assalamualaikum

atas

Anak Melayu Bugis@Facebook

bubble

Cursors

Proton Logo

Title blog bergerak

Monday, July 4, 2016

NUKILAN BEIJING BAHAGIAN 2 (PART 3)

NUKILAN BEIJING BAHAGIAN 2 (PART 3)

Entri post sebelumnya KLIK SINI part 2.



HARI KETIGA: 29 JUN 2016 - RABU (MAJLIS KONVOKESYEN)

Aktiviti hari kedua di Beijing ialah menghadiri Majlis Konvokesyen adik penulis di Beijing Language and Culture University (BLCU) bertempat di dewan gymnisium (kompleks sukan). Ini merupakan kelompok kedua pelajar Malaysia yang belajar di sini bergraduasi.

MAJLIS KONVOKESYEN

Pagi-pagi lagi penulis sekeluarga pergi ke BLCU (sebenarnya jam 4.30 pagi matahari dah terbit, 8.00 pagi dah panas terik). Perancangan kami ialah menaiki teksi dari tempat penginapan kami ke BLCU, akan tetapi pemandu teksi memang tidak faham apa yag kami katakan walaupun kami berbahasa Inggeris. Kami membuat keputusan berjalan kaki sahaja ke sana yang hanya mengambil masa kurang daripada 30 minit.


Nyayian lagu BLCU sebelum majlis bermula

Adik penulis. TAHNIAH!

Canselor/pengetua hanya duduk (bergambar) sehingga habis majlis

Hadirin yang hadir 

Majlis konvokesyen BLCU


Penulis sangkakan majlis konvokesyen di sini sama seperti di Malaysia, dengan protokolnya dan hanya dua orang sahaja di benarkan masuk ke dalam dewan. Akan tetapi sangkaan penulis meleset sama sekali. Hanya Malaysia yang punyai protokol yang sebegitu ketat. Majlis konvokesyen di sini tidak ubah seperti majlis penyampaian hadiah. Jika di Malaysia, canselor/sama taraf memberi skrol sijil kepada para graduan akan tetapi di sini graduan hanya bergambar dengan canselor/sama taraf dan skrol sijil di beri sebelum graduan naik ke pentas. Tidak hairanlah dalam hanya beberapa jam sahaja sudah tamat majlis konvokesyen dan di adakan hanya satu sesi sahaja dengan bilangan hampir beribu graduan.


Adik penulis bergambar bersama ibu bapa penulis

Tampak keriangan sudah habis belajar 5 tahun di sini

Adik penulis bersama dengan penulis dan isteri

MAjlis konvokesyen

Bergambar sekeluarga (tak cukup korum sorang takde)


Di fahamkan, adik penulis dan rakan-rakan sepejuangannya sudah membuat pengajian di BLCU selama 5 tahun dan selepas ini akan menyambung pengajian (KPLI) di Malaysia selama setahun setengah lagi. Penulis yang sebelum ini ambil jurusan kejuruteraan (diploma + ijazah) pun mengambil masa hanya 5  tahun setengah sahaja untuk tamat pengajian. Bertabahlah adik penulis, Norul Sahidah Bt Suhaimi J


Pelajar Malaysia yang bergraduasi

Bergambar kenangan bersama pengarah KPM Malaysia

Bakal-bakal guru di Malaysia


BERJALAN DI SEKITAR BEIJING LANGUAGE AND CULTURE UNIVERSITY (BLCU)

Majlis konvokesyen berakhir dalam tengahari. Cuaca di luar pula panas terik. Menjadi rutin sesiapa graduan pun selepas atau sebelum graduasi akan bergambar di sekitar universiti mereka. Gambar kenangan sebelum masing-masing pulang ke tanah air untuk berbakti kepada nusa dan bangsa. Kami di bawa berjalan di sekitar kampus termasuk bangunan kelas adik penulis belajar.


Sekitar kampus BLCU


Boleh penulis katakan, BLCU sememangnya sangat layak di gelar ‘GREEN CAMPUS’  jika hendak di bandingkan universiti di Malaysia yang cuba mencapai gelaran tersebut. Kenderaan bermotor tidak di benarkan masuk ke dalam kampus. Pelajar di sini hampir semua berjalan kaki, jika ada pun yang berkenderaan mereka berbasikal dan menunggang motor skuter berkuasa elektrik. Semestinya tiada pencemaran bunyi dan asap di sini. Masalah parking pun tiada, tidak seperti di kamus di dalam Malaysia (ada pelajar bawa kenderaan lebih hebat dari pensyarah – mohon sentap).


