assalamualaikum

atas

Anak Melayu Bugis@Facebook

bubble

Cursors

Proton Logo

Title blog bergerak

Thursday, November 10, 2011

TERBARU!! Adnan Sempit 2: Di Mana Ada Highway, Di situ Ada Tol





-TERBARU!! Adnan Sempit 2: Di Mana Ada Highway, Di Situ Ada Tol-




ADNAN Sempit  kini kembali dengan Adnan Sempit 2. Tagline bagi Adnan Sempit yang terbaru ini ialah ‘Di mana Ada Highway, Di situ Ada Tol’ pasti akan menarik minat penonton yang menontonnya. Bangga juga penulis, motorsikal yang di gunakan sebagai ‘aset’ dalam filem ini masih mengekalkan dengan menggunakan Modenas GT128 sama jenis dengan motorsikal penulis. Entri sebelum ini penulis pernah juga menceritakan mengenai filem Adnan Sempit: Dimana Ada Kemahuan, Di situ Ada Highway dan juga mempromosi motorsikal buatan Malaysia ini iaitu Jangan pandang rendah kehebatan jentera motorsikal buatan Malaysia .

                                                              Gambar: Adnan Sempit
.
Walaupun masih mengekalkan barisan para pelakon yang sama, tetapi untuk  filem “Adnan Sempit 2”, pengarahnya bukan lagi Ahmad Idham tetapi filem sekuel ini akan diarahkan oleh pengarah filem “Ngangkung” iaitu Ismail Bob Hasim. 

                                                   Gambar: Modenas GT128 (Motorsikal penulis)

Secara ringkasnya “Adnan sempit 2” merupakan kesinambungan filem “Adnan Sempit”. Ia mengisahkan tentang Adnan (Shaheizy Sam) cuba mengambil hati ayah dan ibu Nadia. Setelah bejaya memiliki hati Nadia, kini Adnan (Shaheizy Sam) masih belum berjaya memiliki hati ayah Nadia (Intan Ladyana) iaitu Datuk Isnin  (Datuk Ahmad Tamimi Siregar) kerana hubungan mereka masih tidak direstui. Adnan berhadapan dengan ujian lebih besar di mana Datuk Isnin meletakkan syarat kepada Adnan supaya Adnan fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris  dan mengubah penampilan dirinya menjadi seorang korporat dalam masa 30 hari. Adnan yang mengalami masalah untuk mengubah penampilannya meminta bantuan rakannya Bobby (Along Raja Lawak) untuk menjadi perunding imej dan akhirnya bobby mengeluarkan idea-idea untuk membantu Adnan dalam mengubah  imej dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

                                                    Trailer: Adnan Sempit 2

Adakah Adnan mampu menyahut cabaran yang diberikan oleh Datuk Isnin? Semuanya akan terjawab dalam filem
ADNAN SEMPIT 2. Nantikan Kemunculannya di pawagam pada 23 Februari 2012. 



Credit to: Tupai





_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jata Johor

Jata Johor

youtube

Lagu Bangsa Johor

Allah peliharakan Sultan
'Nugrahkan Dia segala kehormatan

Sehat dan ria, kekal dan makmur
Luaskan kuasa, menaungkan kami

Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan Merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan