jemaah yang di imamkan oleh saudara Nazrin yang pernah bersekolah di
Maktab Tentera Di Raja dan sama batch dengan adik penulis yang kini sedang
melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Selesai solat Terawih,
kami di jamu dengan barbeku (BBQ) iaitu menu istimewa untuk moreh. BBQ di uruskan
oleh pihak pengurusan chalet. Malam itu, kami tidur awal kerana tidak mahu
kelewatan bangun untuk sahur.
BERGERAK PULANG
29 Jun 2014 (Ahad)
Pagi itu, kami
menghabiskan masa dengan bergambar kenangan di sekitar Mermaid Inn Chalet dan
persisiran pantai sementara menunggu bas untuk bergerak pulang. Pemandu bas
yang tiba awal seperti yang di jadualkan mohon untuk berehat sebentar memandang
hari itu merupakan hari pertama berpuasa dan bas dari Kuala Lumpur.
Bergambar sebelum pulang
Bergambar sebelum pulang
Tepat jam 11.00 pagi, kami
meninggalkan Gebeng dengan 1001 kenangan yang tidak dapat kami lupakan dan
sepanjang perjalanan dari Gebeng ke Bangi, penulis menghabiskan masa dengan
tidur. Lena di ulit mimpi.
Bas syarikat Kiffah. Bertolak pulang ke Bangi
p/s: Penulis berharap agar
dapat menyertai lagi program seperti ini kerana ia sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan input berguna. Baik kepada masyarakat mahupun peserta itu sendiri. Selain ia dapat
mempromosi penjenamaan sesebuah universiti di persada dunia dan di kenali seluruh negara.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penduduk kampung Sungai Ular,
Kuantan Pahang, Dr. Zuraidah, sahabat CeFe, peserta CSR Gebeng, pengusaha
Mermaid Inn Chalet dan bas Kiffah.