Sambungan daripada PART 4
HARI KEEMPAT (20 APRIL 2014 - AHAD) : JELAJAH KE TIANJIN
8:45AM (HAIDIAN SUBWAY STATION) - Masuk hari keempat, penulis dan rakan penulis bersepakat untuk ke wilayah/negeri yang lain di dalam negara China. Pada asalnya, kami berhasrat untuk merasa sediri menaiki kereta api laju atau 'Bullet Train' yang pasti tidak ada lagi di Malaysia. Bullet train menuju banyak destinasi termasuk Shanghai, Tian Jin dan lain-lain. Memandangkan Tian Jin juga mempunyai tempat menarik, kami bersepakat untuk ke sana.
Pada kali ini, kami di temani oleh seorang Junior adik penulis di BLCU, saudara Afiq Che Lah yang berasal daripada Kelantan sebagai tour guide kami menuju ke Tian Jin dengan menaiki Bullet train. Kami menaiki Subway (Kereta api bawah tanah) di Haidian menuju ke Beijing South Railway Station. Perkhidmatan tren di sini amat sistematik. Kalau di Kuala Lumpur, sistem aliran ringan (LRT) mengunakan panduan seperti aliran Ampang atau aliran Sri Petaling akan tetapi di Beijing, menggunakan panduan Line 1, Line 12, Line 13 dan berbagai-bagai aliran 'Line' untuk menukar aliran untuk ke destinasi.
Rangkaian pengangkutan aliran ringan di Beijing
9:45AM (BEIJING SOUTH RAILWAY STATION) - Kami tiba di stesen yang menempatkan stesen Bullet train dan juga kereta api yang lain iaitu di Beijing South Railway Station. Saudara Afiq Che Lah pergi membeli tiket pergi dan balik Tian Jin sementara penulis dan rakan penulis minum kopi di Western Mohua. Tiket Bullet train ke Tian Jin akan bertolak pada jam 10:15 pagi yang berharga 54.50 Yuan sehala.
Minum kopi dahulu sambil menunggu Bullet train
Suasana di dalam stesen kereta api Beijing Selatan
Berkerumun menunggu tren masing-masing
Tiket Bullet train
Sememangnya pemeriksaan untuk menaiki Bullet train begitu ketat sekali ibarat seperti menaiki kapal terbang. Mungkin juga selepas isu MH370 yang menjadikan penduduk di negara china agak sensetif dengan rakyat Malaysia, kami di layan sebegitu rupa. Kami anggapkan ia sebagai 'procedure' keselamatan untuk menghadapi sebarang kemungkinan dengan bersangka baik. Untuk menaiki Bullet train kami perlu menunjukkan tiket dan pasport kepada petugas yang menjaga gate dan bahagian keselamatan.
Pengalaman pertama kali buat kami menaiki Bullet train kecuali saudara Afiq Che Lah
Beijing Nan
Penulis dan rakan penulis bergambar di hadapan Bullet train
Kereta api laju China
Penulis begitu teruja ketika melangkah masuk ke dalam Bullet train walaupun hanya second class coach dan bukannya first class coach. Jika ke Tian Jin dengan menaiki Bullet train perjalanan mengambil masa 30-40 minit sahaja berbanding dengan menaiki kereta yang mengambil masa 3-4 jam perjalanan. Walaupun Bullet train bergerak selaju 291KM/H, kami tidak rasa langsung kelajuannya.
Penulis melihat kelajuan Bullet train di papan meter
Saudara Izwan begitu teruja menaiki Bullet train sehingga termenung
Untuk ke gerabak yang lain
Meninggalkan bandar Beijing
Menghampiri kawasan Tian Jin
Suasana di luar Bullet train
Ruang penumpang di Bullet train
11:00AM (TIANJIN RAILWAY STATION) - Kami tiba di stesen Tian Jin dan di sambut oleh seorang pelajar Master yang pernah membuat tesisnya di BLCU, bro Herman berwarganegara Thailand yang amat fasih berbahasa Melayu. Beliau belajar di sebuah universiti di Tian Jin dan di khabarkan sudah berkahwin mempunyai 6 orang anak. Beliau tinggal bersendirian di Tian Jin.
Sampai di stesen Tian Jin
Menunggu bro Herman di stesen kereta api Tian Jin
Memulakan perjalanan ke seluruh Tian Jin
11:30AM (ITALIAN STYLE TOWN) - Tian Jin ialah sebuah bandar tinggalan sejarah zaman jajahannya. Terdapat banyak bangunan tinggalan sejarah seperti Itali, Austria, Eropah dan lain-lain. Berada di Tian Jin seperti berada di negara Eropah dengan bangunan-bangunannya seperti di Eropah.
Banyak bangunan pencakar langit terselit bangunan lama binaan eropah
Antara jambatan yang merentasi sungai di Tian Jin
Berjalan di sekitar Tian Jin
Dari kanan bro Herman, saudara Qayyum, saudara Izwan dan saudara Afiq Che Lah
Senibina Itali
Italian style town
Menara jam seperti di Itali
Berposing seketika di salah satu jambatan merentasi sungai di Tian Jin
Kalau student architecture boleh buat research di sini
Bentuk bangunan yang begitu unik
Di Tian Jin juga ada sebatang sungai yang cantik muara sungai ke lautan pasific. Cuaca di sini juga tidak seperti di Beijing, agak panas sedikit kerana Tian Jin berhampiran dengan laut.
Italian style town
Seperti berada di Itali
Bergambar kenangan di atas jambatan
Kami pusing-pusing sekitar bandar Tian Jin dengan hanya berjalan kaki untuk melihat sendiri keindahan bangunan-bangunan yang menarik di sana. Di sini terdapat banyak jambatan yang cantik sama seperti di Putrajaya.