Berhadapan dengan bangunan kelas adik penulis


Setelah penat berjalan di sekitar kampus BLCU. Kami pulang semula ke tempat penginapan sebelum ke BLCU semula untuk berbuka puasa maghrib nanti.

**********************************************************************

BERBUKA PUASA (KEDIAMAN PELAJAR BLCU)

Berbuka puasa kali ini, adik penulis sendiri masak juadah berbuka puasa. Semestinya masakan Malaysia, Tom Yam campur yang begitu menyelerakan. Walhal baru beberapa hari tidak dapat makan masakan Malaysia di sini.


Ceri segar antara juadah berbuka puasa


Selepas bersolat maghrib dan isyak (jama’ ta’hir) di dalam bilik penginapan adik penulis). Kami bersiap untuk bertarawih di masjid. Berhajat merasa bertarawih di negara asing. Cara pembawakan solat tarawih di sini juga di katakan berbeza dengan di Malaysia.

QINGHE MOSQUE (SOLAT TARAWIH)

Waktu solat tarawih di masjid ini bermula sekitar jam 9.20 malam dan membuat 21 rakaat (Solat Witr 3 rakaat 1 salam). Jarak perjalan dari kediaman pelajar BLCU ke masjid Qinghe mengambil masa lebih kurang 20 minit dengan menaiki motor. Merasa juga penulis menunggang sendiri motor skuter berkuasa elektrik di sini.


Jom merempit ke masjid


Di China, penduduk di sini menggunakan motorsikal berkuasa elektrik. Menunggang motor sebegini tidak memerlukan lesen memandu, no pendaftaran dan topi keledar (jangan pelik, semua tiada di sini). Trafik di sini juga agak bercelaru, lampu isyarat hanya sebagai panduan sahaja, langgar lampu isyarat tiada masalah. Bunyi hon di sini menandakan peringatan sahaja bukan di serta cacian dan makian seperti di ibukota Kuala Lumpur.


Sepanjang perjalanan


Setibanya di masjid, penulis melihat kebanyakan pelajar Malaysia yang memenuhi ruang solat. Alhamdulillah. Dapat solat tarawih sehingga witr. Imam hanya membacakan surah lazim sahaja. Memang laju dalam beberapa minit sudah banyak rakaat. Doa juga ‘simple’. Setelah habis solat tarawih, kami pulang semula ke kediaman pelajar BLCU dan pulang ke tempat penginapan kami di Home Inn Hotel.


Jalanraya di Beijing, lorong-lorong tikus


Esoknya, destinasi ke Great Wall atau tembok besar China (destinasi wajib jika berkunjung ke China).


Entri Post seterusnya, KLIK SINI. 

NUKILAN BEIJING BAHAGIAN 2 (PART 2)

NUKILAN BEIJING BAHAGIAN 2 (PART 2)

Entri post sebelumnya KLIK SINI part 1.



HARI KEDUA: 28 JUN 2016 - SELASA (TIBA DI BEIJING)

Tepat jam 1.30 pagi (waktu Malaysia sama dengan waktu China) penulis sekeluarga selamat mendarat di lapangan terbang Terminal 2 Capital Beijing dengan suhu 21˚C (musim panas). Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing mengambil masa lebih kurang 6 jam penerbangan.

PENGALAMAN BERPUASA MENYAMBUT RAMADAN DI BEIJING

Untuk pengetahuan pembaca, hanya waktu jam di China sahaja yang sama dengan Malaysia, tetapi waktu berpuasa sangat berbeza. Memandangkan Ramadan kali ini di China terkena pada musim panas (waktu siang lebih panjang), waktu subuh pada jam 3.10 pagi dan waktu maghrib di sini ialah pada jam 7.48 malam. Siang yang panjang tambah pula suhu yang agak panas. Beza panas di sini dengan di Malaysia ialah di sini panas kering dan di Malaysia panas lembab.

Setibanya di lapangan terbang, penulis sekeluarga menunggu adik penulis. Kami sempat bersahur di dalam van semasa dalam perjalanan ke tempat penginapan (beli makanan siap-siap di KLIA 2). Memandangkan masa perjalanan dari lapangan terbang ke tempat penginapan lebih kurang 40 minit. Tempat penginapan kami di hotel Home Inn di Haidian District, Beijing berdekatan dengan kampus adik penulis belajar (Beijing Language and Culture University).

