PENGALAMAN menyusuri Sungai Muar memang tidak dapat di lupakan bagi sesiapa yang pernah merasainya dengan menaiki bot. Dapat melihat panorama yang menarik di Bandar Muar, Bandar Diraja daripada persisiran Sungai Muar meskipun tidak setanding menaiki bot menyusuri Sungai Melaka pada waktu malam. Namun, menaiki bot menyusuri Sungai Muar mempunyai sedikit keunikan dan menarik.
Apa yang dapat di lihat jika menaiki Muar River Cruise
Penulis tidak melepaskan peluang merasai menaiki bot menyusuri Sungai Muar. Penulis yang di temani sepupu dan adik-adik penulis menaiki bot daripada Jeti Tanjung Emas, Muar selepas bertandang ke majlis rumah terbuka TPM hari raya kedua yang lalu. Rujuk post penulis yang lalu, rumah terbuka TPM
Bot Pelancong AZ Marine (A Z 8)
Sebenarnya, perkhidmatan menaiki bot ini sudah lama di wujudkan untuk menarik pelancong ke daerah Muar, Bandar Diraja. Bandar Muar sememangnya unik dan banyak tinggalan sejarah. Penulis tidak mahu berceloteh panjang mengenai sejarah di Muar kerana post kali ini penulis hanya memfokuskan mengenai ‘Muar River Cruise’ yang menjadi antara nadi perlancongan di dalam Negeri Johor Darul Ta’zim.
Bot bersiap sedia untuk bergerak
Kayu bot pelancong di perbuat daripada kayu Cengal
Penulis bersama adik dan sepupu penulis
Angin laut + sungai Muar memang best
Fotographer penulis..hehe
Gembira menaiki bot..
Mengenai bayaran tiket untuk menaiki bot pula, RM10 di kenakan untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Perkhidmatan sewa khas juga di sediakan dengan kadar RM450 untuk sekali sewa selain pakej untuk pelajar sekolah. Masa perjalanan pula kira-kira 40 minit. Perjalanan bot ialah dari Jeti Tanjung Emas menyusuri Sungai Muar sehingga ke Jambatan Kedua Muar di Parit Bunga dan bot akan berpatah balik ke Jeti Tanjung Emas semula.
Melalui Jambatan Pertama Muar
Tanda merah untuk memudahkan bot atau tongkang pada waktu malam
Penulis dapat melihat monumen-monumen yang menarik dan bersejarah seperti Masjid Jamek Pertama dan Kedua, Istana Persinggahan, Bangunan Sultan Abu Bakar, Kubu Bentayan, Pekan Rabu Muar, Jeti Pengkalan Polis Marin Diraja Malaysia, Bangunan Jabatan Kastam & Eksais Malaysia, Maharani Riverview, Pengkalan Parit Tiram dan Jambatan Pertama dan Kedua Muar daripada dalam bot.
Masjid Jamek Sultan Ibrahim (Pertama)
Muar Trade Center (bangunan oren)
Jeti Pengkalan Parit Beting (Parit Setongkat)
Medan Ikan Bakar Sabak Awor, Muar
Jambatan kedua Muar
Jeti Pengkalan Feri ke Indonesia
Dapat dilihat bot-bot nelayan
'Ulo beso bawah paso!' (Pasar Awam Muar)
Sememangnya menaiki bot menyusuri Sungai Muar memang suatu perkara yang menarik dan unik terutamanya kepada pencinta dan pengkaji sejarah dapat lebih banyak info dan bukti kesahihan sejarah yang di kaji seperti Kubu Bentayan yang menjadi benteng Pertahanan Sultan Melaka pada tahun 1511.