Sambungan daripada PART 2
HARI KEDUA (18 APRIL 2014 - JUMAAT) : TIBA DI BEIJING, CHINA
1:15AM (BEIJING CAPITAL INTERNATIONAL AIRPORT) - Seperti yang telah di jadualkan, penerbangan kami mengambil masa 6 jam dari LCCT, Malaysia ke Beijing Capital International Airport. Ketibaan kami di sambut oleh adik penulis dan rakan adik penulis yang kebetulan baru menghantar ke airport kakak kepada adik rakan penulis yang telah melancong di Beijing dan ingin pulang ke tanah air. Suasana di luar airport amat sejuk membuatkan penulis semakin teruja berada di Beijing kerana cuaca sebegini tiada di Malaysia. Kami terus menuju ke tempat penginapan kami dengan van yang telah di sewa adik penulis.
Hotel Home Inn di Haidian, Beijing tempat kami menginap
2:30AM (HOTEL HOME INN) - Kami tiba di tempat penginapan kami di Haidian, Beijing iaitu di Hotel Home Inn. Hotel kami menginap tidak berapa jauh dengan tempat pengajian adik penulis iaitu Beijing Language and Culture University (BLACU). Harga penginapan untuk 1 malam di sini ialah 280 yuan lebih kurang RM140. Memandangkan kami berada di sini selama semingu, kami menyewa penginapan selama seminggu yang di kongsi seramai 3 orang. Adik penulis mengagihkan sim kad China kepada kami dan 'VPN' untuk akses Facebook, Insta, youtube dll memandangkan kerajaan China menyekat untuk melayari laman web tersebut.
Sim kad China tidak boleh line 3G jika guna handphone dari Malaysia
VPN untuk akses laman web yang di sekat. Server address akan berubah setiap masa.
10:30AM (HUALLIAN MALL) - Sememangnya waktu solat di sini lain daripada waktu solat di Malaysia walaupun waktu masa sama dengan di Malaysia. Musim panas/luruh di sini waktu malamnya lebih pendek daripada waktu siang, manakala waktu musim salji di sini waktu siangnya lebih pendek daripada waktu malam. Waktu maghrib di sini lebih kurang seperti di Malaysia. Tetapi waktu subuh di sini awal iaitu kira-kira jam 3:45 pagi sudah subuh! Ini bermakna jam 5:30 matahari sudah terbit.
Perkarangan Huallian Mall
Bunga-bunga di tanam di hadapan Huallian Mall
Huallian Mall pada malam hari
Kami berjalan-jalan di sekitar Huallian Mall bersebelahan dengan tempat kami menginap dan dalam perjalanan ke tempat pengajian adik penulis. Di dalam pusat membeli belah di sini tidak jauh berbeza dengan pusat membeli belah di Malaysia.
Siar kaki menuju ke Huallian Mall dari tempat penginapan
12:00PM (BEIJING LANGUAGE AND CULTURE UNIVERSITY) - Setibanya di tempat pengajian adik penulis, kami di bawa oleh adik penulis dan rakannya menuju ke kedai makanan halal di dalam kampus untuk makan tengahari memandangkan perut sudah lapar dengan berbekalkan sarapan mi segera sahaja pagi tadi. Selepas makan tengahari kami yang di guide oleh adik penulis dan seorang rakannya menuju ke destinasi pertama iaitu Summer Palace dengan menaiki pengangkutan awam.
Santapan tengahari di kala perut sedang mengulas
Rasa seperti ayam goreng kunyit
Pengangkutan awam di sana begitu murah dan lebih sistematik. Tambang bas yang di kenakan hanyalah 1 yuan bersamaan dengan RM0.50, perkhidmatan yang sama dengan dengan bas Rapid di Kuala Lumpur. Jika pergi melancong di sini dengan menggunakan khidmat agensi pelancongan sudah pasti tidak berpeluang merasai bersiar-siar di Beijing dengan menaiki pengangkutan awam.
Menaiki perkhidmatan bas di Beijing, China
1:00PM (SUMMER PALACE) - Sampai di Summer Palace. Iaitu sebuah kawasan istana lama dan bersejarah. Terletak di atas bukit dan terdapat tasik besar. Tempat yang begitu luas dan menarik. Untuk masuk ke dalam kawsan ini di kenakan bayaran tiket. Untuk pelajar, harga tiketnya jauh lebih murah lebih kurang 15 yuan jika tidak silap penulis untuk harga pelajar.
Sungai dari tasik di Summer Palace
Bergambar kenangan penulis bersama rakan penulis
Banyak tangga di Summer Palace
Istana berada di atas bukit
Meninjau kawasan di bawah
Terdapat juga pelukis-pelukis yang mempamerkan dan menjual hasil karya seninya
Berada di puncak Summer Palace, dapat melihat tasik besar
Mengikut cerita tentang Summer Palace ini, istana lama ini di hadiahkan seorang raja kepada ibundanya ketika zaman dahulu kala. Untuk ke istana ini, kami perlu mendaki bukit dengan anak tangga di sediakan. Ia merupakan latihan persediaan sebelum mendaki bukit ke Great Wall yang di jadualkan esok hari. Di belakang puncak bukit yang menempatkan istana lama ini terdapatnya sebuah tasik yang besar dan tersedianya perkhidmatan bot-bot kecil dan besar.
Jalan menuruni bukit menuju ke tasik
Tasik d Summer palace
Bergambar kenangan penulis dengan adik penulis di depan pintu masuk Summer Palace
Setelah puas berjalan di Summer Palace, kami bergerak pulang ke tempat penginapan dan adik penulis dan rakannya pulang ke universitinya untuk berehat seketika dan mengerjakan kewajipan 5 waktu.
Tiket masuk ke Summer Palace
8:30PM (WESTERN MOHUA RESTAURANT) - Untuk makan malam, kami di bawa berkunjung ke Western Mohua sebuah restoran halal yang agak terkenal di Beijing yang terletak tidak jauh dari tempat pengajian adik penulis. Untuk mencari makanan halal di sini memang susah, jadi tidak hairanlah makanan yang di jual sini agak mahal. Menu yang bertulisan mandarin membuatkan penulis menghadapi kesulitan memilih makanan dan hanya memilih mengikut gambar di dalam menu dan meminta pendapat adik penulis mengenai makanan tersebut.
Antara makanan yang di jual di Western Mohua sekitar harga 22 Yuan ke atas
Western Mohua Restaurant di Haidian, Beijing
9:15PM (BEIJING OLYMPIC PARK) - Setelah kenyang dengan santapan malam, kami meneruskan perjalanan ke Beijing Olympic Park dengan menaiki bas yang harga tambangnya 2 yuan . Di situ terdapatnya Stadium Sarang Burung (Bird Nest) dan Water Cube. Kami hanya ada beberapa minit sahaja setelah sampai di sana sebelum lampu di Bird Nest tutup dan pengunjung tidak di benarkan masuk ke perkarangan kompleks sukan tersebut.
Water Cube di Beijing Olympic Park
Sempat ber'selfie' di hadapan Bird Nest Stadium
Bas menuju ke Beijing Olympic Park
Suhu ketika malam itu sangat sejuk walaupun penulis sudah pakai baju jaket yang berlapis sehinggakan menggigil kesejukan. Di perkarangan stadium tersebut ada ramai penjual-penjual yang menjual banyak barangan seperti layang-layang dan lain-lain. Setelah puas menangkap gambar, kami pulang ke tempat penginapan dengan menaiki bas.
Pintu masuk ke Beijing Olympic Park
Bersambung ke PART 4.......
No comments:
Post a Comment