Sambungan daripada PART 3
HARI KETIGA (19 APRIL 2014 - SABTU) : JELAJAH THE GREATWALL
7:15AM - Awal-awal pagi lagi kami sudah bangun kalau ikut waktu Malaysia. Akan tetapi waktu begini matahari sudah naik tinggi tidak seperti di tanah air. Kami bersiap awal untuk ke Mutianyu yang jaraknya lebih kurang jauh juga dari Haidian tempat kami menginap. Di sana terdapatnya destinasi wajib sekiranya berkunjung ke China iaitu The Great Wall (Tembok Besar China). Adik penulis menyewa sebuah van untuk ke sana.
Van sewa yang kami naiki
8:45AM (THE GREAT WALL) - Perjalanan kami ke Mutianyu mengambil masa lebih kurang sejam lebih juga dengan melalui lebuhraya. Mutianyu ialah sebuah kawasan pergunungan. Di lereng-lereng pergunungan terdapat kedai-kedai di tepi jalan menjual buah-buahan segar seperti Strawberi, tembikai, dan lain-lain.
Sampai di Mutianyu antara pintu masuk ke Tembok Besar China
Driver van sewa kami yang hanya tahu berbahasa mandarin sahaja
Perjalanan menuju ke Mutiayu
Pintu gerbang di Mutianyu
Jalanraya di Mutianyu
Mengantuk. Penulis lena di ulit mimpi.
Plaza tol di negara China
Lebuhraya menuju ke Mutianyu
Sampai sahaja di Mutianyu, pintu masuk untuk ke Great Wall. Suhunya cukup sejuk. Tembok Besar China terletak di atas pergunungan. Dua cara untuk sampai ke Great Wall iaitu dengan menaiki cable car atau mendaki sendiri. Harga tiket untuk masuk ke sana kurang daripada 50 Yuan lebih kurang 35 Yuan seorang. Untuk menaiki cable car harga tiketnya sama iaitu 35 Yuan.
Tiket masuk ke Tembok Besar China
Kedai menjual cenderamata dan hiasan di pintu masuk sebelum memulakan pendakian
Di pintu masuk Great Wall juga terdapat banyak kedai-kedai menjual barang perhiasan, buah-buahan segar dan lain-lain. Bermulalah pendakian kami ke Great Wall dengan cuaca yang baik dan sejuk. Bila di tanya kepada rakan penulis, saudara Qayyum yang sudah biasa mendaki bukit dan sukan ekstrem (mountain bike). Mendaki ke Great Wall lebih tinggi berbanding di Bukit Broga.
Terdapat gua di sepanjang pendakian
Memulakan pendakian, 'ladies first'
Pemandangan sepanjang pendakian
Lebih daripada 40 minit juga kami mendaki dan akhirnya sampai di Great Wall. Kalau nak berjalan dari hujung ke hujung Great Wall boleh mengambil masa 3 tahun lamanya, betapa panjangnya Great Wall kata rakan kepada adik penulis. Di atas Great Wall kami dapat melihat pergunungan-pergunungan dan panjangnya Great Wall yang beratus-ratus kilometer mungkin juga beribu kilometer.
The Great Wall
Memang letih berjalan di Great Wall
Menyusuri Great Wall
Keajaiban dan keindahan
Great wall di puncak pergunungan
Pengunjung di Great Wall
Setelah puas bejalan di Great Wall, destinasi yang di tuju seterusnya ialah ke tengah-tengah bandar Beijing. Sepanjang perjalanan, penulis memenuhi masa dengan tidur kerana agak keletihan. Pengalaman menjejakkan kaki di Great Wall sememangnya tidak dapat penulis lupakan.
Bergambar dan ber'selfie'
Penulis bergambar kenangan bersama rakan penulis
Gambar ini di tangkap oleh peniaga di sini yang sukakan orang singapura bukannya Malaysia
'I have climbed the Great Wall 19/4/2014'
1:30PM (QIANMEN STREET) - Setelah beberapa jam perjalanan dari Mutianyu ke Bandar Beijing, sehinggakan penulis menghabiskan masa dengan tidur sahaja. Kami tiba di Qianmen Street. Di sana terdapat banyak kedai-kedai menjual pelbagai barang dan kedai makanan yang menjadi kawasan tumpuan rakyat China. Di deretan kedai-kedai makan, mesti ada kedai makanan halal. Kami bersantapan tengahari di sana. Ternyata makanan halal di sana semua menu makanannya lebih kurang di mana-mana kedai makanan halal di China.
Bergambar di Qianmen Street
Antara kedai makan halal di Qianmen Street
Makanan yang di jual. Banyak sayur-sayuran.