TIANANMEN (FORBIDEN CITY)

Pagi itu, penulis sekeluarga memulakan destinasi pertama ke Tiananmen dengan menaiki van sewa. Cuaca pada pagi itu lebih kurang 17˚C (cuaca mendung dan nak hujan). Merasa juga lah cuaca sejuk ala-ala di Genting Highland pada waktu malam. Sama seperti Putrajaya di Malaysia pusat pentadbiran negara, di Tiananmen juga sama. Di sini menempatkan pusat pentadbiran & pemerintahan China. Rata-rata yang berkunjung ke sini ramai rakyat China sendiri. ‘Forbiden City’ atau kota larangan merupakan kawasan yang besar menempatkan kota-kota lama pemerintahan China, bangunan-bangunan lama dinasti-dinasti terdahulu dan tempat bersemadinya Mhou Zhi Thong (pengasas Komunis).

Berhadapan Forbiden City

Bergambar kenangan di depan Forbiden City

Dataran Tiananmen

Dataran Tiananmen

Cuaca sejuk dan hujan gerimis

Penulis bergambar di Tiananmen


QIANMEN STREET

Dari Tiananmen, kami terus pergi ke Qianmen Street dengan  berjalan kaki. Jarak pun tidaklah jauh sangat. Tambah pula cuaca yang sejuk amat dengan hujan gerimis. Boleh Baca entri lepas untuk butiran lanjut mengenai Qianmen Street. Tiada apa-apa perubahan di sini sejak penulis berkunjung ke sini beberapa tahun lepas. Kami pun tidak berjalan ke seluruh Qianmen Street kerana cuaca yang tidak mengizinkan dan tiada apa-apa yang menarik disini (banyak kedai makan – sedang berpuasa). RUJUK entri lepas KEMBARA KE TANAH BESAR CHINA - PART 4 

Berjalan kaki menuju ke Qianmen Street

Stesen Subway Qianmen 

Pintu masuk Qianmen Street

Bergambar di depan Qianmen Street

Menunggu van sewa di pintu belakang Qianmen Street


SUMMER PALACE

Seterusnya, kami berkunjung ke Summer Palace sebuah istana lama berada di tasik yang cukup indah sekali. Kami menaiki van sewa dari Qianmen Street memandangkan jaraknya tidaklah terlalu dekat. Apa yang menariknya di sini ialah sebuah tasik yang cukup indah dengan istana lama yang tersergam indah di atas bukit di sini. Rata-rata ramai pelancong dari China sendiri di sini. Summer Palace mempunyai ceritanya tersendiri. Kami hanya berjalan di sekitar tasik sahaja, tidak mendaki bukit untuk melihat sendiri istana lama secara dekat.

Jalan-jalan di SUmmer Palace

Pintu masuk Summer Palace

Kaunter bayaran masuk Summer Palace

Pintu masuk Summer Palace

Peta di dalam Summer Palace

Perkhidmatan bot di tasik di sediakan

Bergambar di tasik Summer Palace

Summer Palace

Tasik di Summer Palace

Keunikan pokok di sini, berceloreng askar

Bot menyusuri tasik di sini


ANHEQIAO MOSQUE

Berdekatan dengan Summer Palace terletaknya sebuah masjid. Memandangkan sudah masuk waktu Zohor di sini (Zohor 12.30 pm dan Asar 5.30 pm). Kami ke sini dengan menaiki van sewa. Masuk sahaja di pintu masuk masjid, kami di sapa oleh noja (penjaga masjid) di sini. Tidak ada beza dengan masjid-masjid lain di China, rekabentuknya memang sama.

Pintu masuk Masjid Anheqiao


Setelah menunaikan solat Zohor dan Asar (Jama’ Ta’hir), bapa penulis berhajat untuk menemuramah imam masjid di sini dengan bantuan jurubahasa (adik penulis) memandangkan penduduk di sini tidak fasih berbahasa selain daripada bahasa Mandarin. Kami sempat bertanyakan penerimaan penduduk di sini dengan Islam dan lain-lain.

Ruang solat masjid di sini


BERBUKA PUASA (WESTERN MAHOUA)

Keinginan kami sekeluarga merasa makanan China di sini, adik penulis membawa kami ke sebuah restoran halal makanan China iaitu Western Mahoua. Restoran ini berdekatan dengan universiti tempat pengajian adik penulis. Kami tiba di sini awal sekitar 6.00 petang, walhal waktu berbuka ialah pada jam 7.48 malam.

Gerai jual buah peach segar berhadapan Western Mahuoa


Juadah berbuka puasa

Menunggu waktu berbuka puasa

Juadah berbuka puasa, masakan china

Alhamdulillah, selepas berbuka puasa, kami bergerak pulang ke tempat penginapan dengan menaiki van sewa. Esok merupakan hari majlis konvokesyen adik penulis di BLCU.

