Sambungan daripada PART 7
HARI KETUJUH (23 APRIL 2014 - RABU) : BERTOLAK PULANG KE MALAYSIA
2:00AM (BEIJING CAPITAL INTERNATIONAL AIRPORT) - Berat hati meninggalkan Beijing yang memberi begitu banyak pengalaman manis buat penulis. Kami menuju ke lapangan terbang dengan menaiki van sewa di temani adik penulis dan rakannya. Tepat jam 2 pagi, kami meninggalkan bumi tanah besar China dan tiba di LCCT pada jam 8:15 pagi, 15 minit awal daripada yang di jadualkan.
Kapal terbang Air Asia X yang penulis naiki pulang ke Malaysia
SEDIKIT INFO UNTUK PELANCONG
1. SENARAI KEDAI MAKANAN HALAL
- Western Mohua (banyak cawangan di Beijing) ===> makanan china halal
- Yousufu Restaurant (Haidian) ===> makanan china halal
- Xicheng Fanguan Restaurant (Haidian) ===> sup tulang kambing (hot pot/ steamboat)
- Muslim Food Court Nuijie (Nuijie) ===> pelbagai makanan halal
- Tong Lai Shun Restaurant (Huallian Mall, Haidian) ===> Itik peking (panggang)
2. TEMPAT BERSEJARAH
- Summer Palace ===> Istana lama atas bukit
- Tembok Besar China ===> Terletak di atas bukit, salah satu dari tujuh keajaiban dunia.
- Forbiden City ===> Kota larangan, rumah-rumah lama, pemerintahan lama
- Sekitar Tianjin ===> Tinggalan sejarah daripada barat
3. TEMPAT PELANCONGAN
- Bird Nest Stadium ===> Stadium negara China
- National Centre for The Performance Art (The Egg) ===> Bangunan berbentuk seperti sebiji telur ayam.
- Qianmen Street ===> Tempat membeli belah, kedai-kedai
- Wong Fu Jing ===> Gerai makanan pelik
- Beijing Botanical Garden ===> Taman bunga
- Bullet Train ===> Kereta api laju ke destinasi sehingga ke Shanghai.
- Beijing Chaoyang Theater Acrobatics ===> Teater akrobatik
3. MASJID
- Masjid Nuijie ===> Kawasan penduduk Islam Beijing
- Masjid Tianjin ===> Kawasan penduduk Islam di Tianjin
4. PUSAT MEMBELI BELAH
- Huallian Mall ===> Pusat membeli belah di Haidian
- Forever 21 ===> Pusat membeli belah di Beijing.
- Hai Long Building, Zhong Guan Chun, Haidian ===> Pusat menjual gadget-gedget elektronik seperti di Low Yatt Malaysia.
- Hongqiao Market ===> Pusat membeli belah barangan China, banyak menjual barangan tiruan yang berkualiti.
- Yonganli Silk Market ===> Pusat membeli belah menjual sutera, batu jed, mutiara dan lain-lain.
AKHIR KATA PENULIS
Alhamdullilah, habis juga nukilan penulis daripada PART 1 sehingga PART 8 mengenai perjalanan kembara penulis ke tanah besar China yang meninggalkan 1001 kenangan manis yang pasti tidak dapat di lupakan. Pengalaman yang di kongsi bersama geng trip, saudara Izwan dan saudara Qayyum.Terima kasih kepada adik penulis, Norul Sahidah Binti Suhaimi dan juga rakan-rakannya. Tidak lupa juga junior adik penulis, saudara Afiq Che Lah and the gang yang banyak meluangkan masa bersama. Mohon maaf sekiranya sepanjang penulisan penulis, ada sedikit yang menyinggung atau sedikit kesalahan info. Di kesempatan ini, berama-sama kita mendoakan penumpang dan anak-anak kapal MH370 yang hilang.
Mohamad Shahid Bin Suhaimi
Blogger Anak Melayu Bugis
Bachelor of Electrical and Electronics Engineering (Hons.)
wah gembira membacanya seperti rasa macam semalam je baru balik beijing :P
ReplyDelete