Apa yang menariknya kedai makanan di China kebanyakkannya tiada menyediakan minuman dan hanya menjual makanan sahaja. Jadi sekiranya hendak pergi makan di sini, kena beli minuman terlebih dahulu di kedai runcit. Pertama kali penulis solat di tepi tangga iaitu di kawasan tersorok kerana di sini tiada menyediakan surau dan tiada masjid terdekat. Kami solat bergilir-gilir dan terus solat jamak qasar.
Rakan penulis bergambar di lokomotif di Qianmen Street
Suasana di Qianment Street
Deretan kedai makan di Qianmen Street
Inspektor penulis bergambar dengan kenderaan polis China
5:15PM (BEIJING CHAOYANG THEATER ACROBATICS WORLD) - Destinasi seterusnya ialah Beijing Chaoyang Theater Acrobatics World terletak di ibu kota Beijing terselit di celah-celah bangunan pencakar langit. Bentuk-bentuk bangunan-bangunan pencakar langit begitu unik sama seperti bangunan di Putrajaya. Satu bangunan yang begitu memukau pandangan kami ialah bangunan syarikat televisyen CCTV China yang berbentuk 'Z'.
Antara bangunan pencakar langit
Bangunan berbentuk semi-hemi silinder
Bangunan berbentuk bola ragbi
Sememangnya okestra, akrobatik dan persembahan begitu sinonim dengan orang China. Teater akrobatik ini menjadi salah satu mercu tanda dan destinasi wajib jika melancong ke China. Bayaran di kenakan untuk masuk ke sini agak mahal antara 140-350 Yuan mengikut seat. Kami mendapat harga tiket 120 Yuan seorang kerana driver van sewa kami telah menempah tiket lebih awal.
Suasana di tengah-tengah Beijing
Bangunan syarikat televisyen CCTV yang berbentuk unik
Suasana di dalam teater sama seperti di dalam panggung wayang dengan ada kaunter menjual 'pop corn'. Cuma yang berbeza skrin layar di ganti dengan pentas akrobatik. Persembahan akrobatik di lakukan oleh golongan profesional setanding dengan harga tiket. Persembahan yang begitu mengujakan ketika persembahan aksi bermotorsikal. Persembahan mengambil masa lebih kurang 1 jam.
Tiket masuk ke Beijing Chaoyang Theater Acrobatics World
Di hadapan bangunan Beijing Chaoyang Theater Acrobatics World
Antara persembahan akrobatik yang di hidangkan
7:30PM (THE EGG) - Seterusnya kami singgah di 'The Egg' monumen yang berbentuk seperti sebiji telur ayam yang di kelilingi air. Kami sempat bergambar kenangan di perkarangan The Egg sahaja. Sinaran lampu The Egg begitu menarik seperti di Bird Nest. Kami singgah di sini sekejap sahaja dan meneruskan ke destinasi seterusnya iaitu pasar yang menjual makanan pelik yang sudah semestinya haram di makan.
Bergambar kenangan di 'The Egg'
Adik penulis dan rakannya menjadi 'translator' kepada driver kerana kami yang tidak tahu berbahasa mandarin
Pemandangan di 'The Egg'
8:00PM (WONG FU JING) - Sampai kami di pasar makanan pelik iaitu di Wong Fu Jing. Sederet pasar menjual makanan pelik dan agak meloyakan. Penulis sendiri tidak sanggup melalui pasar itu. Hanya rakan penulis, adik penulis dan rakan adik penulis melaluinya. Antara makanan yang di jual ialah ulat goreng, cengkerik goreng, ular goreng, lipas goreng dan lain-lain. Meskipun ad gerai halal terselit di antara gerai-gerai di pasar itu, tapi ia menimbulkan kesahihan akan halalnya makanan tersebut.
Pasar-pasar yang menjual makanan pelik
Pasar makanan pelik di Wong Fu Jing
Buah-buahan juga ada di jual di sini
Antara makanan pelik yang di jual di sini
Malam itu kami menghabiskan masa di Wong Fu Jing dan ada pusat membeli belah iaitu Forever 21 Mall berdekatan dengan pasar makanan pelik di sana. Suhu di sana amatlah sejuk sehingga kami menggigil kesejukan. Setelah itu, kami singgah di Western Mohua untuk makan malam di Haidian dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dan berehat secukupnya untuk makan angin keesokan harinya.
Forever 21 Mall..Tetapi umur penulis dah lebih 21..
Penulis bergambar di hadapan balai polis bergerak
Sekitar Wong Fu Jing
Penulis bergambar kenangan bersama rakan penulis saudara Izwan dan saudara Qayyum
Sambung ke PART 5.......
No comments:
Post a Comment