Sejarah Bandar Maharani Muar: Muar ialah sebuah negeri?Sebelum menjadi daerah di dalam negeri Johor Darul Takzim..
PENGENALAN SEJARAH MUAR
1) PENGENALAN
Muar yang juga dikenali sebagai Bandar Maharani merupakan sebuah bandar yang padat dengan kisah sejarah yang melakarkan perbagai peristiwa yang sewajarnya dapat memberikan kita keinsafan.
"Di sini bermula dan berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka"
Muar pernah menjadi saksi permulaan keagungan bangsa, dan Muar juga menjadi saksi kejatuhannya.
Di bumi bertuah ini juga pernah menyaksikan kehebatan wira bangsa dalam mempertahankan maruah bangsa, negara dan agamanya yang tercinta walaupun nyawa menjadi pertaruhannya. Itulah Muar yang tercinta...
Muar sebelum dikenali sebagai Bandar Maharani Muar dikatakan mempunyai beberapa nama lain, dan nama Muar itu sendiri dipercayai berasal dari perbagai sumber seperti:
Bandar Maharani Muar Moden telah dibuka oleh Muhammad Salleh bin Perang atau lebih dikenali sebagai Datuk Bentara Luar pada tahun 1885. Ia dirasmikan oleh baginda Maharaja Abu Bakar pada tahun 1887.
Bandar Muar diberi nama Bandar Maharani yang bermaksud BANDAR ISTERI MAHARAJA. Istiadat perasmian pembukaannya dilakukan oleh Maharaja Abu Bakar pada 1887 dengan upacara menanam "Azimat" di suatu tempat yang kemudiannya dikenali sebagai Tangga Batu (sekarang menjadi restoran makanan laut Muara yang terletak di tebing sungai Muar iaitu di Perhentian Bas Muar/Melaka/BatuPahat).
2) MUAR DAN SEJARAH KOMODITI
Muar di dalam sejarah Kerajaan Melayu Melaka mendapat perhatian Belanda dan Portugis kerana emas yang boleh didapati di lereng Gunung Ledang (Emas ini mengikut lagenda merupakan hantaran jambatan emas oleh Sultan Melaka untuk meminang Puteri Gunung Ledang). Muar juga suatu ketika dahulu merupakan pengeluar lada hitam dan gambir yang utama. Belanda dan Portugis menjadikan Sungai Kesang hingga ke Sungai Ledang sebagai laluan utama pengangkutan barang dagangan.
Sungai Muar di zaman dahulu telah menjadi laluan utama untuk ke Pahang kerana hulunya dikatakan terletak di Tasik Bera, Pahang. Antara lagenda yang dikaitkan dengan Sungai Muar ialah ia pernah disusuri oleh Malim Deman untuk mencari Puteri Bongsu yang dikatakan menyorok di Panchur.
Bandar Maharani telah berkembang dengan pesat dengan adanya sebuah pelabuhan kecil di Kuala Muar. Ia merupakan ibu negeri bagi negeri Muar (Muar ketika itu diberi taraf negeri di bawah kerajaan Maharaja Sultan Abu Bakar).
3) MUAR TERKENAL DENGAN MONUMEN BERSEJARAH
Jika bertandang ke Bandar Muar, pasti pengunjung akan terpegun melihat monumen-monumen bersejarah yang masih terpelihara. Susun atur kedai-kedai seakan-akan kita masih berada di zaman dahulukala. Bangunan Kastam misalnya telah di bina sejak tahun 1909. Hal ini membuktikan Daerah Muar mempunyai pentadbirannya sendiri sebelum merdeka lagi.
Bangunan Kastam Muar
Kompleks Pekan Rabu, Muar
Classic Hotel dan Wetex Parade
Masjid Sultan Abu Bakar, Tg. Emas Muar
Pejabat Tanah Muar menempatkan sebahagian Jabatan Kerajaan
Muar Trade Center (dahulunya bangunan UMNO)
Masjid Ke-2 Muar, Tg. Agas Muar (berhadapan Masjid pertama
Jeti Tanjung Emas, Muar
Dataran Tanjung Emas, Muar
Istana Hinggap Sultan Johor, Tg. Emas Muar
Hutan Lipur Gunung Ledang
Kompleks Mahkamah Muar
Jambatan Ke-2 Muar (by-pass highway Bt Pahat-Muar-Melaka)
Jambatan Pertama Muar
Kompleks Lagenda (Pawagam)
Medan Ikan Bakar, Sabak Awor Muar