Bergambar di Italian Style Town
Bergambar kenangan berlatar belakang binaan eropah
Kawasan binaan China
Di sini banyak menjualkraftangan, hiasan dan lain-lain
China Characteristic Commercial Street
Kami di fahamkan, rakyat China tidak mempromosi dan tidak suka melancong di Tian Jin kerana 'sakit mata' melihat tinggalan sejarah penjajahan orang luar di China. Mereka lebih berbangga dengan tinggalan sejarah, peradaban dan kekuatan sejarah China dahulu.
Warna daun pokok yang cantik
Bangunan pertunjukan okestra
Tianjin yang bermaksud 'lima batang jalan'
2:00PM (MASJID TIANJIN) -Tengaharinya, kami singgah di kedai makanan halal di Tian Jin untuk merasa makanan yang sangat sedap yang di perkatakan bro Herman. Makanan di hidangkan dalam satu pinggan besar untuk kami makan berlima. Rasa makanannya sama seperti kari ayam dan sangat menyelerakan di kala perut sedang keroncong.
Santapan tengahari kami
Selepas bersantapan tengahari, kami pergi ke masjid di Tian Jin untuk menunaikan kewajipan 5 waktu dengan menaiki bas yang harga tambangnya 2 Yuan. Masjid yang kami pergi berbentuk seperti tokong yang menunjukkan ia adalah senibina China dan berhadapan masjid ini ada lagi satu masjid berbentuk binaan arab. Ia mungkin tinggalan pedagang Arab pada zaman dahulu. Kedua-dua masjid ini ialah masjid lama.
Pintu masuk masjid
Perkarangan masjid Tianjin
Perihal masjid Tianjin. Berbahasa mandarin.
Bahagian luar bangunan dewan solat
Bahagian dalam masjid
Binaannya adalah daripada kayu
Tulisan jawi dan khat China
Bergambar kenangan dengan penjaga masjid
3:30PM (TIANJIN TOWER) - Petang itu, kami meneruskan perjalanan pusing-pusing di sekitar Tian Jin dengan menaiki Subway di kawasan lain pula di Tian Jin. Di sana menempatkan sekolah-sekolah, universiti, stadium dan juga tempat bersejarah.
Subway di Tianjin
Stesen Xi Bei Jiao
Bergambar kenangan dengan pelajar-pelajar universiti di sana yang sedang buat kerja kursus
Aliran subway di Tianjin
Selepas itu, kami berehat seketika menghilangkan rasa lenguh kaki penat berjalan di hostel bro Herman yang menempatkan pelajar antarabangsa. Beliau merupakan pelajar master di bawah tajaan kerajaan China dan tidak ada kontrak selepas tamat pengajian. Beliau sempat menunjukkan tesis kajiannya terhadap pelajar Malaysia berbahasa Mandarin. Banyak perkara yang kami tahu mengenai bahasa Mandarin seperti 'tone', sebutan dan lain-lain.
Tianjin Foreign Studies University ada menempatkan fakulti bahasa Melayu
Qing Wang Fu
Sebuah hotel yang di sewakan untuk di jadikan hostel pelajar antarabangsa
Antara kenderaan pelancongan di sini (go green)
Stadium di Tianjin
Di belakang hostel bro Herman, dapat di lihat menara Tian Jin yang miripnya seperti Menara Kuala Lumpur. kami sempat bergambar kenangan berlatar belakang menara Tian Jin yang cukup indah di waktu senja. Di hadapan menara Tian Jin terdapat kolam tasik yang cantik. Pada setiap musim salji, kolam tasik ini menjadi beku dan menjadi tempat bermain ice skating.
Menara Tianjin di belakang hostel pelajar antarabangsa
Menara Tianjin
Bergambar di sekitar perkarangan menara Tianjin
Bergambar kenangan di hadapan menara Tianjin
8:00PM (PULANG KE BEIJING) - Seterusnya kami singgah solat maghrib di sebuah masjid lain yang tersorok di celah-celah lorong. Selepas solat kami bersantapan malam pula di kedai berhampiran dengan masjid. Menuju ke deretan kedai tersebut, terdengar suara-suara yang mungkin mereka mengatakan kami orang Malaysia dan mereka bergelak dalam bahasa mandarin.
Santapan malam di Tianjin: nasi berlaukan daging
Santapan malam di Tianjin: nasi berlaukan ayam
Di kedai makan, tuan kedai bertanyakan asal kami dan bro Herman mengatakan kami dari Thailand dan bukan Malaysia untuk mengelakkan sebarang kemungkinan dan banyak pertanyaan di ajukan. Menurut bro Herman nahas MH370 melibatkan 8 orang dari Tian Jin dan ia mungkin menjadi perkara yang mengganggu sensetiviti penduduk Tian Jin.
Penghibur di jalanan
Bangunan di Tianjin pada waktu malam
Cahaya bangunan yang begitu memukau
Di hadapan Tianjin Railway Station
Tiket Bullet train kami pulang ke Beijing pada jam 9:25 malam dan kami meninggalkan Tian Jin dengan 1001 kenangan manis yang tidak dapat kami lupakan. Terima kasih kepada bro Herman yang meluangkan masa bawa kami ke seluruh tempat di Tian Jin dan saudara Afiq Che Lah yang bawa kami menaiki Bullet train menuju ke Tian Jin dan meluangkan masa sepanjang hari dengan kami.
Bergambar kenangan bersama di Tianjin
Bergambar sebelum meninggalkan Tianjin
Sambung ke PART 6.......