Entri seterusnya, KLIK SINI 

NUKILAN BEIJING BAHAGIAN 2 (PART 1)

NUKILAN BEIJING BAHAGIAN 2 (PART 1)



PEMBUKA BICARA

ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat illahi kerana memberi kita semua peluang untuk bernafas untuk menghirup udara di atas muka bumi milikNya. Berkesempatan ini, penulis mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua umat Islam memandangkan beberapa hari lagi Ramadan Al-Mubarak bakal melabuhkan tirainya di ganti dengan Syawal.

Ramadan kali ini, penulis sekali lagi berpeluang bertandang ke negara Tanah Besar China iaitu Beijing sebuah ibu negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang begitu tinggi. Ini merupakan kali kedua penulis ke sini, kali pertama penulis ke Beijing bersama dengan rakan-rakan penulis dengan menggunakan teknik ‘bagpackers’, tapi kali ni penulis berkunjung ke Beijing bersama dengan keluarga dan isteri penulis dengan tujuan utama untuk menghadiri majlis konvokesyen adik penulis, alhamdulillah. Boleh RUJUK entri KEMBARA KE TANAH BESAR CHINA.

HARI PERTAMA: 27 JUN 2016 - ISNIN (BERTOLAK KE BEIJING)

Memandangkan trip penulis sekeluarga terkena pada hari bekerja (Isnin-Jumaat), penulis dan isteri penulis siap-siap memohon cuti kepada majikan masing-masing. Syukur, cuti di terima sehingga cuti raya (2 minggu penulis dapat cuti!!). Tengahari lagi penulis sekeluarga bertolak ke KLIA 2 dari kampung halaman penulis di Muar Johor. Tiba awal di lapangan terbang untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Lapangan Terbang KLIA 2

Kadar bayaran tempat letak kenderaan di KLIA 2 tidak ada beza sangat jika mahu meletakkan kenderaan di tempat lain (TBS misalnya) kemudian naik bas/tren ke KLIA 2. Boleh penulis membuat perbandingan kadar harga untuk rujukan pembaca sekalian memandangkan trip pertama penulis ke Beijing, penulis parking kereta penulis di TBS (Terminal Bersepadu Selatan) kemudian menaiki bas ke LCCT (sebelum adanya KLIA 2). RUJUK entri KEMBARA KE TANAH BESAR CHINA.

1.      Parking KLIA 2
Kadar bayaran parking (Isnin – Sabtu) = RM178.00

2.      Parking di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) + ‘shuttle bus’
Kadar bayaran parking (Isnin – Sabtu) + 6 orang (pergi balik) =
(RM4 x 6) + ((RM10 x 6) x 2) = RM 144.00  

*Cara kedua (2) sesuai jika pengunjung ‘backpackers’ atau pelancong dalam kelompok sedikit dan cara pertama (1) jika pengunjung tidak mahu membuang masa (memunggah bagasi sendiri) atau pelancong dalam kelompok ramai (keluarga).

Keluarga penulis menunggu masa untuk check-in baggage

Laluan ke Gate sebelum pemeriksaan kastam Malaysia

Ruang menunggu yang cukup selesa sebelum masuk ke dalam flight


Seperti biasa, jika pelancong mahu ke tanah besar China, pelancong perlu memohon sendiri visa (jika tidak melalui agen pelancongan). Kadar harga masih seperti dahulu, cuma tambah GST 6% sahaja J. Segala permohonan visa ke china HANYA boleh di buat di Kuala Lumpur (Bangunan Bank of China Jalan Tun Razak). Boleh RUJUK entri lepas untuk mengetahui butiran lanjut mengenai kadar harga, tempat dan lain-lain mengenai permohonan visa. Mohon visa awal (saranan sebulan sebelum penerbangan) untuk mengelakkan dikenakan kadar bayaran yang lebih mahal.

Selpie sebentar bersama isteri tersayang..hehe


Tepat jam 7.00 malam, kami sekeluarga berlepas dari KLIA 2 dengan penerbangan Air Asia X D7 316 dan berbuka puasa di dalam ‘flight’ pada jam 7.40 malam (penulis tak pasti berada di ruang udara negara mana, yang pasti bukan di Malaysia).

Entri post seterusnya, KLIK SINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jata Johor

Jata Johor

youtube

Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan
'Nugrahkan Dia segala kehormatan

Sehat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami

Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan